Thursday, September 2, 2010

Thank you for all the wishes!

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:56 AM
Saya masih memanfaatkan 'jangka-hayat' bateri laptop lama ini sebab chargernya dah kong. Oleh kerana FB sahaja yang paling senang untuk diakses melalui henpon, jadi segala bagai datok nenek status acik luahkan disana, huhu!

Terima kasih kawan-kawan yang menge-wish sempena anniversary saya pada hari ini. Rata-rata semua ucapan banyak yang mendoakan saya agar masuk 'kelab 2011' nanti, Amin! Begitu juga dengan 'kontroversi dropping pumps' saya.



Memang saya rasa, sudah sampai waktunya untuk saya 'bercerai' dengan pam. Angka 2 bukan menjadi ukuran buat saya. Apa yang penting adalah pengisian didalamnya, sepanjang penyusuan itu. Mengambil & menerima disebalik sesuatu kejadian itu dengan sedalam-dalamnya. Dan kejadian Tuhan itu sudah cukup cantik buat umatnya. Cuma kita sahaja yang perlu memikirkan hikmah disebalik kejadian itu.
Sebagai contoh, mengapa diterangkan didalam Al-quran untuk penyusuan penuh sehingga 2 tahun sahaja? Dan ibu-ibu masih lagi pening kepala memikirkan susu apa lagi selepas 2 tahun. Andaikata, keperluan utama seorang kanak-kanak itu adalah masih susu setelah 2 tahun, mengapa tuhan tidak menjadikan pengeluaran susu seseorang ibu itu melimpah ruah sehingga lebih 2 tahun, 3-4 tahun mungkin!.
Kejadian Allah itu sudah cukup sempurna, secara semulajadinya susu ibu itu mulai berkurangan setelah usia anak semakin meningkat dewasa kerana memberi peluang kepada anak itu untuk menikmati pelbagai lagi makanan diatas muka bumi ini selain susu.
Walaubagaimanapun, saya bersyukur atas nikmat yang diberikan. Memberi susu ibu kepada anak walaupun pelbagai kelas & gelaran diberikan masyarakat.

Terima kasih semua diatas ingatan & doa yang diberikan! :)

2 comments:

Imaan09 said...

lahai..sedih pulak baca..hehe..

Hayatie said...

alamakk Imaan09, jgn sedey2! entri bermuhasabah diri jap ..hihi!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea