Sebagai salah satu langkah untuk memulakan usaha ke arah penyusuan susuibu ini, WHO&UNICEF telah membuat satu written statement terutamanya kepada facility providing maternity services (eg, hospital, klinik, etc). Step-step ini pun aku tahu selepas 20&40-hour course. Basically ianya ditekan pada hospital, kerana disitu tempat pertama, bermulanya initiating of breastfeeding activities. So, most of the publics maybe ada yang pernah dan tak pernah baca step2 ini.
Aku percaya, kejayaan seseorang ibu untuk menyusukan anaknya, bermula daripada hospital, mungkin bukan keseluruhan, tetapi cukup penting sebagai pencetus. Bila aku baca semula step-step ini, ada diantaranya tidak dipraktikan semasa aku bersalin dulu, which aku rasa, ruginya aku tak baca and request untuk dilakukan seperti itu semasa kelahiran dulu. Nak buat macam mana, hospital tempat aku bersalin pun bukan BFHI (Baby Friendly Hospital Iniative) hospitals. Tapi, sekirannya aku mengetahui langkah-langkah yang sepatutnya ni dari awal, mungkin boleh direquest!
Meh aku analisis skit step ini dengan praktis ketika proses bersalin aku dulu...hihi!
Ten Steps to Successful Breastfeeding:
1. Have a written breastfeeding policy that is routinely communicated to all health care staff.2. Train all health care staff in skills necessary to implement this policy.3. Inform all pregnant women about the benefits and management of breastfeeding.Semasa pregnancy, aku menjalani routine check-up di klinik kesihatan kerajaan dan juga di HUKM. Both places memang tidak mencerita atau menekankan langsung tentang kebaikan breastfeeding ni. In fact, jika tiada penerangan dibuat, at least mereka boleh mencadangkan aku pergi mana-mana kelas antenatal ke whatsoever. But at that point, NONE! Aku tahu tentang kebaikan penyusuan susuibu ini pun bila terjumpa website 'susuibu.com' which is masa 7-8 bulan , trimester ketiga dah!.
4. Help mothers initiate breastfeeding within a half-hour of birth.Semasa bersalin, aku duduk dalam labour room selama 10 jam! During the proses, memang terbaring je (plus the contraction lagi, dengan sakit pinggang, sebab kena mengiring satu hala sahaja sebab perut kena dah kena 'ikat' (CTG). Lepas kuar je baby, diorang amik balut sat, tunjuk dekat aku baby girl or boy, pastu bawa pergi cuci. There is no 'skin-to skin' proses. Aku hanya dapat baby semula, setelah sekembalinya diwad. Whereas kalau praktis di BFHI, after birth je, baby to akan diletakkan diatas dada mak tu (skin to skin lah) sambil tu nurse lap2 la skit baby tu dan initiate breastfeeding tu. Waktu ni penting tau, sebab pada ketika inilah keadaan bayi itu sangat alert.
5. Show mothers how to breastfeeding and how to maintain lactation even if they should be separated from their infants.Semasa diwad, tiada nurse yang tunjuk pun whether cara aku menyusukan tu betul ker tak ker. Bila nurse datang cuma tanya, 'mak dah kencing ke?' anak dah menyusu ker? Dan aku pun tak alert sangat untuk kerapkan penyusuan masa tu, sebabnya baby pun tido jer. Masa tu tak pikir waktu2 tu lah sebenarnya yang penting untuk sentiasa menyusukan bayi. Yang aku rasa masa tu, letih, sakit..huhu!
6. Give newborn infants no food or drink other than breastmilk unless medically indicated.7. Practice rooming in- allow mothers and infants to remain together-24 hours a day.Yang ini, bila balik2 wad, baby memang depa letak skali dengan mak. Cuma yang sedihnya, tiada sapa yang suruh aku menyusukan baby secara kerap. So aku pun, tunggu baby nangis je lah jawabnya....which masa tu kalau azri tido, memang 3-4 jam baru nangis..
8. Encourage breastfeeding on demand
Masa dalam pantang pun aku tidak ada lagi kesedaran dan ilmu yang cukup betapa pentingnya breastfeeding on demand ni. Yang menjadi cabarannya lagi, bila dapat baby yang banyak tido dari menangis, maybe sebab jaundice lagi.
9. Give no artificial teats or pacifiers (dummies or soothers) to breastfeeding infants.10. Foster the establishment of breastfeeding support groups and refer mothers to them on discharge from the hospital or clinic.
Masa discharge memang tiada apa galakan pasal penyusuan, tiada pamphlet ke apa yang diberikan. Tu pun nasib aku ada inisiatif & kesedaran sendiri. Tapi masa tu kesedaran tu masih belum menebal sangat pun. Siapa suruh duk hospital yang bukan rakan bayi ni..huhu! Nasib aku sangat aktif dalam support group susuibu.com ni. Sejak itu, kesedaran & keghairahan pasal susuibu ini makin menebal, hihi!
Insyallah, kita belajar dari kesilapan dan kekurangan kan. Walaupun permulaan proses penyusuan aku tak se-smooth yang lain, (in fact hampir aku nak give up) namun mujur anak aku masih dapat menikmati khasiat susuibunya juga, Alhamdulilah! So untuk the next pregnancy ni, aku memang sangat alert dengan hal-hal camni. Dulu bila aku fikir hospital pilihan untuk bersalin, yang aku pikir hanyalah keselesaan, service dan hal lain-lain bukannya nak fikir hospital mana yang menitikberatkan tentang hal-ehwal penyusuan ni.