Tuesday, June 8, 2010

Azri ada laptop

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:03 AM
"..Ini harta ahmad albab yang punya"..Oops ini laptop Ahmad Azri yang punya daa. Secara rasminya saya menyerahkan hakmilik laptop lama saya kepada azri. Oleh kerana azri sudah mula menunjukkan 'sense of ownership' keatas laptop itu, hihi. Owh saya sangat suka kerana saya boleh mengadap laptop saya dengan tenang sekarang. Setiap kali saya nak buat kerja dalam laptop saya akan bukakan DVD nursery rhymes dan dia sangat khusyuk mengadap laptopnya.

Laptop HP Pavillion itu memang sangat heavy duty, pernah tumpah susu (gara-gara memerah dalam gelap sambil mengadap laptop), pernah menjadi sarang semut (akibat dari sisa susu yang tumpah itu. Skrin pun besar. Yang paling best, built-in speaker Altec Lansing-nya yang sangat loud & clear, tak perlu pakai speaker tambahan. Laptop baru saya pun takleh celen, huhu! Kalau nak buat tempat azri tengok DVD dia pun kira orait la ni (sebab rumah saya takda DVD player, hihi)




Sebab dia ada laptop ni, dia tak heran pun nak kacau kat laptop saya.


Ramai orang kata, azri tak ikut pun muka saya, huhu! Sebenarnya nak tunjuk baju kurung moden yang saya sedang dipakai ini. Tapi takda gambar yang penuh. Kembang idung tawww sebab berjaya jahit sendiri, hehe! Sekarang ini saya sedang belajar membuat baju melayu pula.

1 comments:

Ely Hasrul said...

kalu sami dpt laptop xdek nye baik cam azri.. dia tu suka memecah kan barang hihihi

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea