Alhamdulillah telah selesai SGM yang ke-4 pada pagi tadi yang diadakan di Taman Tasik Shah Alam. Walaupun kehadiran tidak semeriah seperti SGM yang lepas, namun terasa SGM kali ini lebih puas kerana dapat beramah-mesra dengan semua yang hadir. Hanya 15 orang sahaja yang hadir, Sekaligus mencatat sejarah kedatangan yang paling sedikit untuk SGM kali ini. Takpalah, maybe sebab cuti panjang dari Wesak day hari tu kot.
Topik yang dibincangkan kali ini adalah 'Managing 24-hour while Breastfeeding'. Sekali lagi semua berkongsi pengalaman masing-masing bagaimana mereka menguruskan waktu seharian ketika menyusukan anak termasuklah saya!. Banyak juga tip-tip yang menarik dikongsikan bersama.

Dan gambar-gambar sepanjang SGM berlangsung..


Oleh kerana tidak ramai, hanya satu kumpulan ibu-ibu sahaja yang dibentuk. Kumpulan kali ini dikendalikan oleh saya dan juga bersama Puan Hanidah sebagai co-moderator. Yang hadir dalam kumpulan ini adalah Puan Hanidah, Puan Ruqayya, Puan Nur Shadila, Puan Nur Afizah, Puan Akma, Puan Cik Rafidah, Puan Zatul, Puan Nur Liyana, Puan Shafinaz, Puan Juliana, Puan Zaliha, Puan Nurul Akmal, Puan Nur Shazura dan Puan Shaza.

Puan Nur liyana juga berkongsi tips seperti, ayam yang sudah dibeli dan dipotong-potong terlebih dahulu kemudianya direbus dan disimpan beku. Air rebusan ayam pun boleh disimpan beku dengan cara memasukkan dalam plastik untuk dijadikan stok ayam. Oleh sebab ayam-ayam sudah direbus terlebih dahulu, ianya akan memudahkan proses memasaknya nanti.

Antara tips yang saya kira agak membantu yang dikongsi dari Puan Cik Rafidah adalah memasak sambal siap-siap dan kemudian dibekukan. Lepas tu cuma panaskan sahaja dan tambahlah apa-apa yang hendak ditambah seperti ayam, udang, sotong dan sebagainya. Jadi kerja-kerja untuk menyediakan lauk dirumah adalah lebih mudah.

Walaupun jumlah kehadiran yang sedikit. Kumpulan bapa-bapa berjaya juga dibuat pada hari itu. Kumpulan bapa-bapa dikendalikan oleh Puan Zatul. Di antara bapa-bapa yang sporting yang men-joinkan diri dalam kumpulan ini adalah encik Nazri, encik Zarif, encik Wan Syazili, encik Fadzly, Encik Affendi, Encik Fazri dan juga encik Harith.



Perkara 'wajib' sebelum selesai SGM, acara bergambar-gambar beramai-ramai..


Kumpulan bapa juga tidak ketinggalan bergambar beramai-ramai sebagai tanda penglibatan mereka dalam aktiviti SGM kali ini :) (Semua kena pegang anak sebab wife masing-masing pegang kamera pula, hihi)

Oh ya, saya sangat beterima kasih kepada bapa-bapa ini yang sama-sama tolong melipatkan kanvas-kanvas yang digunakan. Saya tak perasan (asyik sibuk berbual-bual) sekali tengok semuanya sudah habis dikemas dan dilipat, hihi!