Sunday, November 7, 2010

Sekitar Program MBfPC di UIAM

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:40 PM
Alhamdulillah, selesai sudah program yang dirangka oleh pc-pc dari Westcoast bersempena program Seminar 3k Sinergi Keluarga Bahagia yang dianjurkan oleh Saifulislam Training & Consultancy pada 6 November di UIAM, Gombak.

Tidak banyak persiapan yang perlu dilakukan untuk program kali, hanya perlu membawa serba sedikit bahan-bahan pameran seperti risalah-risalah mengenai penyusuan. Selebihnya adalah khidmat nasihat serta bimbingan dari pc-pc yang hadir bertugas. Tidak ramai pc yang turun pada kali ini, mungkin kerana masing-masing telah mempunyai perancangan lain kerana hari cuti umum yang panjang. Walaupun sekerat tenaga yang ada, ianya masih dapat dilaksanakan dengan lancar.



Para peserta yang hadir untuk menyertai program Seminar 3K yang sentiasa berkunjung ke booth MBfPC setiap kali waktu rehat bagi mendapat pelbagai maklumat mengenai penyusuan.



Bersarapan bersama-sama secara ala-kadar, kerana tidak sempat bersarapan dirumah kerana kami semua telah keluar seawal 7 pagi lagi. Walaupun serba kekurangan dan semuanya dikongsi beramai-ramai, namun ianya telah lebih mengeratkan silaturrahim sesama kami.

Terima kasih kepada Herni, Ajui, Zarina, Fid, Kutie dan nurul radhiah kerana telah bersama-sama untuk menjayakan program pameran MBfPC pada kali ini. Saya sangat gembira kerana dapat bersama-sama kalian lagi dalam aktiviti seperti ini. Insyallah, kita berjumpa lagi pada SGM yang akan datang, tunggu! :)

2 comments:

Mr Lonely said...

nice blog.. have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...

Ummimusa said...

tahniah mbfpc!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea