Wednesday, July 7, 2010

MBfPC @ Fiesta Kajang

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:13 PM

Setelah selesai program Latihan MBfPC di Melaka, sekarang adalah masa untuk menumpukan pada persiapan untuk program MBfPC menemui masyarakat di Fiesta Kajang (FK). Ini adalah kali kedua MBfPC mempromosikan fungsinya ke dalam komuniti sejak dari kali pertama di Karnival Sihat 1Malaysia tempohari.

Program MBfPC kali ini akan menemui komuniti setempat selama 3 hari dari 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 di Fiesta Kajang anjuran Majlis Perbadanan Kajang (MPKJ). Kami akan berada di Dataran Prima Saujana Kajang, bersebelahan McDonalds. Berbeza di Karnival Sihat yang berlangsung selama 1 hari sahaja, program MBfPC di FK kali ini akan berlangsung selama 3 hari, pelbagai aktiviti telah dirangka sepanjang 3 hari tersebut.

Diantara aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan sepanjang 3 hari tersebut adalah seperti pameran poster dan risalah mengenai Penyusuan Ibu, kuiz, tayangan video mengenai penyusuan, pertandingan mewarna dan yang paling penting adalah khidmat bimbingan dan sokongan dari para Peer Counselor yang hadir pada hari tersebut.

Ini adalah sebagai salah satu usahan para PC's untuk memperkenalkan fungsi dan kewujudan mereka sebagai Malaysian Breastfeeding Peer Counselors didalam masyarakat. Diharap para PC yang telah terlatih ini dapatlah bersama-sama turun padang untu memberi khidmat dengan sukarelanya disamping dapat mempraktikan segala latihan yang telah diberi semasa latihan dulu.

Para ibu-ibu yang lain juga dijemput hadir ke booth kami di Fiesta Kajang itu untuk bersama-sama memeriahkan acara disana :)


3 comments:

KambingBujang said...

kat kajang, kat mner ek.. i dok bangi jer..cam boleh jer pegi

Hayatie said...

eh, sy lupa nak update lokasinya, dah update dah! Terima kasih yer :)

mummy-aulia' said...

kak yatie, minta izin nak copy ke blog yer..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea