Tuesday, March 9, 2010

Lawatan ke Creche Penyusuan Susu Ibu IPHKL

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:17 AM
Hari ini saya ke Institut Pediatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi lawatan ke creche Penyusuan Susu Ibu di institut ini. Program lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu (KSPSI) Hospital Serdang .

Ketibaan kami disambut oleh Dr. Farah Inaz iaitu pengerusi Creche Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL) dan juga Sister Nik Kelthom HKL. Sebelum melawat ke creche. Dr Farah menceritakan serba sedikit latar belakang penubuhan creche itu. Sedikit informasi mengenai definisi Creche. Creche berasal daripada perkataan French yang membawa maksud katil bayi. Didalam English ianya membawa maksud yang sama seperti Pusat Jagaan harian Kanak-kanak (Children Day-care Centre, Taska (Nursery) dan lain-lain lagi.

Creche IPHKL ini sudah lama ditubuhkan sejak dari tahun 1995 lagi rupanya. Creche ini diwujudkan khas untuk memudahkan lagi proses penyusuan susu ibu itu khususnya untuk kakitangan HKL. Creche IPHKL ini satu-satunya creche Penyusuan Susu Ibu yang ada dikalang an Hospital yang ada di negara kita.

Hanya bayi yang menyusu dengan susu ibu sepenuhnya sahaja yang dibenarkan untuk dihantar ke creche ini. Tiada penyediaan FM dalam creche ini. Dan creche ini hanya menerima bayi yang umurnya tidak lebih dari setahun sahaja. Jumlah maksimum bayi yang diterima adalah sehingga 15 orang sahaja.

Jadi, ibu-ibu (kakitangan HKL) akan datang setiap kali waktu rehat untuk menyusukan anak mereka. Jika mereka tidak berkesempatan untuk datang menyusukan, mereke akan menelefon kesini dan bekalan EBM yang dibekalkan akan diberikan oleh pengasuh yang bertugas.

Disini ditempatkan khas untuk bayi-bayi yang masih kecil bawah usia 6 bulan. Geram melihat deretan bayi-bayi didalam baby cot masing-masing :) Pengasuh-pengasuhnya pula adalah yang memakai apron itu. Ada 6 orang bayi kesemuanya disini.




Dibilik ini pula diletakkan bayi yang lebih besar usianya. Tak ramai, hanya ada 4 orang sahaja.


Sedikit cenderahati dari Kumpulan Sokongan kami yang diberikan oleh Sister Zalimah kepada Dr. Farah Inaz.


Bergambar Kenangan sebelum pulang. Dari kiri Sister HKL Nik Kelthom, Puan Shamsiah, saya (KSPSI), Puan Hazarina (KSPSI), Matron Sudha HKL, Dr. Asma (KSPSI), Puan Irne (KSPSI) dan juga Sister Zalimah (KSPSI).

3 comments:

ibuaiman said...

dulu ms sy keje kat HKL sy antar Aiman kat sini lar...sikitnye bb kat sana skrg ni yer, nmpk byk coat dari bb, nmpk mcm kurang smbtn pulak..huhu..

maryaaa said...

hehe, comment aku out of topic; lawa plak baby cot tu.

Hayatie said...

ibuaiman: adakah itu menunjukkan semakin ramai yang tidak menyusukan anak mereka? huhuhu.

maryaaa: baby cot tu sume sumbangan dari IKEA. menurut kata pengerusi creche tu..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea