Tuesday, November 2, 2010

Sangkutan di Hospital Putrajaya

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:32 PM


Alhamdulillah, setelah hampir beberapa bulan surat dan kertas kerja saya hantar ke Hospital Putrajaya, akhirnya setelah mereka bermesyuarat & memberi kata putus untuk membenarkan saya untuk membuat program sangkutan di Hospital Putrajaya.

Proposal yang saya hantar sebelum saya hamil lagi dan baru2 ini telah mendapat 'green light'. Perasaan saya sungguh bercampur-baur ketika ini. Perasaan gembira kerana dapat memberi khidmat dengan lebih meluas lagi, dan perasaan bimbang kerana khuatir kudrat tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab ini di kala keadaan diri yang tidak begitu stabil dan seperdua perkara yang tiba-tiba datang menerjah kedalam perancangan asal yang seperti tidak dapat dielakkan.

Dengan kepercayaan yang diberikan ini, insyallah mulai dari minggu ini saya akan berada di Hospital Putrajaya khususnya di Wad 2A & 2B, pada setiap jumaat mulai pukul 8 pagi. Cuma minggu ini saya akan bermula pada hari khamis, memandangkan hari Jumaat ni adalah cuti umum. 'Ya Allah, berikanlah kekuatan pada diri ini dan permudahkan segala urusanku'

Pada sesiapa yang nak ketemu saya sambil borak-borak mengenai susu ibu, boleh la datang ke Hospital Putrajaya tapi kena lah hola-hola saya dahulu yer! :)

Saya: Sekarang ni tengah sindrom tak larat nak update blog selalu akibat 'buatan-orang', hehe. Macam-macam nak cerita, namun selepas dah mengarang separuh, terus delete sebab rasa macam tak best nak cerita, boring dah nak cerita, tak tahu nak sambung cerita apa dah, macam-macam lah perasaan ni. Ker saya kena make-over blog ni?...hua hua!

7 comments:

mummyzara said...

Salam yatie..
terasa ingin bersama2 yati dalam memberi bantuan dan sokongan ibu ke ibu yg baru melahirkan.
Memandangkan sy yg juga bekerja di ibu pejabat KKM dan berdekatan dgn hospital putrajaya dan pernah pula melahirkan anak disana terasa ingin turut serta menimba pengalaman..

Hayatie said...

Wanie: No problemo, cuma klu di Hospital ada beberapa kriteria juga perlu dipatuhi. Nanti calling2 acik yer :) Turun ke Booth MbfPC di UIA sabtu ni? ;)

izzah said...

kak yatie:bila nak jumpa lagi..?tahun depan masing2 bawa anak la pulak ye...

take care...dan semoga semua berjalan lancar..
aci tak kalau kongsikan surat dan kertas kerja tu..sbb MBFPC kat utara ni sdg merangka rancangan yang sama utk tahun depan..mau buat besar2an biar susu ibu jadi 1st prioraty kat penang...hehehe

Hayatie said...

Izzah: surat tu tu ada akak fowardkan pada kak shida sekali. Berkenaan dgn kertas-kerja tu, tu bukan lah yang rasmi punya, sekadar lampiran bergambar sepanjang aktiviti akak sahaja. :) Semua penerangan dan niat telah di suarakan kedalam surat itu.

mummy-aulia' said...

salam kak yatie..semoga kuat & sihat menghadapi cabaran pregnant kali ni.. =)
sy pn sama cam mummyzara..tringin nak join jgk.rumah & ofis mmg dekat je dgn hosp.putrajaya tuh.tp skrg ni xleh la..nk kne pi kursus plak..huhuu..(btw, komen akak kat fb sy tu smpai skrg msh blm dpt ditranslate ke bahasa melayu..hehehh)

wan nurul hezrina abd halim said...

saYA pun duk pjaya..bolehlah kesana kalau ada kemuskilann ttg susu ibu...

handout said...

terima kasih banyak sudah berbagi,.
moga sukses selalu.
jika ingin tau profil saya silahkan kunjungi..
click this

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea