BF Talk

Entry ini adalah copy paste dari thread kat SI. So aku pun nak mewar2kan lah diblog juga. So especially for those momies yang kat area kuantan dan sekitar2, dengan aku-aku pun menyemak skali, eheh! akak pun penganjur tak rasmi tauuu..hokehh! Di jemput la semua yang mampu hadir ke BF Talk itu. Yang bestnya, ianya di 'talk'kan oleh Puan kamariah kita. Susah2 Puan Kamariah sanggup datang ke Kuantan untuk bagi talk for momies2 kat situ. Sampai kami yang lain2 pun sanggup turun padang. Dan yang paling best of the best, ianya FOC sahaja..pheww!

Topic pun menarik juga tentang how to maintain milk supply while baby growing. Aku minta agar puan kamariah dapat selitkan dan esplen scenario-scenario yang menyumbang ke arah isu susu berkurang ni, pastu cara nak overcome, what to-do dan sebagainya lah. Satu isu yang selalu orang asyik dok komplen2. Semoga dengan explanation beliau nanti, kita semua dapat gambaran yang jelas dan tidak gabra2 mengenainya..Mudah-mudahan!

Selain BF Talk, juga diadakan 'open house' The momy and baby place sempena hari raya ini oleh maryaaa yang sudi men-sponsor tempat dan makanan2 pada hari kejadian nanti. So sesiapa yang berada disekitar kawasan kejadian atau tidak, dijemput lah datang yer dan harap boleh memaklumkan kedatangan pada aku. Just nak bajet2 je! Dibawah adalah detail2 pada hari kejadian.

Topic: "Back to work: Maintaining Milk Supply While Baby Growing"

Date: 17 October, Saturday
Time: 2.00pm, 1hour talk, don't be late!
IBCLC: Puan Kamariah of Susuibu.com
Location: Hosted by maryaaa, The Momy and Baby Place, A271, Tingkat 1, Kuantan Starcity 2, Jalan Beserah Kuantan, Pahang
Theme: very white Hari Raya
Food will be provided, but potluck are truly welcome.

Jumpa disanaaaa!

Basikal Azri

Kalau aku balik batu pahat, sure ada je barang-barang azri yang aku beli, baik baju ke, apa ker. Sebab aku rasa barang2 baby kat sini murah skit berbanding kat KL, aku rasa lah! Hah, ni kali azri dapat basikal baru. Sebenarnya aku plan nak beli walker yang macam ini dan ini, supaya dapat membantu azri berjalan. Sebab sekarang ni, azri dah mula pandai meniti kat sofa, meja, kalau dapat walker dia pun dia paut nak berdiri pastu siap tolak walker sambil jalan. Tapi sebab walker kan tayarnye laju, lagi bahaya adalah.

Basikal pun basikal lah! Takpa, nanti dia dah pandai kayuh tak payah beli basikal lain, ngeh!. Sementara tuh, kita tolak je lah sambil bersiar2 ditaman. Takpayah naik stroller. Silap-silap ada yang angkut masuk shopping complex skali, ganti stroller...beg buleh letak kat bakul belakang tu, muahahahah! Harganya RM109, tawar-tawar dapat RM98, oklaa. Sampai umah Mil, sesi merempit la apa lagi.



Sebenarnya tak plan pun nak beli basikal ni. Kebetulan aku ke kedai baby kat batu pahat hari ni sebab nak beli Sunflower auto baby rocker (buai auto tu) tu yang dikirim oleh mamaAna. Masuk ni dah dua orang aku tolong belikan kat sini. Sebab regenya murah kat sini berbanding KL. Kat sini harganya cuma RM159 siap dengan 7 spring untuk dipasang accordingly mengikut weight baby. Ada melody, ada timer dan juga adjustable speed. Kalau kat mybbstore, regenya RM189. Kalau brand2 yang lain kebanyakannya rm200 keatas. Hahh tiang buai yang macam dalam gambar ni pun aku beli rm80 je kat kedai perabot kat batu pahat ni.


Orang kata kalau ajar anak tido buai lecehkan. Nanti nak kena angkut buai kemana2. Ikut individu la. Tapi bagi aku, nasib azri jenis yang tido waktu siang sahaja. Kalau malam memang tido dengan aku skali. Dan azri pulak memang mudah tido kat mana-mana kalau kat luar. So tak perlu pun nak angkut buai tu kalau gi berjalan. Cuma kalau kat rumah aku jer ada susah skit. Nasib2 la... Yang penting, dengan ada buai ni, azri aku mesti tido 2x pada waktu siang. Mil aku la sebenarnya yang meracun aku pasal buai ni dari azri 1-2 bulan lagi. Mula2 aku takmau juga. Katanya, kalau buai nanti baby tido tak terkejut2 nanti. Bila cukup tido, dia punya pembesaran pun bertambah cepat, sebab awal2kan baby perlu tido yang cukup pada certain2 time sehinggalah meningkat umurnya (wahh, 'terel' mil aku). Mil aku kata la, bukan aku yer, haha! Wallahualam...

Tapi kalau nak apply kat azri setakat 11 bulan ni, macam ada kesannya. Memang dia lagi banyak tido dari berjaga awal2 dulu. Walaupun skang ni dah kurang tidonya tapi still, kalau siang dia memang tido 2x, lebih kurang 2 jam untuk setiap sesi. Pastu malamnya, kol 8.30-9pm dah masuk tido stret sampai ke pagi. Ada ler can ibu dia nak meroyan lebih skit kat tenet, huhu!

11 Bulan

Ini entri menghitung bulan lagi. Seperti biasa, its 23rd of the month again, means azri genap 11 bulan, 11 bulan EP dan lagi dan lagi. Sebenarnya aku lagi excited mengenai 11 month EP, huhu! Tinggal lagi sebulan sahaja. Rasa macam dah boleh lega sedikit ni. Apa lagi, yaaaa...kuku aku semakin pendek. Blogging telah mengembalikan 'tabiat lama' aku. Ohh tidak!

Hari raya ke-4 baru aku pulang beraya diBP, tak lama dalam seminggu je. Sekarang ada trend baru cara aku mengepam dalam kereta, baik jalan jauh mahupun dekat. Memandangkan azri tak mau lagi duduk dalam car seat dan sebagainya. Biasanya untuk perjalanan jauh aku akan mengepam sebelum bertolak. Kemudian sekali lagi sesi dalam lebih kurang 3 jam perjalanan ke BP ni. Bila tiba sesi mengepam dalam kereta, aku kena switch tempat dengan hubby. Means, aku kena drive sambil pam sementara hubby aku pegang azri. So tak perlulah berhenti mengepam semasa dalam perjalanan.

Haha, cara ini hanya compatible jika anda menggunakan FS sahaja! Tidak compatible untuk spectra3. Kenapa? kerana jika FS, kita gunakan hands-free set dia, yang dijamin takkan tercabut/terlari dan sebagainya walaupun kita tunduk kehadapan (unless lah kalau ko tak proper assemble handsfree tuh) . Tetapi kalau guna spectra3, walaupun menggunakan pumpin pal, kita tak boleh nak bergerak sangat tanpa perlu memegang kedua2 botol itu. Atau yang lebih mudah lagi, pumpin pal hanya sesuai untuk posisi tegak dan tidak boleh tertunduk-tunduk ke hadapan. Err...pahamkah kalian? Tapi mungkin ada yang terel guna pumpin pal dengan pelbagai aksi.

Selepas tu, setibanya disana, kami sekeluarga ke open house kawan kepada hubbyku. Seperti lazimnya, orang akan selalu bertanya makan apa dah, minum susu apa. Dan setiap kali tu lah jawapan aku tetap sama, 'masih susu badan lagi'. Tapi bila part ni lah aku malas sungguh nak esplen lagi. Sebab aku selalu terasa, kang kalau aku cakap anak aku masih menyusu badan, pastu tetiba aku keluar botol susu bagi anak aku minum, apa kes!. So, nak taknak, setiap kali aku cakap masih susu badan, aku mesti follow up dengan ayat 'susu badan tapi harus diperah dan diberi melalui botol' dan berbagai-bagai lagi lah ayat nak bagi mereka faham.

Dan lagi, semasa di kejadian itu (semasa open house) ketika azri sedang minum susu, si wifey salah seorang dari fren hubby ku terus berkata yang anaknya (lebih kurang 4 bulan) masih menyusu badan lagi. Haha, mungkin aku tak letak label pada botol susu azri "SUSUIBU ONLY"....muahahahhah! Takpelah, maybe dia assume yang azri minum fm. Oleh kerana aku pun nak show off juga (haha, tanduk kuar) aku pun jawablah...'ohh ye, bagus2..samalah kita, azri pun still on breastmilk for 11 month..tapi kena perah n thru bottle'. Pastu dia terus surprise dan reply dengan muka shocking ..' tak susah ke? susu tak kering ke? dan bermacam-macam lagilah soklan standard yang aku selalu dengar..hua hua!

So moral of the stories, please label your bottles ladiess if you're a 'breastmilk' feeding, hihi! Takdalah, takda moral pun, aku saje je nak pot pet di pagi2 raya dan entri 11 bulan macam dah lari tajuk.

Aksi Hari Raya

Dah Rayaaaaaa! Pada hari pertama, kami sekeluarga menziarahi sanak saudara yang berada disekitar KL sahaja. Inilah rutin raya keluarga kami. Cuma kali ini, ahli keluarga kami telah bertambah seorang. Sambil-sambil collect duit raya anak 'menayang' anak kepada sedara2 yang belum berpeluang melihat azri dulu,hihi! Tahun ini kami sekeluarga tidak pulang berhari raya ke paya rumput, Melaka sebab mak aku malas katanya. Sebab dah balik bulan lepas.

Azri tengah posing2 harap-harap dapat duit raya lebih mungkin tunjuk bakat dia dirumah nenek osha di ampang.

Setelah selesai tawaf dari rumah kerumah, tibalah masa kita mengira hasil kutipan duit raya pada hari tersebut.
Aikk..ini aje..mana lagi ni, rasa macam banyak je lagi ni, tah2 ibu dah pau ke?







Baju Raya Azri

Pagi semalam kami keluar untuk shopping baju raya Azri. Destinasi pertama yang aku dah terbayang dalam fikiran adalah ke kompleks PKNS dan warta di Bangi. Takdalah shopping sakan pun, cuma nak beli sepasang dua baju melayu untuk azri. Tak banyak pilihan yang ada, so aku amik je la yang mana paling kecik sekali. Rasa nyesal plak tak buat sendiri, hua hua!. Konon tema tahun ini nak buat semua 'kendondong' warna biru, tapi baju aku dan hubby pun takda lagi, apa kes!. Aku pun pakai baju kurung raya tahun lepas (walaupun tahun lepas, tapi tak sempat pakai lagi, huhu!). Sampai kat rumah, aku test2 dulu kat azri sebelum nak di basuh. Warghh, excitednye (read: tomeinya anak ibu) tak sangka aku dah beli baju melayu pertama untuk anak, kalau dulu tengok2 je. Apa2 pun tahun ini adalah pertama kali menyambut raya dengan azri, tahun lepas aku tengah sarat. Tak sabar nak kira berapa duit raya azri dapat nak bawa azri gi beraya rumah sanak saudara.

".....Ho ho ho, balik kampung..hati girangggg..."

"Dah ler tu bu, saya nak main plak ni"

"Saya dah boring ni ibu..lama lagi ke, kang saya nangiss kang!.."

Hahh, kan saya dah warning!

Langsir Raya

Yessss, akhirnya.. Siap juga langsir pintu-pintu bilik ini. Didalam sibuk-sibuk aku nak buat kerja rumah bercucuk tanam diladang terhenti-henti nak mengepam lagi, dengan azri yang asyik nak 'tolong' aku jahit je, siap juga langsir raya untuk tahun ni ini, kah kah! Request dari mak aku yang suka nak letak langsir kat pintu. Kalau ikut taste aku, aku memang tak suka nak nak letak langsir kat pintu. Kalau ikut eric leong ni, agak-agak dah violates the rule nih. Tapi nak buat camna kan, dah ni rumah boss (mak aku). Layan je lah labu.


Kain yang yang ku beli pada tahun 2006 tak silap. Konon-konon nak ikutlah ala-ala pattern langsir kat kamdar tu, pattern cantum-cantum ni hah! Tadi pagi aku pergi Kamdar Saujana, nak carik ilham. Aku tengok harga-harga untuk langsir ala-ala camni baik untuk pintu ke tingkap ke kebanyakkannya rm50++ yang ada below rm50 tu pun, yang kurang cantik. Kalau ikutkan lebih baik aku jahit sendiri. Tak susah mana pun, bagi aku lah. Kata dah minat menjahit! Kos beli kain buat langsir pintu ni lebih kurang RM20 je.

Di samping aku beli kain untuk buat baju kurung skit. Entah sempat, entah tidak jahit. Kes silap cantum kolar leher baju kurung mak aku tempohari hari belum lagi aku repair. Hmm..sempat-sempat, esok aku ukur, potong kain, pergi hantar jahit tepi. Dah siap nanti aku ku tepek disini, kalau takda tu maknanya tak siaplah gamaknya..huhu!

Mengapa susu saya berkurang?

Sekadar pendapat dan pandangan. Isu mengenai bagaimana susu mulai berkurang atau cara-cara untuk meningkatkan susu akan sentiasa menjadi suatu isu yang menjadi perhatian terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerja. Perkara ini lebih kerap berlaku setelah bayi diperkenalkan dengan solid food dan setelah bayi lebih aktif dan peka terhadap persekitaran luar sekaligus membuatkan bayi kurang berminat untuk memberi tumpuan untuk menyusu dibreast dalam tempoh waktu yang lama. Begitu juga dengan ada diantara bayi yang mula berubah sleep patternnya setelah meningkat bulannya, yang mana mereka tidur lebih lama ada waktu malam sekaligus berkurangnya demand ketika waktu malam.

Sering ibu-ibu take for granted cara anak menyusu dan beranggapan, apabila anak sudah melekap dibreast means, that's it! Senario ini mungkin lebih berbeza kepada ibu-ibu yang menyusu sepenuh masa 24 jam, kerana anak tidak didedahkan kepada sebarang bentuk medium penyusuan yang lain seperti botol dan sebagai berbanding dengan ibu bekerja. Ada juga yang berlaku apabila anak tidak menyusu dengan full effort (main-main) apabila menyusu dibreast sekembalinya ibu, kerana sudah biasa dengan aliran yang lebih mudah (botol) ketika berada dengan di nursery atau pengasuh. (Ini hanya sekadar pemerhatian sahaja, tidak semua!) Disini saya terjemahkan semula artikel-artikel yang dibaca dan dicompile dari pelbagai sumber mengikut pemahaman sendiri.

Seperti yang selalu diperkatakan, produksi susu adalah berdasarkan konsep 'deman-supply'. Untuk mempercepatkan pengeluaran susu, kunci utamanya adalah 'remove more milk from the breast and to do this frequently, so that less milk accumulates in the breast between feedings' atau lebih mudah kosong breast dengan kerap supaya lebih kurang susu yang terkumpul dalam breast dan lebih cepat susu baru diproses. Tetapi jangan terkejut, masih ada lagi diantaranya yang beranggapan, lagi lama susu dibiarkan dalam breast lagi banyak yang akan dihasilkan dan lebih lama dijarakkan waktu pengosongan, lagi lumayanlah hasil perahan yang akan didapati. Konsep yang selalu mengundangkan kearah pengurangan susu diakhir-akhir nanti.

Jadi berbalik kepada isu mengapa susu saya berkurang walaupun anak saya sentiasa melekap di breast? Menurut sumber dari kellymom, make sure that baby is nursing efficiently. Efisyen disini bermaksud susu dikeluarkan dari breast sepenuhnya hanya dari hisapan bayi. Tetapi yang menjadi masalah kebanyankan ibu dan bayi adalah tidak mendapat susu yang sepatutnya walapun menyusu dibreast. Menurut Dr. Jack Newman (dari artikel: Protocol to Increase Breastmilk Intake by the Baby), senario ini dinamakan 'nibbling'. Dimana satu situasi bayi yang menyusu tetapi tidak dapat mengeluarkan susu yang sepatutnya. Dan bayi yang menyusu dalam situasi ini akan menyusu dengan lebih lama dan masih tidak dapat cukup susu. Situasi ini umpama mengosongkan satu kolam dengan mengguna straw! Contoh bayi yang menyusu begini, anda boleh saksikan divideo ini. (Click to see the Video)

Jadi, untuk memastikan bayi menyusu dengan efisyen, ibu-ibu perlu tahu sama ada bayi mendapat susu dengan sebetulnya atau tidak. Perhatikan gaya bayi anda menyusu. Pattern bayi yang menyusu dengan sebetulnya adalah apabila bayi menghisap, dagunya akan berhenti seketika, pada ketika inilah susu akan disedut keluar (open mouth wide-->pause-->close mouth). (Lihat video untuk gaya penyusuan yang betul). Lagi lama 'pause' itu, lagi banyak susu yang didapati. Jika bayi yang menyusu dalam pattern ini berterusan selama 20 minit akan lebih kenyang berbanding bayi yang 'nibbles' (menyusu tetapi tidak dapat susu) walaupun 20 jam, masih akan menunjukkan tanda-tanda tidak cukup susu. (Sumber: Dr. Jack Newman, Protocol to Increase Breastmilk Intake by the Baby).

Terjadi juga keadaan dimana, bayi akan mudah melepaskan puting apabila aliran susu semakin perlahan. Apa yang boleh dilakukan, buat breast compression untuk melajukan aliran susu itu. Mula tekan apabila bayi dalam keadaan menghisap. Setelah breast compression dilakukan, beralih ke breast sebelah, dan lakukan yang serupa. Tujuan breast compression ini dilakukan adalah untuk memastikan bayi mendapat susu sebanyak mana yang mungkin dan susu dapat dikeluarkan dengan sepenuhnya. Untuk lebih pemahaman bagaimana breast compression dilakukan, anda boleh lihat video yang di-link kan. (See Video for Breast Compression)

Pelbagai lagi faktor yang menyebabkan bayi tidak menyusu dengan efektif seperti bayi yang cepat mengantuk/tertidur semasa menyusu, bayi yang mudah terganggu dengan persekitaran ketika menyusu,bayi yang tidak kerap menyusu, bayi yang dalam keadaan tidak sihat e.g: demam, selsema dan sebagainya. Kesemua faktor-faktor itu boleh menyebabkan bayi tidak menyusu secara efektif akan menyebabkan, susu tidak pindahkan/dikeluarkan dengan sepenuhya. Dan jika keadaan ini berterusan ibu-ibu akan mendapati susu yang dihasilkan semakin berkurang.

Jika bayi anda mempunyai salah satu ciri-ciri berikut, sebagai jalan sementara, ibu-ibu boleh consider pumping between nursing session. Tujuan memerah diantara waktu menyusu atau selepas menyusu adalah untuk memastikan susu dikosongkan sehabis yang mungkin. Pemerahan adalah lebih dicadangkan apabila bayi tidak menyusu kerap dan selang diantara penyusuan seterusnya agak lama. Sekali lagi, ramai yang ragu-ragu untuk memerah diantara waktu penyusuan, kerana bimbang susu tidak cukup atau lambat terhasil sekiranya jika bayi menyusu selepas itu. Seperti yang dikatakan, pemerahan adalah dicadangkan bagi bayi tidak menyusu dengan kerap. Selain daripada itu, pemerahan secara kerap dan konsisten apabila tidak bersama bayi e.g kerja dan sebagainya.

Yang terakhir sekali, ibu-ibu yang menyusu ini harus menjaga diet seharian. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Minum air yang secukupnya. Dan seterusnya barulah boleh mempertimbangkan supplemen-supplemen yang boleh menambahkan susu dan sebagai.

Sumber:
1. Kellymom
2. Dr Jack Newman Breastfeeding Clinic and Institute-NBCI

Buka Puasa with SusuIbu Fella!

Jumaat semalam, aku sefamily berbuka puasa bersama-sama fellow Susuibu. dan anak-anak yatim. Rakan-rakan lain yang turut serta adalah THU dan akma sekeluarga. Hubby ku tidak dapat pulang untuk menemani ku, sebagai pengganti, kena lah aku bawa mak sekali oleh kerana aku bawa azri sekali. Tak dapat nak snap gambar banyak-banyak, sebab azri "baik" sangat.....

Macam-macam makanan, ada kuih-muih, kek, dadih, nasi minyak, lauk-pauk dan yang paling best, kambing panggang. Tak sempat lak nak snap kambing golek tu..haha!

Me bersama THU posing2 sebelum menanti waktu berbuka. Azri tak toleh kiri-kanan dah memandang auntie THU yang vogeh dah vaazz ni...(guna jari pun bolehhh..)haha!

Me dengan mak (syiok le mak aku, dah lama ngidam daging kambin, hambik ko sepinggan semalam).

Aku dengan kak rashliana&macho Adlan, akmaalias&darling dania dan auntie THU yang datang solo.

Sebelum pulang, bergambar beramai-ramai dengan kak rashliana, THU, kak zatul, kak kamariah dan kak rita.

Lagi Ceritera EP aku

Bila dah lama berbelog (ceh perasan, lama tak lama juga), sure story pun dah macam2 merapu dan tentu ada orang-orang baru yang baca belog kita ini agak tidak pasti siapa dan apakah kemerapuan penulis (aku) belog ini. Pada rakan-rakan yang mengenali aku dari mula lagi, dari awal-awal aku berbelog pasti sudah mengetahui kisah breastfeeding aku. Pada yang tidak pasti, tentu tertanya-tanya apakah status aku ini. Sebab ada ramai juga yang bertanya mengenai perihal aku ini. Pada yang tidak tahu, aku adalah seorang exclusive pumping (EP) mom yang mana aku hanya memerah susu secara esklusif sahaja tanpa direct breastfeeding.

Xclusively Xpressing blog ini (atau shortform nya aku panggil XX je) aku buat adalah untuk mencoretkan kisah perjalanan aku sebagai EP aku pada awal2 tahun dulu. Sebagai motivasi diri setelah aku memilih jalan untuk EP dan supaya aku tidak hangat-hangat taik ayam. Malas sungguh aku nak kenang saat itu. Biarlah aku jadikan iktibar dan pedoman buat panduan untuk yang seterusnya. Semoga coretan aku ini dapat menjadi inspirasi orang-orang seperti aku dari segi semangat yakin diri. Jangan le pula aku dijadikan sebagai malaysian idol untuk menjadi EP. Sebab kalau aku diberi peluang, aku pun tak mahu jadi aku (EP)!

Seperti biasa, aku akan terus dan terus menepek berkali-kali gambar ebm2 ku yang sama, tapi diwaktu-waktu yang berlainan lah sampai ada yang naik muntah, haha!. Walaupun kalian nampak lebih kurang je gambar2 ni sume seperti bulan-bulan yang sebelumnya. Mungkin aku boleh pakaikan skirt pada ebm supaya ianya nampak tidak boring, haha! Yang ni, fresh ebm aku as at 10/09/09. Aku masih mengekalkan gaya susunan yang sama dari mula-mula hinggalah hampir 11 bulan ni. EBM yang diperah, akan diletakkan pada kanan sekali. EBM2 yang hendak dipanaskan akan diambil mula dari kiri hingga ke kanan. Itulah sistem aku. Senang mak aku pun tak pening. Cuma mula-mula dulu, mak aku susah betul nak hapal dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri..haha!


Yang kat bawah ini pula adalah frozen EBM aku as at 10/09/09. Ini sahaja lah yang tinggal, lebih kurang 30 botol/bekas. Tidak semeriah seperti sebelum ini, dan ini. Not bad huh for 11 m.o EP, kudosss! Now azri minum kurang EBM pada belah siang. So aku dah mula dapat simpan extra 1 botol setiap 1-2 hari.

Yang kat bawah ni bukan journal entri debit kredit cash flow ke hapa. Ni helaian pertama rekod pumping aku. Now buku ni dah penuh kesemua helaianya, aku rekod sesi pumping aku tak missed satu hari pun selama hampir 11 bulan ini. Kalau kalian lihat pada tarikhnya menunjukkan bulan 11 tahun lepas. Aku masih lagi dalam 30 hari berpantang. Kalau dilihat, sesi pumping aku tidak cukup sebenarnya. Dan masa ni aku sebok struggle untuk directkan azri. Ini lah jumlah perahan aku untuk sehari sekitar 10-15 oz sahaja. Yang mana time ni, orang lain yang dalam pantang dah boleh simpan berpuluh2 oz stok EBM. Aku cuma kais pagi makan pagi sahaja. Yang pasti aku kurang ilmu pada waktu ini.


Dan yang dibawah ni rekod pumping aku yang the latest, bertarikh semalam,ngeee! Yang pasti tulisannya sudah tidak sekemas seperti mula-mula dulu, garisan pun dah hilang tah kemana haha! Tulisan yang aku slash2 tu sebelah kiri tu, adalah sesi EBM feeding azri. Aku dah tak larat nak catit dah. Jadi ruangan tu dikonker oleh sesi pumping ku pula. Ini lah hasil perahan aku setakat 11 bulan EP. Jika dilihat sesi pumping aku adalah minimum 7x sehari. Kadang-kadang kalau azri baik-baik, boleh lah buat 8x, hehe!. Dulu masa azri belum aktif, aku boleh mengepam 8-10x sehari, tapi kini aku hanya mampu buat 8x tu 2-3 kali je dalam seminggu, memang susah sangat nak maintain 8x tu tiap-tiap hari. Dahulu aku memasang target untuk achieve sehingga 40 oz perahan sehari dan ianya masih belum tercapai. Nampaknya perahan aku hanya maintain ditakuk ini jer. Jadilah, alhamdulillah! Lagi 2 bulan misi EP 1 tahun tercapai. Bermula lagi misi 6 bulan seterusnya..

Petani Contoh 2009


Haha..macam real je. Sekarang aku addict betul bercucuk tanam di Farmville, Facebook. Semua kerja tak jadi gara-gara Farmville ni. Terima kasih lah aishah kerana menjebakkan kan aku. Tak pasal-pasal aku jadi petani maya. Kalau dulu, masa-masa online, aku isi dengan surfing article-article berkenaan breastfeeding ni, tapi laa ni on je laptop perkara pertama aku buat adalah bercucuk tanam dulu, tengok tanaman aku dah masak beli belum, dah perah susu lembu ke belom, ayam aku dah bertelur ke belum, hadoi!yatie..yatie! Sekarang aku dah bangun farmville, tido farmville, makan farmville, mengepam layan farmville. Tapi bagus juga, sekurang-kurangnya, waktu mengepam tengah2 malam takda la mengantuk sangat sebab boleh layan farmville..huhu!. Layannn.....

Ni lah rupa sebahagian ladangku yang aku gila2 kan sangat tu. Suma tah kemana, gara2 ladang ini. Nak tengok sebahagian lagi, moh kita layan farmville, di facebook. Jangan luper add aku sebagai neiber (neighbour) kalian hokeh!Adioss...nak gi kutip telur ayam sat,ngeee!

'Triple A' Learns to Stand

Lepas ini keadaan sudah tidak aman lagi untuk aku bertenet diatas sofa lagi. Azri sudah pandai berdiri dengan sendirinya untuk menggapai 'toys' yang menjadi idaman hatinya sejak dulu lagi iaitu laptop. Sampai aku nak je suruh hubby beli laptop real yang secondhand atau yang murah2 ke bagi dia main. Erkk..bagus ker? Tapi sebab aku rasa macam tak bagus untuk penglihatan dia, aku cancel je. Ye lah, sure die tengok dekat, bukan nak tengok sangat, sebenarnya lebih nak geget frame tu,huhu! Laptop mainan tu sure dia main sekejap je, sebab takda skrin yang bercahaya cam laptop ni, haha!

Azri dah pandai duduk tapi tak merangkak lagi, masih mengesot. Dia macam dah boleh merangkak tapi jalan 3 step dia landing sambung mengesot semula. Mengesot lagi senang kot! And now, dia tengah excited nak berdiri. Pantang je nampak apa2 pemangkin yang boleh dipaut untuk cuba berdiri. Kalau dapat walker, walker lah. Kadang-kadang yang tiang buai pun layan! Atau kalau ada orang yang duduk bawah, sure kena kena paut kat lengan, kat bahu dan kat mana-mana lah yang sempat dia nak paut, janji boleh berdiri dengan jayanya!



(Apa lah yang syiok sangat main laptop ni yer!Meh aku try test keypad lappy ni..heavy duty tak agak2..ngeh!)





Tengok betapa kuatnya tarikan laptop itu, 2-3 kali aku angkat letak jauh kunun nak test, dia datang juga mendapatkan laptop itu dengan bersungguh-sungguhnya..haha!Syabas Azri!

Realiti Relaktasi

Apakah relaktasi? Apakah perbezaan dan persamaannya dengan Exclusive Pumping (EP)?. Jika mengikut definisi relaktasi bermaksud menghasilkan semula penghasilan susu setelah penghasilan susu terhenti atau berhenti menyusu. Jika difikir secara amnya, satu persamaan yang ketara diantara relaktasi dan EP adalah, ibu-ibu perlu memulakan usaha pemerahan secara kerap menggunakan pam. Relaktasi biasanya berlaku setelah susu mula kering. Manakala EP pula hanya sebagai satu medium sebagai meneruskan proses relaktasi itu. Selepas relaktasi, ada juga berjaya membuat bayi kembali menyusu dan yang lain-lain kebanyakannya hanya meneruskan dengan EP. Faktor kejayaan bayi yang kembali menyusu adalah bergantung kembali usia bayi itu, jarak selama penyusuan terhenti.

Kebanyakan ibu-ibu yang EP adalah ibu-ibu yang menpunyai masalah semasa diawal-awal penyusuan lagi. Mereka tidak terus berhenti menyusukan anak mereka setelah penyusuan secara terus itu tidak berjaya dan meneruskan usaha itu dengan cara pemerahan secara kerap dan konsisten. Kebanyakan yang EP adalah kerana masalah susu yang agak berkurang pada awal-awal. Tetapi tidak berhenti/kering lagi produksi susunya. Jadi, proses untuk untuk meningkatkan susu adalah lebih mudah. Berbeza dengan relaktasi, ianya adalah satu keadaan dimana, ibu-ibu telah berhenti dari penyusuan dan penghasilan susu telah kering sepenuhnya.

Sebelum meneruskan proses relaktasi ini, ada beberapa isu yang perlu dikaji dan ditanya pada diri sendiri. Relaktasi ini tidak ubah seperti menghadapi ujian atau peperiksaan. Matlamat perlu disetkan dan usaha untuk mencapainya perlulah seiring. Pada ibu-ibu yang baru berura-ura kearah prosess relaktasi ini, cuba tanya kembali kepada diri sendiri soalan-soalan yang ku cilok dari salah seorang author ini:


1. What is my primary reason for wanting to do this?
2. What is my baby's age? Is it reasonable to expect him or her to nurse again?
3. How much the time elapsed since i lactated?
4. What is my breastfeeding goal? If i can only produce half of what my baby needs, will i be satisfied?
5. Do i have my family's support for this decision? Do they understand that feedings will take longer and may be frustrating?
6. How do i feel about using a supplemental feeder?


Langkah untuk memulakan usaha relaktasi ini adalah simple sebenarnya. Tidak perlu aku nak explain step by step rasanya, maybe ramai dah tahu. Pam, pam dan pam every 2 hours bla bla bla. Yang penting get a a good hospital grade breastpump, preferably yang boleh buat double pumping, then you're ready to go!. Yang susahnya adalah faktor-faktor seperti time management, priority dan komitment serta emotional level serta sokongan dari orang yang terdekat. Proses relaktasi adalah lebih sukar tetapi tidak mustahil untuk dilakukan jika seseorang itu benar-benar mahu merealisasikannya . Begitu juga dengan proses EP. Kedua-duanya memerlukan motivasi, semangat dan komitmen yang tinggi.

Isu sama ada banyak atau tidak susu yang akan dihasilkan, boleh atau tidak bayi kembali menyusu dan sebagainya adalah perkara kedua, dan sekali lagi bergantung kepada ketiga-tiga elemen tersebut. Kerana matlamat utamanya adalah untuk menghasilkan susu. Pada pendapatku, usaha untuk mengembalikan dan memujuk bayi kembali menyusu adalah dua task yang agar sukar jika dilakukan serentak. Sekali lagi faktor usia bayi itu dan jangka masa ianya menyusu dibreast sebelum berhenti dahulu perlu diambil kira. Jika bayi tidak mempunyai masalah untuk menerima puting semula walaupun hanya sebagai pacifier atau soother, adalah lebih bagus. Tetapi jika bayi tidak mahu lagi menerima breast, ianya bukanlah penamat bagi segala-gala. Susu masih boleh dirangsangkan dengan pengepaman yang kerap dan konsisten.

Terdapat dua situasi yang boleh difikir-fikirkan; 1. Mulakan proses relaktasi dan at the same time struggle untuk pujuk bayi yang enggan menerima breast dan menjadi lebih stress dan have to keep supplementing with FM sepanjang proses itu. 2. Mulakan proses relaktasi, fokus pada pumping schedule yang konsisten untuk establish susu, STRESS-FREE, susu akan terhasil dengan lebih cepat. At then end tidak lagi perlu untuk disupplement kan! Keep in mind that " The more milk you remove, the more milk you will produce". Dan sesudah itu barulah boleh mempertimbangkan untuk membeli alat bantuan penyusuan seperti supplemental nursing sytem (SNS), melatih kembali bayi menerima breast dan sebagainya. Maybe boleh check on this site about "weaning from formula supplements".

Setelah melabur kepada segala bagai gadjet-gadjet yang diperlukan, ibu-ibu juga perlu bersedia dari segi mental dan membuat banyak pengorbanan dari segi masa dan komitmen yang lain. Kejayaan relaktasi mahupun EP adalah bergantung kepada tahap displin yang amat tinggi seseorang itu. Dan jika boleh get a good support and advice dari orang yang lebih faham mengenainya. Maaf jika ada yang tidak bersetuju dengan padangan aku yang tidak seberapa ini, kerana aku bukan lah pakar laktasi. Ianya hanya sekadar pandangan seorang EP mengenai realiti relaktasi yang sebahagiannya adalah EP juga. Wallahulam....






EBM Strike atau reverse cycle?

Dah shaikkk makkk....tengah syiok goncang safety gate ni!

Aku suka-suka je ebm strike, boleh ke!. Alhamdulilah, azri baru je pas baik demam. Hari sabtu yang lalu, badan dia dah tak panas lagi. Tapi dia agak kurang ceria berbanding sebelum demam tempohari, walaupun badan dia dah tak panas lagi. Azri sekarang slowly nak cari mood bermain dia seperti biasa. Cuma yang aku perasan, selepas baik dari demam ni dia jadi lebih sensitif, skit2 nak hekkk! Lambat dukung skit hekk! Tak bagi pegang tu ini, hekkk! Kalau sebelum demam tuhari, bising satu rumah dengan jerit pekik dia, now lebih banyak senyap la, kalau jerit2 pun skit jer. Maybe azri still dalam recovering mode agaknya. Nak sedapkan hati ni..huhu!


After demam ni pun minum susu tak banyak seperti selalu. dari 4 oz, dia cuma minum 2-2.5 oz je. Hari ni dari pagi sampai ke petang ni, baru 2 botol je dia minum. Kalau aku paksa-paksa dia habiskan, dia macam loya-loya nak muntah plak. Sedih plak aku tengok. Tapi bila malam menjelang, boleh plak dia habiskan satu botol tu, dan akan nangis bangun nak minum lebih kurang 2 jam sekali juga la. Kuantiti makanan pun turut berubah juga, dulu makan satu cawan dadih 3x sehari, now 1/2 cawan dadih 2x sehari. Walaupun badan tak panas, azri masih lagi ala-ala mood shocked gitu. Bila la azri ku nak kembali sediakala aktif semula ni. Teringat plak dekat entri liz "i want the old you"..eheh!

Cute Sleeping Baby Contest



Dah lama rasanya aku tak join contest-contest ni since contest last yang aku join tu dulu. Tapi tak menang pun, huhu!. Tergerak pula nak join 'Cute Sleeping Baby Contest' yang dianjurkan oleh baiti@mizz zizee ni sebab aku ada teringat satu gambar azri tido yang lawak giler dari pandangan mata aku lah. Dulu tak salah aku ada satu contest juga pasal gaya baby tidur ni, tapi masa tu aku dah terlambat juga. So terjumpa contest ini semasa merayap-rayap ke belog kawan-kawan. Sambil nak merehat-rehatkan minda sementara nak korek2 lagi resources untuk entri artikel ku yang terbaru, eheh!

Entry Contest ini aku post di XXbloglist aku memandangkan diblog XX aku tidak ku letakkan bloglist (bukan taknak letak, tapi panjang sangat macam tak balance lak aku tengok!. Sebenarnya semua link-link yang aku folo ada didalam link bar diatas 'My XXBloglist'). Oleh kerana sebahagian dari syarat perlu add link di blog dan takut-takut kalau tuan punya contest tak nampak link dia dia belog aku tu, sebagai langkah selamat aku post entri ini dibloglist aku sahaja. Tapi di blog aku pun aku tepek gak, buat tatapan ku dan kawan2 sekalian..hihi!

Gambar dibawah ni disnap bukan semasa azri tido malam. Tapi masa tengah bersiap-siap nak pergi jenjalan. Selalunya aku akan siap2kan azri dulu, baru aku yang bersiap. Agaknya lama sangat kot aku bersiap make-up, touch-up sana sini bagai, tu yang dia terlelap. Yang lawak, tengok bibir dia jadi semunggeh macam tu. Macam ala-ala baru pas buat lip surgery laks, tebal giler!hahaha! Mana tahu ada rezeki terpilih, dapat saguhati pun jadilah ahaks!


Name : Ahmad Azri Azzuri Bin Ahmad Othman
DOB : 23 Oktober 2008
POB : Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
Nama Ibu : Nurhayati Bt Mohd Hashim


So for you guys yang dah join dan nak join contest itu boleh lah ke blog baiti yang sweet itu. Contest ini bermula dari 3 September hingga 18 september 2009. By the way, kena cerita juga apa yang menarik mengenai blog baiti itu, so pada pendapat aku,blog dia sangat kemas dan yang penting menggunakan black text diatas white background dan sedap lah mata memandang serta sangat sweet dengan templates yang pinkish itu. Ehceh! dah macam momblogger review la plak..

Happy Anniversary yang ke-3



Pada 2 september yang lepas adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3. Tik tok tik tok sekejap jer masa berlalu. Kebetulan pada tarikh itu, azri pun demam. Tiada apa2 sambutan yang special, hanya wish dari masing-masing. Tak pasti mengapa kami jarang meraikan anniversary bersama setiap tahun. Kerana selalunya pada tarikh itu ada sahaja hal yang tidak dapat nak dielakkan. Maybe boleh dikombinekan dengan besday ku nanti, ahak! Sebab bulan ni adalah birthday month aku, huhu! Leh dapat hadiah lebih..hmm! Dah lama tak dapat hadiah. Seronoknya kalau dapat hadiah kan. Ada satu hadiah yang aku nak sangat2. Tapi hubby kata nanti-nanti, tunggu payment projek dia masuk dulu. Ye lah, aku pun taknak paksa2. Harus akur pada perintah suami ye tak. Kalau dapat hadiah tu dalam bulan ni alangkahh syiokkknyeee. Senyum sampai telinga lah aku!.

Nak pergi bercuti sekarang ni pun, hubby ku kata tak sesuai lagi dengan keadaan sekarang ni. Kalau setakat dekat-dekat tu takpa lagi. Hubby pula dah dua kali holiday tanpa aku tahun ni, first ke singapura, 2nd, ke korea selama seminggu. Aku hanya mampu jeles dari kejauhan sahaja. Bukan aku tak boleh pergi, tapi aku kesiankan azri dan kerana profession baru sebagai pengepam tegar ni, aku banyak sacrifice holiday2 ni dulu. Kalau sekejap-kejap takpa. Selepas kahwin, belum sempat lagi kami honeymoon, sure kalian terkuzutt, haha! Bila lah agaknya boleh honeymoon ni, kalau tak honeystarz je la gamaknya huhu! Anyway, semoga perkahwinan kami ini berkekalan dan sentiasa didalam kerahmatan Allah S.W.T dan projek kedua dimakbulkanNya secepat mungkin,amin!


Begini rasanya...


Lebih kurang 2 hari azri demam ni. Kelam kabut kehidupan aku, adeh! Ini entri jakun aku kerana kali pertama melayan karenah anak yang demam. Barulah ku rasa apa yang orang lain rasa bila anak demam ni. Dulu bila dengar anak kawan2 yang lain demam silih berganti, tak dapat nak bayangkan macam mana keadaan mengurus karenah anak demam ni. Haha, kali ni aku dah rasa. Amacam? Not bad huh!.

Keadaan azri masih lagi on off dalam 2 hari ni. Siang dia ok, malam suhu naik turun. So memang tak tidur kami dibuatnya. Nasib aku dah biasa bangkit mengepam tengah2 malam ni. So takda lah rasa berat sangat bila setiap kali azri merengek2. Bila time demam rupanya, anak-anak ni jadi 47x manja yer, huhu! Tak boleh kena lebih skit dah cebek nak nangis. Kadang-kadang takda angin takda ribut pun tetiba nangis hiba. Yang pasti, kena berdakap je dengan azri almost all time. Nasiblah aku dah order pouch tuhari, memang langkah kanan lah. Kalau tak mahu gak sengal tangan aku.

Jadual pumping aku pun lari-lari akibat aku kena selalu layan, dukung azri dan sebagainya. Memang mencabar betul. Syukur sangat dia tak demam dari mula2 aku EP dulu, kalau tak haru biru juga aku. Mungkin Allah memudahkan tugas EP aku ni, alhamdulillah. Daily fresh EBM pun tunggang langgang dan semakin sedikit. Sebabnya, azri lebih banyak muntah. Bila muntah, perut dah kosong, kena bagi lagi. Dengan aku tak dapat mengepam sekerap ketika ini, waduh!, masa ni baru rasa mujur dulu aku tak malas-malas mengepam dulu, buat stok EBM banyak2. Pulak tu, time2 demam ni aku banyak kasi die consume fresh jer yang baru lepas diperah dari ladang.

Aku kehulu-ke hilir call orang sana-sini tanya lepas itu apa, lepas ini apa pula, macam mana nak buat. Sure orang dok gelak aku, haha! Yang paling jadi mangsa kakak ipar aku. Sampai kakak ipar aku tanya, sebelum2 ni dia tak pernah demam kah. Dan tentu-tentu, kalau dah demam dulu lagi awal aku dah kol ye dak. Moga-moga cepatlah anak ibu ni baik, yeahh azri kuat! Go azri! Kalau tidak schecdule pumping aku pun tak keruan selama dia demam ni.

Akhirnya...

Akhirnya rekod tanpa demam selama 10 bulan sudah boleh tutup. Semalam, selepas berbuka, on the way aku nak tidurkan dia seperti biasa aku da rasa badan dia sedikit panas. Yang bestnya, senang betul dia nak tidur tak macam biasa. Letak, minum susu terus lelap, susu pun tak sempat habis. Dari pukul 8.30 dia tidur straight sampai pukul 11 pun tak bangun2. Sebab selalu time2 ni dah nak minum susu yang 2nd round pula. Aku pulak yang kejutkan dia minum susu. Bila dia terjaga, dia minum susu tapi terus tergigil2, badan pun dan naik panas. Check termometer dah 39.5c. Aku call hubby, dan immediately hubby ku balik dari batu pahat, pukul 12am gerak, kol 2a.m dah sampai. Still suhu azri 39.5, kami terus bawa ke KPJ specialist, sebab tu je yang paling dekat.

Sian kat azri, first time tengok dia macam tak selesa. Tapi alhamdulillah dia takda la fussy sangat. Doc kata, cuma demam biasa. Tak tahulah sebab apa, maybe sebab nak tumbuh gigi lagi kah. Sebab ada gigi bawah yang on the way nak tumbuh, atas pun. Lebih kurang 8-9 batang la keseluruhannya. Sebab semenjak wabak ni, memang azri tak pernah keluar rumah dah lebih kurang sebulan jugalah, atas pesanan hubby ku. Hari ni nampak macam demam dia dah kebah skit. Suhu badan pun dah back tu 35-36c tapi still ada lagi ngada2 tu. Oleh kerana ini first time kami melalui situasi ni so agak cemas dan risau juga. Cool fever pun takda spare dekat rumah! Dalam demam tu masih digagahi juga nak main2 macam biasa tapi tak lama pastu nak mintak dukung je. Hopefully my azri will get better soon. Boring tengok dia lemau je tak ceria seperti selalu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)