Tuesday, May 11, 2010

Azri oh Azri

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:17 AM
Bulan ini telah genaplah anak bujang saya 1 tahun 7 bulan. Tadi bawanya untuk cucuk yang terakhir di Klinik Kesihatan. Terus rasa macam sayu sebab sekejap sahaja masa berlalu. Timbang berat hanya naik 500 gram sahaja dari 12kg semasa bulan 3 tempoh hari ke 12.5 kg. Tinggi azri pula sudah mencecah 91cm (lebih kurang 3 kaki).

Sejak dua menjak ini juga azri selalu kena tinggal bila saya jika saya menyertai atau menghadiri apa-apa aktiviti penyusuan Susu Ibu diluar. Ada hikmahnya, bila masa saya semakin terhad dengannya, saya lebih menghargai dia sekembalinya saya dirumah (perasan sibuk mengalahkan orang berbisnes, haha!). Berbanding sebelumnya jika saya berada 24 jam dengan dia, kadang-kadang kesabaran saya melayan karenahnya juga tercabar. Itu yang sampai kadang-kadang volume suara terus jadi high-pitch, huhu!

Ala-ala seperti orang bekerja, jika pulang kerumah gembira melayan karenah anak. Diterbalikkan dengan orang yang tak bekerja bila sesekali dapat keluar tanpa anak-anak, fuh lega sekejap. Jadi kalau dulu, bila saya dapat keluar sekali-sekala saya jadi seronok bila balik saya serabut. Kali ini, bila selalu keluar, asyik teringat kat rumah, anak yang sedang menunggu.

Sekarang sudah mula untuk berdikari sendiri. Makan pun nak buat sendiri. Kalau saya tak beri, dia taknak makan. Kalau dulu boleh umpan kasi pinggan dan sudu plastik kosong buat dia main-main masa makan. Tapi sekarang mahukan pinggan real yang ada isinya sekali.

Sudahnya hasilnya beginilah setiap kali nak beri dia makan. Bak kata dalam salah satu iklan di tv ' biarkan pakaian anak anda terkena kotoran demi sebuah pengalaman'. Wah kalau dah hari-hari begini, bibik pun kasik surat resign, hahah!

Sekarang saya sudah ada assistant untuk mengemop lantai. Sebabnya azri pantang nampak mop memang tak kasi can saya nak mengemop. Jadi saya biar dia 'mop' puas-puas dulu sementara tu boleh la saya buat kerja lain dulu. Agak-agak dia dah boring menggesek mop, saya take over je mana-mana part yang dia tak 'mop' lagi. Mudahkan, hihi!

Dari semenjak umurnya 11 bulan lagi azri telah menunjukkan minat untuk mengemop lantai, hahaha!

2 comments:

Naz-Segalanya disini said...

rajinnya azri..klu rikazz plak suka menyapu

az said...

dah semakin besar azri kan. macam2 nak dibuatnya.tak pe, sok2 dah besar mesti rajin buat keje rumah.hi2.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea