Wednesday, September 8, 2010

Rezeki Ramadhan, Anniversary & Aidilfitri

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:46 AM
Fuh, liatnya nak membuat entri baru diblog. Ada banyak cerita yang hendak dikongsikan namun kebanyakanya tidak terluah dari jari-jemari yang kertu nak menaip ni, masih dalam mode raya hehe! Seminggu sebelum Anniversary kami & Aidilfitiri, al kisah perahan berdarah dan juga hasil tenusu yang hampir kering sebenarnya telah memberikan saya saya satu signal. Disamping datang bulan saya yang telah pun 5 hari lewat dari jadualnya. Jadi, 2hb saya dah tak sabar nak check upt. Kemudian tunggu encik suami balik untuk buat scan kat klinik.

Sebenarnya banyak benda yang berkaitan dengan alkisah kehamilan saya yang membuatkan saya sedikit gusar dan bimbang. Pertama, sejarah keguguran yang tidak dikesan (miss abortion) yang berlaku sewaktu kandungan saya berusia 14 minggu, kerana tiada fetal heart pada janin. Scan dibuat kerana tiada apa perubahan yang berlaku pada kehamilan (seperti perut tak besar-besar).Sebab itu, pada kehamilan kedua saya, sebaik sahaja fetal heart dapat dikesan dan normal setelah beberapa minggu kehamilan saya, saya agak berasa lega dan yakin.

Namun kali ini, kegusaran mengenai risiko kehamilan ditambah lagi sejak saya menjalani prosidur LEEP (Loop Electrosurgical Excision Procedure) pada awal tahun 2009 untuk merawat CIN-2 selepas keputusan pap smear tidak normal. Baca disini untuk maklumat lebih lanjut mengenai LEEP

Namun selepas membaca bebeapa komen pada artikel tesebut, saya cuba juga untuk menerima semuanya dengan positif dan beharap agar segalanya akan berjalan sepeti biasa.





Saya sudah tidak memerah lagi baik malam atau pun siang. Kerana tiada apa yang boleh diperah lagi, huhu! Pernah juga saya cuba untuk memerah keesokanya setelah satu hari satu malam tidak memerah dan hasilnya cuma tak sampai 0.5 oz pun! Alhamdulillah, perancangan Allah lebih baik dari apa yang saya ingin rancangkan. Memberi rezeki ini disaat azri hampir 2 tahun dan tidak lagi bergantung dengan susu sepenuhnya, walaupun kami sudah lama inginkannya lebih awal lagi. Takpelah, jika ada rezeki dengan adikna, boleh azri merasa EBM semula tahun hadapan, huhu!

29/9 ini temujanji dengan prof Hatta di HUKM semula. Untuk check-up cervical length, competence dan bla, bla bla! Saspennya nak tahu prognosis pregnancy untuk kali ini. Apa-apa pun saya tawakal dan redha dengan segala ketentuanNya.




7 comments:

izzahazfar said...

tahniah ye kak yatie..
zah baca je status FB akak terus bgtau kak aishah..hehhee

sangat seronok...banyak geng MBFPC preggy..

apapun semoga semuanya selamat ya..

diLa said...

waaahhh...best22!!!tahniah yatie...lps ni ade azzurina plak..yippie!! take care :)

Hayatie said...

zah, thanks!

diLa: erkk azzurina kah..hehe!

wannorashikin said...

Yatie, Tahniah sekali lagi. Semoga semuanya selamat

AkmA said...

ku jua yg lambat dpt berita ne... apapun tahniah beb... take care dear... sonok ramai kwn2 yg pregnen now... ne kira bb 2011 la kan... cayok2

mirah said...

tahniah yatie..
tumpang happy dgr berita ni..
moga selamat semuanya.

wan nurul hezrina abd halim said...

Hye,saya selalugak tgk blog awknie yatie.bagi saya awaknie category sbr personlah..sayapun bf gak tapi kalau nk xclusively pumping berat gak rasanyakan?nnt yati follow blog nurul k..saje nak kenal lagi dekat

Btw tahniah utk bby baru dlm perut2 n mudah2an selamat semuanya

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea