Wednesday, May 5, 2010

Anak Kucing

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:44 PM
Alkisahnya, kucing kami yang dolu-dolu itu telah melahirkan anak-anaknya untuk sekian kali (dah masuk 10 kali juga rasanya). Kunjugan saya ke klinik haiwan, UPM ini adalah kerana salah seeokornya anaknya tiba2 kaki dan tangannya seperti seakan-akan patah dan membengkak. Saya dah bajet ini mesti angkara azri juga. Kebetulan anak-anak kucing tu semua dah tak makan saman duduk di suatu tempat, mesti nak merayau-rayau sekitar rumah.

Azri pula memang excited bila nampak kucing, siapla ko kena tarik ekor lah, kaki lah, tungging-terbalik anak-anak kucing. Yang mana saya sempat jauhkan, jauhlah, yang mana tak sempat, selamat!! Tapi mujur takda sampai tahap membaling lagi, huhu!

Kalian tahu kah apa itu pengkasian? atau dalam englishnya disebut 'Neutering atau spayed'. Ada sesetengah berpendapat bahawa tujuan 'memandulkan' binatang peliharaan adalah sesuatu yang tidak baik atau 'berdosa'.


Meet Sandy. Ianya telah dimandulkan. Sejak itu berak naik mendadak sehingga obese. Kini beratnya sudah 7kg. Saya sempat berkenal-kenalan dengan 'pesakit2' yang sedang menunggu giliran. Kata tuannya sandy ini berak berdarah.

Meet Shah Rukh Khan, apakah??. Itulah nama yang diberi tuannya. Baru dibeli dari internet. Tujuan ianya dibawa ke klinik adalah untuk mem-vaksinkannya.

Berbagai-bagai lagi binatang peliharaan yang dibawa ke klinik ini seperti anjing patah kaki lah, arnab sembelit lah dan macam-macam lagi. (Sembelit tu saya tokok tambah je, hihi).


Ini lah rupa anak kucing saya. Setelah seminggu lebih duduk dalam wad. Kaki dan tangannya tiba-tiba membengkak seperti patah. Namun setelah di-xray tiada tulang yang patah. Segala macam ujian dibuat menunjuk terjadinya serangan bakteria kedalam darah dan mennyebab hampir kesemua sendi-sendi tangan dan kaki membengkak sendiri dan mengeluarkan nanah. (Tak pasal-pasal azri dituduh mencederakan anak kucing itu, huhu)

Ini adik-beradiknya yang lain sihat walafiat je dirumah.



Nampak kah kalian di sendi-sendi tangan dan kaki nya membengkak. Bahagian itu dicukur bulunya untuk mengeluarkan nanah. Namun menurut doktor, nanah itu bukan terdapat dibawah kulit tapi didalam sendi, jadi ia tidak dapat dikeluarkan. Jika tidak sembuh juga dan bengkaknya semakin merebak, doktor mencadangkan agar kaki, tangan dan mana-mana tempat yang membengkak itu dipotong. Uwarghh, sedihnya plak mengenangkan masa depannya..huhu!

Sudah lama rasanya saya tidak mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk membayar kos rawatan seekor kucing. Jumlah keseluruhan yang perlu saya bayar adalah sebanyak rm407.73. Saya telan air liur sekejap, jauh disudut hati mula agak berkira-kira sudah. Tapi saya bermuhasabah diri sebentar dan menganggap Allah sedang menguji saya. Menguji saya diantara harta dunia dan juga peri kemanusian.

7 comments:

sHarEna said...

kesiannya anak tucen tue..hrp dia cepat baek..

pagi td ade ibu kucen tido depan rmh sy (kucen jiran selang sebuah rumah). sedap je landing atas kerusi. sy sebok nk pegi keje. adik pegi tgk kucen tu & tiba2 dia ckp ngn sy kucen tu mcm xleh bernafas sbb hidung dia cam tersumbat dgn hingus yg x dibersihkan. pluz muka kucen tu mcm da pucat sgt. kesian pulak tgknye. sy soh adik bersihkn hidung dia & try bagi panadol dlm mknn dia. sy g opis & hrpnye kucen tu dh ok sket after adik try treat.

diLa said...

sian nye...nanah dlm sendi sob66!!! byk nyer kucing, mintak sekor bulih?? :D :D

My_Aqeelah said...

siannye anak kucing ko. isk isk. mcm mana la kalo kena potong kaki tgn nye. tak tergamak nk pk.

Ely Hasrul said...

ala siannye.. :( sapa nama nye tha?

xpe nnti kat akhirat berat pahala ko ..

Jiji said...

binatang kesayangan nabi@~

qasehadam @ nurul said...

semoga tucen kecik tuh cpt smbuhh..cian beliau

Hayatie said...

sHarEna: Wah, terel adik awak tahu kucin tu sesak napass..pasni leh bw check kat adik awak (Gurau2,hihi)

diLa: meh la amikk..series ni!, hihi

My_Aqeelah: klu kena potong juga, gamaknya jadi kucing OKU la jawabnya..uhuuk!

Ely: tah ler..lom ada nama, tp nama adhoc masa registration kat klinik tu adalah 'Tompok', hehe!

Jiji: betul tu!

Qasehadam: Mekasih, nnt saya sampaikan salam..hihi!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea