Tuesday, August 3, 2010

Pelancaran WBW oleh MOH@Rumah Nur Hikmah

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:30 PM
Semalam pula saya dan rakan-rakan PC yang lain mewakili MBfPC ke Pelancaran Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia oleh Kementerian Kesihatan diatas jemputan Puan Rokiah Don. Pelancaran itu dirasmikan oleh timbalan Menteri Kesihatan iaitu Datuk Rosnah di rumah anak-anak yatim Nur Hikmah Kajang. ('sebelah' rumah acik sajor, hehe)

Tetamu-tetamu jemputan khas, bos-bos besar Emas Sri Pinang selaku penaja, Puan Rokiah Don, Pengarah bahagian pemakanan Kementerian Kesihatan.

Program anjuran Puteri UMNO dengan tema "Life is Precious" ini adalah untuk meraikan anak-anak yatim disamping meraikan Ulangtahun Pergerakan Puteri UMNO yang ke-9.

Selepas acara-acara potong kek, persembahan dari anak-anak yatim barulah sesi perasmian Sambutan Minggu Penyusuan Ibu sedunia di peringkat Kementerian Kesihatan oleh Datuk Rosnah.

Sesi potong riben 'bunting' Minggu Penyusuan Sedunia.

'Sebagai wakil 'Breastfeeding NGO's', kami mewakili MBfPC turut sama untuk meraikan upacara Pelancaran ini.


Bergambar bersama dengan En. Jaafar, Puan Siti Adibah, Puan Rokiah dari Kementerian Kesihatan.
Badut yang sentiasa menghiburkan anak-anak yatim ini. Loyar buruk sungguh, huhu!

Di sana-sini sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia dijalankan. Semoga dapat memberikan lebih kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan Penyusuan Ibu didalam masyarakat kita. Selamat menyambut Minggu Penyusuan Ibu Sedunia!



3 comments:

qasehadam @ nurul said...

wah bessnyee ku tingin nk g umah ank yatim ni..ade bby kah nk derma seketul dua brg.dr jd tukun kat umah..mcm sedapp je kamu mkn dh ala2 open house gitu.eh jap ade masuk tb kah acara ini..nk tenguk

Nia said...

salam ziarah Hayati..

wah,..ni untuk kempen BF ya..bagusnya kalau dulu saya tak give up.
saya tak boleh tengok anak yatim, last time saya join event yg ada anak yatim, tetiba je nangis..isk..malu betul!

Entri Terkini: Pizza Canada

Hayatie said...

nurul: haha sape suh tak join, sedappp!

Nia: memang sedih tengok mereka, terbayang kan anak sendiri tanpa kasih syg ibu&bapa, huhu. Nia, takpa jika tidak berjaya dalam BF, jadikan pengalaman pertama itu sebagai dorongan untuk cuba lagi berikan yang terbaik buat kali kedua pula dan seterus-seterusnya.. :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea