Fenugreek


Fenugreek atau saintifiknya dikenali sebagai Trigonella foenum-graecum L. Sebagaimana yang telah semua ketahui, fenugreek adalah salah satu jenis milk booster yang paling glamer antara milk-booster yang lain. Fenugreek adalah sejenis herba atau dalam bahasa kita lebih dikenali sebagai halba. Halba yang selalu digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan kari dan sebagainya. Selain diguna didalam masakan, ianya juga digunakan sebagai herbal supplements terutamanya sebagai galactagogues dikalangan ibu-ibu yang menyusu.

Walaupun Fenugreek adalah dari kalangan herba, namun ibu-ibu harus tahu juga potential side effect dari pengambilan fenugreek ini yang mungkin dialami oleh sesetengan ibu-ibu dan juga bayi mereka. Untuk sumber yang paling mudah dan senang difahami, boleh baca di kellymom. Namun hanya segelintir sahaja yang mungkin mengalami side effect yang dinyatakan.

Sukatan pengambilan fenugreek yang dicadangkan (sumber, kellymom)

capsules
(580-610 mg)

  • 2-4 capsules, 3 times per day
  • 6-12 capsules (total) per day
  • ~1200-2400 mg, 3 times per day (3.5-7.3 grams/day)
  • German Commission E recommends a daily intake of 6 grams

capsules
(500 mg)

  • 7-14 capsules (total) per day

powder or seeds

  • 1/2 - 1 teaspoon, 3 times per day
  • 1 capsule = 1/4 teaspoon
  • can be mixed with a little water or juice

tincture

1-2 mL, 3 times per day (or see package directions)

tea

one cup of tea, 2-3 times per day



Secara jujurnya, saya tidak mengalami apa-apa alahan sepanjang mengambil fenugreek ini, selain merasakan badan lebih lebih cepat berbau berbanding ketika tidak mengambil fenugreek :) sila standby deodorant lebih, ye! Sehingga kini saya masih lagi consume fenugreek 1 biji 2x sehari. Well, there is a time bila saya rasa saya seolah-olah sudah imun dengan fenugreek. Dan kadang-kadang, produksi susu jadi lebih dari biasa. Above all yang saya sudah try (alfafa, pil asi, stinging nettle) saya rasa, saya lebih serasi dengan fenugreek.

Bisnes kad?


Beberapa hari ni, aku terpikir nak buat bisnes kad untuk diri sendiri, kecoh je haku nak buat biz kad, kah kah!. Rasanya sudah sampai waktunya acik mempunyai bisnes kad. Tapi acik takdo bisnes, buleh panggil bisnes kad juga kah, haha! Bisnesnya adalah diri sendiri sahaja, huhu!

Tahun ini acik merancang nak melibatkan diri dengan lebih serius dan aktif lagi dalam aktiviti-aktiviti penyusuan susu ibu ini. Nak bina keyakinan dengan lebih banyak lagi kemahiran berkaunseling dengan ibu-ibu diluar sana. Tapi bukanlah pada aktiviti-aktiviti yang solely pada profit-making, aku lebih suka fokus pada aktiviti-aktiviti seperti kumpulan2 sokongan, mother-to-mother support group dan sebagai, ape2lah yang tidak berorientasikan duit kalau nak kasi duit lagi lagi acik suko,wakaka! Ter-realisasikah!

In fact, sampai acik terpikir plak nak buat BF support group meeting among blogging moms 2x-1x sebulan ker, haha! Sapa nak jadi ajk Bloggers BF support group meeting, angkat tangan, haha! Memang kaki SGM betul haku ni, huhu. Lai-lai SGM's kakies....

Jadi bila nak involve aktiviti penyusuan sana-sini harus bisnes kad sendiri, nak bagi tahu siapa & apa diri kita ni, ye kah!. Masa gi lawatan ke wad2 haritu pun daku usung lah brochure senarai ahli kumpulan sokongan Hospital Serdang tu dan highlite kek namo acik sket dengan marker,ekeke! Kot2lah mak yang acik consult tu nak koling2 acik semula, huhu! Takda 'biz kad' punya pasal, kah kah! Owh, acik memang selow bab-bab marketing diri sendiri atau 'menjual diri', haha!

Artwork 'bodo-bodo' untuk biz kad telah ku buat, now tengah survey sapa yang terel design&printing biz kad yang paling cun & murah (typical malaysian, nak yang cun2 & yang termurah, hahah!)...aiyoo poket tengah kempis lakss..huhu!

Azri ke Kedai Gunting Rambut

Rentetan dari dari entri haritu, akhirnya aku bawa juga azri ke kedai gunting rambut dekat taman saya ini. Sebabnya, aku kesian tengok dia tergaru-garu kat belakang kepala, telinga setiap kali berpeluh. Mungkin tak selesa bila rambut dah terlentik2 masuk dalam telinga. Bukan apa, aku khuatir, masa tengah-tengah gunting, dia meragam ke mengamuk ke, dah separuh jalan plak gunting tak ke haru.

Namun, aku sangat surprised dengan reaksi azri pertama kali kena gunting rambutnya. Memang diluar jangkaan aku. Dia sangat behave dan rileks je, cam ala-ala orang dewasa nak potong rambut plak, haha! Sehingga, sempatlah aku snap gaya-gaya 'santai' dia tu..huhu!

Beberapa minit sebelum kami pergi kedai gunting itu. Mode happy la tu, maklumlah ingat nak bawa dia gi jalan-jalan agaknya.


Dan aksi-aksinya ketika rambutnya ditrim....pakcik itu pun leh buat kerjanya dengan lebih tenang..ahaks!
Dah kojek..barulah nampak kemas dan nampak cam baby boy, whoopps.. baby?haha! Di mataku dialah baby, sekejap sudah masa berlalu, rasa macam semalam baru melahirkan, hari ni sudah setahun lebih, kemudian dah sekolah pastu dah bujang (takmo lagi berkepit dengan orang tua, dah ada awekss bla bla....huhu) wah, jauhnya acik pikir dah!
Pastu saya bawa dia merempit sekitar Putrajaya pula. Aisey, pakcik tu kasi jambul sikit, katanya tak cun la pendek habis, nanti nampak gondol plak dahinya. Hmm, anak ku memang berambut agak tidak lebat, berbeza habis dengan rambut ku yang lebat lagi kerinting halus mulus ini. Mujur tak kerinting, kalau tidak nanti perabis duit asyik nak gi rebonding je. Statement itu adalah berdasarkan dari pengalaman masa muda-mudi, kah kah!

Potong rambut & Macaroni Goreng

Semenjak dua menjak ini saya semakin kekeringan idea untuk mengapdet belog saya, huhu! Selepas habis satu entry, amat bercinta untuk memikirkan entry yang seterusnya. Owh, saya belum sampai tahap 'blogger tegar' lagi. Tapi setiap hari jikalau boleh saya nak bercerita tentang pumping, motivasi diri, pumping blah blah sahaja, buleh kah! Memang itu pun sebahagian daripada rutin hidup saya kan.

Alhamdulillah saya telah berjaya memberikan anak saya susu ibu sahaja hanya dengan mengepam sepanjang setahun tiga bulan usia anak saya kini. Dan sepanjang itu, saya berpegang & amat yakin kata-kata ini;

"..I firmly believe that pumping is 10% physical and 90% psychological. If you try to view this as positively as possible, I think you will have a better outcome..."(Paula Yount)



Cerita pasal azri pula, anak bujang saya itu semakin pandai melaram..mueh3! Kalau dulu tak suka ada apa-apa diatas kepala atau mukanya. Sekarang, sendiri ambil, sendiri pakai, buleh kah!


Dan saya rasa rambutnya sudah agak panjang. Dari hari ke sehari saya merancang untuk bawanya ke kedai gunting rambut. Namun saya khuatir azri tidak boleh duduk diam sepanjang tu dan takut baru separuh gunting je dah kena balik. Mungkin kalau lebih senang, jika dipendekkan terus guna shaver tu, tapi saya tak mahu dia ala-ala botak. Saya mahu rambutnya ditepi2, hujung2 hanya di trim pendek sahaja.

(Azri dalam mode baru bangun tidur)

Semasa saya menjalani training tempohari, saya terliur dengan salah satu menu petangnya iaitu macaroni gorengnya itu. Saya bertambah-tambah makan pada waktu itu dengan alasan saya lactating mom, acik tak!haha!

Kemudian saya teringin nak buat tu dirumah, jadi inilah hasilnya macaroni goreng versi saya, lebih kuranglah macam yang saya makan semasa training haritu, huhu! Kemudian saya letak hotdog cheese & black pepper Ayamas dan hirisan ayam sedikit (bagi menggantikan penggunaan stok ayam). Bahan-bahan yang lain adalah carrot, broccoli, lada benggala (capsicum).

SGM Ratuhati.com

Aktiviti pada hujung minggu, saya ke FRIM, kepong untuk menghadiri Support Group Meeting yang pertama kalinya diadakan oleh Ratuhati.com. Plan kali ini adalah last minet kerana saya bercadang untuk mengikut en. husby pulang ke Batu Pahat. Namun selepas pujuk rayu teman-teman, acik pospon plan itu (ok, acik nasik tambah, takda sapa pujuk, ecah ko ada pujuk kah, hahah! Herni ada-alasan nak naik alza ku, aci kah!wakaka)

Dan untuk pertama-tama kalinya juga, saya diberi kepercayaan untuk menghandle support group meeting itu bersama-sama dengan aishah@amyshazz dan juga shida@charantya. Selama ini saya hanya join SGM yang diadakan di oleh susuibu.com disini, sini dan juga disini, saya memang 'kaki SGM'...hihi! Tapi masa tu, saya hanya mengutip ilmu yang dikongsi oleh otai2 SI iaitu kak kamariah & kak rita.

Ibu-ibu yang hadir dibahagikan kepada 3 kumpulan dibawah moderator masing-masing iaitu saya, aishah & shida. .........Dan, saya sungguh nerbes lagi pada mulanya...(bila nak ilang nerbes agaknya ni)


Mujur ada teman didalam kumpulan saya, Herni yang juga bersama-sama berkongsi pengalaman dan tips ;)

Dan sambil itu, saya bercerita dan juga harus mengepam (sambil tangan selok dalam baju mengejas corong pam, mujur kaum-kaum bapa tidak perasan 'aktiviti' saya ini, ye kah!).


Kemudian, terpaksa saya kaber dengan nursing cover kerana saya dapat rasakan kaum-kaum bapa mulai musykil dengan keadaan blouse saya yang besar dihadapan, wakaka!

Aishah dan groupnya....

Otai babywearing, shida dengan demo babywearing selepas selasai aktiviti sgm...
Sambil saya khusyuk mendengar story ibu-ibu dalam group saya, azri pun khusyuk tawaf berkenalan dalam group itu juga lepas satu-satu.

Setelah selesai sgm, bergambar kenang-kenangan dengan otai@owner ratuhati.com, kak asniza...Thanks kak for the invitation.


Terima kasih kawan-kawan for the support! :)

Lawatan ke Wad2 Hospital Serdang

Tahun ini bermulanya aktiviti lawatan ke wad-wad bersalin hospital Serdang pada setiap minggu untuk kumpulan sokongan penyusuan susu ibu hospital serdang. Minggu ini adalah turn untuk kumpulan saya yang terdiri dari daripada saya, Puan Halijahton dan Puan Nor Haslina. Setelah janji temu dibuat di wad2, kelmarin kami bertiga memulakan lawatan ke wad-wad bersalin hospital Serdang.

Sebelum itu, kami perlu memaklumkan kedatangan kami kepada sister yang bertugas pada waktu. Kebetulan sister yang yang bertugas pada waktu kedatangan kami adalah sister Kamariah Hashim yang juga kaunselor laktasi. Selepas itu, kami bebas untuk membantu mana-mana ibu2 diwad. Owhh, saya sangat nerbes tak tahu nak cakap apa nanti walaupun segala bagai latihan-latihan sebagai kaunselor laktasi telah pun dibuat..huhu!

Namun, setelah bertentang mata dengan ibu-ibu diwad, saya mula rasa konfiden sampai terlebih cakap la plak..haha! Acik eksaited tunjuk posisi penyusuan yang betul pada salah seorang ibu yang sempat dilawati iaitu puan Norhelwanie yang mengadu rasa tidak selesa semasa proses penyusuan beliau.

Sempat bergambar dengan puan Dzuliza, seorang ibu yang baru sahaja melahirkan bayi pada pagi itu yang sangat risau kerana bayinya G6PD defisiensi (Glucose-6-phosphate dehydrogenase).

Saya amat gembira kerana dapat melawat, membantu, memberikan info serba sedikit serta sokongan semangat kepada ibu2 yang baru melahirkan bayi mereka. Saya dapati kebanyakan ibu-ibu ini terutamanya yang baru-baru pertama kalinya, rata-rata banyak yang mempunyai seribu satu persoalan namun amat segan untuk bertanya apetah lagi dengan staf-nurse2 bertugas.

Walaupun dalam tempoh waktu yang singkat dan tidak dapat melawati kesemua wad, namun saya berharap dengan sokongan yang sedikit sebanyak itu dapat memberikan serba sedikit kesedaran & manfaat tentang kebaikan penyusuan susu ibu itu yang tidak saya dapati semasa pengalaman kelahiran bayi saya dahulu.

Breastfeeding Peer Counselor Program Administrator

Huwaargh, lama aku tak dapat nak update belog disebabkan gangguan2 teknikal, huhu. Dengan connection berukband yang semakin teruk, bluetooth kat laptop plak takleh detect, ermm macam-macam lah! Training anjuran Nurturing Concepts Sdn. Bhd. yang saya hadiri sudah lama lama berakhir, selasa hari tu, alhamdulillah!

Banyak yang hendak dicerita dan dikongsi sebenarnya, sudahnya saya menjadi tak tentu arah. Kerana semangat yang membuak-buak sekembalinya dari training itu. Semangat untuk bersama-sama menjayakan program pembimbing ibu-ke-ibu yang akan digerakkan serentak satu negara tidak lama lagi.

Terima kasih 'otai-otai' dan orang kuat disebalik penyusuan susu ibu didalam negara kita ini iaitu kak kamariah & kak rita. Saya rasa sungguh terharu & sangat teruja kerana terpilih to be part of your team in this big project. Dan saya rasa sangat bersemangat.



Sepanjang training berlangsung...

Bergambar dengan our trainer & La Leche league Leader, Kathy Baker & Puspha Panadam semasa acara penyampaian sijil.


Setelah berakhirnya training, kami semua membuat bulatan dan mengadakan acara benang & lilin (haha tak tahu nak panggil apa) dimana, setiap orang akan memegang selembar benang itu dan menyatakan hasrat masing-masing untuk projek ini dan melontar gumpalan benang tu kepada orang lain pula. By the time setiap orang habis, akan terhasil lah lingkaran benang cam ala-ala spider web which each of us are holding the thread. Simboliknya benang & lilin ini mengambarkan jaringan & kekuatan apabila kita semua bersatu.


Kumpulan sembilan belas orang ibu-ibu yang bakal merealisasikan projek pembimbing ibu-ke-ibu diserata negera. Me, Dr. Faridah, zatul, Shida, Dr. Ning, Farah, Jess, kak rita, Dr. Ashikin, aishah, Kak sue, Dr. Ezzura, ida murni, linda, Jasmeen, Suria, Kak Kamariah, yus, Dr. shiha. We all are going to be training you guys out there as a peer counselor (pembimbing ibu-ke-ibu(PII)). So for those yang dah submit application for PII di Si.com will be selected to be train as a PII, insyallah!


Dan kini, saya serta 18 orang yang lain adalah LLLI Breastfeeding Peer Counselor Administrator.
Cerita pasal EBM pula, sebelum bermulanya training, aku memang tidak sempat untuk menyediakan stok ebm berderet-deret, hanya ada 2-3 botol sahaja dalam fridge. Mujur training itu hanya dari pagi hingga petang sahaja, dan 3 botol ebm sudah memadai sementara menunggu kepulangan ku. Semasa training, aku dapat perah lebih banyak berbanding ketika aku dirumah. Takyah pening2 cukup ke tak ebm sebelum pergi training. We all pumpers, sometimes bila away from home, kiddos dan segala rutin seharian, we can produce more, hehe! Dari perspektif aku la..kadang-kadang je..hehe!

Kursus lagi

Minggu ini aku kunun-kunun sebok, pagi-pagi2 dah keluar rumah dan balik petang. Jiran-jiran sudah mulai saspek, adakah aku sudah mula bekerja kah. Beberapa bulan lepas pun aku begini juga, pagi2 keluar petang baru balik. Ada part time job kah, wakaka! Minggu ini, selama 6 hari acik berkursus lagi. Aku sangat berbesar hati kerana terpilih untuk menyertai kursus Training the trainer program for peer counselors.

Conducted by La Leche League International (LLLI) Leader dibawah anjuran Nurturing Concepts dengan sokongan Unicef dan Waba. Yolah, sapo la acik ni! Majistret, loyarr??..ekeke. Hanya sekadar di pinggiran seorang yang sangat taksub dalam bab2 breastfeeding je!

Acik eksaited sebab dapat jumpa orang-orang La leche league yang selama ni aku asyik baca dalam web sajork artikel2 BF mereka. Dua orang dalam gambar ini adalah kathy baker (Director of LLLI Peer Councelor Programs dari US dan Pushpa LLLI leader dari Paraguay).

(Gambar dicilos dari Facebook kak rita, mekaseh!)

Woooo...muka acik seriess tak hengat (sebenarnya pening nak speakong omputiss, hancuss!). Udah acik diam seribu bahasa, haha!

Hokeh, training tak habis lagi nih...to be continue..huhu!

To drop or not to drop?

Tetiba saya (eh jap aku jap saya) terpikir nak dropping pumps sebab nak memberi laluan kepada hormon progesterone/estrogen kembali aktif semula *wink*. Saya masih lagi mengepam dengan kadar 8x setiap hari, siang dan malam, tanpa henti selama 15 bulan.

Saya berbual-bual dengan christine didalam kumpulan minoriti EP dari Britain di facebook, at the age of 15 months beliau hanya mengepam pada kadar 2x satu hari sahaja kerana ingin pregnant semula. Dan selama itulah juga beliau tidak period akhirnya setelah dropping pumps pada kadar 2x sehari, beliau pun pregnant.

Saya mula berfikir-fikir sama ada perlukah saya drop pumps sedikit demi sedikit mulai dari sekarang, in order untuk preggy semula (as we have stop planning and try to conceive since azri 6 m.o lagi, huhu). Since saya memang tidak datang period lagi sehingga kini. Means saya akan mulai mengurangkan sesi demi sesi bulan demi bulan.

Pada awalnya, saya mengharapkan agar ter-conceive naturally regardless saya drop pumps atau tidak *wink*. Tetapi setelah hampir berlarutan dalam tempoh yang agak lama, saya mula memikirkan semula isu drop pumps ini.

Adakah saya sudah bersedia ke arah itu? (bukan preggy, maksudnya adakah saya sudah bersedia untuk mengurangkan sesi pumping saya). Owh, saya tidak tahu sama ada saya sudah bersedia atau tidak. Berkaca-kaca pula mata saya bila saya sudah mula memikirkan untuk drop sesi pumping saya.

Saya mungkin lebih redha jika pengurangan susu itu berlaku secara naturally, tetapi jika saya yang terpaksa menentukannya in order untuk menjayakan yang lain, saya terasa seperti bersalah la pulak, uhuk! Saya amat sayangkan produksi susu saya sekarang, uhukks! Owh saya sungguh dalam dilema. Ok that's it, probably i'll be thinking of this again when my EP reach 18 months. Lebih kurang 3 bulan lagi dari sekarang. For now, bye bye 'to drop or not to drop?'.....hahaha!



Azri & Telefon

Betullah kata-kata bahawasanya anak-anak lebih banyak belajar daripada tingkah ibu-bapanya. Series aku tak pernah ajar dia secara spesifik kegunaan telefon/handphone tu. Tapi dengan selalu melihat kami yang kadang-kadang selalu bercakap kat telefon depan ia, dia sudah mulai tahu apa fungsi telefon tu. Gambar azri yang sedang khusyuk kunun-kunun bercakap dalam telefon kat depan tv. Aku snap perlahan-lahan supaya dia tak perasan dan leka 'bercakap' dengan telefon tu. Dia tak pandai pun cakap 'hello' ke apa, cuma dengar dia 'hehh...hohh..hehhh hohh' je la..lama plak tu, boleh habis kredit camni..hehe!

Alamakkk, kantoi dahhhhh! Agaknya marah aku kaco dia sedang 'bergayut' kat telefon tu..huhu!

Chill@Nandos

Haha, tak habis-habis mode melenjan kereta baru. Asyik nak berjalan jer. Kali ni ajak skulmet2 sekolah yang nak test power Alza ku, huhu! Makan-makan kat Nandos, alamanda dengan auntie ena & nana semalam. Azri sungguh takuts2 melihat kerakusan auntie-auntie ini mula-mula, mujur dapat ditenangkan, kalau tidak ada juga yang kena drive sambil mengendong anak, hehe!

Tapi lama-lama dah ok, barulah nampak gigi azri semula. Aisey, piccas gedix2 banyak kat kamera nana (wey sila upload,hihi). Ni sajork yang sempat ku snap, buat kenang-kenangan dalam belog ku, huhu! Amacam kalians? Teruja nak ber-alza pasni..haha!

Psst: Auntie nana ni, mak andam vogeh tau, sapo2lah yang nak pakai khidmat andaman leh koling-koling beliau..hehe!




Acik tengah musim merempit sakan je, 'enjin' lom panas lagi. Meh2 korang calling2 acik, kita geder-geder, makan-makan sambil2 ber-BF talk, hihi!

Multigrain Fresh Milk


Oh, aku memang peminat susu, apa2 susu kecuali susu pekat manis dan susu tepung..hehe! Tiap-tiap hari aku minum susu, selang-seli minum Anmum Lacta. Owh, kalau cerita pasal susu tepung, aku memang tak suka susu tepung. Semuanya rasa lemak semacam, takda satu pun aku berkenan! Yang agak-agak kena dengan selera cuma Anmum Lacta, sebab rasa dia macam tak berlemak-manis semacam sangat.

Perlu ker ibu menyusu minum susu untuk ibu menyusu tu? Kalau ikut dari fitrah, memang tak perlu semua itu, cukup hanya pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Kalau dari segi pemasaran, ianya seakan kemestian dan cukup penting. Begitu juga susu untuk ibu mengandung. Terelkan syarikat2 susu tepung ini menanamkan kesan dalam pemikiran kita..termasuklah aku..ngeh!

Napa aku minum susu tu, maybe aku rasa takda rugi pun kot kalau aku minum, selain daripada aku dapat kalsium yang cukup (hofepully bila aku tua nanti, aku takdalah kena osteoporosi, hehe) kot-kot la nutrient yang ada dalam susu tu boleh terserap kedalam susu aku dan kot-kot lah lebih berkualiti la susu yang dihasilkan *wink* (apesal acik banyak kata kot-kot ni, eheh!) Jangan tak tahu, masa preggy, aku kira-kira habis juga 7 tin total ku telan, rasanya..hmm..hampess! Demi permintaan en. husby, ku turutkan jua..huhu!

Berbalik pada cerita susu segar tadi, aku beli sebab dia tulis ada 12 jenis bijiran dalam tu. Huyoo, cam best bunyinya dan rasa cam 'wah, macam berkhasiat je ni, kikiki!. Serupa cam cerita susu dulu la ni, haha!

Dua belas jenis campuran bijirin tu termasuk lah barli, beras merah, jagung, beras, kacang soya, gandum, beras pulut, kacang soya hitam, beras hitam, Job's Tears barley, millet and indian millet. Rasanya? hmmm...tak berapa sedap, mungkin banyak sangat campuran tu buat dia rasa cam off sedikit. Tapi acik suko aje, sebab ianya susu! yummy.... Ada berani?


__________________________

"..An inadequate supply of calcium over a lifetime contributes to the development of osteoporosis. Many published studies show that low calcium intake appears to be associated with low bone mass, rapid bone loss, and high fracture rates. National nutrition surveys show that many people consume less than half the amount of calcium recommended to build and maintain healthy bones. Food sources of calcium include low-fat dairy products, such as milk, yogurt, cheese, and ice cream; dark green, leafy vegetables, such as broccoli, collard greens, bok choy, and spinach; sardines and salmon with bones; tofu; almonds; and foods fortified with calcium, such as orange juice, cereals, and breads. Depending upon how much calcium you get each day from food, you may need to take a calcium supplement.."

Recommended Calcium Intakes
Age mg/day
Birth to 6 months 210
6 months to 1 year 270
1 to 3 years 500
4 to 8 years 800
9to 13 years 1,300
14 to 18 years 1,300
19 to 30 years 1,000
31 to 50 years 1,000
51 to 70 years 1,200
70 years and older 1,200
Pregnant or lactating
14 to 18 years 1,300
19 to 50 years 1,000


[Sumber : National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Disease]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)