Techni Ice

Dulu aku tak sempat nak buat entri pasal techni ice (masa beli techni ice dulu takda belog lagi, hihi). Maklumlah, acikk kan jaki segala benda nak letak masuk dalam blog. Hari ini aku beli lagi techni ice yang baru (harga rm30 kat SI bangi) setelah techni ice yang lama tu kebanyakannya dah koyak2, dah setahun. Dari 24 ketul tu tinggal lah tak sampai 10 ketul yang masih elok lagi. Untuk pengetahuan kalian, aku hanya suka 2 jenis ice pack sahaja iaitu Coleman Brite Ice dan juga Techni ice sheet ni. Sebab yang ni je yang aku rasa tahan lama sejuknya dalam cooler bag. Lagi satu techni ice ni boleh dipotong2 ikut brapa besar yang acik suko!

Mungkin ramai yang tak tahu techni ice ni camana. Kenapa dia ada 24 ketul pulak ek. Techni ice ni kalau kita beli mula2, memang ianya berbentuk seperti sehelai kertas sahaja macam gambar dibawah ni.
Lepas tu kita kena sediakan air dalan besen yang besar dan kemudian kita masuk kan techni ice sheet tu kedalam besen tadi cam gambar dibawah ni (skema nya aku).
Pastu kita renyuh (gonyoh) cam ni kat dalam air tu
Sampai kita mula terasa yang air tu dah menyerap masuk ke dalam sheet dan semakin mengelembung
Selepas kita dah gonyoh-gonyoh sheet tu sampai gelembung tu jadi tegang (means air dah terserap sepenuhnya kat dalam tu), lepas tu barulah kita masuk dalam fridge bekukan. Ingat tak aku kata dia ada 24 ketul? hah, selepas dah mengelembung tu barulah dia nampak berketul-ketulkan yang jumlah kesemuanya ada 24 ketul. Selepas ia keras, kita boleh potong ikut berapa ketul yang kita nak masukkan dalam cooler bag (bergantung pada size cooler bag kalian lah). Cooler bag aku besar, so aku selalu bahagi dua je sheet tu means 12 ketul each, dan 12 ketul tu aku bahagi 2 lagi, 6 ketul each (kalau time bawa cooler bag kecik plak).


Untuk pengetahuan kalian lagi, aku selalu kombine kan icepack coleman brite ice dengan techni ice sekali dalam cooler bag (acik suka extra sejuk, hihi). Keburukannya, cooler bag aku jadi lagi berat ler. Sebab brite tu berat (bergantung pada size la). Aku ada 2 ketul brite ice yang besar tapak tangan tu dan satu yang kecil (hampir separuh dari size yang tu).

Selain tu aku ada ice pack medela yang lekuk2 tu, dapat sekali masa beli FS. Ice pack ni ok juga, aku hanya guna kalau gi jalan dekat2 yang tak lebih dari 3-4 jam sebab ianya cepat cair dah! Kalau balik batu pahat (3 jam perjalanan) aku letak 2 ketul brite ice besar, 1 kecik dengan techni ice selepuk tu masuk cooler beg besar Alfio Raldo, lepas tu cover dengan napkin, atasnya aku buat letak botol2 kosong untuk mengepam dan corong-corong pam skali dalam. So memang super dooper extra beratlah cooler beg aku tu. (i tak kisah, janji EBM2 i sejuk dalam tu,ngeeee!). Sekian lah entry acik pada petang ni.

Portable, Cordless Bottle Warmer

Dah lama aku mencari portable warmer means yang cordless. Bukan travel warmer yang cucuk kat cigarette plug dalam kete tu, Kalau untuk travel, warmer snow bear aku ni pun leh guna kalau dalam kereta. Ni yang boleh aku letak dalam beg dan guna dimana2 tanpa perlu cucuk kat plug. Yang jenis totally portable contoh macam kalau ada yang boleh guna battery ker. Tapi aku rasa memang tak akan jumpa kot warmer yang battery operated ni, sebabnya elemen-elemen yang memanaskan ni selalu memerlukan kuasa yang banyak, kalau guna standard battery AA tu, memang habislah jawabnya. Jika berEP, warmer adalah item kedua yang aku rasa amat berbaloi selepas breastpump. Boleh je kalau nak rendam air panas, tapi ianya sungguh tak praktikal bagi yang EP, jawabnya asyik kena jerang air je la.


Aku pernah jumpa satu warmer ni masa gugel2 kat internet, namanya second nature portable (gambar diatas). Warmer ni cordless, dia guna thermacell catridge (nampak tak yang mcm mentol lampu sebelah kanan tu). Catrigde ni lak boleh guna 20-30 kali warming. Kalau beli satu set mula-mula ada lah sekali dengan catridgenya. Lepas tu leh beli catridgenya sahaja. Dimensinya 5 x 4 x 2 inches, dan beratnya 1 pound. Okla kot, dari kena bawa termos, mug bagai kalau keluar. Aku tengok ni dah lama, masa awal2 tahun dulu, masa tu product ni ada lagi kat Amazon, kat Target tapi now 'currently unavailable'. Cuma tinggal product descriptionnya sahaja. Kalau ada pun kat satu kedai online ni je, tapi tak accept international orders plak.

Kenapa yer tiba-tiba takda stok. Lepas tu ada satu bad review pasal produk ni dekat amazon dari 4 review, yang lain-lain kata bagus, yang mamat ni kata k.o, maybe product dia defect kot! Nasib gak tak beli awal-awal dulu. Sampai laa ni aku tak jumpa lagi warmer yang cordless. Aku masih lagi kena angkut termos&mug untuk rendam EBM kalau kat luar. Tu pun kdg2 aku tak guna, just buat spare. Sebab selalunya aku mengepam sebelum keluar, dan gune je ebm tu terus kalau azri nak susu, since leh tahan sehingga 4 jam kan dan aku akan pam lagi untuk seterusnya. Ebm dalam cooler bag tu cuma buat spare je, guna kalau-kalau yang azri minum tu tak cukup. So adakah so-called portable cordless warmer yang lain ni?

Milk Supplements

Sesi mari membaca. Sambil2 saya surf info mengenai fresh milk (whole cow's milk, dairy milks etc) sebagai complimentary to breastmilk setelah bayi berusia setahun. Saya bukannya membincangkan mengenai infant formulas yer kalians. Saya just menterjemahkan apa yang saya baca ni mengikut pemahaman takat sekolah pondok acik ni yer! Mengikut apa yang tertulis didalam artikel2 mengenai dairy milk atau fresh milk (Cow, goat dan lain-lain lagi) adalah tidak disaran sehingga bayi berumur 6 bulan, hanya breast milk atau formula sahaja yang dicadangkan. Pengenalan kepada dairy product (seperti yogurt, cheese) ini haruslah setelah bayi berusia 6 bulan. Itu pun jika bayi tiada masalah alergi pada susu lembu.

Pengenalan fresh milk setelah bayi berusia lebih setahun adalah tidak menjadi masalah asalkan anak itu tidak mengalami masalah alergi dan sebagainya. Tetapi walaubagaimana pun, susu ibu juga adalah yang terbaik, kerana susu ibu mempunyai kandungan lemak yang tinggi berbanding dengan susu lain.

"..Many nursing moms are told that they must introduce cow's milk at a year. Your nursing toddler is already getting the best milk he can get - mother's milk! Breastmilk has a higher fat content than whole cow's milk (needed for baby's brain growth), and all the nutrients of human milk are significantly more bioavailable than those of cow's milk.."

Jadi adalah lebih baik jika kita berusaha untuk memastikan production susu kita sentiasa stabil dengan cara frequent nursing & pumping.. :)

"..If your child is nursing, then remember that mom's milk is "whole" milk - the more breastmilk your child gets, the less need to worry about your child getting additional fat from whole milk or other sources.."

Menurut sebuah fakta lagi yang saya baca, pemberian fresh cow's milk yang berlebihan di dalam diet anak anda akan menyebabkan risiko kurangnya zat besi didalam badan kerana susu akan menghalang penyerapan zat besi ke dalam badan. Saya teringat ketika waktu pregnant dulu, saya selalu dinasihatkan agar tidak mengambil asid folic, ferrous fumarate bersama-sama dengan susu pada ketika itu (kerana saya memang antu susu).

"..It's best to limit the amount of cow's milk that your child receives to 2-3 cups (16-24 ounces) per day, since too much cow's milk in a child's diet can put him at risk for iron-deficiency anemia (because milk can interfere with the absorption of iron) and may decrease the child's desire for other foods.."

[Sumber: Cow's Milk?, Kellymom]


"..recent studies have demonstrated that iron status is significantly impaired when whole cow's milk is introduced into the diet of 6-month-old infants.......Optimal nutrition of the infant involves selecting the appropriate milk source and eventually introducing infant solid foods

[Sumber: American Academy of Pediatrics Comittee on Nutrition: The use of whole cow's milk in infacy]


"..Breastmilk contains much less iron than formulas, especially the iron enriched formulas. Actually, this seems to give the baby extra protection against infection, as many bacteria require iron in order to multiply. The iron in breastmilk is very well utilized by the baby (about 50% is absorbed), while being unavailable to bacteria, and the breastfed full term baby does not need any additional iron before about 6 months of age. However, introduction of iron containing foods should not be delayed much beyond 6 months of age.."

[Sumber:Breastfeeding and other foods, written by Dr Jack Newmann]


Dalam ayat yang lebih simple, walaupun kandungan iron (zat besi) dalam breastmilk lebih rendah, berbanding FM, lebih2 lagi FM yang diperkaya dengan zat besi. Namun breastmilk adalah lebih bagus kerana hampir keseluruhan iron dalam breastmilk itu di-absorb kedalam badan dengan sempurna dan ini akan memberi perlindungan kepada bayi daripada jangkitan bakteria kerana bakteria memerlukan iron untuk membiak.

Menurut kellymom lagi, cow's milk adalah just another sumber kalsium, protein, lemak, vitamin D dan lain2 lagi yang mana kita boleh dapati sumber2 nutrient itu didalam sumber-sumber makanan yang lain.

Sebagai contoh, perbandingan kandungan kalsium yang terdapat dalam breastmilk(human milk), infant formula dan whole cow's milk:

Susu manusia, setiap purata 200-340 mg/liter atau 5-10oz kalsium, sebanyak 67% daripada kalsium itu diserapkan kedalam badan bayi.[Riordan & Auerbach 1999]

Manakala, whole milk mengandungi 291 mg/8 oz, or 36.4 mg/oz kalsium. Hanya 25-30% yang diserapkan kedalam badan.[Calcium Counseling Resources: Absorption/Utilization issues, from the National Dairy Cauncil](Sumber kellymom)

Sedikit fakta mengenai susu kambing:

Using goat's milk before 6 months or regular use between 6 and 12 months is not recommended. Goat's milk is no more appropriate to give baby than cow's milk. If you need to supplement and breastmilk is not available, formulas are a more nutritionally complete product. Goat milk is much closer in composition to cow milk than human milk. Goat's milk is high in sodium (like cow's milk) and is very high in chloride and potassium, which makes the renal solute load too high for babies. This can cause gastrointestinal bleeding and can result in anemia and poor growth (these problems are usually undetected until months later). Goat milk is also deficient in folic acid, which can lead to megaloblastic anemia. Also, infants who are allergic to cow's milk protein are often allergic to goat's milk too.

[Sumber: Goat's Milk, kellymom]


Sebagai kesimpulannya, dairy product bukanlah the ultimate sumber-sumber nutrient yang diperlukan oleh seseorang bayi dan kanak-kanak. There is no harm for not giving dairy milk kepada anak-anak kita, provided kita menyediakan pelbagai makanan seimbang yang mengandungi semua nutrient yang terdapat dalam dairy milk/product.

"..There are many people in many parts of the world who do not drink milk and still manage to get all the calcium, protein, fats, vitamin D, etc. that they need.."

Menurut fakta yang saya baca dikellymom, kita boleh mendapat sumber-sumber nutrient dari makanan-makanan lain (non-dairy sourse) seperti:

Sumber protein: Daging, ikan, peas & beans (chick peas, lentils, baked beans, etc.), tofu dan produk yang berasaskan soya yang lain, telur, peanut and other nut butters (jika tiada alergi).

Sumber lemak (fat): Termasuklah soya and safflower oils, flax seed and flax seed oil, walnuts, fish and fish oils, avocado. Adding fats to cooking and baking can work well, for example, stir fry in safflower oil or make mini-muffins with soy or rice milk, oil or butter, and eggs.

Sumber Kalsium: (copy paste dari kellymom)
  • breastmilk (studies have shown that breastfed babies get plenty of calcium, even if mom doesn't eat dairy products)
  • dark greens: broccoli, spinach, collards, kale, turnips, bok choy, parsley, mustard, dandelion
  • tofu and other soy products
  • beans: chickpeas/garbanzo beans, navy beans, pinto beans,
  • nuts & seeds: sesame seeds, sunflower seeds, almonds, filberts/hazelnuts, cashews, nut butters, tahini, walnuts
  • sea vegetables: nori, kombu, wakame, agar-agar
  • grains: tapioca, quinoa, tortillas
  • seafood/fish: shrimp, salmon with bones, mackerel with bones, sardines with bones
  • herbs: borage, lamb's quarter, wild lettuce, nettles, burdock, yellow dock
  • calcium-fortified orange juice
  • Total cereal (calcium fortified)
  • Gerber Graduate juices (calcium fortified)
  • Sunny Delight Calcium orange drink (calcium fortified)
  • Rice milk (calcium fortified)
----------------------------------------------------------------------------------

Above all the information yang saya baca, saya berpendapat adalah lebih baik jika saya meningkatkan dan berusaha untuk menjaga pengeluaran susu saya sahaja dengan kekerapan mengepam yang konsisten (if EP) selagi susu saya masih ada. Disamping saya harus mengamalkan cara hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan saya dengan lebih teliti dan teratur serta membuat jadual harian untuk menguruskan urusan sehari-sehari dengan lebih teratur supaya saya tidak mudah stress.

Jika kesemuanya saya buat dan urusi dengan konsisten (mudah-mudah2 tiada penyakit malas) insyallah, saya mampu untuk membekalkan susu yang mencukupi untuk keperluan anak saya sehingga ke titisan yang terakhir, mudah-mudahan! (ayat nak bagi semangat untuk diri sendiri).

'fresh milk' azri-its so yummy!

1-year old azri, dah 11kg. Anak suke, ibu setuju!

Blueberry Muffin

Kerana 2-3 hari ini saya sangat gembira, jadi hari ini saya telah cuba membuat blueberry muffin yang dari hari ke hari tak buat-buat. Ape kekdahnya saya ber'saya' plak ni? Tetiba rasa nak menulis saya bagi menggantikan perkataan 'aku'..haha, buleh kah! Layan je laaa. Rancangan2 untuk mencuba resepi itu ini sentiasa terkubur kerana bila saya mengenangkan yang saya perlu kembali mengepam dalam setiap 2-3 jam. Kerana saya jenis yang mengambil masa yang agak lama jika bekerja didapur!keh keh! Alasan!

Oleh sebab dari pagi tadi saya sudah memasang niat untuk membuat blueberry muffin, makan saya terus kedapur selepas sesi mengepam saya pada tengahari dengan harapan yang saya tidak akan mengambil masa lebih dari 2 jam, jika tidak, harus mak yang akan menghabiskan kerja-kerja saya itu! Walaupun saya menggunakan FS tapi saya tidak begitu gemar mengepam sambil membuat kerja rumah kerana saya dapati output yang saya dapat akan lebih kurang berbanding jika saya mengepam sambil duduk dan mengadap laptop sambil melayan internet, hihi!



Setelah semua bahan-bahan telah dibancuh dan kemudian terus dibakar kedalam oven ini selama 18-20 minit. (Jika mengikut arahan waktu pembakaran ini, by 20 minit muffin saya masih lagi berwarna putih, muffin saya mengambil masa selama 35 minit untuk masak sepenuhnya dengan warna kuning keemasan, adakah kerana oven saya yang kurang power, kah kah!). Mesti kalian hairan kenapa saya tidak menunjukkan step by stepnya untuk membuat blueberry muffin ini.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Tadaaaa..sebab saya mengunakan tepung yang sedia dibancuh. Hanya tambah telur 3 biji, dan majerin 2 sudu dan air 100g. Kemudian gaulkan bersama-sama. Walaaa, dah siap! Dan saya masih lagi dalam gap 2-3 hour sebelum sesi mengepam saya yang seterusnya. Tepung kek nona ni harganya lebih kurang rm7 lebih kalau tak salah. Rasanya agak mahal juga. Sekotak tepung ni boleh dapat 9 ketul muffin ni. Kos untuk membuatnya jika dicampur telur, majerin skit, elektrik dan tenaga sendiri lebih kurang rm10 juga. Adakah lebih baik saya beli yang dah siap sahaja?hmmm....

Fasa Baru

Ish ish, awal berblog niat dihati nak buat entri satu hari satu, tapi makin lama makin selow...kikiki! Jom layan cerita boring aku pada hujung minggu tanpa hubby terchenta, uhuk! Eh ceh ceh, cam tak biasa lak! Sabtu semalam aku dengan mak pergi carefour yang baru bukak kat BTHO tu. Aku dah pegi dulu masa dengan hubby, saje nak teman mak. Tak beli apa pun, sebab baik aku belanja kat tesco sebab aku dapat kupon rebat rm10 untuk pembelian rm50 ke atas, aku dapat 3 kupon skali gus, acik sukoo!

Aku jarang pi hypermart time2 weekend ni sebab ramai orang. Tapi best juga, sebab time2 ni lah selalu promoter2 brand ni buat demo tu ini, so dapat ler rasa itu ini juga. Jalan2 kat tempat dairy products, aku dapat sample fresh milk with oat ni. Wahh, acik suko lagi! Sebab aku memang peminat susu, especially fresh milk. Every day mesti minum susu campur oat. Dulu susu je, tapi now sebab tengah lactating kena lah aku campur oat, sebab oat memang proven to increase breastmilk. Yang tak best aku bukan peminat oats! Tapi demi anak ku turutkan!

Berbalik kepada cerita fresh milk dengan oat ni. Rasanya memang sedap. Selalu fresh milk kan takda glucose kan, tapi ni dia added sucrose nak kasi manis skit, tapi tak manis sangat! Kalau tak silap aku, sucrose is combination of glucose dan fructose. So memang sedap. Ditambah dengan ada oats kot kot la boleh up kan susu aku..hihi! Tapi acik berani beli sekotak je dulu. Apesal? sebab harga dia rm5 lebih. Wah, botak encik husby kalau hari2 minum ini..kikiki! Sekali sekala buleh la yer! So, setelah mencoba sekotak susu ni ada pertambahan kah pada susu aku? hmm, biasa je, serupa macam kalau aku minum original oat campur dalam susu la. Bezanya aku terus minum je yang ni, hihi!




Habis cite pasal susu, nak cite pasal misi EP untuk fasa seterusnya. Selalu aku memang set misi setiap 6 bulan supaya dalam masa 6 bulan tu aku akan cuba giatkan usaha semaksimum yang mungkin untuk memastikan aku dapat sustain sehingga 6 bulan dan begitulah seterusnya. 6 bulan adalah jangka waktu yang boleh dicapai dek akal berbanding jika aku set untuk setahun terus, rasa macam berat dan lama je waktu itu! Dah habis fasa setahun, sekarang bermula fasa kedua, iaitu untuk 6 bulan seterusnya. Untuk itu, aku dapatkan buku hitam yang baru untuk mencatat sesi pumping aku selama 6 bulan berikutnya ini. Oleh kerana buku lama dah habis helaianya. Lihat tahunnya 1999. Aku korek-korek dalam lemari arwah abah, rupanya dia banyak dapat buku harian rasmi ni, tapi dia peruk je tak guna, ada banyak tahun lak tu! Okla, janji dia warna hitam macam buku lama ku..huhu, mentalnya! Ok semua dah set kan, on your mark, get set, go.....!

Now, cite pasal my triple A, Azri dah dapat skit kaki lagi. Bukan berjalan, tapi dah dapat kaki memanjat pulak. Aksi memanjat pertama yang dicubanya dengan bersungguh-sunggu caught on tape, hua hua! So sekarang kalau dia meniti kat meja tu atau sofa ke, dia akan angkat kaki dia untuk panjat naik ke atas tu, bahaya betul la dia skang! Layanss....


Mode Happy

(Sesi pump 8.30 mlm smlm)

Tweet..tweet, nak tepek gak! Aku sangat gumbira hampir kesemua sesi perahan aku berbeza berbanding hari-hari biasa. Adakah disebabkan aku sangat happy? Yang atas tu sesi pump 8.30 malam, macam tak caya je terus dapat 6 oz pada waktu ini. Sebab selalunya bila dah petang ke malam, selalu dapat 3 oz kalau maksimum pun 4 oz. Acik sukoo!

Ni 'kronologi' sesi pumping aku untuk seharian semalam:

6 a.m : 7 oz
9.30 a.m : 4 oz
12 p.m : 3.5 oz
2.30 p.m : 3.5 oz
5 p.m : 3 oz
8.30 p.m : 6 oz <-----Dah lama tak dapat camni, adalah dulu sekali time2 ni sbb makan tauhu bakar
12.30 a.m: 4 0z
4.00 a.m : 4 oz
-------------------
Total = 34 oz
-------------------

Alhamdulillah! Selalu 28-30 oz je sehari-hari! Kesimpulannya aku rasa sebab aku 'extra' happy kot dari biasa. Dengan kata-kata semangat dari kawan2 yang drop by, terima kasih banyak2! i heart uols! Lepas tu aku jalan-jalan ke blog2, terdetik nak singgah ke blog kak yus yang dah lama aku tak singgah, tup tup terbaca entri sedih beliau. Aku sayu betul tengok gambar kerdil itu. Terus aku terbayang kehidupan yang bakal si kecil itu lalui jika dia hidup membesar, terbayang wajah yang sempurna yang akan diwarisi dari kedua ibu bapanya..uwarggg sedihnya tengok. Inilah first time aku tengok fetus yang real. Memang sayu je hati aku.

Teringat masa aku keguguran kali pertama dulu pada usia kandungan 14 minggu yang disebabkan molar. Aku tak sedar pun dah gugur sehinggalah aku terdetik kunun2 nak scan tapi doc terkejut sebab takda heartbeat! Doktor buat suction & curretage untuk keluarkannya. Aku totally tak sedar sebab memang kena under full G.A. Apa-apa pun., buat kak yus sekeluarga semoga tabah menghadapi ujian dari Allah S.W.T ini. Sesungguh Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya.

One year journey

Akhirnya, its already 1 year today! Azri dah 1 year and my EP journey pun dah 1 year! Alhamdulillah, aku menempuh perjalanan EP selama setahun ni tanpa berdepan dengan isu-isu milk supply yang besar! Itulah yang aku takuti masa mula-mula memilih untuk EP. Adakah susu aku akan cukup sehingga setahun nanti? Macam mana kalau tak cukup nanti, perlu kah aku top up dengan FM? Nak ker azri minum FM nanti kalau susu aku tak cukup? Bla Bla, semua tu bermain-main difikiran aku dulu sehingga membuatkan aku begitu takut untuk drop atau skip pump walaupun sekali. Alhamdulillah Allah memakbulkan doa dan perjalanan aku.

Aku follow segala EP tips yang aku korek2 kat internet dengan konsisten tentang bagaimana untuk maintain milk supply. Walaupun teorinya macam mudah untuk dipraktikkan namun realiti lebih menuntut kepada pengorbanan dan displin diri yang amat tinggi. Alhamdulillah its paid off! Kalau dulu aku half-half yakin yang am i gonna produce enuff? tapi now aku semakin yakin untuk menempuh another 1 year. By this time rasanya aku dah boleh sedikit relax la kot, not dropping pumps (choiiiii, aku kena gak pam 7-8x a day yer guys!) tapi relax dari segi emosi lah. Tak perlu nak stress2 sangat sebab susu aku not the only source of nutrient yang dia boleh dapat, dia dah makan kan, so he can get a lots of iron, kalsium, protein bla bla.. from his foods!

Eii, seronoknya today mengalahkan orang dapat jackpot lak. Seronok sebab memikirkan tak sangka that i'm still producing enuff for azri without supplementing walaupun i'm not been able to breastfeed him (sounds cocky kah, owh tahk, only for my personal compliment untuk self victory..hihi).


(Today 6am session)(Today 8.30 am session)

Today bangun pam for 6a.m session, dapat lah 7 oz, pastu 8.30am session tadi dapat another 5 oz lagi. Not much anymore compared to masa muda-muda awal2 dulu mau penuh kedua-dua botol itu. Missed that moment, uhuk! Tapi not bad la knowing that i'm still producing enuff at 1 year EP dan aku lebih positif for another year! Yess! (Tu pun kalau tak 'sangkut' lah, hihi)


Update stok frozen as at 1 year ni dah tak byk cam dibawah ni. Adalah 25 botol. Selalu kena cilok tapi tak ditambahkan sebab azri kuat susu juga! Ni lah cabaran EP dan anak with 30 oz demand everday! Sometimes aku wish agar azri minum skit2 je macam anak orang lain, alangkah heaven nya aku mengepam huhu! Tapi at the end of the day, kemut2 EBM pun, everything untuk azri gak, kuang-kuang!. Agak-agak leh cover for another 1 year lagi kah! Boleh-boleh....

In memory, stok bulan 4 dulu..ngeee!

My beloved 1-year old azri at 11 kg (pic cilok dari blog karipap sayur). Nanti kita celebrate yer nak..hihi!

*I wish for EP'ing and BF'ng moms out there have a success in their journey too....

Korean BBQ Chicken

Ini lah aktiviti-aktiviti kekeluargaan kami sementara encik husby masih ada disini (sebab petang nanti dah nak balik bp semula). Begini lah, jika bekerja sendiri, aktiviti-aktiviti kekeluargaan tak kira masa, yang kebanyakkan pada waktu-waktu weekdays. Kadang-kadang seronok keluar bershopping atau makan-makan time orang bekerja, tapi kadang-kadang boring, sebab bila takda orang sangat, sales girlp/waiter2 sume asyik bertumpu kat kita je, macam nak makan orang pun ada...ngeee!

Harini kami decide nak makan besar, haha! Namanya 'besar' tapi bukan makanannya yang banyak...makanannya sedikit tapi duitnya yang besar. Ye lah, bukan selalu dapat makan besar sebab selalu seleranya yang besar tapi almaklumlah, poketnya plak tak besar, camni lah bila berkerja sendiri, segala benda kena berkira2. Kalau satu meal pun dah lebih rm10++ pun dah kira mahal woo. Bukan berkira tapi lebih kepada beringat. Keutamaan hanya pada modal/bisnes..apo kekdah aku cerita bisnes plak ni! Ehem2, acik takdo bisnes kui kui, maksud ku lebih pada bisnes encik husby lah!

Sebab encik husby masih tengah demam korea lagi, sebab baru lepas pulang dari korea. Sebagai mengubat rindunya pada korea, kami plan ler nak makan kat BBQ Chicken Restaurant dengan tagline (macam kat atas tu) kununnya 'Korea No.1 Chicken Restaurant'..ye kah! Bedal je la labu, janji korea kah kah!.

Encik Husby pun dengan bersemangat nak makan kat situ siap pakai t-shirt korean dia tu, ceh! Aku memang cukup menyampah kalau dia pakai t-shirt tu, sebab t-shirt tu kecik! Dan yang sadisnya t-shirt lah yang paling besar sizenya, size L tau! Dan t-shirt tu la yang paling banyak diborong eiiiii! ape kah!

Ni menu pilihan aku (tu pun da rasa sebab member aku blanja dulu, nak kasi encik husby plak rasa). Menunya 'Jerk BBQ'-High quality chicken whole leg cooked over charcoal fire with no additional oil used then spread with authentic Korean style barbeque sauce made of more than 20 flavorful natural seasonings and red pepper grain giving it a little tinge of spiciness. Ni aku copy paste kat website dia je. Tapi series sedap! Ikut aku la. Tak tahu camana nak esplen! Rege RM15.90, oklah, macam ala-ala rege Kenny Rogers punya meal je.

Pastu lak aku order yang ni, tapi gambo ku cilok website dia, tak sempat nak snap. Namanya 'Teri-Q Wings' marinated dengan sos teriyaki soybean. Nampak cam biasa je, macam chicken wing ayamas je! Tapi perghh!... (Jakun sungguh aku,haha! Sorilaa..) Ada banyak lagi menu2 dia, tapi yang sempat try ni la, tu pun dah almost RM70 dah!

Lagi tu, disamping nak celebrate in advance la konon harijadi azri yang pertama, yeay! Nanti bila 23hb, encik husby takda kat sini. Tapi macam mak bapaknya plak yang lelebih makan. Takda kek-kek pun! Ala, kalau beli kek bukan azri nak makan pun, lelebih mak dia yang makan.

Hah,ni ada sedikit selingan pengumuman ler kira. Gambar diatas tu adalah sample milk booster, longan red dates dengan sample Joy Angel Nursing tea yang ada dalam goodie bag yang dapat masa BF talk kat kuantan tuhari. Mati-mati aku ingat halba campur kat kedai mamak tu, kah kah! Nasib maryaa bagitahu, dia pun lupa nak announce pasal tu tempohari. Aku memang dah tahu halba (fenugreek) tu untuk milk booster, tapi tetiba apesal aku nampak macam ada jintan manis, ketumbar bagai sume tu, rupa-rupanya tu la dia fennel seed, anise seed dan blessed thistle, cuma dalam bahasa melayunya rupa-rupanya jintan, ketumbar lah bagai! Tapi tak tahu la nama tu yang mana satunya..siapa tahu? leh tolong esplen yer! So pada yang dapat sample milk booster dalam goodie bag tu, jangan ler ingat macam halba campur yang tuk buat masak kari cam yang kita selalu beli kat kedai mamak tu yer! (Series sampai mak aku pun ingat halba campur kedai mamak mana tah tadi, kah kah!)
Ni lah rupa Bekas Joy Angel nursing Tea tu, sebab yang gambo diatas tu sample kecik yang telah di repack untuk tetamu2 yang hadir masa BF talk tu.

Hyperstimulation & Power Pumping

Apa dia hyperstimulation & power pumping? Kalau mengikut pemahaman aku, kedua-duanya membawa maksud yg sama je. Ianya adalah satu kaedah atau teknik pengepaman yang itensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu. Menurut yang disarankan dalam kaedah ini, pam selama 10 minit, rehat 10 minit, kemudian pam semula 10 minit dan begitulah lah pada seterusnya, diulang-ulang hingga genap 60 minit. Kaedah ini berbeza daripada rutin pumping seharian yang biasa iaitu 30 minit. Idea disebalik kaedah power pumping ini adalah untuk mimick nursing pattern bayi yang biasanya menyusu begitu.

"..Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply, as is common in the nursing relationship during a growth spurt. To power pump, hook-up as you would for a normal pumping session, pump for 10-20 minutes, rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. The mother does this for about an hour, once per day, to increase supply. At other pumping times during the day, routine pumping is used. It can take about a week to see an increase, so don’t get discouraged..."
Pada yang mula-mula dalam usaha untuk membanyakkan lagi penghasilan susu adalah disarankan untuk melakukan teknik ini sekerap yang mungkin. Untuk melakukan power pumping tidak perlu sehingga 8x sehari (tapi jika boleh lagi bagus!) Sehari sekali pun sudah memadai atau jika berkemampuan dan mempunyai masa lebih, boleh dilakukan lebih dari satu kali dalam sehari. Namun tak ramai yang boleh tahan untuk melakukan kaedah ini kerana ianya adalah satu teknik yang sangat melecehkan, time-consuming dan sebagai lebih-lebih bagi yang sentiasa busy je namun disebaliknya, hasil yang memberangsangkan selepas melakukan ksaedah ini jika melakukannya dengan penuh kesungguhan dan kesabaran. Lebih-lebih lagi diawal-awal peringkat lactation period memang akan lebih cepat menampakkan kesan jika dilakukan dengan konsisten.

Pada awal2 zaman mengepam aku (eh ceh ceh, zaman mengepam mcm dah taiko plak..haha!)Aku memang buat teknik ni hari-hari. Sebab dulu memang susu aku tak meriah weh! Satu hari 10-15 oz je. Haha, ripleys believe it or not! Dalam 8x rutin pumping tu, satu kali mesti untuk buat power pumping. Tengoklah keadaan, kalau rajin lebih la dari satu kali dalam sehari. Yang paling bagusnya, aku buat ni time tengah malam. Hah, lagi mencabar! Aku ingat lagi, set jam pukul 3 a.m, bangkit pam 10 min, pastu set jam lagi 10 minit sebab nak tido sat 10 min tu. Pastu bunyi jam, bangkit lagi pam 10 min. Begitulah seterusnya sampai satu jam. Begitu lah rutin pumping bagai nak rak aku. Dan rutin power pumping ni berlarutan hampir kedua minggu juga lah.

Namun ianya satu usaha yang berbaloi sebab hasilnya ku nikmati hingga kini. Now aku dah tak buat lagi power pumping ni, aku hanya stick to regular pumping routine sahaja which is 30 min per session. Aku stop bila aku rasa milk production aku dah increase and increase dan mula stabil. Aku selalu advice orang untuk menjadi sangat konsisten dalam rutin pumping/nursing pada awal-awal 3 bulan pertama usia bayi, jangan skip night nursing and pumping. If baby tends to sleep longer at night, kejut untuk menyusukannya dan continue pumping for 10-15 min after that. Jangan biarkan breast tanpa dikosongkan for more than 2-3 hours, tidak kira siang atau malam, especially during night, sebab tu night nursing/pumping adalah sangat2 penting. And as a result you' will sustain throughout the lactation period without a major issues to concern, insyallah!

I've come accross so many people yang dapat continue BF for more than 1 year dengan jayanya dan kebanyakkan mereka ini yang tidak pernah tinggal atau jarang2 tinggal night nursing /pumping session. Eventhough ada yang baby sleep longer at night, mereka-mereka ini still bangun untuk mengepam 1-2x in the middle of the night untuk bekalan EBM anak siangnya. So breastfeeding needs a BIG effort especially for working moms. Sesiapa haritu yang dengar BF talk by kak kamariah, sure dah faham apa situasi-situasi yang menyebabkan decrease in milk supply and so on.

Cerita BF talk kuantan

Alhamdulillah, telah selamat berlangsungnya BF talk di kuantan yang telah dianjurkan bersama dengan The Momy and Baby Place di Kuantan Starcity pada sabtu 17 haribulan yang lalu. Jumlah ibu-ibu yang hadir adalah diluar jangkaan, dan hampir kesemua yang telah mendaftar, hadir pada hari tersebut. Malah yang tidak sempat mendaftar pun tetap hadir. Jika mengikut attendance list jumlah keseluruhan yang hadir adalah melebihi 40 pax tu belum campur husby2 dan sanak saudara yang dibawa. Kedai yang mula2 rasa sejuk beraircond dan mula rasa suam-suam hangat sebab dah penuh sesak kedai tu dengan umat2nya..hihi!

Aku pun sampai kuantan lebih kurang pukul 1. Sebelum bermula acara, semua tetamu dijamu dengan juadah-juadah yang disediakan. Menu pada tengahari tersebut adalah, nasi dagang, nasi putih, rendang, ayam masak kurma, sayur, pasta, nasi himpit, kuah kacang, kuih-muih, adalah 2-3 menu lagi aku dah lupa. Tapi yang paling best nasi dagang weh! Menurut laporan (ceh laporan cam berita lak) beberapa tetamu yang makan nasi dagang itu, mereka-mereka telah mengalami breast engorgement. Kah! Kah! kira bagus la kan, termasuklah aku. Mula2 aku tak perasan sangat, selepas aku pam kol 4 lebih aku dapat 5 oz penuh sebotol sampai ke tutupnya, padahal aku baru je pas pam kol 2 lebih tu, huhu! (kah kah, aishah ko siap tapau yer!) Tak tahu camana nak arrangge gambar-gambar yang sempat disnap pada hari itu, layan je lah!













Apa-apa pun nak ucapkan berbanyakkan terima kasih pada tuan rumah, maryaaa dan geng-geng SI dari kl yang datang all the way untuk BF talk ni, THU, aishah, HerniHPA. Tak lupa juga pada Kak kamariah juga tentang penerangan mengenai 'maintaining milk supply' yang panjang lebar itu. Dan juga kesemua tetamu-tetamu yang bersemangat hadir ke BF talk itu. Kalau ada rezeki lagi kita buat di tempat-tempat lain pula, insyallah!



My black book

Tak tak....aku bukan agen insurans! Ini buku log pumping aku. Buku yang mencoretkan hasil tenusu dari sikit sampai ler ke banyak. Buku yang aku usung ke hulu-ke hilir (kalau gi jenjalan tak larr). Aku mesti nak rekod sesi pumping aku, dah jadi macam satu kewajipan pulak. Kalau tak sempat rekod aku save kat handphone dulu, sampai rumah aku rekod semula dalam buku ni. Entah hape-hape, macam ler ada orang nak check, haha! Janji aku puas! Kata takda kerja lain.


Tapi now aku dah tak rekod lagi dalam buku ni, sob-sob! Sebab buku ni dah sampai ke lembaran yang terakhirnya (dah penuh la tu). Macam cukup-cukup je rekod untuk setahun buku ni. Dulu aku ingat aku rekod hangat2 taik ayam je, wakaka! Bila dah tak rekod dalam buku ni, aku dah mula kadang-kadang rekod kadang-kadang tak, ish ish tak boleh jadi ni! Nak kena cari buku yang ala-ala serupa macam ni jugak.

Aku menghitung hari je ni hingga ke hari genap 360 hari aku EP. Banggaaaa siot! (sila jangan geli). Aku lebih excited pasal 1 year dari besday azri..boleh kah, kuang-kuang! Alhamdulillah, sepanjang tempoh, milk supply aku masih mencukupi. Azri hanya minum susu aku sahaja sehingga kini. Hasil yang diimpikan hanya datang dengan usaha yang berlipat-lipat ganda je tau. Lagi-lagilah EP macam aku. Kalau tidak konsisten, tidak nekad dan bla bla bla.....sure by now aku kena topup FM juga. So sebab tu lah orang selalu dok kata EP tak boleh sangat nak sustain supply..bukan tak boleh, boleh je kalau nak, sebab yang penting hanya displin diri yang tinggi, kekerapan, kerajinan dan banyaklah ke ke yang lain. Terpulang la kalau ada yang tak percaya aku leh survive tanpa topup. Whatever! Yang penting, yang sihat anak aku juga and the record is set! (ayat tanduk beb!). Next year, next year punya cerita! (Sambil cari-cari buku log pumping yang baru untuk pumping 2nd phase-2010)

Series aku takda de heaven-heaven waktu EP ni. Priority utama aku adalah pump tak kira siang atau malam. Sebenarnya sama je kalau direct sekalipun, yang bezanya kalau kalau direct kita takda pilihan bila anak dah nak, kena juga walaupun terpaksa. Tapi bila pam, memang totally under our control kan, kalau letih nak bangun leh pospon-pospon sekejap lagi ke, kalau tak sempat nak pam, leh kata 'ermm takpa, sekali sekali'. (kalau merajuk dengan hubby pun kadang-kadang boleh taknak pump..haha!) Tapi alasan-alasan itu yang sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Yang jadi silent killer dan akhirnya tak boleh nak sustain.

EP perlukan pengorbanan fizikal dan emosi. Perlukan kerjasama (apa yang penting??kerjasama...mode wonderpet!) terutamanya orang terdekat. Percayalah akan tiba satu hari bila orang yang faham dengan kita pun akan jadi tidak faham apabila timbul satu masalah. Erkk fahamkah kalian. Ini lah cabarannya. Kadang-kadang kita akan jadi lebih emosi lagi bila orang yang terdekat yang kita harapkan faham situasi kita tapi rupanya masih tidak faham-faham lagi. Tipu lah kalau perjalanan EP aku sepanjang setahun ni smooth je tanpa tarik-tarik muka especially dengan hubby. Well you have to be a damnn strict when its come to EP no matter what, that is the sacrifes. At the end, kalau susu ko ciput nanti sapa nak jawab?Hubby kah!

Now, i'm still pumping like crazy. Still proud of what i have done and achieve so far! Belum lagi terfikir lagi untuk dropping pumps to below than 7x a day. Rule of thumb aku senang je, empty breast as frequent as possible (frequent means more than 7-8 times a day), dont skip night pumping and the result you will get a sustainable (err buleh ka ayat sustainable, wakaka) milk supply throughout the year, insyallah! Throughout the year ni, aku lom lagi face problem susu merudum teruk ke hape luckily tak period lagi pun. Cuma cabaran terbesarnya bila EP dengan anak yang minum dengan banyaknya. Memang persaingan yang betul-betul sengit.

My Little army


I will miss my old black book. Azri suka main koyak2 buku ni dan aku tersangatlah emo bila orang usik buku ni. Hubby aku nak buat conteng kira-kira2 skit pun aku tak bagi. Bagi aku ianya masih menjadi kenang-kenangan buat aku, supaya aku tak mudah lupa diri (melayukan mudah lupa, haha!). Tidak lupa yang suatu ketika dulu aku memang totally zero. So perasan 'from zero to hero' lah ni!

Hari Raya Susu Ibu.com

Majlis jamuan hari raya SI.com di Chelos, bangi. Pada hari itu juga diadakan majlis penyampai hadiah pada para pemenang untuk peraduan di Pa&Ma yang lalu. Selain itu juga diadakan demo babywearing oleh kak shada, jemputan dari SI sempena Minggu Babywearing. Jom layan gambar-gambar pada hari kejadian (dari lensa amatur ku, kui kui)...

Mama_kina and family, tak sempat nak berbual-bual..

Hubby ku dan hubby THU

Kak shada dan demo babywearingnyaa....

Me dan tie, luvhaziq

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan di Pa&Ma

Maira dan Azri


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)