Thursday, April 15, 2010

Plan aktiviti Minggu hadapan

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:07 AM
Barulah sekarang ni terasa 30 hari dalam sebulan itu seperti tidak mencukupi. (Amboi mengalahkan orang yang ada macam-macam pekerjaan dalam satu masa, huhu). Esok dah nak berangkat ke Kuantan untuk kelas pada sabtu ini (huhu, nerbes!) dan sebelum itu harus ke Gombak untuk jemputan menghadiri SGM di PTS.

Kemudian, setelah selesai kelas di Kuantan saya akan mengikuti suami ke Batu Pahat pula selama seminggu. Dan terlanjur saya berada di Batu Pahat. saya bercadang untuk mengadakan perjumpaan Kumpulan Sokongan (SGM ler tu) di ofis suami saya. Butir-butir dan lokasi perjumpaa adalah seperti dibawah:

Tarikh: 24 April 2010 (Sabtu)
Waktu: 9am-10am
Topik: 'Penyusuan Susu Ibu dan Cabaran'
Tempat : Tingkat 1, No.35 A, Jalan Flora Utama 3, Taman Flora Utama 83000 Batu Pahat .
(Dereta kedai-pejabat bersebelahan Carefour Batu Pahat)

Buat masa ini tiada sapa lagi yang confirm, namun pada sesiapa yang berminat untuk get-together, dijemputlah datang. Ofis itu sentiasa terbuka walaupun hanya seorang sahaja yang hadir. :) Kalau takda juga, boleh la saya pulang awal, sebab esoknya saya ada SGM susu ibu pula di bangi, hihi!

Terasa seperti agak terkejar-kejar pula dengan notis yang singkat ini. Namun saya tidak mengharapkan jumlah yang besar dan saya juga tidak pasti waktu-waktu yang saya akan ke Batu Pahat. Hanya sebagai permulaan dalam menyebarkan kesedaran dalam penyusuan susu ibu ini.

SGM di Batu Pahat ini adalah salah satu plan ad-hoc saya (hihi). Bagi ibu-ibu yang berada dikawasan sekitar Batu Pahat di jemputlah datang, supaya kita semua dapat bersama-sama berkongsi masalah, perasaan, dan macam-macam lagi didalam penyusuan ini.

Bagi sesiapa yang nak join perjumpaan ini bolehlah email ke hayatiehashim@yahoo.com atau sms/call 012-2045646.


'Every big step begin with a little step'




5 comments:

mrs adam said...

wah sgt bangga yati nak wat perjumpaa sgm sendiri.tapi say bukan org bp.apa2 tahniah yati!suka baca cerita kerja yati ni.kerja amal.chaiyuk!

airin diana said...

congrates ye :)anyway, bile nak buat kat Shah Alam? bleh join!

mie_rahim said...

haah
watla kat shah alam
leh join gak

Hayatie said...

mrs adam: sy saje-saje sambil ikut suami ke batu pahat, tak tahu apa nak buat..tu pun kalau ada orang yg berminat nak join...huhu

airin & mie rahim: korang carilah tempat n sape2 yang berminat n tarikh yang sesuai, tak ramai pun takpa. pastu hola la saya, insyallah kalau free saya buleh je datang :)

izzahazfar said...

kak yatie...dok sibuk zah buat paper untuk anjurkan breastfeeding talk..baru perasan tajut yg sama untuk event zah...any idea kak?emel me leh tak..?

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea