Melaka, here we come!

Bila menjelang minggu-minggu terakhir bagi program latihan MBfPC akan bermula, saya pasti perasan sibuk. Kalau boleh 'berkampung' la kat ofis susuibu itu, saya rasa mau je saya berkampung disana juga, haha! Banyak kerja-kerja yang perlu dikemaskini. Sampaikan nak jawab phone sendiri pun tak sempat, huhu! Khamis petang, kami dah nak bergerak ke Alai, Melaka sudah untuk program latihan MBfPC siri ke-4, program yang terakhir bagi kawasan Semenanjung (selepas ini di Sabah, pula). Jumpa anda disanaaa!



Jom pergi Siconf 2010 nak?

Saya tengah gigih mengumpul duit (konon) disebabkan nak ke Susuibu.com International Lactation Conference 2010 pada 5-7 Oktober nanti. Saper yang tak teringin nak bertentang mata walaupun speaking acik berterabur dengan pakar-pakar Laktasi yang tersohor ini seperti Dr Jack Newman, MD, FRCPC, IBCLC, Diana West, IBCLC dan Sue Cox, IBCLC, yang selama ini asyik membaca sahaja artikel-artikel mereka kan. Klik sini untuk mengetahui profil mereka lebih lanjut.



Bila lagi kan, kalau acik nak ke obersi takkan ada lah, huhu!


Dah berangan nak gi bawak buku ni gi mintak otogerap dengan Diana West nanti, hihi! Sebab dia salah seorang penulis untuk buku ini. (Sambil cari-cari buku untuk di sain oleh Dr. Jack Newman, aisey takda, kena beli dulu ni, hihi).





Jika mengikut pelan yuran yang tertera ini perlu mendaftar sebelum 1 Julai, jika mahukan yuran sebanyak USD275, kalau tidak selepas tu dah jadi USD300, beza USD 25 dah, banyak tu kalau convert dalam RM dah lari lebih kurang RM82.50, harus daftar sebelum 1 Julai ni!!. Tapi USD275 sebelum diskaun 10% untuk ahli MBfPC, Susuibu.com, pelajar dan kakitangan kerajaan. Jika selepas 10% diskaun jadi USD247.5

Selepas di convert yuran pendaftaranya adalah lebih kurang RM816.75 (mahap le kalau salah, acik math cangkul, haha!) untuk sesi selama 3 hari berturut-turut itu. Topik-topik yang akan dibentangkan pun memang best-best. Sila rujuk sini untuk melihat tentatif program keseluruhan. Siap ada slot bengkel khas lagi tu, boleh pilih sama ada nak bengkel bersama Dr. Jack atau Diana West & Sue Cox. Saya mesti pilih!! (ala-ala iklan bank rakyat!)

Kalau nak dikira-kira berbaloi lah, plus tak perlu keluar tiket flight,tempat tinggal tinggal anak, tinggal suami dan lain-lain kos tersirat jika kita nak menyertai mana-mana conference di luar negara ye dak! Saya mesti pilih!!! (iklan bank rakyat lagi).

Ada sesiapa nak duduk sebelah-sebelah acik (perasan telebriti selebriti jap) nanti dak masa conference nanti maklumlah acik ni pemalu jom kita register sama-sama ek!

400

Semalam, saya terdengar azri main-main dengan si 400. Perlahan-lahan saya pergi dibelakangnya untuk amil gambar mereka. Khusyuk betul dia. Anak kucing ini lah yang terkena bakteria disendi-sendinya dahulu. Sehingga hampir kesemua kakinya membengkak dan tidak boleh bergerak. Seminggu 400 duduk wad di Klinik Veterinar UPM. Dan saya menyangka itu adalah kerja azri, hihi!

Semenjak tu saya panggilnya 400. Sebabnya kos rawatanya masa di UPM dulu adalah RM400 lebih, huhu!

SGM5- Practical Activities with Whole Family while Breastfeeding

Alhamdulilah, berlangsung lagi SGM ke 5 susuibu.com di Tasik Cempaka Bangi. Topik yang dibincangkan pada kali adalah 'Practical Activities with whole Family while Breastfeeding'. Hujan pula sejak dari awal pagi tadi, mujur mulai berhenti disaat-saat SGM hendak bermula. Kedatangan SGM kali ini agak tidak ramai, mungkin kerana faktor cuaca yang menyebabkan ramai tidak jadi hadir ke SGM kali ini.

Namun walaupun cuaca yang agak mendung diawal-awal pagi masih tidak mematahkan semangat beberapa orang ibu-ibu yang sanggup datang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.


Ibu-ibu yang hadir dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama dikendalikan oleh kak kamariah.
Manakala kumpulan kedua di kendalikan oleh yusrina bersama saya. Saya tak berapa fokus untuk mengendalikan kumpulan kerana,

saya bawa 'askar kecik' ini dan bersama-sama encik suami. Selalu pada SGM yang lepas2 hanya saya sahaja yang datang solo. Sempat lah 'mengetest' Mei Tai semasa sesi demo Babywearing selepas selesai sesi SGM. Oh, terasa lenguh tangan acik melilit MT ini (eh ceh-ceh, mentang-mentang lah baru jaki dengan SSC baru, huhu). MT pun syiok juga, bagus jika anak-anak kalian tidak selalu 'turun-naik' dari anda. :)



Sesi pembentangan dari kumpulan kami.

Sesi pembentangan dari kumpulah sebelah. Gabungan pasangan suami-isteri membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka. :)

Kita berjumpa lagi pada SGM seterusnya!

Saya sudah dapat :)

Yeay, ianya sudah berada dalam genggaman saya. Setelah seminggu lebih virus SSC ini melanda di FB saya, hingga telah membuatkan ramai jiwa-jiwa yang kacau. Hampir selama itu juga, tidur malam tak tenang dek memikirkannya (huhu obsessnya saya).

Dapat-dapat je terus test-power kat rumah. Series sangat jaki dengan SSC kali ini disebabkan kelembutan fabriknya yang diperbuat daripada organic cotton. Berbeza dengan fabrik-fabrik SSC kepunyaan saya dan yang saya sudah cuba. Sengaja saya mahu mendapatkan ini kerana mahu merasai kelainan memakai SSC yang diperbuat dari Organic Cotton. Speechless ^_^

Ringan-pun-ringan!

Pastu terus zaass ke The Mines nak melaram dengan SSC ini. Sapa nak cuba-try-test-tengok, meh lah hola-hola acik yer :)!

Caution: Sila jangan test-drive jika tidak mahu tidur malam anda tidak lena..wakaka!

Forza Azzurri


FIFA World Cup 2010, yang paling excited sudah pasti encik suami. Lagi-lagi 'Azzurri'nya memenangi World cup ini pada tahun 2006 dulu. Tapi masa tu, 'Azzuri' kami pula belum ada lagi, hihi! Itulah hasil ketaksuban encik francesco kami pada team bola Italy, akhirnya nama anak kami pun jadi Ahmad Azri Azzuri :)

Ramai yang tak tahu, maksud azzuri itu, dari mana datangnya. Azzurri bermaksud biru muda dalam bahasa Itali.

"Azzurri is the Italian plural form of azzurro, light blue (or literally azure). Light blue was the official color of the Savoia family, Italy's monarchs until 1946. For this reason azure is the color usually worn by Italians in sport events"


Dan Azzurri juga adalah nickname untuk pasukan bola sepak Italy. Pasukan kegemaran encik suami sejak dari azali.



Oleh kerana hasrat encik suami yang nak juga nama anak-anaknya ada perkataan Azzurri, dengan hasil campurtangan dari saya, maka jadilah Ahmad Azri Azzuri. Cuma saya improvisekan perkataan azzurri itu dengan membuang satu huruf R agar tidak sejibikkk!.

Forza Azzurri..Forza!

Kalau anak perempuan pula?Tungguuuuuu...yang pasti harus ada Azzuri juga!


Kegilaan bermula

Tiba-tiba saya jadi kemaruk dengan SSC. Pantang nampak (kalau terjumpa corak yang berkenan dihati) terus tidur malam saya kurang lena. Dulu beli SSC atas dasar 'cukuplah satu'. Kini ianya sudah bertukar ala-ala pra-obsesi.

Hujung minggu, saya dan herni plan untuk sesi 'test power drive' SSC Ergo kepunyaan aishah. Sesi yang 'bakal mencukur poket' bertempat di KFC, Jusco AU2. Dah macam mini gath Babywearing pula disitu,haha! Orang keliling pelik-pelik je melihat 'menatang' apakah yang sedang kami jaki sungguh ini, hihi!




Owh saya dah aim yang ini Ergobaby organic Twill Sienna Sunset, tidur malam termimpi-mimpi sudah. Terfikir teracun plak, kalau acik pakai baju kurung takkan nak pakai SSC Camo plak, huhu! Tapi acik geli-gelaman ler dengan regenya. Hajat dihati nak jadijoin kutu je dengan mak kutu ni. Jom?


Hoho, mau pasni encik francesco tarik balik elaun kat acik nih! Yang Pognae sambar, yang ni nak petik. (Atau kot2 kalau encik francesco terbaca ni, tiba-tiba kasik greenlite ke, amin! huhu)

Camo Obsession

Oh, hatinya tak tahan. Siapa yang obsess ni?




Koleksi SSC (baru satu nak kata koleksi,haha)


Dan yang ini, bakal menjadi gengaman saya lagi. Series irresistible, huhu. Korean SSC, Pognae. Saya baru jer tempah satu ni dengan shida.





'

SGM di LHDN

Semalam, tengahari jumaat saya menghadiri jemputan SGM di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang diadakan oleh salah seorang Peer Counselor MBfPC (West) di ofisnya iaitu puan Zarina. Aktiviti yang pertama seumpamanya disini. Satu permulaan yang baik!.

Mujur acik takda 'income tax', kalau tidak harus ketaq nak ke sini, hihi.


Topik SGM yang dipilih pada hari itu adalah 'There is no substitutes".


Berkongsi diantara khasiat yang terdapat dalam susu ibu yang tidak mungkin ada dan tidak dapat ditiru dalam susu tiruan.

Diantara yang turut hadir untuk memberi sokongan kepada puan Zarina adalah puan Zatul.

Puan Zarina berkongsi pengalamannya.

Sampai kita berjumpa lagi di aktiviti SGM yang seterusnya!

Growth Spurts

Saya terpanggil untuk menjawab permasalahan di entri blog ayu:

ayu said... June 16, 2010 2:18 AM

hayatie, ayu nak sangat pandangan hayatie dalam masalah ayu..boleh beri komen @ idea tak.. ni link ayu..tqvm http://ezurin.blogspot.com/2010/06/dalam-dilema-lagi.html

Jika dibaca permasalahan yang dihadapi oleh ayu, saya kira setiap ibu-ibu menyusu & memberi EBM tidak terlepas dari dilema ini. Perubahan keperluan bayi kadang-kala berubah apabila bulan berganti bulan. Adakala bayi mengalami growth spurth, adakalanya pula nursing strike. Kedua-dua situasi ini amat memeningkan kepala si ibu terutamanya bagi mereka yang menyusu dan memberi EBM. Mungkin situasi ini tidak berapa mendatangkan kesan bagi mereka yang menyusu sepenuhnya (surirumah).

Jika kita fikirkan sejenak, untuk mendapat sejumlah 4-5 oz, kita perlu memerah kedua-dua payudara, namun apabila kita menyusukan, bayi cuma menyusu pada sebelah payudara sahaja. Tapi bayi minum habis sejumlah itu apabila EBM diberikan melalui botol. Ini menunjukkan bahawa bayi diberi EBM melalui botol selalunya menerima jumlah yang lebih dari sepatutnya yang diperlukan. Apetah lagi jika ianya diberi melalui botol. Kerana aliran dari puting tiruan yang laju dan bayi terpaksa menerima berapa-berapa pun jumlah yang diberi dan dikhuatiri terbiasa dengan aliran serta jumlah yang diberikan. Oleh sebab itu, ada yang mencadangkan jika susu perahan diberikan melalui botol, puting yang yang lebih sesuai digunakan adalah dari jenis yang paling kecil dan tidak perlu ditukar mengikut umur kerana jenis puting tiruan direka berdasarkan untuk penyediaan susu tiruan. Saya pautkan satu artikel yang ditulis oleh herni didalam blognya mengenai kuantiti pemberian susu perahan.

“Always use the lowest flow bottle nipple that baby will tolerate”

[Sumber: How Much Milk do Babies Needs?, Kellymom.com]

Saya masih tidak menjawab persoalan kepada permasalahan ayu. Ada lagi beberapa isu yang ingin saya perjelaskan lagi. Isu EBM tidak cukup semasa berada dibawa penjagaan taska mahgupun pengasuh seringkali dialami oleh kebanyakkan ibu-ibu bekerjaya. Tidak dinafikan adakala perspektif mereka tentang pemberian EBM ini kadang-kala dipengaruhi oleh cara pengendalian susu tiruan. Konsep ‘asal-bayi-menangis-di-beri-susu’ atau ‘bayi perlukan kuantiti yang lebih banyak apabila umurnya meningkat’ mungkin menjadi kebiasaan pada para pengasuh tanpa mempedulikan aspek-aspek emosi yang lain yang ditunjukkan oleh bayi. Wallahualam.

Using bottle feeding as the primary way to comfort baby. Some well-meaning caregivers feed baby the bottle every time he makes a sound. If baby still seems to be hungry, have your caregiver first check to see whether baby will settle with walking, rocking, holding, etc. before offering another ounce or two”

[Sumber: How Much Milk do Babies Needs?, Kellymom.com]

Berbalik semula kepada permasalahan ayu, ada beberapa cadangan yang mungkin boleh dipraktikan. Ada diantaranya pun sudah dicadangkan oleh pengkomen beliau. Semasa dirumah pengasuh, minta kerjasama daripada pengasuh untuk memberi makanan dahulu sebelum memberi susu perahan. Cuba beri finger food/snacks yang bersesuaian diantara selang waktu makan utama. Kerapkan menawarkan makanan kepada bayi.

Dengan meningkatkan pengambilan makanan pejal sewaktu bayi bersama pengasuh mungkin dapat mengurangkan kebergantungan keperluan kepada EBM sepanjang ketiadaan ibu. Kaedah ini juga memerlukan kerjasama dan kesabaran dari pihak penjaga.

“Myths: Babies need to drink milk when the mother is not at home. Not true. Three or four good breastfeedings during a 24-hour period plus a variety of solid foods in goodly amounts gives the baby all he needs nutritionally, and thus he does not need any other type of milk when you are at your outside job. Of course, solid foods can be mixed with expressed milk or other milk, but this is not necessary”

[Sumber: What To Feed The Baby When The Mother Is Working Outside The Home?, Jack Newman MD, FRCPC, IBCLC]

Sebelum menambahkan jumlah kuantiti susu perahan sedia ada, ibu juga perlu memastikan bahawa adakah keperluan sebelum ini sudah mencukupi? Atau adakah ini sekadar penambahan keperluan mendadak (growth spurth) yang bersifat sementara. Ini kerana apabila bayi berada dalam situasi ini, kebanyakan bayi akan menjadi serba-tidak-kena dan sentiasa merengek. Apabila bersama ibu, bayi akan menyusu lebih kerap dan kadang-kala dalam tempoh yang lama dari biasa. Yang mana apabila bayi yang berada didalam jagaan pengasuh pula, cara yang termudah adalah dengan memberi susu. Oleh kerana itu, ada diantara ibu-ibu yang mengambil cuti semasa bayi dalam fasa ini hanya semata-mata untuk memberi lebih perhatian dan memberi keselesaan (to comfort) bayi mereka sepanjang fasa ini.

Pada pandangan saya, apa yang paling penting adalah beri ‘lebih’ perhatian kepada bayi sewaktu dalam fasa ini seperti bermain, membelai, mendodoi atau membawanya bersiar-siar sementara sebelum menawarkan bayi tambahan susu perahan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)