N3 menyuntik semangat

Wahhh...pas dapat kereta baru, acik terus hilang tah kemana, tinggal sat blog, forum, fb semua bagai, hehe! Setengah hari asyik on the road sahaja, wallaaa. Handphone pun tidak henti-henti berbunyi panggilan dari en. husby yang lebih kerap call semenjak isterinya sudah berkereta ini..ekeke! Nak update location ler katakan, hihi! Maklumlah en. husby nun jauh dibp lom lagik dapat merasmikan kereta yang dibelinya itu, huhu! Pas satu tempat ke satu tempat kami berjalan, dari penuh tank dah tinggal suku dalam masa 3 hari. Betul melepas gian nih!

Wah, mentang-mentang ruang cushion yang luas bercantum dua, macam2 aksi plak si azri. Tapi sila jangan buat aksi ini semasa anda sedang memandu yerk. Hanya bila kereta anda dalam keadaan 'idle' sajork, hihi! Yang paling syiok 'mengepis' segala button yang ada kat dashboard tu. Bila dok belakang mengamuk sakan nak gi depan, tak tahan aku!

Sudahnya aku terpaksa cover gear dengan topi tu. Bolehlah nak buat mengaburi mata dia, tapi kadang2 tak makan juga, kena buang juga topi tu, sebab nak tahu apa yang ada dibawah topi.

Cerita pasal EBM pula? hmm..memang tidak dapat mengembalikan zaman ebm bersusun-susun. Sekarang hanya kais pagi makan pagi. Hokeh tak kais sangat lah, kais satu ada la spare satu, hihi! Stok frozen pun masih ada lagi sket!. Tapi kais-kais kali ni aku tak risau dah! Sebab azri dah pandai makan macam-macam. Setelah setahun 2 bulan, dari minimum 30 oz total perahan sehari, kini menurun ke sekitar maksimum 25 oz sehari sahaja. Mak aku kata.." ko dah tak makan lagi ke benda-benda yang banyakkan air susu?". Sangat risau akan cucunya tidak cukup susu.

Aku percaya, 'permulaan yang baik akan mendatangkan hasil yang lebih berpanjangan dan pengakhiran yang lebih baik'. Aku sangat percaya dengan konsistensi. Konsistensi pada awal-awal permulaan sehingga sekarang, akan menentukan berapa lama ianya akan bertahan, insyallah. Selebihnya jangan lupa bertawakal pada Allah S.W.T semoga semua usaha anda dipermudahkan.

Selamat tahun baru kepada semua, semoga tahun 2010 ini akan menjanjikan peluang yang lebih baik buat kita semua. Untuk aku, tahun 2010 ini akan memberi lebih banyak pendedahan dalam dunia 'Breasfeeding activist'. Jadual kumpulan sokongan yang telah dirangka akan memberikan aku lebih banyak pendedahan untuk berinteraksi/berkaunseling dengan orang luar, mudah-mudahan! Sepanjang tahun ini, acik akan sentiasa berada Hospital Serdang untuk aktiviti-aktiviti sokongan penyusuan susu ibu pada para ibu-ibu di wad-wad bersalin dan NICU hospital. Meh koling-koling acik eh ;)

Terima kasih buat teman-teman yang ikhlas menyokong dan bersama-sama dalam perjuangan ini. Semoga lebih banyak breasfeeding awareness didalam negara kita.

Breastfeeding Rawkss!



Hadiahnya ialah...

Akhirnya, hadiah yang ditunggu sudah tiba. Jeng-jeng-jeng, inilah hadiah yang ditunggu selama setahun ini, huhu! Hadiah ni merangkap 3 event yang istimewa, anniversary day, birthday lagi satu..hmm (ni aku syiok sendiri je, penghargaan buat diri sendiri yang setelah menjadi EP tegar selama setahun 2 bulan, hihi). Jutaan terima kasih buat suami ku yang terchentaa itu, muaccchhhs! Muchos gracias!

Terima kasih kerana mengotakan janji dan merealisasikan hasrat aku untuk mempunyai sebiji kereta. Aku tak kisah kereta apa yang akan en. husby belikan, kecik ke besar ke, janji ianya sebuah kereta dan aku boleh bershopping...whoopss bergerak ke sana-sini dengan lebih mudah lagi. Maklumlah, acik ni surirumah sajorkk, tak berani nak mintak lelebey, eheh! Bukan takda kereta, ada kereta mak aku, tapi dah uzur bebenor, air-cond pun dah somput, hehe!



Sempat menye-nap sambil memenuhkan tangki kat stesen minyak selepas amik kete tadi. Dapat voucher petrol petronas rm20, jadilah! Haha, sila honk sambil lambai-lambai acik yang bam2 dalam kereta jika kalians terserempak dengan kereta ini, dimana-mana, huhu!


Gambar yang disnap ni golap sedikit, sebab dah nak malam, hehe! Yang syioknya, seat depan luas takda gap antara kiri dan kanan seat, means kat tempat hand-break tu takda kosong, digantikan dengan cushion juga. Sebab alza ni takda handbreak, handbreak dia kat kaki 'foot-brake'..hehe! Seronok ler azri leh merayap ke seat driver tanpa halangan dah, silap-silap leh tidor baring kat tengah2 tu, cuma merbahaya la kalau budak2 kat depan nih!


Yesss, akhirnya ada kenderaan sendiri. Boleh merangka jadual aktiviti mencukur poket untuk tahun 2010, whoopss marahh en. husby! Sape-sape yang nak bermingle-mingle dengan acik meh calling-calling..hehe!

Avatar @ Alamanda


Cerita aktiviti mengisi masa di hujung minggu. Mode jalan-jalan je. Kebetulan deera ajak aku tengok avatar harini. Aku bagai pucuk dicita ulam mendatang. Memang aku nak sangat tengok avatar tapi en. husby takda kat sini. Last movie aku tengok aritu, Twilight Saga: New Moon. Hampess aku tak brapa paham sangat jalan cerita yang tiba-tiba pastu ending yang tiada kesudahan. Rupa-rupanya kata kawan aku deera, cerita tu ada sequel. Sebab dia dah baca twilight saga novel. Ceh, patutlah aku tak paham.

Ni kali aku nak sangat tengok movie Avatar yang asyik dok gempak diperkatakan tu. Untuk aku yang dah lama tak chill kat cinema ni, overall memang syiok la cerita ni. Sebab aku memang suka movies2 yang futuristik atau ada ala-ala superpower ke..huhu! Ceritanya lama 2 jam setengah. Kombinasi diantara 3D animation dan yang real, tapi seriess nampak macam real betul. Tapi yang tak syiok, kami dapat tempat duduk 2nd row dari depan. Kepala aku sungguh berat, mata sakit sebab nak mendongak kat skrin besar tu. Pada saper-saper yang berhajat nak pi tengok, better amik tempat duduk belakang,2 sebabnya citernya banyak action2, memang pening kalau tengok dekat-dekat!

Haha, susah betul nak jadi blogger sejati ni yer rupanya, kena tebal muka amik gambar sana-sini dah lah acik yang bersize bam-bam ala-ala segan nak tepek gambo kat sini. Kamera dan diri agaknya takleh dipisahkan kot!. Takpa-takpa sila belajar menjadi blogger tegar pula..hihi! Anyway memang enjoy bila kuar dengan kawan-kawan, rasa cam bujang seketika. Bila masuk kereta nak pulang, baru lah teringat 'apalah anak aku buat kat rumah'... (sekarang kalau nak kuar solo, kena sorok2 dari azri takleh kasi dia nampak, kalau tak, dari niat nak keluar solo, terus jadi berduet..huhu!).

Kemalangan Bas Sani Ekpress


Takziah buat semua keluarga-keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas Sani Ekspress pagi sabtu tadi. Ngeri aku dengar berita tv3, mengatakan 10 orang terbunuh dalam kemalangan itu, ada yang putus kepala kerana, besi pembahagi jalan yang menerobos masuk ke dalam bas setelah dilanggar oleh bas tersebut. Salah seorang penumpang yang terselamat dalam kemalangan tersebut mengatakan, pemandu yang baru mengambil giliran untuk memandu bas tersebut kelihatan mengantuk dan bas seakan terhoyong-hayang kiri ke kanan sebelum kemalangan tersebut.

Pada pendapat aku, penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap pemandu-pemandu bas dari segi tata-etika memandu seperti larangan membawa melebih had laju, memandu dibawah pengaruh alkohol dan sebagainya setiapkali selepas berlaku selepas kemalangan. Tetapi bagaimana pula kita hendak mengawal kecuaian kerana mengantuk/terlelap seketika dan sebagainya?. Ini kerana bab-bab mengantuk/terlelap ni kadang-kadang kala diluar pengawalan kita. Aku cukup takut kalau menaiki kenderaan awam dengan pemandu-pemandu yang mudah mengantuk ni. Walaupun mereka adalah pemandu yang beretika, tidak memandu laju dan sebagainya tetapi bila dah penat & mengantuk, macam-macam boleh berlaku.

Aku tertarik dengan kiriman e-mail pembaca ke berita tv3 yang mengatakan tiada guna menekan faktor keselamatan kepada pemandu & keadaan bas yang dinaiki sahaja, pengirim itu menegaskan bahawa syarikat bas ekspress harus sentiasa menghubungi pemandu-pemandu mereka terutamanya yang sedang dalam trip yang jauh atau pada waktu malam untuk mengingatkan mereka supaya lebih berhati-hati. Selain daripada itu para penumpang juga harus memainkan peranan apabila melihat sesuatu yang tidak kena dengan pemandu bas tersebut. Penumpang harus membuang rasa malu, takut dan sebagainya untuk menegur kelakuan pemandu-pemandu bas yang di naiki jika merasakan mereka memandu dalam keadaan berbahaya, laju, mengantuk dan sebagainya.

Aku pernah sekali naik teksi yang pemandunya mengantuk, dan sekejap-sekejap terlelap. Cemas betul aku masa tu. Bila aku tengok macam tak boleh jadi je ni malah makin menjadi-jadi plak pakcik teksi tu asyik terlelap, last-last aku pun tegur pakcik tu.."..pakcik mengantuk ker?" Terus pakcik tu macam terkejut sebab aku cakap dengan dia, dan sebab tu lah, aku terpaksa mereka-reka cerita untuk berborak dengan pakcik tu supaya dia tak mengantuk...huhu!

Apa-apa pun takziah untuk semua keluarga-keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu. Untuk berita lanjut & gambar2 kemalangan tersebut, kalian leh klik kat bawah ni, ngeri aku nak tepek kat belog.

BERNAMA: 10 Maut, Dua Cedera Bas Terbabas Di KM272.8, PLUS

Berita Harian : 10 maut, 3 cedera bas dua tingkat langgar pembahagi jalan (Foto)

Langkawi & Batu Ferringhi Trip- Part 2

Haha, ado part 2 pulak. Lagi gambar geli-geli kami semasa di Langkawi & Batu Ferringhi. Gambar-gambar kali ni dari lensa kamera member yang canggih nuu! Lama ku menanti, baru laa ni dia upload. Takda la banyak mana pun, adalah sikit2 gambar kami yang disnapnya. Mekasih yer! Maleh dah nak buat karangan bergambar sangat, jom layan the piccass, hehe!

Di terminal feri kuala Perlis..


Kat Nusantara Maju, tempat gamat..
Gambar beramai-ramai dalam Under water world.



Di Holiday Inn, Penang..
First time azri mandi kat pool. Mula-mula takut pastu naik syiok plak. Dapat geng main-main dengan airis plak, hamboi suke betul. Masa kat pool ni, en husby je lah yang berendam, aku tengok dari kejauhan je. Sebab takda proper swimsuit. T-shirt dengan seluar panjang takleh masuk swimming pool 5 star ker..huhu! en husby yang mulanya bersinglet pun disound oleh life guard untuk menanggalkan singletnya.

Bye-bye Penang!







Alza Vs Exora

Diantara perodua Alza dan Proton Exora, yang mana lebih menjadi pilihan kalians?
.
.
.
.
.
.
Proton Exora

Perodua Alza

Langkawi & Batu Ferringhi Trip

Lama betul aku nak menyudah entri holiday kali ni, sebabnya banyak gambar di kamera member, tapi tak upload2 lagi. So aku proceed je la gambar-gambar yang mana ada dalam hp. Dengan nak buat karangan lagi, huhu! Mode holiday aku belum hilang lagi. Sekarang dah berada di rumah, tapi hatiku tertinggal disana. Seronok sangat-sangat sebab lama dah aku tak pergi bercuti, walaupun mode aku ala-ala suku dah spoil sebab hotel tempat kami menginap tu takda fridge, tapi nak buat cemana kan, sebab dah di booking, kenalah pasrah. Lagipun, agak kelam-kabut untuk menukar tempat menginap disaat-saat akhir kerana, kebanyakan hotel-hotel yang bajet-bajet pada ketika itu semuanya penuh-penuh belaka (yang banyak kosong, hotel-hotel yg mahal-mahal belaka).

Kami bertolak pukul 11 malam dari KL, baru lah aku faham kenapa kebanyakan orang bertolak malam bila nak ke Langkawi, eheh! Kami bertolak ke langkawi dari jeti Kuala Perlis, kami tiba pukul 8 pagi. Bayangkan dari pukul 11 malam, sampai dijeti ini pukul 8 pagi. Sepanjang perjalanan dari KL lebih banyak berhenti-henti. Kerana konvoi 4 buah kereta, selang beberapa jam, ada yang mengantuk pula, minta berhenti untuk tidur seketika, begitu lah seterusnya lepas seorang-seorang.

Memang sesak sungguh keadaan dijeti kuala Perlis tu. Menurut abang ipar ku, ni ok lagi! Waktu dia sampai kesini dahulu keadaannya lagi sesak sehingga terpaksa beratur dari luar bangunan jeti ini lagi.

Kami yang masing-masing belum mandi pagi lagi, hanya sempat cuci muka dan gosok gigi sahaja sewaktu solat subuh dikawasan rehat sebelumnya. Kemudian tepek la bedak skit-skit kasi nampak segar..huhu!

Leganya bila dah dapat duduk dalam feri, selepas bersesak-sesak kat terminal tu tadi. Dengan beg-beg lagi, dengan nak dukung azri lagi, disaat-saat ini memang berbaloi jika bawa sekali kaum kerabat ramai sama-sama menolong itu-ini..hehe!

Rupanya, lagi mencabar bercuti bersama anak yang dah 'dapat-kaki' berbanding dengan bayi dibawah 3-4 bulan yang asyik tidur je. Fuh, memang acik tak sempat control-cun sepanjang perjalanan ni. 'Tayat' betul azri dapat duduk dalam feri tu. Maybe dia ingat cam duduk dalam kereta agaknya..haha!

(Mil, Kak ruby, mak aku & me)

Sampai-sampai di Langkawi, kami menginap dekat Citin Hotel. Oklah, walaupun takda mini bar (grrrrrr) tapi selesa sebabnya kelengkapan dia semuanya masih baru, baru buat agaknya. Room rates dia rm120 tak salah semalam. Akak ipar aku tempah hotel ni sebab dekat dengan pekan dia, senang nak shopping katanya. Memang betul pun! Sebab dulu first time dia pergi sini, dia tinggal kat area pantai chenang, cam jauh la skit nak ke pekan dia.

Untuk aktiviti-aktiviti mencukur-poket di pekan kuah, aku tak sempat la nak bergambar bagai. Buzy wooo, kena konsentrate skit bila sesi cukur poket ni, eheh! Sempat makcik aku tepon dari KL nak kirim beli sudu. Mula-mula aku heran betul, apesal la ramai orang nak kirim susu-garfu bagai kat Langkawi. Dia kata beli kat 'Idaman Suri'. Aku pulak dengar kat phone 'Ida-Mahsuri', haha! Ye ye aku kata kat kawan en. husby jangan lupa singgah dekat 'Ida-mahsuri'. Nasib kawan en.husby ingat aku sebut 'idaman suri'..huhu! Rupa-rupanya memang murah sudu-garfu. Tebal-tebal, 1/2-dozen rm6. Masa makcik aku sebut dalam phone tuhari, sedozen rm10, hoho..dah naik rm2 pulak. Aku banyak borong sudu-garfu je. Pinggan-mangkuk adalah sekotak-dua, niat dihati nak borong banyak-banyak, tapi mengenangkan nak mengangkut naik feri tu yang tak tahan, sebab beg-baju je dah besar.


Kemudian kami ke Nusantara Maju, tempat 'semuanya-gamat-sahaja'. Ubat gigi gamat lah, krim gamat, pencuci muka gamat, pendek semuanya gamat ajelah. Siap tunjuk tempat mereka memasak gamat lagi. Jadi tak sah lah ke Langkawi tak beli gamat. Walaupun kat rumah berbotol-botol minyak gamat yang tak habis lagi. Yang beli lain, yang orang bagi lain..hehe!


Lepas tu kami ke Beras terbakar pula. Kat sini selain daripada kawasan beras terbakar ni ada tempat cukur poket gak. Ada kedai-kedai yang menjual baju, t-shirt. Sempat gak lak merembat sehelai dua. Masa sampai kat beras terbakar ni, hari dah nak hujan, takdapat la nak menye-nap gambar bebanyak.
Inilah kawasan yang dinamakan beras terbakar itu. Aku ingatkan kot-kot la ada kesan-kesan terbakar ke..hahah, apekah! Kawasan ini adalah asalnya tempat simpanan beras, semasa Langkawi di serang oleh orang-orang Siam pada ketika, dan rakyat diarahkan untuk menyimpan beras simpan dengan menanamnya supaya bekalan beras itu tidak jatuh ke tangan orang-orang siam. Walaubagaimanapun kawasan tempat mereka menanam/menyimpan beras itu terbakar dan dipercaya berkait-rapat dengan sumpahan Mahsuri itu. Cerita selanjutnya disini.

Di makam Mahsuri. Kat sini juga ada muzium mahsuri tu. Tapi tak dibenarkan ambil gambar dalam muzium tu. Siap ada tayangan video pasal kisah Mahsuri lagi. Masa kat sini tak sempat nak berposing, sebab azri dah tido keletihan. Azri memang takmau sangat dengan en. husby bila time berdukung, so hampir sepanjang jalan aku je la mengendong. Mujur aku ber-pouch. Yang challenging bila tiba masa aku nak mengepam. Mujur aku bawa mak aku skali..hehe! Sebab azri lebih nak kat nenek dia berbanding en. husby.

Masa group kitorang sebok makan tengahari, aku terpaksa curi-curi masa untuk mengepam sat dalam van pas makan cepat-cepat, panas woo dahlah van sewa ni aircondnya somput, acik tahan je. Kalau dah start berjalan nanti memang tak dan lah nak mengepam. Memang mencabar betul la. Nasib aku ni jenis dah set 'Pump-Priority' (dalam kepala 'pump-pump-pump'', dapat la mengepam juga selang 3 jam.

Seterusnya kami ke Underwaterworld. Oleh kerana kamera phone aku ni agak2 kurang berkesan ketika dalam keadaan yang gelap, maka tak banyakla gambar kat sini. Cuma kat tempat-tempat yang 'asal-boleh' bergambar je lah..hehe!


Hari terakhir di Langkawi, sedihnya! Sob sob! Sedang menunggu ketibaan ferri dari Jetty Point Langkawi. Insyallah kalau ada rezeki, pasti aku akan kembali lagi dengan beg yang sedikit sudah pasti!
Kemudian, dengan perancangan ad-hoc, kami mengambil keputusan untuk singgah ke Batu Feringhi, Penang, mungkin bermalam. Kata sil, di Penang kalau tak booking hotel, memang susah nak ada kosong time-time weekend camni. Tapi kami ala-ala gamble je. Setibanya di Batu Ferringhi memang kebanyakan hotel memang penuh semuanya, dari takda star hinggalah berstar-star, semuanya penuh-penuh belaka, huh!

Yang ada ketika itu hanya Park Royal dan Holiday Inn sahaja. Oleh kerana kami agak2 mengigil dengan room rates park royal pada malam itu (rm800++ per night), kami terpaksa decide untuk stay di Holiday Inn sahaja yang berharga rm500 per night..huhu! 3 bilik untuk 3 family. Kalau ler murah, memang nak book extra sebilik lagi untuk mak aku dan adik-adik perempuan kawan en. husby. Tapi terpaksa la kongsi juga bilik, sebab nak save budjet, huhu! Hokeh la tu, kalau tak, sampai mati pun tak merasa duk Holiday Inn kot...haha!


Pulang dari Penang, acik sungguh jakun kerana bawa kereta menaiki ferri, hehe! Tak pernah rasa, dulu orang je yang naik ferri, ni dengan kereta-kereta skali. Ingatkan kereta-kereta kena ikut jambatan Pulau Pinang je..huhu!

Hingga ke hari ini, aku masih lagi terkenang-kenang saat-saat bercuti, walaupun dalam serba kepayahan (mana nak mengepam lagi) dengan azri yang tak mahu berenggang, mencabar & meletihkan betul. Apa-apa pun seronok sangat-sangat. Terima kasih pada encik husby! Selamat bercuti juga kepada rakan-rakan yang akan bercuti-cuti dalam musim cuti ini! Happy Holiday and have a safe journey! ;)

14 bulan

Entri pasal holiday trip kena postpone dulu pasal gambar tak upload lagi, hehe!. Hari ini genapla h azri berusia 14 bulan sudah. Bermakna sudah lebih kurang 14 bulan juga aku ber-exclusive pumping. Alhamdulilahm aku masih gigih lagi berusaha dan FM masih lagi tidak berjaya menerobos masuk kedalam dapur aku, haha! Walaupun output aku agak merudum pada ketika waktu aku tidak sihat tempohari. Masih lagi bertahan. Nasiblah ketika ini azri tidak lagi minum ebm se-rigid dulu ketika siang hari, kecuali ketika malam sahaja. Maksudnya, ketika siangnya azri boleh gap tidak minum ebm dari 3 ke 4 jam lamanya berbanding waktu malam ketika dia tidur.

Jika menyusu semasa tidur, dia agak kerap merengek nak susu dalam masa 1.5 ke 2 jam sekali dan pada ketika dia sedang tidur, dia jadi lebih tidak sabar. Means, jika dia dah merengek skit2 tu, aku perlu cepat-cepat sumbatkan botol. Kalau tidak dia akan meraung/mengamuk dengan lebih sakan lagi. Sebab tu dikala malam, aku hanya men-standbykan yang baru diperah sahaja. Sebab tak sempat jika nak panaskan susu guna warmer walaupun 2-3 minit sahaja.

Berbalik kepada perkembangan kami (err..kami?) sepanjang 14 bulan ini,

Azri:
  • Dah fully berjalan, takda lagi nak merangkak-rangkak dah. Sanggup bangkit dan berjalan jika nak ke sesuatu tempat. Kalau pergi mana-mana, sekali kita lepaskan dia dibawah, sure dia susah nak didukung semula
  • Dah boleh makan nasi biasa sedikit-sedikit. Tapi kadang-kadang muntahkan semula.
  • Dah kenal fungsi handphone/telefon dan sikat. Jika dia dapat handphone, dia letak kat telinga dia sambil buat2 suara cam ala-ala bercakap la kunun... bunyinya bih kurang gini la '...hehh..hehhh..hehh'
  • Dah kenal kalau kami pakai baju macam nak jalan atau tudung ke, dah pandai merengek mintak didukung dulu, takut tinggalkan dia.
  • Sekarang tengah batuk & selsama pas balik dari bercuti. First time batuk berkahak-kahak ni. Tak tahu nak buat cemana, baru pas gi klinik and doktor beri ubat sirap selsema, and sirap batuk. Dan dia buat takmo telan ubat-ubat tu, kalau telan pun mesti selang beberapa minit dia muntahkan semua.
Aku?:
  • Masih lagi gigih mengepam, walaupun output mula mengalami kemerosota sedikit. Aku mulai tidak dapat mengumpulkan sebanyak 30 oz dalam satu hari lagi. Selepas setahun, rata-rata hasil perahan mulai menurun disekitar 25 oz sahaja walaupun 8x mengepam.
  • Aku tidak period lagi dari selepas bersalin hingga ke hari ini..berdebarnya menanti kedatangan bendera merah.
  • Masuk hari ini, genap 8 bulan aku masih lagi gagal untuk conceive setelah kami mengistiharkan bermulanya 'projek ke-2' selepas azri berusia 6 bulan dulu (haha, tak savar betul!). Part ni, banyak faktor-faktor yang ku rasa memainkan peranan menyumbang ke arah kegagalan ku untuk conceive lagi. Pertama, mungkin keadaan diri yang belum datang period mungkin, jadi tiada telur yang dihasilkan! Wallahualam. Yang kedua, mungkin juga kerana ketiadaan 'quality-time' yang betul-betul berkualiti oleh kerana kami yang sentiasa PJJ, kira macam 'weekend-only-husband & wife'...huhu! Dan yang terakhir, mungkin belum lagi rezeki kami untuk menerima kehadiran orang baru dan semua ini adalah ketentuan ilahi. Kami hanya mampu merancang namun Allah juga yang lebih mengetahui dan menentukannya.


Lagi-lagi 2 gambar standard ini, haha! Sila jangan buring yer kalians! Honestly, inilah sahaja stock2 ebm yang ada sekarang. Memang tak mampu dah nak buat stok baru lagi. Dari puluh-puluh tinggal belas-belas sahaja. Risau? hmm, jauh disudut hati memang ya tapi dari positive side, aku lebih berbangga kerana mampu bertahan sehingga ke 14 bulan. Dan itu yang tinggal untuk memberi aku semangat untuk meneruskannya. Mampukah aku bertahan sehingga ke setahun 6 bulan lagi? Insyallah...


Beginilah keadaannya jika aku mengepam didalam kereta. Tak seksi pun, hehe! Itulah bestnya bila ber-FS, tiada masalah untuk mengepam dimana-mana jua. Jadi pam juga memainkan faktor mental juga. Bila pam memudahkan tugas kita, kita tidak akan rasa terbeban untuk mengepam sekaligus kita akan jadi lebih rajin untuk mengepam. Jika pam itu agak-agak menyukarkan kita sekaligus kita akan rasa berat/terbeban bila tiba waktu untuk mengepam. Apetah lagi bila kita dalam berada didalam suasana yang tidak selesa atau dalam keadaan yang rushing dan sebagai, seterusnya menbantutkan semangat untuk mengepam. Tetapi itu tidak bermakna anda perlu mendapat pam seperti itu juga. Itu adalah sekadar pendapat ku sahaja. Tak kisahlah apa jenis pam sekali pun, yang penting kita harus selesa dengannya dan lain orang lain preference-nya.

Secara jujur, untuk mengepam sejauh ini, ianya memerlukan satu kekuatan mental yang amat-amat tinggi. Hanya yang betul-betul cekal sahaja yang mampu untuk melakukannya. Setinggi-tinggi tahniah kepada yang sedang atau hampir dipenghujung perjalanan kerana hanya yang betul-betul melaluinya sahaja akan mengerti bertapa ianya menuntut kepada pengorbanan yang amat tinggi terutama dari segi emosi. Kepada yang baru-baru untuk memilih jalan ini, fikirkan la sedalam-dalamnya dan selagi masih berkesempatan, usahakan agar dapat untuk menyusu anak secara terus. Jika tidak mampu, tanamkanlah tekad dan kecekalan supaya kita tidak berada diseparuh atau disuku jalan, buktikan lah yang kita juga kuat dan mampu. Haihhh, acik meroyan berfalsampah la plak! Terpulanglah, pilihan ditangan anda...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)