Saturday, January 9, 2010

Azri & Telefon

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:01 AM
Betullah kata-kata bahawasanya anak-anak lebih banyak belajar daripada tingkah ibu-bapanya. Series aku tak pernah ajar dia secara spesifik kegunaan telefon/handphone tu. Tapi dengan selalu melihat kami yang kadang-kadang selalu bercakap kat telefon depan ia, dia sudah mulai tahu apa fungsi telefon tu. Gambar azri yang sedang khusyuk kunun-kunun bercakap dalam telefon kat depan tv. Aku snap perlahan-lahan supaya dia tak perasan dan leka 'bercakap' dengan telefon tu. Dia tak pandai pun cakap 'hello' ke apa, cuma dengar dia 'hehh...hohh..hehhh hohh' je la..lama plak tu, boleh habis kredit camni..hehe!

Alamakkk, kantoi dahhhhh! Agaknya marah aku kaco dia sedang 'bergayut' kat telefon tu..huhu!

6 comments:

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

now kalo anak2 gayut dgn tipon, mmg kita rasa cute & funny. tunggu la if it will still be funny bila anak dah mula masuk remaja, especially bila bill tipon tetibe naik..wakakakkaka..

i dok kata kat miya, skang ni bergayut la puas2. dah besar nnt mmg kawal pengunaan tipon awak..huhuhu..

luvhaziq said...

ptt le anak ku asyik gayut je kt phone,rupanya gayut dgn anak mu itu..ka..ka..ka..

az said...

sama la dgn fina, sampai letak belakang kepala telefon tu. anak2, tgh dlm proses pembelajaran. tapi seronok tgk kan..lawak pun ade.

fiza said...

Azri gayut ngan sapa tu? ngan makwe erk...ahaks...

ezan said...

nasib baik xguna credit.. kalo x.. jenuh nak bayar bil azri asyik bergayut je.. hehehe... tp still cute!

Hayatie said...

mama-miya: aha..kecik2 funny/cute..bila dah besar nnti, berasap je telinga kot klu anak bergayut kat tepon..ihikk!

luv: oo..haziq pun bergayut ekk..patutla azri pun sini sama..nak kena babab diorang ni..ehehe

fiza: haha, aweks yer...nnti dia!

ezan: pasni nak kena lock tempat dial tu..kang tah mana tempat yg dia call..hehe!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea