Laporan SGM2- Managing Myths in Breastfeeding

(Jumlah ibu-ibu yang hadir pada kali ini)

Alhamdulillah, selesai sudah SGM kedua kali ini. Topik SGM pada kali ini adalah 'Managing Myths in Breastfeeding'. Kalau nak dikira rata-rata semuanya dah tahu mitos-mitos dalam penyusuan ini, namun apa yang ditekankan dalam SGM kali ini bukan perbincangan mengenai mitos-mitos sahaja, lebih kepada bagaimana kita menangani mitos2 yang ada didalam sehari-hari.

Ibu-ibu yang hadir pada kali ini masih dibahagi kepada 3 kumpulan juga yang diketuai oleh fasilitator masing-masing iaitu puan Kamariah, puan Zatul dan saya sendiri. Ahli-ahli dikumpulan saya rata-rata terdiri daripada ibu-ibu yang sudah berpengalaman. Namun masing-masing berkongsi pelbagai cerita tentang pengalaman menangani mitos daripada orang-orang disekeliling mereka disepanjang tempoh penyusuan mereka.

Sepanjang SGM berlangsung...

Ahli-ahli didalam kumpulan saya yang terdiri daripada THU, hazarina, herni, ajui, fiza, ely, tie luvhaziq, norshazura, ummi-ilyas, issnanie, hana, liza, nina, jaja (sorry kalau ada yang tertinggal)

Menu potluck yang dibawa tersangatlah banyak, sehingga ditapau-tapau. Syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang bersemangat menyiapkan, mengorder juadah masing-masing. Kami semua dapat makan dengan kenyangnya ^-^

Iman jadi mangsa buli main tampal-tampal sticker dengan auntie THA, hihi!

Torai jangan tak torai, hehe! (Demo BW)


Bergambar dengan geng-geng SGM yang lama (otai2, hihi) sejak dari tahun lepas, yang masih sporting mengikuti SGM sehingga kini. Diantaranya, THU, herni, luvhaziq, ajui, fiza, ely, zatul, sha, nanie dan tidak lupa 'boss' SGM, puan kamariah. Bukan senang nak berkumpul sekali seperti ini. Kadang-kala ada je geng yang tiada, tiap2 kali sgm. Cuma kali ini, akmaalias yang tidak ada.

Untuk sesiapa yang masih tidak berkesempatan untuk menyertai, merasai pengalaman ber-SGM ini, jangan bimbang bulan hadapan kita ada lagi SGM yang ketiga pada 25 April 2010. Topik untuk SGM3 adalah 'Normal Development of Breastfed Babies'. Jom-jom..

Lokasi tempat Latihan MBFPC-West Coast

Wekeend ni baru saya berkesempatan untuk survey jalan nak ke tempat latihan MBFPC bagi kawasan West Coast yang bertempat di Klang. Saya bertolak dari rumah (Kajang) dalam pukul 10.30 dan saya tiba di tempat lokasi lebih kurang pukul 12pm, haha! Itu dah campur tawaf 2 kali, sesat 3-4 kali, peta kemana, GPS kemana, yang pasti saya yang haru biru dalam kereta. Mujur hari ini bukan hari kursus sebenar. Namun selepas 2-3 kali berpusing-pusing, saya mula faham (mudah-mudahan) jalan yang sebenarnya memang mudah, ikut je peta yang telah dilampirkan.


Saya tangkap gambar Rumah Darunna yang dimaksudkan, untuk lebih memudah pencarian oleh para peserta. So kalian boleh cari spesifik terus Rumah Darunna tu bagaimana rupa bentuknya. Kerana, pada awalnya pun saya bayangkan Rumah Darunna ni seperti bangunan 2 tingkat ala-ala macam institut ke pape, rupa-rupanya dia memang sebuah rumah betul, terletak dikawasan perumahan banglo disitu, cuma banglo Darunna tu sahaja yang bukan didiami oleh family.

Selepas melalui jambatan Sungai Kelang, kita akan melalui kawasan 'shop-lot' di little India, terus lagi, perhatikan Mydin Emporium disebelah kiri, terus sedikit, kita akan nampak Klinik Kesihatan ibu dan anak disebalik kiri, masuk ke simpang kiri (sebelah Klinik Ibu dan Anak) dan terus ikut jalan itu, anda akan mula nampak banglo-banglo disebelah kiri anda. Banglo Darunna adalah yang bernombor 16, berhadapan dengan banglo itu adalah Klinik Anika (seperti dalam gambar dibawah).



Ini lah klinik Anika seperti yang dimaksud kan dalam peta diatas. Ianya bukan sebuah klinik swasta yang bernama 'Anika' tetapi ianya adalah sebuah klinik kesihatan kerajaan yang besar. Rumah Darunna itu betul-betul berhadapan dengan Klinik Anika ini.


Saya pun tak berapa pandai dalam nak memberikan direction ni, harap2 faham je lah yer, hihi. Di harap gambaran-gambaran ini lebih memudahkan pencarian ke lokasi kursus itu nanti. Jumpa kalian disana yer ^-^

List of Paediatricians (Child Specialists)

Sebelum saya terlupa (atau menghilangkanya) saya nak berkongsi satu link berkenaan dengan direktori paeds yang ada di dalam negara. Saya rasa ianya satu sumber rujukan yang bagus terutama bagi ibu-bapa yang ada anak-anak ni.

Saya nak copy dan paste di belog tapi tersangatlah panjang. Sudahnya saya copy di excel saja. Link ini dikongsikan oleh seorang teman YM, terima kasih yer lili :) . Klik link dibawah dan save kan data-data dalam file anda. Mana lah tahu, webpage tu takda lagi ker..



My Azzuri

Dah lama rasanya tak menepek gambar buah hati saya ini. Anak saya ini sudah semakin tinggi tau. Ini lah hasil campuran 170cm-mak dengan 184cm-ayah, haha! Azri sekarang sangat becok dengan bahasa 'alien'. Tapi belum ada patah perkataan yang dikeluarkan. Alhamdulilah sekarang musim tolak batu-kayu. Semua dia makan. Namun sebelum-sebelum tu pernah juga dia taknak satu apa pun. Nasi, bubur,biskut hatta nestum pun tak mau. Memang haru juga. Tapi yang pelik bila musim tu, bila makan kat luar nasi putih dengan tom yam pun licin. Waduh! Ke sebab dia dah boring dengan suasana makan di rumah. Amboi, kecik-kecik dah pandai nak makan kat luar je, huhu!

Kalau breakfast, kadang-kadang dia makan mee hun, nasi lemak atau pun roti canai.

Sekarang sudah pandai makan sendiri-sendiri sambil tengok tv kecuali makan nasi lah. Bila petang dia suka makan keropok ke, sosej ke, semua makan sendiri-sendiri. Pendek kata segala makanan orang dewasa lah. Kalau makan nasi tu, lauk kari, lauk lemak pun sapu. Betulah, kata orang, anak minum susu ibu tak cerewet makan, ye kah!

Yo mommas! wassup-berasap..Hehe!

Waktu siang, azri cuma minum 10 oz sahaja sebanyak 3 kali. Kadang-kadang 2x pun ada. Sebabnya, sekarang saya tak offer dia EBM ikut time dah, saya tunggu dia minta. Kalau dia merengek-rengek serba tak kena tu maknanya dia nak susu lah tu, hihi! Kalau time berjalan lagi la syiok, langsung dia tak ingat pun nak minum susu. Heavennya saya tak perlu bawa cooler,termos, mug bagai. Saya pump and feed on the spot sahaja. Tapi sesi pumping harus berjalan macam biasa.

Hehe, EBM saya kali ini berwarna kehijau-hijauan pula. Disebabkan satu herbal supplement yang saya ambil selain fenugreek. Hasil perahan untuk 7x kali pemerahan kembali seperti biasa selepas agak-agak merudum semasa kembali period saya yang pertama tempohari. Kini, jika sesi perahan pagi, boleh dapat hingga ke 5 oz, masuk ke tenghari sampai petang agak-agak selow je dari 2-3 oz je. Masuk malam sampai ke tengah malam boleh la dapat dari 3-3.5 oz je. Alhamdulillah dalam satu hari leh kumpul 20-25 oz. Rindunya zaman-zaman 35 oz dulu, whooaaaaa! Okla tu, dah setahun 5 bulan masih boleh dapat banyak tu (ayat positip a.k.a masuk bakul pun buleh, haha)

Bagi saya, kekerapan mengosongkan breast adalah sangat penting, tak kiralah sama ada anda menyusukan atau melalui pemerahan. Untuk memastikan produksi susu senstiasa optimum, breast jangan di biarkan kosong melebih dari 3 jam sama ada waktu siang atau malamnya. Dan pastikan anda konsisten dengan jadual pemerahan. Lakukan pemerahan setiap kali pada waktu yang sama setiap hari.


Suka-suka sahaja!

"Saya tahu dengan memberi susu ibu kepada anak, saya akan berasa lebih tenang sekaligus mengurangkan stres. Kaedah ini juga secara psikologi dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh.."

Saya gelak besar bila baca petikan kata-kata 'saya' diatas didalam surat khabar Ko*mo tempohari. Saya bergegas mencari suratkhabar itu, bila teman memberitahu saya yang nama saya ada disebut didalam majalah itu. Saya takda scanner lah plak nak scan keratan 'statement saya' itu, takpa takda muka saya pun dalam tu, hihi.

Kenapa saya gelak sebabnya saya tak sangka plak saya yang cakap begitu. Seingat saya lah, saya takda pun ditanya dan menjawab sebegitu, huhu. Tapi takpa lah, at least jawapan yang direka itu pun 'not bad' lah, hihi.

Saya memang ingat yang saya ada didatangi oleh 2 orang media seketika, semasa saya sedang berbual-bual dengan salah seorang member SI yang mengenali dan menegur saya, yang juga datang juga ke Kempen Penyusuan Susu Ibu di Anjung Bistari dulu. Namun perbualan itu hanya seketika dan tidak pun kelihatan seperti satu sesi interview yang formal pun. Mereka menanyakan mengapa saya datang ke kempen itu, dan selebihnya tentang cara pemakaian & kegunaan RS yang kebetulan dipakai oleh teman yang sedang berbual dengan saya tu.

Kesimpulannya, berhati-hatilah apabila anda membuat kenyataan di media, hahahaha!

MBFPC,SGM2,Pot pet

Lamanya saya tak mengemaskini entri diblog saya. Apabila hujung bulan semakin tiba, saya akan jadi lebih sibuk campur nerbes, hihi! Sebabnya program latihan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC) untuk kawasan Kuala Lumpur dan Selangor semakin hampir pada 2 hingga 4 April ini. Semoga ianya akan berjalan lancar seperti yang dirancang dan diharapkan.

Banyak kerja-kerja belakang tabir untuk program latihan MBFPC ini yang perlu dilakukan dengan hanya tinggal beberapa kerat sahaja tenaga kerja yang betul-betul dedikasi untuk menggerakkan program MBFPC ini. Kami lah orang-orang dibelakang team-team yang telah dibahagi-bahagikan (Admin, Education & PR), kami juga lah PCPA-PCPA yang akan kehadapan. Tiada imbuhan pun yang diharapkan. Hanya berbekalkan semangat cintakan penyusuan susu ibu ini sahaja untuk menggerakkanya.

Selain dengan MBFPC, SGM kedua pula akan tiba pada 28 Mac 2010 (ahad ini). Sekejap je dah dekat nak sebulan rupanya sejak dari SGM pertama bulan lepas, huhu. Topik kali ini adalah 'Managing Myths in Breastfeeding'. Kalau nak cerita pasal mitos ini macam-macam kan, sudah tentu masing-masing mengetahui mitos-mitos dalam penyusuan susu ibu ini. Tetapi kadang-kadang disebalik mitos itu ada juga maksud tersirat yang ada benarnya tentang penyusuan, wallahulam. Atau bukanlah nak dikatakan mitos sepenuhnya, mungkin 'pesan orang-orang' dulu kah.

Jika menurut pengalaman saya ketika menjadi fasilitator untuk SGM Ratuhati.com dahulu, tajuk yang dibincangkan juga adalah sama iaitu mengenai mitos juga. Apabila ditanya, masing-masing tidak ada idea mengenai mitos dalam penyusuan, atau mereka malu-malu kah, mungkin kerana mereka pertama kali berSGM barangkali. Owh, ahli kumpulan saya banyak yang sedang mengandung anak pertama, hihi!

Semasa SGM1 susuibu saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi fasilitator, kali ini tidak pasti siapa pula fasiliatornya. Adakah saya lagi (acik on je) hahaha! Yang pasti jadi fasi ke tak, saya akan tetap pergi ke SGM. Sebabnya, saya seronok berjumpa dengan mak-mak yang kadang-kala kita jumpa diforum/blog sahaja. Dan juga geng-geng SGM yang lama-lama, masih juga turun ke SGM (walaupun dah terel-terel dah semua ni) ^_^

Pada yang teringin nak join SGM ni, marilah jangan malu-malu. Tiada bayaran yang dikenakan. Cuma kita mengamalkan konsep 'potluck' setiap kali perjumpaan. Dimana setiap yang datang membawa juadah masing-masing untuk dikongsi bersama. Tiada paksaan. Jika banyak kita bahagi dua, jika sedikit kita bahagi 14 belas, hihi! Saya pernah ke SGM dimana pada ketika itu, hanya sedikit sahaja makanan yang ada. Ada yang dapat, ada yang tak. Dan saya juga pernah SGM yang satu ketika itu penuh dengan pelbagai juadah makanan, sehingga tak habis, sempat ditapau-tapau pula.

Namun tujuan SGM bukanlah hendak pastikan yang semua orang dapat makan dengan kenyang. Yang penting semua orang dapat berkumpul dan berdiskusi sesama sendiri dan membawa pulang sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi. Jumpa disanaaaaa yaa..! :)

Pumping at 17 months

Huh, dalam tak diam sudah 17 bulan saya memerah yer. Dahulu dimasa awal-awal pemerahan saya hanya berangan-angan yang saya akan berjaya sehingga ke 2 tahun memberi anak hanya susuibu walaupun anak saya tidak direct feeding. Diam tak diam lagi 7 bulan sahaja nak sampai ke angka 2 itu.

Ramai juga yang konpius setelah membaca blog saya, adakah mereka juga harus memerah 7-8x satu hari kah. Mungkin mereka tidak tahu alkisahnya saya :) Saya harus memerah sekurang-kurang 8x sehari adalah kerana saya tidak menyusukan anak saya. Ok, bukan tak pernah cuma saya hanya sempat untuk merasai pengalaman menyusukan anak hanya dalam bulan-bulan pertama kerana anak saya telah mengalami kekeliruan puting ( kelakar pulak ayat dalam bahasa ni).

Oleh kerana perasaan inginkan anak hanya minum susu ibunya itu menebal, membuatkan saya bangkit untuk menidakkan kata-kata yang seringkali saya dengar bahawa saya takkan berjaya jika anak tidak menyusu. Dalam bahasa pasarnya, 'kalau anak tak hisap, nanti susu kering'. Berbekalkan dengan sedikit bantuan daripada teknologi (breastpump) dan minda yang sangat positif, disiplin yang tinggi, nahhh saya sudah pun ke 17 bulan.

Malah kekurangan yang ada membuat diri ingin lebih mendalami dan menjadikan saya devoted dalam dunia breastfeeding dan menjadikan apa yang saya dapati sekarang. Siapa kata EP moms tak boleh jadi 'breastfeeding advocacy'.. *wink*. Pengalaman diri menjadi satu panduan & nasihat terutama bagi ibu-ibu yang baru agar tidak melalui seperti apa yang saya lalui.

Tidak ada yang mustahil jika kita betul-betul ingin melakukan, inginkan EBM penuh sefridge? Tidak mustahil, apetah lagi bagi yang boleh menyusukan anak secara direct. Yang penting mesti ada kemahuan dan berusaha kearahnya. Saya juga bukan yang meriah susu pada awal-awalnya. Kurang susu kerana kurangnya pengetahuan pada masa itu. Banyak yang saya coretkan mengenai perjalanan saya sebagai pemerah tegar atau exclusive pumping mom di belog ini. Malah blog ini tercipta kerana saya nak menceritakan kisah EP saya agar saya lebih bermotivasi.

Kalau kalian klik di link 'Stories' atas tu sebenarnya ada lagi entri yang lama, cuma tak appear. Kena klik kat 'older post' atau 'newer post' kat bawah sekali di belah kiri dan kanan untuk tengok entri-entri merapu, masuk bakul, geli-geli dan tah pape lagi lah.

Sekarang, oleh kerana masa saya lebih banyak diluar saya sudah mula down to 7 pumps sahaja. Cuma kadang-kala saya dapat buat 8. Dan oleh sebab itu juga saya kuat merasakan pengurangan sesi pump saya serta jadual pump yang lari-lari kebelakangan ini menyebabkan kembalinya period pertama saya selama 16 bulan period-free. Dan pada waktu 17 bulan ini, saya masih membuat 20-25 oz sehari. Alhamdulilah cukuplah dengan keperluan azri ketika ini. Azri pun dah kurang susu belah siangnya sebab banyak makan dan main. Zaman-zaman 30++oz sudah berlalu. Rindunya waktu.

Saya tidak tahu bila buku EP saya akan ditutup, mungkin kan apabila mencecah ke angka 2 kelak, atau mungkin selagi masih ada? Kerana EP tidak seperti menyusukan anak. Anda yang memutuskan bilakah anda perlu 'wean off' dari pump anda. Namun sehingga ke setakat ini, saya hanya memikirkan yang saya akan meneruskannya selagi ada dan sehingga yang termampu. Moga-moga saya sampai ke angka 2 itu.

Keep on Pumping Ladies!

*Setiap kali saya menulis ayat 'Keep on Pumping' ini, perkara pertama yang sentiasa bermain di fikiran saya adalah lagu Rollin' by Limp Bizkit '...keep on rollin bebeh'

Alkisah Trajedi Tercekik

Mesti saspen tengok title ini, ini bukan trajedi saya, mudah2han kita semua dia jauhkan daripada trajedi-trajedi sebegini, amin! Kita selalu mendengar kisah-kisah kanak-kanak tercekik didalam berita, surat khabar disana-sini. Hari ini saya sendiri menyaksikan sendiri depan mata seorang kanak-kanak yang tercekik. Sehingga ke saat ini saya masih terbayang-wajah kanak-kanak itu, whooaaa. Ianya sangat-sangat memberi iktibar pada saya.

Alkisahnya begini, selepas meeting diantara PCPA untuk training MBFPC pagi ini di MLO, Seri Kembangan saya terus ke The Mines dengan Azri dan mak saya. Plannya saje nak bawa Azri pergi main-main kat pusat hiburan keluarga disana, tetapi disebabkan ramai budak-budak yang bermain dalam play area tu so takjadi la nak bagi azri main kat situ. So kami pun plan nak makan KFC sahaja.


Oleh kerana Azri pulak taknak berengang dengan saya, kena lah saya bawa azri sekali untuk order makanan. Sedang saya beratur, ada sorang ibu yang berbangsa cina dengan dua orang anaknya dibelakang saya. Si abang sudah agak dewasa mungkin berumur dalam 4-5 tahun dan adik perempuannya mungkin dalam 2-3 tahun. Semasa beratur, kelihatan si ibu ini sahaja bersama anak perempuannya, si abang tidak kelihatan mungkin sedang merayau ke tempat lain barangkali.

Tiba-tiba si abang ni cemas datang mendapatkan ibunya ni. Saya toleh belakang tetapi tidak ambil kisah pada mulanya kerana menyangka yang si abang tu nak muntah sebab nampak seperti terbatuk-batuk. Namun semakin lama, semakin kecoh bila suara ibu ini mula cemas & panik (dalam bahasa cina). Saya toleh lagi sebab orang-orang dihadapan saya sudah mula memandang ke ibu ini.
(Gambar Hiasan)

Ibu ini masih struggle menelangkupkan anaknya sambil menepuk belakang anaknya sambil memekik-mekik pada anaknya ini (mungkin bertanya apa yang telah terjadi) namun anaknya itu masih kelihatan seperti tercekik dan tidak mampu untuk berkata-kata. Si anak itu mukanya sudah kelihatan merah. Oh, saya sungguh helpless masa itu, saya tidak bagaimana untuk membantu ibu itu, dan orang-orang lain di sekeliling pun hanya terkelu memandang si ibu ini tadi. Mungkin tiada siapa tahu apa yang patut dilakukan.

Setelah beberapa kali cubaan menepuk-nepuk belakang anaknya ini tidak berjaya, dia terus mengangkat anaknya itu dan berlari beredar meninggalkan tempat, tidak pasti lah saya kemana arahnya itu, mungkin kah mencari suaminya atau terus keluar dari The Mines untuk pergi ke klinik yang berdekatan. Sungguh cemas situasi itu kerana saya terus terkelu tak mampu untuk berbuat apa-apa ditambah pula saya tengah mendukung azri. Ini pertama kali saya melihat satu situasi cemas di hadapan mata saya. Saya masih berfikir-fikir entah apa lah nasib si anak itu tadi. Sempatkah si ibu itu mendapatkan pertolongan.

Selepas si ibu itu tadi beredar barulah kedengaran, orang-orang yang sedang beratur memberi reaksi sesama sendiri, tercekik la etc. Masa tu baru lah tersedar alangkah bagusnya jika saya tahu step-step first aid untuk kanak-kanak yang tercekik. Saya pernah terbaca jika seseorang itu tercekik, kita perlu buat 'abominal thrust' iaitu lebih kurang kita peluk mangsa dikawasan perutnya dan kemudian ala-ala macam nak mengangkat, tapi saya ingat-ingat lupa teknik itu, huh! Selepas daripada menyaksikan peristiwa tersebut, iktibar yang saya pelajari adalah jangan sesekali biarkan anak tanpa pengawasan walaupun anak itu sudah dewasa.

Sekembalinya saya dirumah saya terus mengugel mengenai chocking hazard ini. Dan abdominal thrust yang dimaksudkan adalah seperti dalam gambar-gambar ini.



Dan dalam banyak-banyak video yang saya search di you tube, video dibawah ini yang saya rasakan paling simple dan mudah difahami (bagi orang-orang yang malas nak tengok video yang panjang-panjang macam saya, huhu)





Sedikit tips yang mungkin biasa kita dengar untuk mengelakkan tercekik dikalangan kalangan kanak-kanak:
  • Elakkan dari memberi benda-benda atau makanan yang kecil.
  • Latih anak-anak untuk duduk ketika makan. Jangan biarkan mereka berlari-lari, bermain-main dengan makanan yang ada dalam mulut mereka.
  • Potong makanan dalam bentuk yang kecil dan latih mereka untuk mengunyah makanan dengan betul
Bila dah tengok depan mata, barulah kita nak terasa alert dengan perkara-perkara begini. Sehingga sekarang saya masih tergiang-ngiang wajah kanak-kanak itu. Moga-moga dia selamat!.

Artikel mengenai keselamatan dalam 'Babywearing'

[Sumber Artikel dari : http://www.undercovermother.net]

Babywearing: The real deal on safety

Brace yourselves, babywearing parents.

If we thought we got inquiring looks for slinging our babies before, I'm sure we're in for a firestorm of more than just curious glances now that the Consumer Product Safety Commission is preparing to issue a warning to parents about infants having suffocated in popular slings sold at our local Target. And it might not be such a bad thing.

I want the conversations to begin flowing when I'm wearing my babes mostly because my heart weeps for the parents who lost their little ones while trying to wear their babies close to them. It's terribly heartbreaking that these moms and dads wanted to love and protect their babes by wearing them, and just the opposite happened when their precious little ones suffocated while being worn.

So this warning is important. Yes, it's so very vital, not only because slings that are being marketing are responsible for death but also because this warning will further thrust babywearing into the spotlight. And though I'm praying that the warning will clearly explain and define why the types of slings that have caused these terribly tragic deaths are dangerous, I, for one, am not willing to leave any of the babywearing education to a government safety commission.

Because the CPCS's job isn't to educate the public about safe babywearing. And its job isn't to broadcast that the act of babywearing isn't dangerous; rather its job is to sound about which products are unsafe. While it's important to know which products are unsafe, we need to ensure parents and caregivers understand what the CPSC is warning against so they can make informed decisions when purchasing a carrier.

So let me stand from the my blogtop and scream it:

Any baby carrier can be dangerous! Once parents understand babywearing safety rules, they will not be tricked into thinking that all baby carriers are safe or alternately not safe.

The slings that have caused infant deaths are commonly referred to as bag slings. These slings are worn around the parents' neck and body much like a messenger bag is worn. Babies who are placed into the deep pockets of these slings are at risk for suffocation because their bodies are positioned in a C position where the child's neck often touches her chest and restricts airways. All the while, the poor mom or dad wearing baby could be oblivious to any danger because baby is all the way down by mom or dad's belly button.


(image courtesy of Walmart.com)

These bag slings -- like the Infantino Slingrider -- are so dangerous; they violate every babywearing safety instruction we babywearing instructors teach:



Baby should be close enough to kiss.
Baby should never have his chin resting on his chest.
Baby's head should be above the rest of her body.
Baby's knees should be higher than his butt.
Baby's face shouldn't be covered by fabric.
Baby's head should be supported.




Not only do bag slings -- like the Slingrider -- defy EVERY SINGLE ONE of these safety musts, they also give reputable ring slings and pouches, like Hotslings and Sakura Bloom ring slings, a bad name. Can reputable slings be worn drastically wrong? Of course, but companies who sell sound babywearing products, like the aforementioned ones, send safety instructions with their slings that explicitely explain babywearing safety.

We must advocate for the safety of babies by educating parents about the dangers of specific slings like bag slings but also by teaching overarching babywearing safety guidlelines. The CPSC statement probably will scare parents away from these bag slings. But that is likely all the warning will accomplish alone.

Instead of fearing the CPSC warning will give babywearing a bad name, let's speak up for babies' safety and sound sirens of warning about unsafe baby slings and practices alongside the commission. And then let's take it a step further by educating parents about babywearing safety so that parents feel secure in holding their babies close. Because we want every parent to feel comfortable with wearing their babies. Shouldn't they all reap the benefits of being close enough to kiss?

Let's wholeheartedly pray that this warning thrusts us babywearers into the limelight so we might be able to educate the the public, particularly caregivers and parents, about babywearing safety. I don't want to see one more baby die from improper positioning in a poorly designed sling, so I, for one, am praying for more gawking and comments because it will just open the door for safety information to flow.

For more safety and carrier information, visit:
www.thebabywearer.com or www.babywearinginternational.com



EDIT after inquiries: Baby EJ is being worn in the tummy to tummy position in a Kimz Kreations ring sling. He is one week old in the first picture and two weeks old in the second. Please be sure to note that the fabric is covering the back of his head in the second picture, but his little nose and mouth are clear of fabric and are tilted up away from his chest.

Lawatan ke Creche Penyusuan Susu Ibu IPHKL

Hari ini saya ke Institut Pediatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi lawatan ke creche Penyusuan Susu Ibu di institut ini. Program lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu (KSPSI) Hospital Serdang .

Ketibaan kami disambut oleh Dr. Farah Inaz iaitu pengerusi Creche Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL) dan juga Sister Nik Kelthom HKL. Sebelum melawat ke creche. Dr Farah menceritakan serba sedikit latar belakang penubuhan creche itu. Sedikit informasi mengenai definisi Creche. Creche berasal daripada perkataan French yang membawa maksud katil bayi. Didalam English ianya membawa maksud yang sama seperti Pusat Jagaan harian Kanak-kanak (Children Day-care Centre, Taska (Nursery) dan lain-lain lagi.

Creche IPHKL ini sudah lama ditubuhkan sejak dari tahun 1995 lagi rupanya. Creche ini diwujudkan khas untuk memudahkan lagi proses penyusuan susu ibu itu khususnya untuk kakitangan HKL. Creche IPHKL ini satu-satunya creche Penyusuan Susu Ibu yang ada dikalang an Hospital yang ada di negara kita.

Hanya bayi yang menyusu dengan susu ibu sepenuhnya sahaja yang dibenarkan untuk dihantar ke creche ini. Tiada penyediaan FM dalam creche ini. Dan creche ini hanya menerima bayi yang umurnya tidak lebih dari setahun sahaja. Jumlah maksimum bayi yang diterima adalah sehingga 15 orang sahaja.

Jadi, ibu-ibu (kakitangan HKL) akan datang setiap kali waktu rehat untuk menyusukan anak mereka. Jika mereka tidak berkesempatan untuk datang menyusukan, mereke akan menelefon kesini dan bekalan EBM yang dibekalkan akan diberikan oleh pengasuh yang bertugas.

Disini ditempatkan khas untuk bayi-bayi yang masih kecil bawah usia 6 bulan. Geram melihat deretan bayi-bayi didalam baby cot masing-masing :) Pengasuh-pengasuhnya pula adalah yang memakai apron itu. Ada 6 orang bayi kesemuanya disini.




Dibilik ini pula diletakkan bayi yang lebih besar usianya. Tak ramai, hanya ada 4 orang sahaja.


Sedikit cenderahati dari Kumpulan Sokongan kami yang diberikan oleh Sister Zalimah kepada Dr. Farah Inaz.


Bergambar Kenangan sebelum pulang. Dari kiri Sister HKL Nik Kelthom, Puan Shamsiah, saya (KSPSI), Puan Hazarina (KSPSI), Matron Sudha HKL, Dr. Asma (KSPSI), Puan Irne (KSPSI) dan juga Sister Zalimah (KSPSI).

Laporan Program Latihan MBFPC pertama

Alhamdulillah, selamat sudah program latihan pertama bagi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC) untuk kawasan utara. Saya sangat teruja dengan pelancaran program latihan sulung MBFPC ini setelah segala persiapan dari segi pengurusan, ilmiah sehinggalah ke promosi mengenai program ini telah dirangka demi untuk menjayakan program latihan yang sulung ini. Syabas kepada Peer Counselor Program Administrator (PCPA) yang terlibat dan tidak mengira penat lelah untuk menjayakan program latihan yang pertama ini.

PCPA yang bertugas bagi sesi latihan untuk kawasan Utara iaitu terdiri daripada Project Manager (PM) MBFPC, Puan Nor Kamariah, PCPA yang lain iaitu Puan Yusrinahata, Puan Norashida, dan Dr. Faridah.

Sepanjang sesi latihan yang dijalankan.. (Gambar adalah ihsan dari FB Puan Norhana)

Para peserta semasa perbincangan dalam kumpulan masing-masing.


Demonstrasi posisi penyusuan kepada peserta- lying down position.

Aktiviti-aktiviti 'Role play' oleh para peserta.

Kesemua perserta yang menghadiri program latihan MBFPC bagi kawasan utara (Northern Region) dan telah selamat bergelar 'Peer Counselor' atau pembimbing ibu-ke-ibu. Semoga ilmu yang didapati daripada latihan ini sedikit sebanyak dapat menjadi pemangkin bagi para Peer Counselor ini dalam usaha mereka untuk membantu lebih ramai lagi ibu-ibu dan mewujudkan satu komuniti penyusuan susu ibu di tempat, pejabat, perumahan dan sebagainya disana. Syabas!

Untuk program latihan yang seterusnya untuk kawasan West Coast Region (bagi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor) pada 2-4 April 2010 di Klang. Bagi yang telah menghantar permohonan dan jika terpilih, saya akan bertemu kalian sewaktu program latihan disana nanti sebagai PCPA bertugas untuk kawasan tengah ini :)

Di sini saya juga ingin mewar-warkan, pendaftaran untuk 'Peer Counselor' juga telah dibuka bagi kawasan Pantai Timur [(East Coast) Pahang, Terengganu dan Kelantan], Selatan [(Southern region) Negeri Sembilan, Melaka dan Johor ] dan juga Sabah & Sarawak. Pada sesiapa yang dari kawasan-kawasan tersebut boleh menghantar maklumat diri ke alamat e-mail MBFPC di admin@malaysianbfpc.org

Playroom 70% done!

Wah, jaki betul saya dengan hasil 'keras' tangan yang tak seberapa tu, hihi! Bilik ni belum siap lagi sebenarnya tapi anak saya dah tak sabar-sabar nak duduk dalam tu. Bila dia nampak saya dari kejauhan (terhalang dengan safety-gate, dia terjerit2 nak pergi ke tempat saya tengah buat kerja (dalam bilik inilah). Sudahnya saya terus pasang je rubber mat dan letak la semua mainan2 dia dalam tu.

Langsir pun saya tak sempat siapkan lagi. Poster-poster ABC etc semua belum saya tampal lagi (kes nak cover cat merah itu, huhu). Rubber mate yang saya beli tu pun tidak cukup sebenarnya, 40 keping hanya dapat cover setengah bilik itu sahaja. Pun nak kena top-up lagi ni. Huh banyak juga nak kena 'keluar' ni (sambil kira-kira bajet). Takpalah, demi anak tersayang lah katakan, hihi!

*Papan hitam tu ada nilai sentimental value. Sudah lama usia papan hitam tu. Saya ingat lagi, arwah abah bawa saya pergi kedai stationery di Kampung Pandan untuk beli papan hitam tu. Sayang gila nak buang. Walaupun kayu framenya dah reput-reput, saya cat semula. Azri pun siap-siap conteng-conteng kat situ, tapi selalu terlajak sampai ke dinding juga, whoooaaa!

Nampak kemas kan, ini adalah permandangan sebelum diserakkan. Lepas azri chek semua satu-satu, habis semua yang ada dalam bekas itu, di lambakkan, diserakkan, dibaling macam-macam lah lagi. Oleh sebab didalam bilik, saya biarkan sahaja dia nak tunggang terbalik ke hape dengan toys2 dia semua tu haha!

Playroom/Studyroom in progress

Penat, bz, macam-macam kerja kena buat. Tu belum masuk kalau saya bekerja lagi. Tak dapat nak dibayangkan, huh! Banyak kerja rumah tertangguh sebenarnya kerana saya lebih banyak membuat kerja luar yang kadang-kadang buat ibu saya membebel juga memikirkan apalah kerja yang penting sangat saya buat tu. Nak dikatakan mendapat gaji tidak juga, lagi keluar duit dari poket sendiri adalah. Tetapi yang penting saya membuat kerja yang saya minat. Saya sanggup kehulur-kehilir tentang apa sahaja yang berkenaan dengan aktiviti penyusuan susu ibu. Tetapi itu semua mungkin tidak difahami oleh ibu saya malah sesiapa juga yang tidak mengalami & cuba memahaminya.

Sementara sibuk kesana-kemari, saya nak juga siapkan playroom untuk azri di bilik stor yang saya telah kemaskan. Saya berangan-angan untuk menjadikan bilik itu sebagai tempat bermain, belajar dan sebagainya nanti kelak. Ala-ala kunun macam nak buat 'homeschool sendiri' la ni.

Tapi saya rasa pemilihan cat sudah ada sedikit kesilapan teknikal lah, aiyo! Saya suka warna biru itu tetapi cat merah itu tidak 'matching' seperti apa yang saya imejin kan, huhu! Whoaaa, kalian jangan menambahkan ke-terkilaan-an saya lagi sob sob!Takpa saya akan cuba meng-covernya dengan hiasan-hiasan atau poster2 ABC ke yang menarik nanti,hehe!.

Untuk menyudahkan cat itu semua, hampir seminggu juga (tu pun belum sudah lagi) kerana saya merasakan cat merah itu seperti seakan tidak rata. Tidak seperti cat biru itu, adakah kerana teknik mengecat saya yang salah atau warna cat itu sendiri. Tetapi mengapa cat biru tidak kelihatan seperti itu, arghhh kuciwannya saya. Saya mms en. husby bertanyakan pendapat beliau, katanya perlu dibilas (dicat) semula. Huh??

Selang-seli dengan kerja-kerja mengecat saya menjahit langsir pula. Memang kerja 'one-man-show' lah ni. Sedang-sedang menjahit, mesin jahit pula rasa macam buat hal dan saya rasa ianya perlu diservis terlebih dahulu kerana jahitannya yang tidak kemas lagi. Tergendala lagi projek langsir saya pula. Tak sabar nak tunggu hasil apa akan jadi pada bilik ini kan. Nantikannnnnn, hahah!

Saya cepat boring bila mengadap sesuatu kerja tu dengan agak lama (terutamanya kerja-kerja mengecat) mungkin sebab saya tak minat agaknya, haha! Series sangat buhsan, bila sedang2 mengecat tu terasa lama betul nak siapkanya.

Kemudian saya bawa azri keluar pergi makan (Sila jangan tiru aksi ini, hehe). Disebabkan saya tiada car seat dan saya tak rasa azri nak duduk dalam car seat (belum try lagi, hehe) jadi saya menggunakan SSC yang saya beli dulu untuk letak dia dlm tu. Azri diam-diam buat kerja sendiri bila duduk camtu. Cuma bila nak bawa dia dalam keadaan begini, perjalanan yang hendak dituju itu haruslah berdekatan sahaja, huhu! Takleh lama-lama dalam ni, nanti dia rimas nak bangkitlah, berdiri lah, hehe!

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Training Program for Northen Region




Panggilan terakhir untuk sesiapa yang berminat untuk menyertai progam latihan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor bagi kawasan utara yang akan diadakan pada:

Tarikh: 5-7 March 2010
Tempat: Socio-Economic & Environmental Research Institute (SERI), Penang.

Terbuka kepada sesiapa khasnya dari Perak, Kedah, Perlis dan Penang. Jika berminat sila e-mailkan detail (Nama, alamat, e-mail, no. telefon ke admin@malaysianbfpc.org

Tawaran terhad kepada ‘first-come-first-serve’ basis.


Sekian,

Nurhayati Mohd Hashim
Admin Team,
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)