Wednesday, October 27, 2010

Laporan SGM7-Challenges in Breasfeeding Toddler

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:55 PM
Saya baru nak update, aktiviti SGM pada minggu lepas. SGM Susuibu.com yang ke-7 untuk tahun ni. Selepas hampir 2 bulan tiada aktiviti SGM dari bulan puasa dan raya tempohari. Bulan alhamdulillah, dapat juga dilaksanakan aktiviti ini. Walaupun lokasi nya terpaksa ditukar dari Tasik Cempaka ke Susuibu.com disaat akhir kerana hujan lebat pada pagi ahad tersebut. Itupun masih tidak mematahkan semangat ibu-ibu yang sampai didalam hujan dan berkampung di pondok Tasik Cempaka menunggu ketibaan yang lain sebelum bergerak ke Susuibu.com.


Faktor hujan pada pagi tersebut mungkin mengurangkan lagi kehadiran yang sepatutnya lebih lagi. Namun ada hikmah juga, dengan jumlah kami yang hadir ini pun sudah hampir penuh dah ruang di Susuibu.com dengan anak-anak yang riang berlari kesana-sini :)

Amboi sapa yang khusyuk bebenor sambil duduk ala-ala pilates ni...hahah! Duduk posisi ini boleh mengalihkan rasa mabuk dipagi-pagi hari mungkin, huhu!

Sambil ber-SGM sambil makan. Tapi kaum bapa pula mengeteh kat Mamak sebelah kedai susuibu ni. Banyak yang dikongsikan diantara ibu-ibu yang hadir mengenai cabaran-cabaran menyusukan anak yang semakin meningkat usia ini. Anak mengigit lah, puting melecet, menyusu dalam pelbagai posisi lah, dan macam-macam lagi. Selain daripada tu topik-topik sampingan yang juga dibincangkan oleh kami. Untuk pelbagai lagi laporan mengenai topik-topik yang dibincangkan pada SGM tersebut, boleh juga baca di Sweetstory Yuitsumuni dan juga di Menyusu Simanja.


Kemudian, diadakan juga sambutan Hari Jadi kecil-kecilan untuk anak-anak yang telah genap 2 tahun pada bulan Oktober ini. Bermakna 'Hari Graduasi dalam Penyusuan' lah juga bagi ibu-ibu ini kerana berjaya sehingga ke 2 tahun penuh penyusuan.

Antara yang menyambut ulangtahu kelahiran pada bulan ini adalah Ismazura Ajui dan anaknya, Ammar, Shazura dan anak-anaknya, Safi & Umar, Hanidah dan anaknya, Nasreen, Illieza serta anaknya Aliff dan me dengan my beloved Azri, *wink*


Perkara wajib sebelum bersurai adalah kerja-kerja pembersihan. ;) Terima kasih kepada semua yang telah hadir untuk menjayakan SGM pada kali ini. Insyallah, kalau tiada aral SGM yang seterusnya akan diadakan seperti biasa, tungguuu! :)


*Kredit Pic daripada koleksi album di FB rakan-rakan, Tq! :)

1 comments:

Ely Hasrul said...

jelesnyeeeee!!! aku sumpah nk dtg tapi papi suh aku drive sendirikk huwaaa tensennyeee...

tuit, apehal ko mabuk pagi2??

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea