Tuesday, May 4, 2010

Laporan Program Latihan MBfPC-East Coast

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:20 PM
Ya Allah, bercintanya nak mengupdate blog semenjak akhir-akhir ini, namun ku gagahkan juga (ala-ala mode dalam cerita seniman bujang lapok 'ku tahan jebat' hihi!). Sebabnya saya mengalami masalah teknikal untuk transfer gambar ke belog kerana bluetooth HP saya rosak. Saya laju mengupdate program latihan MBfPC East coast tapi yang west coast punya gambar-gambar masih belum sempat ditransfer.

Alhamdulillah, program latihan MBfPC yang ke3 bagi kawasan pantai timur telah selesai. Terima kasih kepada PCPA-PCPA yang sama-sama menyumbang untuk menjayakannya, sama ada dibelakang tabir mahu pun dihadapan. Tinggal hanya dua lagi program latihan yang bakal dijalankan untuk tahun ini pada bulan-bulan hadapan iaitu untuk kawasan East Malaysia (Sabah & Sarawak) dan juga kawasan Southern.

Latihan kali ini diadakan di Leenai Homestay, Kuantan. Seramai 25 peserta telah menyertainya. Ada yang dari KL dan juga yang datang dari Johor semata-mata ingin mengikuti program latihan ini. Gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program latihan tersebut..

Aktiviti-aktiviti perbincangan dalam kumpulan.

Perbincangan dan juga pembentangan didalam kumpulan.

Salah seorang peserta yang menunjukan posisi penyusuan semasa berbaring.

Salah seorang peserta yang sangat aktif, Puan Rosnah yang sedang berkongsi tips 'relaxation' semasa menunggu kelas bermula pada awal pagi.


Program latihan kali ini, saya terpaksa bawa azri dan ibu saya sekali.

Saya sangat takut bila waktu ini. Dia suka dengan baby, tetapi bila lama-lama sukanya itu akan bertukar menjadi geram dan dia akan cuba meramaslah, memicitlah mana tempat yang dia sempat, huhu! Bukan bayi sahaja, sesiapalah yang lebih kecil dari dia, konfem kena buli (ikut mood lah, kadang2 tak).

Comei-comei je baby-baby ini berkongsi tilam untuk bergolek, hihi! (Mujur azri tak nampak, heh!)

EBM saya menjadi demo pada kali ini, haha! (Lepas balik dari kuantan, EBM saya mandom la pula, huhu)

Acara penutup. Kalau sampai time ni memang kena sediakan tisu la. Macam ala-ala AF la pulak. Ingatkan kat East Coast tak banjir, rupanya banjir juga! Masuk ni saya dah 3 kali banjir. Mula-mula sewaktu training PCPA, kemudian program latihan MBfPC di Daaruna, Klang dan akhir ni di kuantan pula.


Bergambar beramai-ramai. Kami bergambar pada waktu pagi atas alasan kalau petang makeup semua dah cair, hihi!










3 comments:

desperate mama said...

nak mintak izin cilok gambar... boleh?

asmaa said...

hai tie,...
meriah sunggu di kuantan...takde rezeki utk saya hadir ...huhuhu...apa pun tahniah kat tie dan group

Hayatie said...

desperate mama: sila2...

asmaa: mai lah join training di selatan pula ;)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea