Breastfeeding room & SGM di LHDN

Cerita dah lama, tetapi baru nak update, huhu!. Jumaat yang lepas, saya menghadiri SGM yang ke-3 di LHDN, Kg Atap anjuran puan zarina. Topik yang dibincangkan pada kali ini adalah 'Cabaran Penyusuan ketika Berpantang'.

SGM kali ini, dibuat didalam Breastfeeding room yang buat pertama kalinya dapat diwujudkan di pejabat LHDN, hasil inisiatif dan usaha puan zarina sendiri. Alhamdulilah permohonan beliau untuk mengadakan tempat ini ini disokong oleh orang atasan beliau.


Inilah rupa bilik Penyusuan yang dilengkapi dengan kemudahan seperti Peti ais, Breastpump untuk kegunaan staf2 di pejabat tersebut. Walaupun tidaklah se-gah yang lain-lain, namun sudah cukup bererti sebagai salah satu usaha untuk menjadikan penyusuan susu ibu itu sesuatu yang praktikal walaupun bekerjaya.


Persiapan raya

Macam biasa, bila dekat nak raya baru acik terhegeh-hegeh nak menjahit. Pulak tu, macam-macam nak dijahit. Eeii, sempat ke tak ni! Kelas menjahit pun dah 2 bulan tertangguh. Masa tu tengah buat baju Melayu, konon nak belajar buat sebelum raya ni. Sudahnya terbengkalai separuh jalan. Bulan puasa ni makcik tu tak buat kelas, sebab dia sibuk nak siapkan tempahan.


Langsir yang member mintak tolong 'oter'kan belum siap lagi. Tinggal 5 helai yang terakhir dari 20 helai kesemuanya. Harus siapkan ini dulu, kang tak beraya plak member, huhu!



Yang ni pula kain-kain yang saya beli. Beli dah lama, tapi tak buat-buat! Yang tensi, bila mula je ada je bikin spoil. Salah ukur lah, yang ni terkecik lah, terpendek lah. Dah tu, kalau nak bikin semula kena keluar gi jahit tepi pastu, hilang mood terus. Ni yang buat saya nak beli mesih jahit tepi sendiri je ni.





Motosikal

Rabu lepas, kami mendapat surat daripada Balai Polis Bandar Seri Putra mengenai sebuah motosikal Keriss yang telah dijumpai. Terkejut sebenarnya sebab motor ni dah hilang sejak tahun 2005. Ini motosikal encik suami masa bujang-bujang dulu. Tapi masa hilang ni, kawan dia yang tengah pinjam, masa park dekat rumahnya, tahu-tahu dah hilang. Memang dah takda rezeki lah jawabnya kalau dah hilang tu.
On the way nak ke balai polis tu, kami dah bajet-bajet macam mana lah rupanya, tah-tah dah tinggal rangka ke huhu!...



Dah bercendawan!haha!

Rupa-rupanya menurut anggota polis disitu, motor ni dah dijumpai semula pada tahun 2007 lagi dan tersadai kat balai polis tu sampai lah laa ni. Huh, amik masa juga polis nak menghubungi tuanpunya semula ek! Motor ini di jumpai setelah satu operasi serbuan dadah dilakukan dikawasan Nilai, depa lari lintang-pukang tinggal motor bagai ler gamaknya!




So tak tahu la apa nasib dengan motor ni, encik suami pun macam takda mood dah, kalau nak bikin pun, macam banyak belanja. Buat sementara ni, motor ni diletakkan dekat kedai motor member, kot2 lah ada parts yang boleh diambil ke.

















Buka Puasa Bersama Susuibu.com & Anak-anak yatim

Rabu kelmarin, saya menghadiri jemputan berbuka puasa susuibu.com, Nurturing Concepts, (NCSB), Sands Consulting bersama anak-anak yatim, dan juga warga MPKJ yang lain di dewan MPKj, Kajang. Kalau bawa 'pak lebai' kecik ni memang takleh nak snap gambar lebih-lebih, huhu!

Saya semeja bersama cik yus, dan hanidah. Tak sempat ler nak snap gambar-gambar hidangan. Yang pasti menu wajib, kambing golek!

Didalam majlis itu, anak-anak yatim dari Darul Izzah, Bangi dan Kajang di raikan dengan memberi sedikit sebanyak sumbangan raya kepada mereka semua.

Pak lebai saya yang berketayap putih, huhu!

Kepada pihak penganjur susuibu.com, NCSB, Sands Consulting serta MPKJ, terima kasih diatas jemputan. Berpeluh makan kambing, huhu! :)



Buffet Ramadhan@Restoran Cerana

Dah lama rasanya tak berbuka puasa secara buffet diluar. Kali terakhir berbuka secara buffet ni semasa sebelum mengandungkan azri. Semalam, pertama kali saya baru nak cuba berbuka diluarbersama dengan rakan-rakan encik suami di Restoren Cerana. Oklah, harga pun RM49.50 dewasa, nak pergi pun tak jem.

Dapat meja tepi kolam ni, saya dah risau dengan nyamuk bila dah senja nanti. Mujur tiada nyamuk menyerang, huhu! Pelik plak! Buffet makanan mengikut warung-warung kecik tu. Ada Warung Kak Piah lah (Lempeng & Pelbagai cucur), Warung Kak Tipah lah (kuih-muih), warung Bilal Khan (nasi briyani) dan macam-macam warung lagi lah. Boleh klik sini untuk menu buffet ramadam restoren ini.

Ini aje yang termampu di ambil untuk pusingan pertama, hehe! Not bad lah makanan-makanan disitu, bagi saya. Kira boleh telan juga. Tapi kata suami saya tidak sedap pula.


Lama dah nampak restoren ni, tapi tak tahu kenapa macam tak brminat nak singgah makan ke sebabnya nak parking macam susah, pastu kalau nak solat maghrib kat mana suraunya, takkan nak gi solat kat Petronas tu kot, kecik! Rupa-rupanya ada disediakan sebuah canopi untuk ruang solat wanita, betul-betul dibelakang petronas tu. Lega!

Pelik lak azri tak takut dengan uncle-uncle tu, huhu! Lepas berbuka, pasni saya tobat ler macam tak mau gi buffet lagi, sebab perut dah tak macam dulu lagi. Makan sikit je dah senak giler. Dulu sebelum bersalin, maintain je saya bedal berpinggan-pingan. Laa ni dah takleh lagi, huhu! Rasa nilai yang saya makan tadi tak sampai RM20!. Tu ada hati berangan nak makan kat hotel-hotel RM 60-70 ++. Haishhh, cancel! Oppss..kan sekarang banyak isu hotel-hotel yang tidak dapat status halal kan.

Bila Jin Hijau keluar

Perkara aneh mula terjadi sekitar dalam bulan puasa ini juga. Kebetulan kerap plak keluar iklan ni. Saya tak ingat rancangan apa yang saya tonton, rasa macam Jejak Rasul je, menyebabkan saya terpaksa menukar siaran tv sebab tak tahan tengok dia menangis takut bila nampak jin hijau tu.



Setiap kali iklan ni keluar, azri mesti lari lintang pukang sembunyi belakang nenek atau ibunya. Siap menangis-menangis. Sejak bila plak dia takut jin hijau tu, huhu. Lawak betul!



Yang ni pula iklan feveret dia....


Cerita Buang Bayi lagi

Dari sehari-ke-sehari ada sahaja cerita buang bayi. Makin lama makin banyak. Agaknya nanti, tiap2 hari pun agaknya ada kes buang bayi ini? Ish-ish! Cerita terbaru yang saya baca di belog saudara mazidul.

Saya tak sanggup nak copy-paste gambar bayi dalam blog beliau kat sini, nanti asyik terpandang-pandang. Sebab sedih tengok bayi yang baru nak lihat dunia, meninggal akibat dibuang macam sampah. Kalau kalian nak baca cerita dan lihat gambar bayi tersebut, silalah ke-blog beliau. Klik disini.


Sedih, bila tengok bayi-bayi dibuang macam anak kucing!

Pengumuman Program Latihan MBfPC di Sabah



Salam semua,

Saya ingin mewar-warkan program latihan MBfPC yang terakhir untuk tahun ini bagi kawasan Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) yang telah diputuskan oleh pihak pengurusan MBfPC, maklumat mengenai program adalah seperti dibawah:

Tarikh: 29 - 31 Oktober 2010
Masa: 8:00 pagi hingga 6:00 petang
Tempat: Bilik Beaufort (Tingkat 1), Lembaga Tabung Haji Sabah, Jalan Sembulan,
Peti Surat 12908,
88832 Kota Kinabalu, Sabah


Pada yang berminat untuk menyertai program latihan pada kali ini, bolehlah menghantar butiran seperti nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mail kepada admin@malaysianbfpc.org

Cucur Kurma

Jika dibulan puasa kurma harus jadi juadah wajib ada. Tapi saya mudah jemu kalau hari-hari hadap bentuk yang sama. Jadi, setiap kali puasa saya buat kurma ni jadi cucur pula selain dari buat jus, tapi jarang lah saya buat jus kurma, sebab kurang minat. Kalau kurma semata, maksimum yang saya boleh telan adalah 3-4 biji sahaja. Tapi kalau dah buat cucur, lebih dari 5 biji pun boleh layan lagi, hihi! Mungkin ada yang pernah buat, saje je nak share jugak!


Senang je nak buatnya, mula-mula kurma dibuang bijinya dahulu. Bancuh tepung gandum tadi bersama santan kelapa, berapa banyak santan nak letak terpulang lah kot. Kalau nak campur santan dan sedikit air pun boleh. Biasa saya campur dengan santan sahaja sampai ler bancuhan jadi cair, tak tambah air langsung. Atau bergantung lah berapa banyak santan yang ada, agak2 tak cair lagi tepung tu, tambah juga dengan air. Mak saya kata kalau tak letak santan, nanti dia keras. Jangan lupa la masukkan garam secukup rasa. Ala-ala macam nak buat cucur ikan bilis juga la ni.

Kemudian ambil sebiji-biji kurma itu dan celupkan kedalam bancuhan tepung tadi. Tapi pastikan bancuhan tadi tidak terlalu cair, supaya tepung boleh melekat dan membalut kurma itu. Kemudian goreng hingga warna kuning keemasan (ayat standard kalau dalam buku-buku resipi masakan, hehe)

Setelah siap digoreng bolehlah dihidangkan. Dalam kes saya, tiada pinggan kaca yang cantik-cantik. Semuanya terus masuk dalam bekas plastik yang bertutup, bila tak habis terus je tutup. Lagipun anak saya masih 'tidak boleh duduk diam'. Jenuh nak asyik nak pegang, tarik, tepis dan macam-macam lagi tangan dia tu.

Sepanjang aktiviti pameran penyusuan diluar

Sejak saya terlibat untuk projek Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) ini, saya telah kerap membuat pameran mahupun kaunseling Penyusuan Ibu diluar-luar. Alhamdulillah, MBfPC telah memberi banyak peluang kepada saya untuk menawarkan khidmat kepada masyarat dan secara tidak langsung mengasah kemahiran kaunseling saya.

Di sepanjang saya mengendalikan program kempen penyusuan susu ibu ini, diantara masalah-masalah penyusuan yang saya dengar dari para pengunjung, diantara yang paling favourite adalah "susu kering setelah bayi berusia 3-4 bulan", "Sudah dicampur dengan susu formula semasa dalam pantang lagi, kemudian susu makin kurang" pendek kata ramai lah yang mengalami kekurangan susu setelah mula bekerja.

Bukan ibu-ibu yang bekerja sahaja, malah ada juga dua tiga orang surirumah yang hanya dapat menyusukan anak mereka selama 2-3 bulan sahaja, kerana kebanyakanya sudah mencampurkan susu sejak dari dalam pantang lagi.

Kebanyakan mereka tidak tahu rutin memerah yang sebetul-betulnya semasa keluar bekerja. Secara majoritinya hanya memerah kita payudara sudah betul-betul penuh dan bengkak. Dan konsep ini belarutan sehinggalah susu mereka mulai kurang sedikit demi sedikit dan bengkak payudara itu tidak lagi dirasakan.


Risalah-risalah yang terdapat dan digunakan sepanjang aktiviti pameran penyusuan MBfPC.

Sebagai contoh, apabila menerangkan kepada ibu tentang rutin pemerahan yang di syorkan sewaktu dipejabat, kita lampirkan sekali, risalah-risalah yang menguatkan lagi fakta yang kita terangkan. Jika mengikut waktu yang diterangkan, rutin pemerahan sekurang-kurang 3 kali dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Namun saya lebih suka mengambil maksimum 2 hingga ke 2 1/2 jam sela masa untuk memerah.


Begitu juga dengan persoalan-persoalan mengenai isu kekurangan susu, susu mulai kering dan pelbagai lagi isu mengenai pengeluaran susu. Mungkin kita boleh menekankan kembali konsep asas penyusuan itu sendiri iaitu permintaan dan pengeluaran. Lagi kerap kita mengeluarkan susu sama ada dengan kekerapan menyusukan bayi atau melakukan sesi pemerahan yang konsisten ketika tidak bersama bayi sekurang-kurangnya kita dapat meneruskan penyusuan itu untuk tempoh yang lebih lama. Banyak lagi bahan-bahan yang boleh kita gunakan dalam untuk membantu proses kaunseling itu menjadi lebih mudah.

Dan salah satu info yang paling dikehendaki dan digemari oleh pengunjung adalah mengenai isu penyimpanan dan pengendalian EBM. Ramai diantara mereka masih samar-samar maklumat yang diperolehi mengenai penyimpanan dan pengendalian EBM ini. Ada yang mendapat informasi yang salah juga.

Risalah-risalah mengenai penyusuanyang diberikan secara percuma daripada Unit Pendidikan Hospital (bergantung kepada hospital itu sendiri )

Selalunya, ketika kaunseling saya lebih suka menerangkan bersama-sama risalah & poster yang ada didepan mata (dengan syarat, kita seharusnya terlebih dahulu membaca risalah2 & poster2 yang dipamerkan) barulah kita tahu yang mana satu poster & risalah yang harus ditunjukkan. Konsep menerang sambil membacakan sekali apa yang tertulis didalam risalah & poster, adalah salah satu cara yang lebih efektif daripada bercerita dari A hingga Z didepan ibu tersebut dan diakhirnya barulah hendak disisipkan segala risalah yang ada.

Di antara teknik kaunseling yang saya kira paling berkesan adalah dengan membawa pengunjung ke depan poster-poster yang dipamerkan ini, dan mula menerangkan kepadanya dan tujukan poster yang berkaitan sebagai bukti untuk menyokong kenyataa kita.

Diantara kebaikan bahan-bahan pameran yang ada ini, sedikit sebanyak membantu memudahkan proses penerangan kita. Dan kemungkinan fakta-fakta yang boleh diserap oleh pengunjung pada ketika lebih tinggi. Berbanding jika kita bercakap secara terus-menerus sehingga penghabisan. Mungkin dalam kepala si ibu itu tadi sudah kemana-mana.

Inilah sedikit sebanyak tip-tip yang saya boleh kongsikan khususnya kepada PC-PC MBfPC. Saya juga masih banyak yang perlu saya belajar. Dan saya rasa bersyukur kerana MBfPC telah memberi saya banyak peluang untuk pergi lebih dekat lagi kedalam komuniti selain daripada aktiviti KSPSI Hospital Serdang saya :)

Insyallah, saya juga dalam proses untuk merangka pelbagai lagi program aktiviti untuk MBfPC (Jika mendapat kelulusan dari pengarah projek ler, hehe). Supaya dapat memberi peluang lebih ramai PC-PC lagi untuk berkhidmat didalam komuniti sekaligus mempromosikan kewujudan pembimbing MBfPC ini kedalam masyarakat kita.


Baru nak belajar guna Photoscape

Sorryla kalians, entri jaki acik, hehe! Korang mesti dah terel kan, huhu! Acik yang baru nak tergedek-gedek. Bulan ni pose ni, kurang aktiviti luar, banyakler aktiviti dalam rumah pulak. Sempatler acik belajar sendiri cara-cara nak guna photoscape ni. Hajat dihati nak belajar photoshape (takleh blah), tapi makkk aii, lepas download acik blank bagai nak mula kat mana, hihi!

Selalu tengok gambar orang-orang kat belog diedit dengan kesan-khas yang menarik, acik terliur bagai. Pastu korek-korek, orang kata depa selalu guna photoscape sebab mudah sedikit. Acik pun download lah, tapi download2 pun masih tak tahu camne nak mula, huhu. Dah 2 bulan berlalu dari hari mengdownload ni, hari ni baru leh tahu function-function nya setelah mengugel tutorialnya di internet. Eii, itu pun selow nak masuk otak ni, al-maklum bukan otak 'designer' kui-kui!


Hasil pembelajaran acik yang tak seberapa ni, baru lah tahu cemana nak letak lebih dari satu gambar, letak frame dan letak side-effect skit-skit! Haiippp, korang jangan gelaks taww! Ai kan budak baru belajar, pas ni gambar-gambar mak kelass taww, kah kah! (Kalau rajin meng-editlah).

Acik belajar kat sini. Tak habis lagi nih, nak gi sambung dulu! :)

Azri punya 'kerja'

Diantara salah satu hobi anak saya yang berumur 1 tahun 9 bulan. Barang mainan dia toksah cerita lah. Banyak lagi kalau nak dicampur dengan buku, majalah, pinggang-mangkuk, tapi disaat-saat ini acik tak boleh nak fikir dah!

Kalau alat mainan, konfem dia main sampai hancur! Takda istilah 'simpan untuk adik-adik dia nanti'..miahaha!

Pintu almari kabinet. (Sekarang dalam proses 'mengerjakan' yang sebelah lagi tu, masih gagah bertahan nampaknya, huhu!)

Dekoder astro, menyebabkan saya terpaksa kol astro untuk smart card yang baru! (cip rosak kena gigit!)

Printer dalam bilik, tak tahu bila masa dia buat 'kerja' ni..grrrrr

Extension plug. (yang ni tak digunakan, hihi!)

Oh lupa, satu lagi remote astro, item feveret tuh! (Tak sure kali keberapa dah ganti!)

Pasar Ramadhan

Hari pertama di Pasar Ramadhan yang bersebelahan dengan rumah saya, memang sangat sesak! Seperti biasa pada tiap-tiap kali puasa, saya akan pergi pada hari pertama sahaja, heh heh! Sebabnya, pada hari pertama ni sudah pasti kebanyakan makanan-makanan masih baru la katakan.
Pasar Ramadhan di Shell Bt.13, Kajang ini adalah diantara pasar ramadhan yang paling ramai dikunjungi oleh orang disekitar kawasan perumahan disini. Hari pertama semalam, memang tak nampak gerai dah!

Antara gerai yang dikunjungi ramai orang. Rupanya menjual Jus Durian. Satu bungkus RM3, kalau satu cawan, RM1.80. Boleh tahan!!

Kalau ke pasar Ramadhan saya suka membeli juada kuih muih sahaja. Diantara kuih feveret saya yang sedap, 'Talam Berlauk'.

Tengah fikir nak makan kuih apa pula untuk hari ini, hihi. Bila pasar ramadhan dah sebelah rumah, dari rajin memasak pun jadi malas, ish ish!

Puasa & EBM

Jarang saya dapat meng-update perihal waktu pumping & EBM saya. Usia anak saya pun sudah masuk 1 tahun 10 bulan pada 23hb ini, alhamdulillah! Waktu yang saya kira, saya sudah boleh untuk 'bersenang-lenang' dalam jadual pemerahan. Tidak seperti dahulu lagi, minimum 8x siang & malam. Kini sesi memerah saya drop sehingga 5-6x sahaja sehari. Jumlah hasil perahan pun sekitar 10oz-15 oz sahaja satu hari. Setiap sesi hanya sekitar 2-3 oz sahaja. Risau? Tidak..




Hasil perahan petang ini semasa berpuasa! :)





Kerana pada usia anak mencecah ke-2 tahun, ajarilah ia untuk menikmati pelbagai makanan orang dewasa :) Saya akui bukan mudah untuk melatih anak untuk menikmati pelbagai juadah makanan yang kita makan sehari-sehari. Adakalanya juga yang dia tidak mahu langsung menjamah makanan yang ada. Kadang-kala belarutan hingga hari ke-2. Didalam waktu itu, lebih banyak buang dari yang dimakan. Timbul juga waktu-waktu fedup, frust & letih! Namun disitulah terletak cabaran dalam proses keibubapaan kita.


Propaganda media telah memberi pengaruh kepada perspektif masyarakat mengenai kepentingan susu formula untuk langkah yang seterus-seterusnya (Growing Up Milk) perlu menjadi keutamaan. Susu pelengkap sebagai penyelesaian kepada masalah anak cerewet makan dan macam-macam lagi terus menjadi pilihan & jalan mudah. Tidak dinafikan sedikit waktu dahulu, saya juga berfikiran sebegitu.




Stok EBM saya yang kini hanya menjadi pelengkap dalam diet seharian anak saya. Saya cuba untuk melatihnya supaya tidak bergantung dengan susu sahaja pada setiap masa. Mencukupi dengan segelas susu segar untuk keperluan kalsium setiap hari kerana kalsium boleh juga didapati daripada pelbagai sumber yang lain!


Selamat menjalani ibadah puasa!

Talk@KPJ Kajang & WBW@K.K,I.A Koperasi Polis

Sepanjang minggu saya menghadiri sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (WBW), sampai ilang suara, sakit tekat, batuk, huhu! Namun saya gigih juga mengharunginya satu demi satu kerana saya tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama didalam semua aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Bermula dari program MBfPC & Sambutan Hari Susu Ibu di Fiesta Kajang, kemudian berkampung di KPJ Kajang Specialist Hospital untuk sesi kaunseling bersama ibu-ibu disana, kemudian ke sambutan WBW oleh MOH bersama Datuk Rosnah di Rumah Anak Yatim Nur Hikmah pada malam 3 Ogos. Selepas itu, lari sebentar ke Hospital Serdang pada 5hb untuk program sambutan disana pula. Berakhir sudah program saya untuk minggu penyusuan pada 7hb di KPJ Kajang semula dimana saya diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah penyusuan yang pada mulanya diberi slot selama 1/2 jam namun berakhir hampir satu jam! Terhover sat.
Sesi ceramah penyusuan saya yang bertajuk 'Penyusuan Susu Ibu: Sihat, Mudah & Praktikal'. Saya sisipkan klip video 'Breast Crawl' diakhir ceramah untuk mengambarkan kepada hadirin betapa penting untuk memulakan penyusuan didalam setengah jam yang pertama yang mana ianya termasuk juga dalam 10 langkah kearah kejayaan Penyusuan Susu Ibu, Tema WBW pada tahun. Abaikan muka acik yang terhover ini, hehe!

Saya jangka sudah habis segala aktiviti, namun mendapat jemputan sambutan WBW dari Klinik Ibu & Anak Koperasi Polis (DBKL) di Batu Caves pula. Sambutan untuk pertama kali bagi Klinik yang tidak dirancang pada awalnya oleh warga klinik. Perancangan bermula setelah mendapat taklimat & arahan dari Jabatan Kesihatan Negeri WP mengenai sambutan WBW untuk seluruh klinik Kesihatan Ibu & Anak (K.K.I.A) di kawasan Wilayah Persekutuan KL pada 9 Ogos. Dan pertama kali bagi KKIA menglibatkan kerjsama NGO kedalam program mereka.


Dan saya diminta untuk memberi ceramah 'ad-hoc' mengenai Penyusuan Susu Ibu lagi, tak diberitahu sebelumnya pun. Tidak dapat menggunakan slide yang saya gunakan di KPJ tempohari kerana stuck dalam lappy yang baru sahaja kong,! Mujur ada flip chart mengenai penyusuan di Klinik ini. Tinggal 'goreng' je lah! Cuma keburukan menggunakan flip chart ini adalah ianya tidak sesuai untuk kumpulan yang besar! kerana yang jauh mungkin agak sukar untuk membaca apa yang tertulis. Namun oklah berbanding tiada apa yang boleh dipandang selain muka acik yang comey ni, kang buring plak, hihi!

Ibu-ibu yang hadir pada sesi ceramah ini juga adalah ibu-ibu yang datang untuk sesi pemeriksaan bagi ibu megandung dan juga mengambil suntikan untuk anak-anak. Jadi, mana yang datang check-up pada pagi itu semuanya 'ditarik' untuk mendengar ceramah penyusuan, aci tak haha!

Saya subkan juga juga slot kepada Puan Herni yang singgah sebentar dari ofisnya yang berhampiran klinik je untuk menjenguk saya, yang bercerita pula mengenai posisi penyusuan dan juga teknik marmet, toceh!. Sebab tekak gatal asyik nak batuk je dari tadi tapi ku tahan jebat, huhu!

Meja untuk sesi kaunseling saya & pameran poster penyusuan dibelakang. Ingat nak balik sejurus habis ceramah, dalam tengahari. Tapi melaut hingga ke pukul 4pm dengan sesi kaunseling, sampai dah tutup juga waktu lawatan klinik pada pukul 4pm.


Bergambar dengan Sister Zalielawati yang baik hati melayan saya tidak henti-henti. Sangat friendly, macam-macam yang hendak disediakan sampai saya nak malu!

Bergambar dengan Matron Noraini yang hadir melawat program yang dijalankan. Klinik disini adalah diantara 6 klinik disekitar Wilayah Perseketuan yang dibawah penyeliaan beliau.

Dan dengan semua staf nurse KKIA Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves. Terima kasih diatas layanan yang diberikan, isnyallah jika ada rezeki kita berjumpa lagi




Risalah dari JKN Wilayah Persekutuan bersempena dengan sambutan WBW 2010. Cantik, menarik & tertarik!

Terima kasih kepada yang memberi saya peluang sepanjang minggu ini, sangat2 menghargainya :) Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan PC & non-pc yang terlibat secara langsung & tidak langsung bersempena acara sambutan WBW sepanjang minggu ini. Banyak yang saya pelajari dan praktiskan sepanjang minggu ini. Harap dapat lagi peluang-peluang sebegini dimasa-masa hadapan.

Lusa, Ramadhan menjelang tiba. Masa untuk mengambil 'cuti' panjang untuk diri sendiri, yehaa!

MBfPC@KPJ Kajang Specialist

Minggu Penyusuan Susu Ibu pada tahun ini, saya jadi orang yang paling sibuk sekali, chewah (Mode perasan,haha!) Kesana-kumari saya membawa risalah2 & bunting2 MBfPC. Sepanjang minggu ini jadual promosi MBfPC saya memang penuh. Bila lagi kita nak mewar-warkan kewujudan kita pada masyarakat ye tak?. Setelah 100 lebih jumlah PC yang telah kami train, inilah masanya untuk mereka mengasah bakat PC kepada ibu-ibu diluar.

Tag ad-hoc buat sendiri jer, hihi!

Dari 3,4,6 & 7hb saya berada di KPJ Kajang Specialist Hospital bagi memberikan sesi kaunseling kepada ibu-ibu disana dan juga mempromosikan fungsi MBfPC.

Duta 'kecik' MBfPC di KPJ Kajang. Gigih acik pergi-balik cari standlah, sepit lah macam-macam nak gantung bunting2 yang ada ni. Dah le takda tempat nak gantung. Nasib pinjam bunting stand MPKJ punya!

Sesi kaunseling kepada ibu-ibu yang ada disana.

Tak ramai PC yang dapat bertugas kerana waktunya adalah pada hari bekerja, jadi kebanyakannya saya seorang sahajalah yang mengemudi sesi kaunseling.


Esoknya pula adalah Sambutan Acara Kemuncak Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Hospital KPJ. Saya dikehendaki memberikan sepatah dua kata sebagai mewakili MBfPC. Acik ketaqq betul klu bab ceramah-ceramah ni eiiii! Kalau kaunseling ke bagai acik sukoo! Tu yang tak pas-pas nak buat kelas penyusuan ni, huhuhu! Doakan saya tak ketaq, hihi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)