Wednesday, August 11, 2010

Pasar Ramadhan

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:37 PM
Hari pertama di Pasar Ramadhan yang bersebelahan dengan rumah saya, memang sangat sesak! Seperti biasa pada tiap-tiap kali puasa, saya akan pergi pada hari pertama sahaja, heh heh! Sebabnya, pada hari pertama ni sudah pasti kebanyakan makanan-makanan masih baru la katakan.
Pasar Ramadhan di Shell Bt.13, Kajang ini adalah diantara pasar ramadhan yang paling ramai dikunjungi oleh orang disekitar kawasan perumahan disini. Hari pertama semalam, memang tak nampak gerai dah!

Antara gerai yang dikunjungi ramai orang. Rupanya menjual Jus Durian. Satu bungkus RM3, kalau satu cawan, RM1.80. Boleh tahan!!

Kalau ke pasar Ramadhan saya suka membeli juada kuih muih sahaja. Diantara kuih feveret saya yang sedap, 'Talam Berlauk'.

Tengah fikir nak makan kuih apa pula untuk hari ini, hihi. Bila pasar ramadhan dah sebelah rumah, dari rajin memasak pun jadi malas, ish ish!

4 comments:

eT said...

sedap la talam berlauk tuh..tetiba teringin gak..huhu

Kak Mah said...

duk taman mesra ker?? saya pun duk taman mesra gak....eheheh tengah mengandung 7 bulan... rasa cam nak mintak nasihat jek nanti pasal breastfeeding.....

ayu said...

mmm..bestnya kalau rumah ayu pun sebelah pasar ramadhan..menariknya jus durian tu..^_^

Hayatie said...

eT: mai lah dtg Pasar ramadhan sini :)

Kak Mah: sy kat taman Delima, insyallah boleh je. Klu ada apa2 nanti..hola2 la yer.

ayu: ahah, tiap2 hari sesak depan rumah dgn orang parking kete nk ke pasar ramadhan, hihi!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea