Sunday, April 18, 2010

BF Class- 'A to Z in Expressing: Ideas to Make Work'

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:51 PM

Alhamdulillah, selesai sudah kelas penyusuan saya yang pertama di The Momy and Baby Place, Kuantan. Kelas pada kali ini bukanlah kelas persediaan penyusuan. Ianya lebih fokus penyusuan susu ibu setelah kembali berkerja, dimana saya lebih menyentuh tentang strategi-strategi pemerahan, kaedah, penyimpanan & pengendalian susu perahan, alatan, dan juga tips-tips yang memudahkan pemerahan dan ada lagi topik-topik kecil dibawah tajuk pemerahan susu ibu yang saya cover juga.

Sebenarnya saya sangat nerves walaupun saya sudah biasa dengan perjumpaan diantara ibu-ibu ini namun kelas dan SGM adalah sesuatu yang tidak sama. Jika SGM saya lebih rilek kerana konsep yang lebih santai dan tugas moderator SGM bukan lah untuk memberi ceramah, hanya sekadar mem-facilitate kumpulan itu sahaja.

Untuk percubaan pertama ini seramai 18 orang kesemuanya, ada yang solo dan juga yang datang bersama pasangan masing-masing dan anak-anak. Dan untuk kelas ini, saya lebih prefer konsep 'throw-pillows' yang lebih santai (untuk menghilang nerves saya juga, hihi).

Sepanjang kelas berlangsung...

Kelas belum bermula, masih lagi menunggu kedatangan seorang dua lagi.


Demonstrasi kaedah perahan menggunakan tangan iaitu teknik Marmet. (Beria la pulak saya, sekali pandang macam nak tenyeh apa je tu, haha!)

Masing-masing sedang mencuba juga memerah dengan menggunakan belon yang diberikan seorang satu.

Dengan menggunakan belon itu juga, saya menerangkan cara-cara pengurutan payudara (breast massage) untuk meransangkan pengeluaran susu (Let-down reflex atau Milk-Ejection reflex). Kerana kedua-dua elemen itu (LDR/MER) sangat penting dalam pemerahan.



Bergambar dengan salah seorang perserta kelas iaitu Puan Fidza dan juga penganjur kelas, Puan Maryaaa. Kelas yang bermula lebih kurang pukul 11.45am berakhir pada pukul 3.00pm. Semasa sesi soal jawab anak saya sudah mula meragam sehingga terlupa untuk bergambar beramai-ramai sebelum mereka pulang.

Terima kasih pada yang sudi hadir pada kelas tempohari. Mohon maaf sekiranya ada yang terkurang. Jika ada rezeki kita berjumpa lagi!

9 comments:

izzahazfar said...

kak yatie,

zah tengah buat paper utk seminar kat ofz..tengok topik ni menarik gak...teringin tak nak buat talk kat penang..?huhuhu...akak cas berapa yek?

Ely Hasrul said...

bagus lah!

maryaaa said...

haha, sempat jugak ko posing masa last tu aku ingat ko sibuk bercakap (mengkonsult kehkeh) tak sempat senyum...

pepehal, i love ur tripod screen

Hayatie said...

zah: pape nanti e-mail yer :)

Ely: Mekasih!

maryaaa: ek?

nikhazifah said...

congrates!! wah, mmg hebat la mu ni..vangga!!

maryaaa said...

eh..hari tu lupa nak videotapekan lak..lenkali remind ek

Yatie said...

wah dh 12 tapak kehadapan....... bagus pasni join ku kat antenatal class ek.... ada slot special utk org yg sgt komited mcm mu nii...

Zainab binti Norazman a.k.a ibu dania said...

tahniah kak yatie....

Hayatie said...

maryaaa: hahh.harus tu..

yatie: insyallah akan ku join mu di antenatal class itu nnti. Konpem malatopss.haha!

zainab: terima kasih yer :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea