Monday, August 23, 2010

Buffet Ramadhan@Restoran Cerana

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 3:24 AM
Dah lama rasanya tak berbuka puasa secara buffet diluar. Kali terakhir berbuka secara buffet ni semasa sebelum mengandungkan azri. Semalam, pertama kali saya baru nak cuba berbuka diluarbersama dengan rakan-rakan encik suami di Restoren Cerana. Oklah, harga pun RM49.50 dewasa, nak pergi pun tak jem.

Dapat meja tepi kolam ni, saya dah risau dengan nyamuk bila dah senja nanti. Mujur tiada nyamuk menyerang, huhu! Pelik plak! Buffet makanan mengikut warung-warung kecik tu. Ada Warung Kak Piah lah (Lempeng & Pelbagai cucur), Warung Kak Tipah lah (kuih-muih), warung Bilal Khan (nasi briyani) dan macam-macam warung lagi lah. Boleh klik sini untuk menu buffet ramadam restoren ini.

Ini aje yang termampu di ambil untuk pusingan pertama, hehe! Not bad lah makanan-makanan disitu, bagi saya. Kira boleh telan juga. Tapi kata suami saya tidak sedap pula.


Lama dah nampak restoren ni, tapi tak tahu kenapa macam tak brminat nak singgah makan ke sebabnya nak parking macam susah, pastu kalau nak solat maghrib kat mana suraunya, takkan nak gi solat kat Petronas tu kot, kecik! Rupa-rupanya ada disediakan sebuah canopi untuk ruang solat wanita, betul-betul dibelakang petronas tu. Lega!

Pelik lak azri tak takut dengan uncle-uncle tu, huhu! Lepas berbuka, pasni saya tobat ler macam tak mau gi buffet lagi, sebab perut dah tak macam dulu lagi. Makan sikit je dah senak giler. Dulu sebelum bersalin, maintain je saya bedal berpinggan-pingan. Laa ni dah takleh lagi, huhu! Rasa nilai yang saya makan tadi tak sampai RM20!. Tu ada hati berangan nak makan kat hotel-hotel RM 60-70 ++. Haishhh, cancel! Oppss..kan sekarang banyak isu hotel-hotel yang tidak dapat status halal kan.

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea