Penjajahan telah berlaku

Haha, akhirnya setelah hampir 2 tahun 4 bulan saya tidak 'dijajah', hari ni secara rasminya saya telah dijajah dan bendera merah mula berkibar hehe! Hilang saspen nak tunggu kembalinya period pertama, huhu! Dalam hati bercampur-baur sebenarnya. Ada masa seronok, adakala sedih plak. Seronok sebab ianya menunjukkan saya sudah kembali subur (subur kah....hmm mudah-mudahan). Sedih pula sebab susu pun macam ala-ala nak kaput kadang-kadang dapat sikit kadang-kadang banyak. Tapi saya positif jer, saya kurang risau sebab anak saya suka makan tolak batu dengan kayu je, huhu.
Dan saya tertanya-tanya adakah kembalinya period pertama saya ini disebabkan jadual mengepam saya yang mula lari-lari sejak kebelakangan ini sebab bz dengan aktiviti-aktiviti diluar. Atau mungkin kerana saya sudah mulai mengepam hanya 7x berbanding 8x sebelum kah. Mungkinlah faktor-faktor itu menyumbang sedikit sebanyak. Sendiri tanya sendiri jawab!
Patutlah kelmarin saya sudah tidak sedap badan, saya pening, muntah, mual, loya sume ada (haipp...takda apa-apa yer) kemudian saya terus demam. Dan kepala masing lagi dalam mode kadang-kala berputar. Dan patutlah juga hasil perahan saya juga sedikit. Saya menyangkakan ianya disebabkan saya yang tengah demam ketika itu, rupa-rupanya ditambah lagi, nak datang period rupanya, haha! Macam ala-ala 'kemeriahan berganda' la ni. Nak datang bulan disambut dengan pening,muntah, demam segala bagai..huhu!

Hasil perahan saya sekarang, sekali perah adalah dalam 1-2 oz, ada time-time lebih skit. Kadang-kadang kena tunggu 2x perah baru leh cukupkan amount untuk azri sekali minum.
Frozen yang tinggal, bersalut salji, nampak sangat tak berusik lama. Lebih banyak buang dari yang diminum sebab dah expired. Yang balance ni pun menunggu hari je sebab dah nak expired juga. Azri pun taknak minum yang frozen. Kalau minum pun 1-2 oz je, lebih takmau dah. Saya pun tak kuasa dah nak paksa dia habiskan. Dia lagi rela minum air masak sebotol dari habiskan frozen ebm yang diminum tu, haihh!