Merdeka!!

"Si baju hijau..sedang bertugas...diperbatasan..peluru tak bermata..harus waspada..!!".

Haha, tak habis2 dengan baju askar ni lagi. Gambar ni dah lama. Kebetulan aku godek2, macam nak tempek gambar ni sempena hari kemerdekaan negara yang ke-??erkk, ke berapa ekk...ke-52!. Kata semangat! Walaupun erti kemerdekaan itu tidak setebal dan membara seperti orang-orang sebelumnya yang lebih merasai erti kemerdekaan tersebut. Yang pasti ungkapan "merdeka" itu kini hanya tidak lebih dari sebuah ungkapan tanpa pengisian yang sepatutnya.

Lebih memalukan, walaupun lantang melaungkan kemerdekaan, tetapi disebalik ungkapan itu adalah pemikiran yang masih belum 'merdeka'. Pemikiran yang masih dijajah. Dijajah oleh perasaan hasad dengki yang sentiasa ada dikalangan "orang-orang kita". Sindrom "tidak boleh tengok orang lain lebih". Oleh sebab itu, lebih ramai 'orang-orang' kita yang ada PhD ni. Kadang-kadang aku gelak sebab ada juga orang yang "panas bontot/macam kena belacan dan terus melatah meraban-raban" bila ada orang lain yang mula maju. Wah entri emo lagi? Tidak, sekadar berbicara realiti kehidupan dikalangan "orang-orang kita". Aku berdoa sangat2 mudah-mudahan keluarga ku bukanlah dikalangan orang-orang yang begitu.

Sekian, salam "kemerdekaan" dari aku sekeluarga. Semoga orang-orang kita lebih ikhlas dalam perjuangan..... Untuk renungan, "Jika kita beri satu pada orang lain, insyallah, Allah akan beri dua kepada kita, mudah2han, usah lokek!'


Rezeki Ramadhan


Hasil awal pagi tadi, Alhamdulilah. Walau tak semeriah yang lain, tapi cukup membanggakan bagi 10 m.o EP'er ini. (Sila jangan geli2). Begini lahhasil setiap kali sesi pumping aku pada awal pagi. Walaupun ianya tidak lagi sehebat awal2 dulu. Kalau dulu, setiap pagi harus penuh kedua-dua botol itu. Duhhh, rindunya zaman-zaman itu. Seronoknya bila tengok susu memenuhi segenap ruang botol itu. Boleh senyum sampai ke telinga. Tapi, jangan kalau dapat separuh dari itu, sedihnya mengalahkan orang yang hilang harta. Betulah kata orang orang.."our precious breastmilk"..

Yang pasti hasil kiri, lebih champion dari hasil kanan. Dari segi size? (haha, lu pikir lah sendiri..wakakak). Bagi memotivasi diri aku lagi untuk sekian kali dan yang lelain, aku masih lagi mengepam dengan kadar minimum 7x hingga ke 8x sehari pada ketika ini. Aku masih lagi bangkit mengepam 2x pada waktu tengah malam (pukul 1.30am dan pukul 4a.m). Aku rasa boleh kira dah when was a last time i have good nite sleep, huhu! Jemu? letih? Malas? Tuhan sahaja yang tahu perasaan ini dan orang-orang yang melaluinya. Namun jika sebagai sahm pun aku terpaksa beri yang "lain" sedangkan aku telah diberi "free of charge" untuk make full use of it, sure the guilty feeling akan lebih berganda.

Aku masih menghitung hingga ke 365 hari. Dan apabila sampai hari itu, aku boleh senyum 'separuh'. Yess, lagi 60 hari je lebih kurang tu..huhu! Tak sabarnya. Wahh..entri emo lak aku sementara nk tunggu waktu buka nih. Sambil layan mengepam. Kalau waktu2 mengepam ni lah aku selalu terimbau perjalanan EP dulu, kini dan selamanya....eerrkk, selamanya!!??..

Aksi terjun buai

Haha, sila jangan tiru aksi ini dirumah!. Sekarang aksi melasak azri dah tahap dewa betul!. Ada je kezutan-kezutan yang dia buat, aku dah nerbes betol lah. Alkisahnya beberapa hari lepas, aku pelik tetiba azri aku dah terketik2 meniarap bawah buai. Aikk, sekejapan dah tido pastu dah bangun. Lazimnya, kalau dia bangun dari tido signal dia mesti menangis. Tapi hari tu, aku jengah tengok sekali sudah bawah buai laa. Aku tak pasti macam mana dia turun kah terjun. Kali ini, aksi dia dapat aku skodeng dan caught on camera. Haha, rupanya bila dia dah jaga, dia terus angkat kepala dan badan2 sekali. Huihh, skill baru ni. Selama ni tak pernah pula dia buat aksi stunt gini..


Testing power, adjust body dulu tengok buleh naik ke tak.


Pastikan kedua-dua belah tangan placing baekk punya di kain buai itu. Kemudian, dengan kadar "senafas" angkat badan kedepan, ala-ala anda sedang exercise di gym.


Pastu tengok jengah kedepan, kiri-kanan, tengok line clear ke tak sebelum membuat aksi stunt ini...Haipppp, ada hati nak terjun tu! Kali ni aksi awak tertangkappp..Gotcha!

Perihal Buka Puasa

Puasa kali ni tak tahu kenapa tiap kali buka, aku memang takda selera nak makan makanan yang lain. Setiap kali pegi param (pasar ramadhan) kat rumah aku ni, yang aku cari nasi ayam, samosa, nasi ayam. Eheh, macam lah aku pergi. Sebenarnya mak aku yang hari-hari pergi param tu. Dekat giler dengan rumah aku ni, jalan kaki je. Kalau sesiapa yang duduk berhampiran Kajang ni mesti tahu param kat area rumah aku ni. Aku tak tahu kah nama official param ni, maybe param taman Delima kot. Sebabnya, param ni kira otailah diantara param2 lain (dah lama). Orang yang berniaga pun ramai. Ramai orang disekitar2 area saujana impian, Sungai long, balakong dan kawasan2 yang sewaktu dengannya akan ke param sini. Setiap tahun, kalau bulan puasa sure sesak giler kawasan rumah aku ni. Sebab orang beli2 parking kereta sampai depan2 rumah aku.


Cite pasal menu nak buka, tiap kali mak aku tanya nak apa, aku jawab nak nasi ayam dengan samosa. Perrgh, samosa dia memang sedap giler! Aku memang tak selera makan lauk-pauk luar ni. Kecuali kalau kami masaklah kat rumah. Yang sudah semestinya kami agak malas nak masak, termasuklah mak aku sebab param depan rumah je...huhu! Selain makanan itu, air soya mesti mau pekena. Hari-hari bedal air soya. Bagus juga bulan2 puasa ni dapat soya fresh. Kalau tak pelantak soya kotak tu je la. Alhamdulilah, susu pun taklah kaput sangat. Hubby aku borong kurma yuta kat Tesc@ satu katun nak bawak balik bp, katanya kat sana tak jumpa kurma yuta lagi, kalau dah ada pun sure mahal. So aku bedal gak makan walaupun kurma bukan feveret aku.

Sepanjang beberapa hari berbuka ni, aku makan nasi ayam je lah dengan samosa kalau tak masak sampai mak aku lak yang jemu tengok aku makan yang sama jer hari-hari. Kalau sahur memang kena masak, tapi yang jalan lauk2 kicap, sardin, sambal dan telur masin kena ada. Pastu minum susu+oat, kuih-kuih balance semalamnya buka. Series aku sebenarnya tak larat nak masuk banyak-banyak subuh-subuh ni, nak makan nasi tu pun aku dah rasa macam full je tapi ku telan gak, even minum susu+oat tu pun rasa nak termuntah, pastu nak minum air masak lagi..aduhh, sudahnya, terkencing-kencing juga.

Sekali salah daa..


Eeeii...geram! Boleh pula salah. Kalau diamat-amati gambar itu (buat2 ler paham,hihi), itu adalah leher baju kurung yang belum siap lagi. Even, tangan, pesak etc sume belum dicantum. Baru buat lehernya dulu. Aku nak buat baju kurung mak aku. Banyak kain2 lama beli tapi tak berjahit. Aku dah lama tak jahit baju kurung semenjak ada azri ni. Last skali aku jahit tahun lepas, buat baju kurung preggy, hihi! Sebab masa raya tahun lepas aku tengah sarat. Baju kurung pun tak muat. So aku buat ler baju kurung besar tang perotnya supaya tak nampak perot.

Memandangkan nak raya ni, aku nak buatlah sehelai dua. Dah syiok aku cantum dan jahit, bila tengok betul2, aisey, kolar dia sudah terbalik dah. Kolar dia yang kat luar tu sepatutnya belah dalam. Aku tak perasan belah luar dan dalam kain ni. Seakan-akan sama je. Ni kes nak buat cepat2 la ni. Sebab susah nak buat kerja kang kalau azri dah bangun..huhu! Adoi, sila la tetas dari mula...mencikkk! Terus aku bungkus balik mesin, ilang mood dah!....

Extended LAM?

Dalam tempoh 10 bulan tidak period/pregnant ini, aku seringkali mengatakan bahawa ianya adalah hasil daripada kesan LAM. Kerana aku tidak mengamalkan apa-apa perancang mahupun kaedah 'barrier' (cuma guna kaedah barrier ini sebelum azri 6 bulan). Selepas itu tidak ada sebarang kaedah yang digunakan (dah plan untuk projek kedua,hihi). Dan aku masih kekal amenorrheic hingga kini. Dan aku suka mnggunakan istilah "LAM yang effektif" walaupun setelah selepas 6 bulan masih tidak preggy lagi. Sehinggalah, aku terdengar bahawa ada yang mengatakan yang LAM itu hanya boleh dikirapakai sebelum baby 6 bulan. Jika sudah, ianya bukan LAM lagi, maybe nasib-nasiblah.

Sehinggalah aku korek-korek info mengenai extended LAM yang menjadi persoalan aku adakah ianya apply atau sekadar anggapan aku semata-mata. LAM ini berkait rapat juga dengan return of ovulation kerana lagi lama seseorang itu berada dalam keadaan lactational amenorrhea, lagi kurang kebarangkalian untuk kembali period dan seterusnya pregnant. Amenorrhea yang bermaksud ketiadaan haid dalam kitaran reproduktif wanita. Wanita yang amenorrhea dalam tempoh penyusuan ini dipanggil Lactional Amenorrhea atau amenorrhea kerana menyusukan anak. Harus diingat, wanita juga boleh kekal amenorrhea walaupun bukan dalam tempoh penyusuan sebagai contoh pengambilan ubat-ubat seperti pil perancang sebagai contoh Depo provera, micronor dan sebagai dan pil-pil perancang yang mengandungi progesterone. Disamping itu, wanita yang menghidapi PCOS (poly-cystic ovarian syndrome) juga akan kekal amenorrhea.

Sebagai permulaan pada sesiapa yang belum faham apakah itu LAM, ianya adalah singkatan untuk Lactational Amenorrhea Method. LAM adalah salah satu kaedah perancang keluarga yang semulajadi akibat daripada penyusuan secara esklusif. Telah terbukti bahawa kaedah ini mencapai kadar efektif sehingga 98-99.5% tetapi ianya akan betul2 berkesan jika ketiga-tiga syarat ini dipenuhi iaitu:
  1. Bayi masih berumur dibawah 6 bulan
  2. Belum lagi datang period setelah melahirkan
  3. Menyusukan bayi 24 jam tanpa sebarang makanan tambahan yang lain
Ketiga2 ini adalah kriteria yang perlu ada untuk teknik LAM secara umumnya. Jika salah satu tidak dipenuhi, teknik ini tidak akan mencapai tahap efektif seperti diatas. Dan begitu apabila bayi telah meningkat selepas 6 bulan, LAM juga tidak lagi diguna pakai dan kaedah perancang keluarg yang lain adalah disarankan. Kini tempoh LAM tidak lagi terhad kepada 6 bulan. Kini beberapa kajian telah dibuat berkenaan keatas modifikasi tempoh LAM yang sedia ada ke LAM-9 (nine months variants) dan ada juga sehingga LAM-12.

"...we are now exploring what we call LAM II, a new more flexible method. Some centers have already begun independently to experiment with "LAM 9," a nine-month variant, and women who have self-selected to extend LAM are being studied in several settings.."

[Sumber: The Lactational Amenorrhea Method (LAM): Another Choice for Mothers, La Leche League]

Menurut kajian yang dijalankan, bahawa extended boleh dilaksanakan jika breastfeeding pattern yang rigid diteruskan setelah bayi berusia 6 bulan. Dalam erti kata lain, penyusuan yang kerap dan konsisten. Walaupun solid food telah diperkenalkan. Dalam kes ini, ibu-ibu memberikan penyusuan terlebih dahulu sebelum solid food. Dan kekerapan itu haruslah konsisten seperti mana pada awal2 penyusuan dahulu. Dan tanpa disedari, ramai juga yang kekal amenorrhea sehingga 12 bulan. Dan jika ditanya pada ibu-ibu yang kekal amenorrhea sehingga 9-12 bulan itu sudah tentu jawapan yang boleh kita jangkakan berbanding yang kekal amenorrhea sehingga 6 bulan.

"..The extended version of LAM (e.g, LAM-9, MAMA-9, LAM-12) are based on amenorrhea and maintenance of high frequency pattern of breastfeeding, with fully or nearly fully breastfeeding and with breastfeeding before each supplemental feed.."

[Sumber: Can the lactational amenorrhea method (LAM) use be extended beyond six months?]


"..The likelihood of LAM being effective beyond six months increases when women breastfeed intensively during the first six months and when they breastfeed immediately prior to each feeding of supplement.."

[Sumber: Research confirms LAM's effectiveness, UN Research]

Secara kesimpulannya, kesan daripada menggunakan LAM dengan effektifnya, disamping mengurangkan kebarangkalian untuk tidak pregnant tanpa menggunakan ubat-ubatan (contraceptive pils) dan sekaligus dapat meneruskan proses penyusuan itu dengan lebih lama lagi. Dengan syarat, KEKERAPAN penyusuan itu ditingkat dan meneruskannya dengan pemerahan yang KERAP apabila tidak bersama bayi. Wallahualam. Kita hanya mampu merancang tapi kalau dah rejeki dari Allah S.W.T nak buat cemana ye dakk, LAM tak LAM!

Happy 10 m.o. to Azri


Cam biasa, tiap2 bulan mesti ada entri macam ni punya. Semalam 23hb genap azri 10 bulan. 10 bulan azri means 10 bulan EP, Yeay! Besar dah anak ibu. Seronok sangat tengok dia. Kalau rasa malas2 nak pam, tengok dia terus bersemangat balik, tak jadi penyakit M nak singgah lama2, hua hua! Apa progress azri setakat 10 bulan ni, walaupun tak berapa banyak, adalah beberapa perkara2 baru yang yang azri mula berlajar, contohnya:
  • Azri dah pandai duduk sendiri, belum merangkak lagi tu pasal masuk pertandingan bayi merangkak masa Hari Susu Ibu tempohari, awal2 dah out,hihi. Kalau mengesot oklah lagi, cuma dia masih ada malas2 lagi.
  • Selain daripada baru duduk2. Dia dah mula nak meniti2. Aiihh merangkak belum, nak berdiri dah! Lompat kah, wakaka.
  • Suka jerit-jerit. Dah pandai cakap "arrrggghh" tak kasi orang amik barang yang dia tengah syiok pegang geget2. Wahh kecit2 dah pandai 'arghh' ye, dah becauu nanti jangan buat gitu tau, doce tau!
  • Suka mengigit. Especially kalau pegang tangan, bahu, telinga orang. Mentang2 gigi dah ada 7 batang, ni pun lagi 3 coming soon...
Walaupun azri tak banyak progress dari segi fizikal, tapi Alhamdulilah sepanjang 10 bulan, dari segi kesihatan tak banyak ragamnya, senang ibu menjaga azri. Azri pun belum pernah demam atau sakit-sakit lagi hingga setakat ini, alhamdulillah, semoga azri akan terus membesar dengan sihat dan kuat! Berkat doa ibu. Mungkin Allah mempermudahkan lagi perjalanan EP ibu ni, syukur!Eheh, apa kes tetiba nih!. Sesajer nak nak tempek gambar ibu azri pula ke nak tunjuk tudung rm10 baru beli tu, huhu. Dulu aku tak suka sangat tudung jenis ini, sebab rasa nampak bolat lagi muka aku tak sedar sebenarnya memang dah sedia bolat, nak salahkan tudung. Tapi now aku rasa terbalik lak, bila aku pakai tudung ni, aku nampak lebih slim skit (repeat: sedikit je) tang muka tu la kalau compare bila pakai tudung bawal. Dapat le tercover sket lelamaks2 kiri kanan, bawah dagu sumer. Ye kah! ke aku yang perasan..

1st Day Puasa & EP

Semalam selamat aku menjalani ibadah puasa ku untuk pertama kalinya semasa dalam penyusuan ini. Alhamdulilah, tidak sesukar mana. Cuma aku agak ter-sycho dengan output yang aku dapat. Macam mana tak sycho, ibu ku pun tegur 'eh, sikitnya susu ko dapat'. Output yang aku dah jangka kan. Kerana aku perlu minum air yang agak banyak in order nak produce certain quantities. Adei! Aku ingat lepas buka, aku nak lantak soya, air bagai, mudah2han aku boleh produce lebih banyak waktu malam, tapi aku terus flat selepas makan. Pukul 9 aku tido kan azri dengan aku2 pun tido sebab aku rasa letih sangat. Dan malam aku bangun untuk pam pun out pun tidak menunjukkan peningkatan walaupun dah makan dan minum eheh macam laporan beritaa daa. Maklumlah, first time berpuasa dalam keadaan gini. So aku jadi sedikit jakun cuak bagai..huhu!

Output untuk sesi pumping aku semalam:

7.30a.m = 5 oz
10.00a.m= 3.5 oz
12.30a.m = 3 oz
2.30p.m = 2 oz
5.30p.m = 3 oz
8.00p.m = 3 oz
11.30p.m = 3.5 oz
3.00a.m = 4 oz
---------------------
TOTAL = 27 oz
---------------------

Memang agak sedikit dari biasa. Aku perlu maintain minimum 30 oz sehari sebab azri ku minum minimum 30 oz. Itu pun dah nampak macam tak cukup je. Bila time dia minum, selalu dia sedut2 lagi puting tu walaupun susu dah habis. Pernah ku cukupkan ke 5 oz, habis skali minum. Mak ku dah start komplen, sukatan yang lama tu dah tak cukup. Tapi aku masih tetap juga sukat 3.5-4 oz setiap botol. Aku pula tak mampu nak produce sebanyak 5 oz setiap sesi melainkan waktu pagi. Di waktu2 yang lain, paling tinggi pun 4 oz.

Dikala orang asyik komplen susu kurang. Aku pula bukan kes susu kurang, tapi anak yang minum banyak. Orang kata dah start makan, dia akan kurang susu. Tapi berlainan dengan azri, dia makan 3x satu hari (1x makan bersamaan satu cawan dadih penuh) dan masih minum susu minimum 30 oz sehari (3.5-4 oz sekali minum). Masa hari susu ibu tempohari, aku mintak advice kak kamariah. Beliau mencadangkan agar aku increasekan food intake dia. Warghh..tak tahu nak tambah apa. Yang 3x ni pun rasa mcm dah byk.

Ini je lah pendapatan ku seharian semalam, sob sob!


Salam Ramadhan

Ya Ramadhan Pictures, Images and Photos

Di sini, aku nak mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga ibadah puasa yang dijalani diberkati oleh Allah S.W.T. Semoga production susu kita tetap maintain sepanjang bulan Ramadhan ini, insyallah dan Allah permudahkan usaha kita. Aku pun nak mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada rakan-rakan blogger semua jika ada coretan-coretan ku disini yang menyinggung perasaan kalian. Eheh rasa macam nak raya pulak. Esok first time, aku berpuasa. Hopefully production susu aku tetap seperti biasa, Amin!

Kisah ikan bilis

"....Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda..."

[Sumber: It’s So Yummy, Mummy! - Easy & Healthy Recipes for Young Children]


Aku sesajer jer explore SI. Klik2 artikel yang ada kat situ. Ada satu artikel tentang solid food. Rasa macam dah baca dulu. Aku baca lagi, sampai aku terperasan ayat yang aku quote diatas. Terus aku teringat kisah bubur ikan bilis azri dulu. Ketuk kepala aku dulu!. Pasal ikan bilis tu lah azri ku sembelit sampai 3 hari tak berak. Sebab masa tu aku buat bubur ikan tu untuk dia. Wah memang berselera dia makan. First time nak cuba letak ikan bilis. Setelah ku tanyakan pada rakan2 macam mana nak prepare ikan bilis tu, nak goreng ker salai ke bagai tanpa aku tanya berapa banyak yang perlu aku letak dalam bubur dia. Ingat secukup rasa je, haha!

So aku pun ambil lah lebih kurang separuh dari segenggam untuk digoreng. Lebih kurang dalam 10 keping jugalah dan aku goreng kering. Sebab 10 keping ikan bilis tu dari pandangan aku tu takdalah banyak mana pun. Kecik-kecik je, hihi!. Selepas dah goreng, aku masukkan kesemuanya (repeat: kesemuanya) sekali ke dalam bubur dan di blend. Oleh kerana aku masak sekali dapat makan sampai esok gak, huhu! Lebih kurang 2 hari gak lah dia makan bubur tu. Masuk hari kedua dia tak berak lagi. aku dah mula cemas. Aku dah agak mungkin sebab ikan bilis tu kot. Tanya punya tanya tentang kuantiti ikan bilis tu rupanya sedikit sahaja untuk ditabur2kan atas bubur tu.!

Berapa 'sedikit' tu lah yang ku tak berapa tahu sebenarnya. Kalau ikut citarasa sedikit ku ni, 5 keping pun kira sedikit gak, haha! Sampai ler aku terbaca semula artikel tu, rupa2nya hanya 2 keping ikan bilis jer. Hmm, patutlah sembelit, overdose! Hua hua hua!


Breastfeeding and Menstruation/Ovulation

Aku sekarang tengah giat mara surf mengenai breastfeeding dan return of menstruation. Wah, yatie ko nak buat research kah?. Haha, aku nak sangat nak tahu dan kaji the return of menstruation after birth dikalangan ibu-ibu yang menyusu. Aku nak tahu kenapa ada perbeza-beza jangkamasa kembali period bagi ibu-ibu yang fully breastfeeding ini. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ada yang sesetengah tu cepat, ada sesetengah tu lambat. Ada beberapa artikel yang ku baca dan menarik untuk dikongsikan bersama. Diantara faktor-faktor yang menyebabkan kembalinya period itu adalah:
  1. Kekerapan bayi itu menyusu
  2. Kekerapan bottle-feeding berbanding breast-feeding
  3. Adakah bayi menggunakan pacifiers
  4. Jangka masa bayi tido yang lebih lama pada waktu malam
  5. Pengenalan kepada makanan pejal dan sebagainya
Jika kesemua faktor-faktor diatas telah dikenal pasti dan menyebabkan kurangnya stimulasi kepada breast terutamanya pada waktu malam (see night feeding/pumping adalah SANGAT penting) lagi awal kebarangkalian kembalinya period ibu itu. Setelah kembalinya period yang pertama, ianya akan berterusan tetapi akan menunjuk pattern yang tidak tetap (irregular) sepanjang tempoh laktasi itu. Dan setelah itu, agak normal lah jika pattern period itu adakala panjang dan adakalanya singkat dan kadang-kala ianya akan skip beberapa bulan sehingga datangnya semula period yang seterusnya dalam tempoh selagi penyusuan itu berlaku.

[Sumber: Breastfeeding and Menstruation by Becky Flora, BSed, IBCLC]

Aku agak berpendapat, kembalinya period seseorang ibu itu adalah sangat berkait rapat pada kekekerapan penyusuan atau lebih terperincinya, pada kekerapan breast dikosong agar pengeluaran susu itu sentiasa berada pada tahap yang optimum. Abaikan kadar pengeluaran susu pada awal2 satu-dua bulan kerana pada ketika itu pengeluaran susu lebih banyak dikawal secara hormonal (endocrine control system) dan susu tetap akan terproduce regardless bayi itu menyusu atau tidak dan jika distimulate lebih lagi pada ketika ini (i.e nursing/pumping) yang lebih kerap, pengeluaran akan jadi lebih lumayan lagi. Sila fokus pada waktu 3 bulan ke atas,kerana pada ketika ini lah, kekerapan penyusuan itu kembali berkurangan diatas faktor kembali berkerja, sibuk, penyakit M dan sebagainya. Dan perlu diketahui pada ketika ini, pengeluaran susu tidak didorong sepenuhnya pada faktor hormon tetapi sebaliknya adalah berdasarkan kekerapan susu dikeluarkan daripada breast (frequency of breastmilk removal). Refer pada carta dibawah untuk lebih pemahaman.



Dan kenyataan aku itu didokong berdasarkan artikel yang aku jumpa mengenai research ini:

"The infant feeding patterns at the time of first ovulation after childbirth were determined in a longitudinal study of twenty-seven mothers who chose to breast feed their babies. Fourteen mothers suppressed ovulation throughout lactation and thirteen ovulated while still breast feeding. Those who ovulated while breastfeeding had all introduced two or more supplementary feeds/day, reduced suckling frequency to less than six times/day and reduced suckling duration to less than 60 min/day at the of first ovulation."

[Sumber: Fertility after childbirth: infant feeding patterns, basal PRL and post-partum ovulation


Dan aku quote satu lagi artikel yang mengatakan kekerapan penyusuan itu menjadi faktor kembalinya period dalam tempoh penyusuan.

"Decreased suckling session frequency and decreased total breast-feeding duration each day were found to signal a higher time-specific probability of recovering menstrual cyclicity."

[Sumber: Continuously Recorderd Suckling Behaviour and its Effect on Lactational Amenorrhoea]

"The factors predicting the return of ovulation during lactation were investigated in 60 breast feeding mothers from Baltimore, Maryland, and 41 mothers from Manila, the Philippines. The women in Manila breast fed more frequently (11.0 mean daily feeds) than those in Baltimore (5.8 feeds) throughout the first postpartum year. However, during the first 6 months, the average length of an individual breast feed was longer among US women. Although both groups gave few supplementary feeds during the first 20 weeks after delivery, more non-bottle feeds were given thereafter in Manila. Use of bottle feeds was similar in both groups. Women who first ovulated before 6 months gave significantly fewer mean daily breast feeds during this period (8.5) than those who first ovulated after this point (10.7). Women who first ovulated before 6 months also had a lower percentage breast feeds of total feeds (84.2%) than women who first ovulated later (88.2%)"

[Sumber:Risk of Ovulation during lactation]

Sebagai rumusan, aku berpendapat kekerapan penyusuan yang konsisten sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari dengan konsisten akan melewatkan kembalinya period itu. Bagi yang bekerja, waktu tidak bersama dengan bayi itu harus lah diganti dengan kekerapan yang bersesuaian dan meneruskannya dengan kekerapan menyusukan sekembalinya dirumah. Dan jika kekerapan penyusuan itu tidak akhiri dengan pengosongan breast yang optimum, pemerahan singkat adalah dicadangkan untuk merangsang lebih banyak pengeluaran susu. Apa yang tertulis diatas adalah kebarangkalian semata-mata. Kuasa Allah S.W.T maha mengatasi segalanya. Walhal terjadi juga ibu-ibu yang selepas pantang pun terus pregnant kembali. Wallahualam..

Puasa dan Penyusuan

Bulan Ramadhan bakal menjelang, sudah pasti mendatangkan kegusaran kepada ibu-ibu yang menyusu. Pelbagai persoalan menerjah ke pemikiran. Yang paling utama adalah 'cukupkah susu ku nanti?' Termasuklah diriku tapi aku buat2 cool aje, taknak fikirkan sangat cukup ke tak ke, larat ke dak ker. Sebagai persediaan mental aku sentiasa surf info-info mengenai penyusuan ketika dibulan puasa. Dan aku terjumpa satu soal-jawab mengenainya di satu laman blog ini. Dan yang kebetulan sama dengan info yang mamanoa paste di forum aku. So aku pun nak share juga info yang aku baca ni mengenai hukum & fakta penyusuan ketika berpuasa.

Dari segi hukumnya bagi wanita hamil dan menyusukan anak:

Di antara rahmat Allah yang agung kepada hamba-hamba-Nya yang lemah, Allah memberi rukhshah kepada mereka untuk berbuka, dan di antara mereka adalah wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu (iaitu al-Ka’bi, bukan Anas bin Malik al-Anshari, pembantu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tapi ini adalah seorang pemuda dari Bani Abdillah bin Ka’ab, dan dia pernah tinggal di Bashrah, beliau hanya meriwayatkan hadis ini sahaja dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam): “Kuda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mendatangi kami, aku pun mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan aku temui dia sedang makan. Beliau bersabda: “Mendekatlah ke sini dan makanlah”, Aku berkata, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”, Maka beliau bersabda, “Mendekatlah ke sini, aku akan membeitahumu berkenaan dengan puasa. Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan menyusukan anak akan kewajiban berpuasa. Demi Allah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengucapkan keduanya atau salah satu dari keduanya. Aku pun benar-benar menyesal kerana tidak memakan makanan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (715), an-Nasa’i (4/180), Abu Dawud (3408), Ibnu Majah (16687). Sanadnya hasan sebagimana pernyataan at-Tirmidzi)

[Sumber: http://fiqhmedic.wordpress.com/2009/07/23/kemudahan-dan-keringanan-ketika-berpuasa/]


Penulis ini juga menerangkan bagaimana keadaan-keadaan dimana ianya boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu-ibu yang menyusu jika berpuasa. Dimana keterangan-keterangan beliau disokong dengan beberapa link research yang telah dijalankan engenai penyusuan semasa bulan puasa. Ianya amat cukup jelas dan meyakinkan.


"Ia dibenarkan andai dikhuatiri kesihatan ibu dan bayi terjejas kerana itu. Dari pengamatan saya, terdapat beberapa keadaan di mana puasa memberi kesan kepada wanita tersebut.

Dehidrasi

Antara komplikasi utama yang membolehkan wanita menyusukan anak berbuka puasa adalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda-tanda yang puan nyatakan seperti tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang teruk adalah berpunca dari dehidrasi. Apabila terdapat gejala sebegini, maka dibenarkan berbuka.

Kekurangan susu pula adalah akibat dari dehidrasi yang teruk. Namun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan puasa di bulan Ramadhan tidak membawa kepada dehidrasi kepada ibu yang menyusukan anak. Kecuali apabila si ibu kurang menitik beratkan amalan sahur dan tidak meminum air yang cukup dalam selang waktu yang lama sebelum berpuasa."


Dan punca kurang susu ibu. Jika menurut kajian di atas, punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi. Dalam banyak keaadaan, kerisauan ibu yang takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa. Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.

Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.

Maka, penyusuan berterusan samada puasa ataupun tidak amat penting supaya payudara tidak terputus menghasilkan susu.


Kajian tentang puasa dan penyusuan susu ibu

Satu kajian dilakukan ke atas wanita Afrika berkenaan hubungan puasa dan breastfeeding mendapati isipadu susu yang dihasilkan tidak terjejas sewaktu puasa. Dan sebanyak 90% wanita Afrika yang hamil dan menyusu akan berpuasa semasa Ramadan. Kajian dari Universiti Colorado juga menegaskan puasa tidak memberi kesan kepada penghasilan susu dari segi isipadu dan kepekatannya.


“Metabolic consequences of fasting during Ramadan in pregnant and lactating women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/6643131?dopt=Abstract


“Effects of fasting, elevated plasma glucose and plasma insulin concentrations on milk secretion in women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8254289?dopt=Abstract


Manakala, kajian oleh Universiti Ankara di Turki merumuskan bahawa kekurangan penghasilan susu dan kesan-kesan lain semasa puasa lebih merupakan kepercayaan tersendiri si ibu. Bimbingan agama dan teknikal amat diperlukan untuk membantu golongan ini.


Fasting by breastfeeding mothers of infants is common during Ramadan, and rates are affected by beliefs of mothers on the effects of fasting on breastfeeding. We believe that child health care providers need to be knowledgeable about religious and cultural phenomena, study the effects of Ramadan fasting and form links with Islamic teachings to find religiously and culturally appropriate methods to combat the possible unfavourable effects for infants and children.”


Attitudes and practices of breastfeeding mothers regarding fasting in Ramadan.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11737021?dopt=Abstract


Syor mengikut rukhsah. Maka, dalam hal ini, rukhsah telah pun diberi. Tiada halangan untuk si ibu berbuka jika risau mudarat kepada dirinya dan bayinya. Jika dia berkeyakinan untuk terus berpuasa tanpa masalah, tiada halangan juga baginya.

[Sumber: http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/09/15/wanita-menyusukan-anak-berpuasa-breastfeeding/]

Setelah membaca-membaca penjelasan beliau maka agak kuranglah kegusaran sama ada mahu berpuasa atau tidak. Terpulang pada diri sendiri. Dan satu lagi, aku terbaca dalam satu buku fardhu ain dibahagian puasa, diantara orang yang tidak wajib berpuasa adalah:

"Perempuan yang hamil dan sedang menyusukan anak dibolehkan tidak puasa tetapi wajib qada setelah berhenti menyusukan anak itu. Kalau dia dalam keadaan hamil dan sesudah itu menyusukan anak sepanjang tahun, tidak wajib qada atasnya tetapi wajib fidyah atau puasa yang ditinggalkan itu" [Sumber: Asas-asas fardhu Ain, Ustaz Sulaiman Endut (JAWI)]

Aku agak musykil dengan ayat kedua itu "hamil dan menyusukan anak sepanjang tahun" tidak wajib qada' pula. Adakah sesiapa yang faham, leh tolong esplen untuk diriku yang blur ni. :)

EP Tips For EBM Feeding during night

Sejak dari isu EP yang bikin panas itu, aku dapat quite a few response from email especially, mengenai exclusive pumping ini, which is something yang aku rasa people are starting to accept exclusive pumping as the option to formula feeding when breastfeeding does not work out. Sebab ramai juga yang opt to EP rather than giving FM as a last resort. We need to have a moral support so that our effort tidak berakhir ditengah jalan. Sebab often EP among us feel isolated, alone and sometimes being misunderstood yang akhirnya tidak berjaya seperti yang diharapkan.

Bukanlah aku ingin menjadikan EP sebagai satu trend terutama kepada ibu-ibu yang refuse to breastfeed kerana fenomena EP ini agak berlainan jika dibarat. Disana terdapat juga dikalangan kelompok EP yang berEP kerana personal preference dan itu adalah satu isu yang berlainan dan perlu dilihat dari perspektif yang berbeza pula. Rata-rata kebanyakan ibu-ibu EP disini jika ditanya adakah mereka akan mengulangi EP ini lagi, jawapannya sudah pasti adalah TIDAK!.

Aku publishkan (dengan kebenaran) kiriman e-mail dari nor mengenai pengalaman dan perasaan beliau mengenai exclusive pumping. Dan juga some tips for EP untuk jawapan bagi pertanyaan kepada persoalan beliau mengenai EBM management during night feeding.

salam, Sis...
I was browsing your blog on entry about EP , nak comment tak leh sebab takde blogger account. However, I agree completely pasal org kurang paham pasal EP. I am an EP mom too :). My baby tanak direct feed sbb nipple confusion bila I start keje. Usaha? segala usaha dah buat, segala nasihat LC dah ikut... yg dpat tangisan, raungan (both me and my baby)... Production susu pun merudum gile masa tgh stress2 tu.. I end up produce sikt sgt samapi habis stock EBM yg penuh berkepuk dlm fridge tu..
And then I found an article ( wish I can remember to save it!) about the joy of EP and letting go the "guilt" of not directfeeding your baby.. Alhamdulillah, after I accept the fact my baby mmg tanak and I started regularly pumping ( every 3 hours day and night), my production dah ok balik.. berlebih2 lagi,... rezeki anak... myjourney mmg baru lagi... my baby baru 4 months, but I am determine to EP until he's 2 yrs old...

Mmg bila baca dlm internet (Malaysian forum esp...) berdesing2 telinga, menitik airmata pun jadi bila some zealous BF mom dok lecture kita2 yg tak berjaya direct feeed.. mcm hina sgt la org yg tak berjaya ni... tanak pun recognise our effort to bagi jugak anak tu breastmlik w/pun tak direct...
Since you have EP quite some time, nak tanya sikit. Klu your baby bangun mlm2 nak minum (esp time dia reverse cycle - miunm mlm byk dr siang) , how do you do it? Eg : My baby dah nangis2 nak susu, the only susu yg ada is kat dlm fridge-sejuk.. takes time nak heat itup... nak pump pun ambik masa jugak.. u penah in that situation tak? or how do feed your baby mlm? nak tahu sgt.. sian tgk baby kena tunggu sementara either I pumped enough or susu sejuk tu panas...
thanks.

-CNMS-


Aku juga melalui situasi seperti yang nor lalui. Penyediaan EBM ketika waktu tengah-tengah malam memang agak menyukarkan, kerana apabila waktu tido, kita susah nak bajet waktu bila yang kita perlu prepare kan ebm. Dan bayi agak tidak sabar menunggu susu ketika waktu tidur berbanding pada waktu siang. Jadi untuk memudah aku supaya tidak kelam kabut tertunggu-tunggu EBM yang sedang dipanaskan, aku tidak memberi chilled EBM sebalik hanya memberi EBM yang baru diperah. Oleh kerana aku bangkit untuk pam 2x dari pukul 12am sehingga pukul 5am itu, tiada masalah untuk aku prepare EBM sebelum azri menangis, dan aku dah agak boleh bajet waktu2 yang dia nak susu.

Sebagai contoh, waktu tido azri selalunya around pukul 9pm, sebelum tido azri minum EBM yang dlm fridge. Bila dah tido, aku pam dan tak simpan fridge dah, just standby EBM tu untuk waktu tengah2 malamnya. Usually kalau waktu malam, the gap between next feeding tu paling lama pun 3 jam. So, by the time dia menangis nak susu tu should be around 12-1am. Since EBM dalam suhu bilik boleh tahan sehingga 4 jam, even 5 jam skali pun memandangkan suhu bilik ku yang agak sejuk ber-aircond, ngee! After feeding, aku pam lagi and standby EBM tu untuk feeding yang seterusnya lebih kurang 4-5am pula. Dan begitulah seterusnya. Dan biasanya susu aku will be at peak level around 5-6am, means bila time ni aku perah aku boleh dapat 2x ganda output dari biasa sometimes 3x ganda.

Begitu cara ku menghandle EBM ketika waktu malam. Aku make sure aku set jam supaya aku tak terlajak. Tapi ada kes2 juga aku terlajak tak sempat pam, still aku kena amik EBM yang sejuk dan panaskan jer. Tapi sebenarnya, aku lagi rela bangun dan pam dulu daripada amik EBM yang kat fridge. Kerana nursing/pumping at night adalah sangat crucial yang akan menentukan jangka masa penyusuan susuibu ini.

Semangatku

And time goes by...

Ahmad Azri Azzuri@Birth (23/10/2008):3.60kg

Azri@1 month: 5.0kg

Azri@2 month: 5.3kg

Azri@3 month: 6.40kg

Azri@4 month: 7.50kg

Azri@5 months: 8.50kg

Azri@6 month: 9.0kg

Azri @7 month: 9.80kg

Azri @8 month: 10.00kg

Azri @9 month: 10.50kg

Azri@ 9++ month: 10.?? kg

Breastfeeding Jaundice VS Breastmilk Jaundice

Sedikit info berkenaan dengan jaundice in newborn. Adakah Breastfeeding jaundice (Jaundis penyusuan susuibu) dan Breastmilk jaundice (Jaundis susu ibu) adalah sesuatu yang sama? Aku juga agak keliru, ketika azri terkena jaundice pada awal kelahirannya dulu. Pelbagai soalan menerjah ke pemikiran. Dan yang pasti agak sukar untuk aku cuba memahaminya ketika waktu. Bagi aku kedua-dua sama jer. Namun setelah ianya berlalu, segalanya mulai masuk kedalaman pemahaman satu per satu dan segala persoalan ku terungkai setelah ianya berakhir.

Kenapa aku agak concern mengenai isu ini? Kerana azri ku adalah salah seorang yang diconclude of having "breastmilk jaundice" after prolonged jaundice itu. Walaupun peratus bayi yang mendapat breastmilk jaundice adalah tidak lebih dari 1% (Sumber: Kurikulum Panduan Pengurusan Laktasi, PPUM) Mungkin aku patut buat entri chronicle pengalaman azri melalui breastmilk jaundice. Mungkin kemudian.

Terdapat perbezaan bagi kedua-dua jaundis ini yang perlu diketahui secara umumnya. Mengikut definisi bagi kedua-dua jaundis ini, 'Breasfeeding Jaundice' atau jaundice penyusuan susu ibu adalah disebabkan penyusuan susu ibu yang tidak mencukupi yang mengakibatkan kurangnya pergerakan usus perut (bowel movements) untuk menyingkirkan bilirubin daripada badan (kurangnya pembuangan bilirubin didalam najis). Oleh kerana bilirubin terkumpul didalam najis, kekerapan pembuangan akan mengurangkan bilirubin didalam badan.Dan jika keadaan ini tidak berlaku , bilirubin akan re-circulates semula kedalam sistem badan dan menyebabkan jaundice. Keadaan jaundis ini dapat dikesan 3-4 hari selepas kelahiran dan kemudiannya akan beransur-ansur hilang selepas bayi berusia 2 minggu.

Manakala 'breastmilk jaundice' atau jaundis susuibu adalah sebabkan substance (sesuatu bahan) yang terdapat susu ibu itu iaitu (metabolite of progesteron which is 3-alpha-20-beta pregnanediol dan lipoprotein lipase) yang mana kedua-dua substance ini menyumbangkan kepada kurangnya kadar conjugation terhadap bilirubin dan seterusnya meningkatkan kadar bilirubin didalamdarah.[Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Neonatal_jaundice#Breast_milk_jaundice].

Bayi yang jaundis dalam keaadaan ini mula dikesan sehari selepas kelahiran dan ianya boleh berlarutan selama 2 bulan. Seringkali terjadi jika bayi dikatakan mengalami breastmilk jaundis ini, penyusuan susuibu itu harus dihentikan selama 24 jam hingga ke 48 jam jika kadar SB (serum bilirubin) melebihi 20 mg dan kadar sb biasanya menurun dari paras sebelumnya. Dan apabila susuibu diberi semula, kadar jaundis akan meningkat tetapi tidak mencapai tahap yang sebelumnya [Sumber:Kurikulum panduan pengurusan laktasi]. Dan selalunya kadar sb akan turun-naik dalam tempoh waktu itu.

Kebanyakan bayi yang mengalami 'breastmilk jaundice' adalah didalam keadaan yang sihat, menunjukkan peningkatan dari segi berat yang normal. Semasa bayi didalam keadaan ini, dan setelah menjalani rawatan phototherapy kadar sb didalam darah dipantau dari masa kesemasa oleh doktor, dan ianya akan berlarutan sehingga ke sebulan lebih atau 2 bulan sehinggalah ianya menunjukan tanda-tanda penurunan. Dan dalam situasi ini, penyusuan susuibu itu haruslah diteruskan seperti yang dicadangkan.

Azri sewaktu di NICU, Hospital Kajang. Waktu ni, dia baru berusia 3 hari. Jaundice dia berlarutan sehingga sebulan lebih. Dalam tempoh tu, dia memang kekuningan jer. Dekat nak masuk 2 bulan, baru jaundice dia completely hilang. Tapi in between tu, azri memang sihat jer and berat pun bertambah seperti biasa.

Jom Pekena


Entri dmost santai petang-petang sambil minum teh Red Dates & longan In-comix. Maybe ramai yang dah tahu longan dan kurma dikatakan boleh membanyakkan susu badan. Ada yang mengambil longan dan kurma itu dalam berbagai-bagai bentuk. Ada yang try longan kering lah, longan yang original lah dan macam-macam lagi. Itulah semangat seorang yang ibu yang sanggup buat apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Bersusah-susah mencari berbagai-bagai jenis galactagogues untuk membanyakkan air susu badan yang tak pernah dimakan pun sanggup ditelan janji ianya boleh menbanyakkan air susu.

Aku dengar pasal red dates with longan tea ni di forum si. Puas merata aku aku cari tak jumpa-jumpa. Maybe scope pencarian aku hanya tertumpu pada giant, econsave dan tesco di area rumah aku ni. Ni pun aku beli dekat kedai maryaaa semasa opening kedai beliau tempohari. Aku minum ni satu hari satu kali sahaja time petang-petang. Alhamdulillah, badan aku serasi nampaknya. Tak macam kes habbatus sauda dulu yang buat susu ku drop habis. Ada peningkatan oz dari yang sebelum-belumnya walaupun tak banyak. Normally sebelum aku try teh ni, aku hanya dapat 28-30 oz jer. Tapi selepas consume teh ni, total pam untuk satu hari leh dapat 30-32 oz.

Rasanya pun sedap sangat. Rasa teh dia pun mild je. Menurut penerangan dibelakang pack ini, ianya boleh membantu sistem penghadaman & limpa yang sihat, menghasilkan sel-sel darah merah dan mengekalkan ketenangan. Wahh, patutlah acikk ala-ala blues, hihi! Ianya dah siap2 di campur gula, so kita takyah nak letak gula lagi. Kalau aku minum, aku suka guna mug yang besar atau yang panjang. So secara tak langsung aku minum air lagi banyak tapi lagi berkuranglah manisnya. Kalau nak yang sedang-sedang kemanisannya, se-mug dah kira ok. Kalau ada yang tahu kat pasaraya mana yang boleh didapati teh ni disekitar kawasan kajang-cheras ni, roger-roger lah akakk ye! Kalau tak, kena suruh maryaaa pos dari kuantan juga, huhu!

myLittlebooth sling pouch


Akhirnya, pouch yang aku tunggu-tunggu tiba jua hari ini. Sunggu jakun aku dengan pouch itu. Pouch pertama yang aku beli dari kedai herni, mylittlebooth. Aku mintak dia buat custom made pouch hasil mix and match corak yang aku pilih diblog dia. Outer fabrik adalah jenis Japanese cotton, dan inner fabric yang hitam itu adalah jenis stretch cotton. Pouch ini reversible. Kalau time hubby ku nak pakai, leh la pakai yang belah hitam tu. Sebab tu aku pilih inner layer yang hitam, sebab senang nak match dengan baju. Yang bestnya, ada leg padding seperti dalam pic first itu. Leg padding dia ni sangat padat. So takdalah 'berbekas' peha baby bila lama terkepit dalam pouch itu.

Aku bukanlah kaki babywearing ni, aku baru-baru je nak testing power. Sebenarnya dah tak tahan nak pakai sling cap ayam tu pun ada. Dah tak tahan bahu aku menampung keberatan azri lagi. Meh aku tepek skit camana ghopenye sling cap ayam aku tu. Sebab entri kali ini memaparkan wajah tuan punya belog ini, so aku tepek lah size yang cute2 sahaja supaya acik nampak lagi slim dari gambaran yang sebenar, boleh kah!. Sila abaikan 'spare tayar' itu. Gambar ni masa azri 5 bulan tak salah. Murah je sling ni. Aku beli kat Mydin RM12. Tapi yang tak tahannya bahu sakit. Kalau baby lom berat sangat lagi takpa.




Tahniahlah pada herni kerana berjaya menyiapkan such a lovely pouch untuk aku. Customer mu ini sangat berpuas hati dengan hasil kerastangan mu itu..eheh!Kalau ada rejeki lebih aku tambah lagi. Ni kali, nak yang ada hud, zippered compartment skali kat pouch itu..haha!

Kenapa EP?

Entri kali adalah ditujukan khas untuk saudari nisa sebagai reponse ku terhadap komen beliau di entri ku yang agak “panas” itu. Sekali lagi aku mohon maaf sekirannya aku mencetus “kepanasan” kepada pembaca-pembaca, kerana apa yang aku ingin tekankan & utarakan disini adalah sebahagian “PERSEPSI” yang seringkali mengiringi usaha kami ini.


Aku quote kembali artikel yang ditulis oleh Stephanie Casemore: [http://www.exclusivelypumping.com/2007/11/30/supporting-an-exclusively-pumping-mother/]


“...Since few people have experience with exclusively pumping breast milk, it is often difficult for a woman who is exclusively pumping to find understanding and sometimes even acceptance. Women who breastfed without difficulty often do not understand how difficult and emotionally trying it can be when breastfeeding problems are encountered and some may believe a woman who is exclusively pumping did not try hard enough or gave up too early…”


“…The option of exclusively pumping as an alternative to formula feeding is one that is usually not discussed in prenatal classes or pregnancy magazines; indeed it is an option that is largely unknown and greatly misunderstood. Yet even though many women make the choice to exclusively pump when breastfeeding has not worked out, women who are exclusively pumping often feel alone and isolated..”


Didalam penulisan, seringkali kita kadang-kadang tidak perasan bahawa yang setiap inci perkataan kita tu akan diinterpretasi dengan pelbagai maksud yang berbeza oleh segenap lapisan masyarakat yang membacanya dari pelbagai background dan level of education mereka. Dan kita tidak tahu siapa yang sedang membacanya, mungkin doctor, lawyer, cleaner atau hatta menteri sekalipun. Kita tidak boleh expect dalam setiap statement yang hendak kita buat yang pembaca akan faham apa yang yang tersirat didalam hati kita disebalik yang tersurat yang ditulis.


Adalah tidak salah untuk menyuarakan pendapat, pandangan dan sebagainya, tetapi ia haruslah bersifat ‘standalone’ tanpa perlu kita mengeluarkan kenyataan2 lain yang agak bersifat negative atau memberi persepsi atau men-judging (kdg2 tanpa kita sedari). Saya faham apa yang nisa cuba nak pin-point kan disini, Cuma saya agak terkilan dengan kenyataan-kenyataan nisa, (yang saya quotekan itu), kerana saya berpendapat ianya agak terlalu bersifat “persepsis/jugdging” yang tidak seharusnya diutarakan semasa membuat kenyataan umum. Oleh kerana itu saya hanya quote beberapa statement yang nisa buat sahaja, bukan keseluruhannya. Kerana saya berfikiran, the rest, it is your opinion and it is up to you.


After all, saya bangga kerana diawal-awal usia lagi, nisa telah mempunyai passion dan spirit yang tinggi dalam hal-ehwal penyusuan susu ibu ini. Yang saya pada ketika usia itu tidak terfikir langsung berkenaan betapa pentingnya penyusuan susu ibu ini. Saya hargai response yang dibuat oleh nisa dan ianya lumrah manusia, tidak lari dari membuat kesilapan dan kadang-kadang saya juga pun tidak terlepas dari membuat kesilapan. Dan ianya mengajar kita supaya lebih peka didalam membuat sebarang kenyataan di masa-masa akan datang. Wallahulam….Peace :)

Realiti EP di Malaysia

Disini aku nak quote satu 'reply posting dari seorang forumer pada salah satu thread ni forum susuibu.com yang aku baca beberapa hari yang lepas. Aku bukan mahu untuk menghukum atau mengkondem sesiapa. Aku sekadar untuk mencoretkan yang tersirat disebalik kenyataan ini agar kita tidak mudah melulu untuk menilai sesuatu keadaan atau kondisi dengan tidak mengambil kira tanggapan dan perasaan orang lain.

"Salam sume,

Ikut exp sy and byk kawan2 yg exclusive pumping je paling lame exclusive pumping pun few months je, maksud sy di sini, pump2 yg direka kononnye menyerupai mulut anak kite, bg sy xsama...

Ade x mothers yg exclusive pumping ckup smpai 2 thn atau lebih tanpa topup skit susu formula? sy xpenah lg dgr, paling lama pun few months, tu pun exclusive pumping byk masalah susu berkurangan...susu kite selagi ade selagi tu bole dibykkan balik tp satu je caranye...hanya stimulation dr mulut anak tu sndiri, pump x sama mcm anak kite...Allah punye kejadian xdpt ditandingkan...klu x cmne org exclusive pumping x berjaya buat smpai 2 thn atau lebih wlupun pump setiap sejam dan dua jam sekali pun...ramai kawan2 sy yg exclusive pumping setiap sejam dua, tp masih x dpt nak maintainkan byknye susu semacamane anak kite sndiri punye stimulation...


Sy dah exclusive direct bfeeding anak sy selama 1 thn 7 bulan tanpa makanan tambahan, macamane susu sy sentiase byk wlupun anak sy feeding setiap setgh jam sbbkan die cepat lapar(x makan)...bukan sy nak kata susu sy byk...sume ibu pun akan jadi susu byk klu anak sentiase feeding dgn kite...xde ibu yg susu skit atau xde susu...sume yg melahirkan mampu menyusukan anak sndiri dan insyaAllah susu sentiase ckup klu stimulation yg btul...


Mcm sy kata sebelum nie, pump hanye membantu susu tu lambat kering...mcmane kite pump pun susu kite xkan abis sepenuhnye, sbb hnye dr mulut anak kite je bole breast kite kering 100% klu anak kuat minum, pump xkan abiskan susu dlm breast, klu pump berjam2 pun lepas abis cube picit dekat areola pasti keluar susu skit, maknanye susu kite xabis sbb pump bukannye stimulate areola sepenuhnya seperti anak kite..


Klu anak jenis kuat menyusu smpai kering pun kadang2 susu kite, bile picit areola pun dah xde yg kuar, tu br btul2 susu abis..susu kite hanye abis klu kite rasa sakit perit pada dlm urat2 breast tu...sy dah penah merasainye sbb anak sy hnye bergantung pd susu bdan je tanpa makanan atau mnuman lain smpai 1 thn 7 bulan....bile susu kite abis anak hisap tu lg byk susu kite akan produce...


Pump2 yg mahal2 tu mmg dikatakan bole menyerupai mulut anak tetapi x sepenuhnye sbb tu xde lg exclusive pumping yg berjaya smpai 2 thn atau lebih penuh tanpa susu formula...byk mothers yg exclusive pumping mesti ade tambah skit susu formula sbbkan ade kala mmg xckup sbb proper stimulation xde...hnya harap pd pump...xbole percaya 100% pd iklan2 company yg mereka pump2 tu sbb diorg nak yakinkan pembeli supaya membeli...mmg ade bagusnye pump2 tu sume tetapi maksud sy mmg xkan same dgn anak kite sndri..."


Dan sebahagian lagi pada 'reply posting' penulis yang kedua,

"Mmg zaman skrg byk mothers yg bkerjaya and xdpt nak bersama anak sepanjang mase, sbb tu pump membantu...Mungkin ade jgak sorang dua yg berjaya exclusive pumping smpai 2 thn anak, sbb ade yg simpan stok terlalu byk dan ckup utk anak kemudian wlupun pump susu dah berkurangan...lg satu klu anak kite makan benda lain pun mmg xde masalah utk bg anak ebm sbb anak xmnum byk bile dah mula makan makanan lain...cube klu exclusive pumping saja dan exclusive bfeed smpai 2 thn atau lebih...pasti x mampu dilakukan...mmg mustahil utk ibu bekerja sbb stimulation yg sebenar kurang...so x bole nk dibandingkan dgn ibu yg x bekerja...."


Sekalung tahniah buat penulis kerana berjaya mencukupkan penyusuan sehingga 2 tahun penuh seperti yang dituntut dalam syariat islam malah ku berbangga jika lebih ramai ibu-ibu yang mempunyai kesedaran, semangat dan mengikuti jejak langkah seperti beliau yang bersungguh-sungguh untuk meneruskan penyusuan anak mereka.

Aku bukanlah presiden 'persatuan exclusive pumping malaysia'. aku hanya sekadar seorang ibu yang sangat bersemangat positif mahu memberikan 'makanan' yang terbaik untuk anaknya iaitu khasiat susu ibu itu sendiri setelah usaha penyusuaan secara 'breastfeeding' aku gagal oleh kerana aku kurangnya ilmu-ilmu berkenaan susuibu ini dikala itu. Namun aku tetap bersyukur kerana aku masih dapat memberi anak aku khasiat susu ibu itu dan tidak cepat melatah dan beralih kepada formula sebagai solusi situasi ketika itu

Aku quoted kembali kenyataan-kenyataan penulis ini;

"Ikut exp sy and byk kawan2 yg exclusive pumping je paling lame exclusive pumping pun few months je, maksud sy di sini, pump2 yg direka kononnye menyerupai mulut anak kite, bg sy xsama..........."Ade x mothers yg exclusive pumping ckup smpai 2 thn atau lebih tanpa topup skit susu formula? sy xpenah lg dgr, paling lama pun few months, tu pun exclusive pumping byk masalah susu berkurangan....."


Inilah salah satu persepsi kebanyakan masyarakat kita terhadap para EP ini yang sekaligus merendahkan dan meruntuhkan motivasi dan semangat mereka untuk meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak mereka dikala usaha untuk direct breastfeeding adalah agak mustahil atau mereka-mereka yang dalam usaha untuk relaktasi.

Ya, tidak dapat dinafikan sebaik pam adalah dari anak kita sendiri. Tetapi apa pilihan yang para EP ada jika mereka menghadapi pelbagai masalah penyusuan termasuklah yang mempunyai anak cleft palate (sumbing), tounge-tie (lidah pendek) dan pelbagai komplikasi penyakit2 yang agak kritikal. Ya, pam tidak mengejutkan kita untuk menyusukan anak, seperti mana anak menangis minta disusukan. Disini terletak kekuatan mental para EP yang harus disiplin untuk mengepam menyamai kekerapan bayi yang menyusu. Jika EP2 ini diberi pilihan samada BF atau EP, sudah semestinya memilih BF.

Tidak semua ibu-ibu menghadapi proses penyusuan itu secara semulajadi kerana ada sesetengah ibu yang struggle untuk memujuk anak kembali direct namun tidak berjaya dan akhirnya stress dan produksi susu pun terjejas. Dan akhirnya memilih FM sebagai penyelesaian terhadap masalah mereka. Setiap orang berbeza-beza situasi dan bahagian masing-masing. Dan amat bertuah sekali pada sesiapa yang menghadapi dan mengalaminya secara semulajadi, lancar dan tiadak masalah.

Suksess rate untuk para EP yang meneruskan penyusuan selama mungkin adalah sangat rendah kerana tidak ramai yang mampu melakukannya kerana pelbagai kekangan dan persepsi masyarakat ditambah dengan mental yang agak rapuh dan kebanyakan hanya bertahan untuk beberapa bulan sahaja. Dan isu susu berkurangan dikalangan para EP adalah kerana terletak pada diri sendiri yang tidak sekonsisten untuk melakukan pengosongan breast. Usah menunding kepada EP sahaja yang akan menghadapi isu susu berkurangan, malah jika diselidiki ada juga dikalangan ibu-ibu yang 100% BF pun masih menghadapi masalah isu berkurangan. Aku quoted lagi salah satu kenyataan penulis;

"
sbb hnye dr mulut anak kite je bole breast kite kering 100% klu anak kuat minum, pump xkan abiskan susu dlm breast, klu pump berjam2 pun lepas abis cube picit dekat areola pasti keluar susu skit, maknanye susu kite xabis sbb pump bukannye stimulate areola sepenuhnya seperti anak kite..

Penulis agak bertuah kerana anaknya menyusu dengan efisyen skali so terjadinya pengosongan breast yang efisyen (adequate milk removal). Tetapi bagaimana pula dengan ibu-ibu yang lain? Tidak semua bayi yang mengosongkan breast secara optimum contohnya seperti sleepy baby, distracted babies, lazy feed/sucker [Source, http://www.mobimotherhood.org: One mother, Shannon, whose baby was sleepy with a "lazy suck" spent hours on the breast with little weight gain..] atau hurried feedings dan pelbagai faktor-faktor yang menyebabkankan pengosongan breast tidak optimum dan akhirnya membawa kepada isu susu berkurang. Dan, mengapa seringkali terjadinya blocked duct yang membawa kepada mastitis dan seterus menjadi abcess dikalangan ibu-ibu yang breastfeeding jika pengosongan breast itu berlaku 100% dan optimum? Ini menunjukkan tidak semua bayi itu sama. Mungkin ada yang jenis kuat minum, dan mungkin ada diantaranya dikalangan 'lazy feeder'.


Aku quoted lagi kenyataan penulis ini

"Mungkin ade jgak sorang dua yg berjaya exclusive pumping smpai 2 thn anak, sbb ade yg simpan stok terlalu byk dan ckup utk anak kemudian wlupun pump susu dah berkurangan...


Jika penulis mengatakan yang EP juga masih boleh bertahan sehingga ke 2 tahun penyusuan kerana adanya stok ebm yang banyak, dimanakah isu susu berkurang dikalangan EP seperti yang diperkatakan? jika EP boleh produce susu untuk mencukupi keperluan anak sehari-hari dan selebihnya masih boleh disimpan sebagai stock untuk waktu-waktu kecemasan dan sebagainya?

Harus diingat bahawa level of prolaction didalam badan akan secara perlahan-lahan menurun through out the period of lactation. Tetapi mungkin secara turun-naik jika kita konsistensi meneruskan penyusuan dan ianya lumrah dalam penyusuan. Itulah yang dipanggil "Milk Production Cycles". [Prolactin levels "decline slowly over the course of lactation (Battin et al., 1985; Cox, Owens, & Hartmann, 1996) but remain elevated for as long as the mother breastfeeds, even if she breastfeeds for years (Stallings et al., 1996)."]

Dan pada ibu-ibu yang menyusu direct 100% mungkin tidak akan perasan perubahan kuantiti yang diminum oleh anak sekaligus tidak perlu ter-sycho dengan perubahan jumlah susu yang diproduce selepas anak setahun lebih kelak. Berbanding dengan ibu-ibu bekerja yang mengepam pada siang hari dan juga ibu-ibu yang EP sepenuhnya yang dapat melihat jumlah yang dipam berbeza-beza dan apabila ianya tidak seperti pada awal-awal dulu dan akhir perubahan itu menyebabkan kita stress dan akhir menghadapi isu susu berkurang juga. .


"........lg satu klu anak kite makan benda lain pun mmg xde masalah utk bg anak ebm sbb anak xmnum byk bile dah mula makan makanan lain...cube klu exclusive pumping saja dan exclusive bfeed smpai 2 thn atau lebih...pasti x mampu dilakukan

Dua tahun penyusuan penuh itu bukan pengukur kejayaan seseorang ibu itu menyusukan anak apetahlagi yang sanggup mengepam sahaja untuk memberi susu ibu itu kepada anak. Yang pasti usaha EP untuk meneruskan penyusuan selama adalah juga agak sukar oleh kerana pelbagai faktor2 luaran dan dalaman dan para EP mula demotivated dengan kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan pada mereka. Dan jika EP mampu memberi susu ibu selama setahun pun adalah dianggap sesuatu yang membanggakan kerana sekurang-kurangnya dapat juga memberikan khasiat susuibu itu daripada tiada langsung!

Dan adalah tidak adil untuk terus melontarkan terus sentimen yang EP ini hanya boleh bertahan dalam jangka masa waktu yang singkat sahaja dan tidak mampu meneruskan penyusuan selama 2 tahun. Sedangkan ada ibu-ibu yang breasfeed pun belum tentu ada yang dapat meneruskan penyusuan esklusif itu selama 2 tahun kerana penyusuan susu ibu ini adalah subjektif dan kejayaan itu adalah bergantung kembali kepada individu-individu itu sendiri tidak kira sama ada mereka 100% BF atau pun EP. Wallahulam......

Sekali lagi, aku mohon maaf jika entri ini menyinggung hati sesiapa. Aku pun bukanlah seorang yang arif dalam hal-ehwal penyusuan ini, aku masih lagi belajar. Dan usaha EP aku ini pun masih 10 bulan belum menjangkau setahun pun. Ada 2 bulan lagi sebelum genapnya short term mission aku untuk 1 tahun EP sebelum bermula lagi misi 6 bulan seterusnya, hopefully aku akan sampai ke 1 tahun 6 bulan itu. Doa2kan lah aku ye kaliansss! To all EP'ers out there, ianya tidak mustahil untuk dilakukan jika kita betul-betul komited dan 100% fokus dengan apa yang kita lakukan! Keep on Pumping!

"YOU CAN DO THIS!!!
I firmly believe that pumping is 10% physical and 90% psychological. If you try to view this as positively as possible, I think you will have a better outcome
....(Paula Yount)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)