Friday, July 30, 2010

MBfPC@Fiesta Kajang-Day 1

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:41 AM


Hari ini bermulanya acara program MBfPC bertemu komuniti di Fiesta Kajang. Seawal pagi, acik dah bergerak-gerak ke Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang untuk mengangkut set pameran seperti panel board, poster & bunting serta risalah-risalah mengenai penyusuan untuk diedarkan kepada orang ramai. Terima kasih Puan Bavani dari Hospital Putrajaya yang berusaha untuk menyediakan bahan-bahan pameran serta risalah-risalah semua.


Keadaan booth pada sebelah pagi sehingga ke tengahari. Pening nak buat susun-atur. Mujur ada encik-encik suami daripada rakan-rakan PC yang turun pada hari ini iaitu hanidah, ajui dan nurul yang menolong kami mengangkat panel board, mengantung poster dan macam-macam lagi lah!
Bila waktu sudah ke petang, selepas hujan barulah orang ramai mula tiba dari booth ke booth.

Sehinggakan ke senja makin ramai pula orang yang sampai.


Botol comel ini adalah sumbangan dari kak nad (Dr Nadrah). Hasil kraftangan sendiri, aitelyu!Kelasss Doc ini pandai melukis! Untuk hadiah kuiz nanti.

Dan sebahagian lagi sumbangan hadiah seperti 'Breastfeeding Sticker' dari mardziah dan juga kupon photoshoot dari kak as, fotohati.com.

Masa menaip nak mata dah kelaut, tapi gigih juga nak update apa yang berlaku hari ini, excited! Kami tutup booth sehingga pukul 10.30 malam walaupun orang masih ramai lagi yang lalu lalang, sebab dah tak larat dah!

1 comments:

Ely Hasrul said...

beshnye.. sumpah aku jeles.. kalau aku ada masa sure aku dtg menyebok.. (muka frust + jeles)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea