Review: CD lagi

Aku nak komen lagi beberapa sample cd yang aku dapat dah 2-3 mingu lepas tapi aku tak sempat nak hapdet. Sebab nak kena try dulu kan, haha! Sekarang semua sample2 cd kebanyakan aku prewash sekali jer. Aku dah tak larat nak tunggu 2-3 basuh lagi. Buleh kah! Bedal jer la labu! Bocor pun nak kene basuh gak kan. Sep skit duit air aku..haha. Memang free pun bil air. Selangor kan free bawah 20L.



Ni sample cd printed yang baru babyland. Outer die PUL, so far puas hati. Takda problem lembik macam PUL babyland pocket yang kaler plain itu. Sample kali ni dia bagi inner yang cotton sama macam inner untuk Cartun printed die yang dulu. Oklah..pada yang suke cotton inner. kalau pakai seluar memang akan nampak bulky sikit lah. Lagi2 kalau pakai seluar putih, memang nampaklah corak2 die kat dlm tu. Datang dengan dua warna iaitu kuning hitam dan pink biru, corak yang sama cuma kaler yang lain. Cantik gak, takyah pakai seluar lagi dah!Tapi aku lebih prefer inner fleece. So aku request supplier ini untuk buat inner fleece untuk cd printed yang baru ni untuk next order. Berkenan? Leh wat pre order dengan ku untuk cd printed inner fleece ini..mueh2!


Yang ni pula adalah Coolababy AIO one size. Aku order sebab ada request dari kawan2 yang nak cube coola aio pula. Mula2 tak minat lak nak order. Disebabkan ramai yang tanya coola aio ni. Aku pun orderlah yer. Bila nak order mesti la nak torai kan. Hmm.. Disebabkan azri ku ni yang jenis heavy wetter. Yang sentiasa pakai 2 insert siang dan malam. So expectation ku pada awal mesti tak dapat bertahan lama seperti yang jenis pocket. Ye betul! Coola aio ini bertahan paling lama 2 jam sahaja. Dekat nak 2 jam seluar azri dah mula lembab die bahagian pinggan depan. Coola aio ini insertnya telah dijahit sekali dibahagian dalam inner fleecenya. Tiada juga bukaan pocket untuk slip extra insert seperti sesetengah cd aio yang lain. Jadi coola aio ini agak tidak sesuai untuk heavy wetter. Kalau anak kalians jenis yang pakai satu insert sahaja pada siang hari., mungkin sesuwaii lah. Tetapi sebagai salah satu cara mengatasi baby yang heavy wetter ni bila nak pakai coola aio ni boleh juga diletakkan jenis organic lining seperti bamboo, hemp, cotton dan sebagainya. Jenis2 ini boleh diletakkan direct dengan baby skin berbanding microfiber insert. Tapi dah serupa pakai pocket ajer! Ada yang minat dengan Coolababy aio ini? Leh koling2 acik ditalian hayat ini.


Yang ini pula Crazymomy cd. Sekali pandang macam takda beza dengan pocket yang lain kan? Yang buat ku nak beli cmcd ni sebab outer dia bukan PUL seperti cd2 yang lain. Outer dia diperbuat dari cotton yang dilaminet didalamnya. Menurut tuan tanah, Hanya warna purple ini sahaja yang outer die adalah cotton laminated, yang lain2 semuanya PUL. Ku kadang2 dah boring asyik pakai PUL yang keras semacam jer ni..haha! So, cd ni lembut jer. Rasa macam comfort jer bila memakai fabrik2 yang organic ini. Innernya pula adalah daripada suede cloth. Tapi kalau ada fleece, aku lagi suka,hihi! Dari segi performance, tidak menghampakan juga. Macamlah aku yang pakai. Aku dah start jatuh chenta pada cd cotton ini semenjak pakai cartoon printed cd dulu. Saper yang minat dengan cotton cd ni boleh leh coba2 torai cmcd ini. Syiok woo!Ibu suke anak gumbira!haha!

Safety gate



Akhirnya...tiada lagi acara tarik 'walker' keluar dari dapur. Feveret spot azri yang baru. Ku kira kebanyakan anak2 yang lain pun memang suka ke sini, kebanyakkan yang ku dengar la. Napa eh!. Ni yang malas kalau dah berwalker. Panjang betul langkah dia. Mula2 nak cari yang 2nd tapi kebanyakan dah sold out. So nak taknak, kena beli baru juga. Seperti biasa, kriteria pembelian adalah yang paling kemut murah,haha! Murah tak murah sangat la, rm129. Ku bajet kot-kot bawah seratus leh dapat.

Enterobacter sakazakii

Ni satu satu info yang aku jumpa lagi semasa pertapaan aku. Kalau tak haram aku tak tahu pun pasal ini. Mengikut kata tok guru aku tu, dalam powdered infant formula (PIF), ada satu jenis bakteria. Bukan infant formula jer, dalam infant food processing pun ada juga. Bakteria ini yang dipanggil enterobacter sakazakii.

Menurut kajian, memang terdapat small number of bakteria ini dalam PIF yang boleh menyebabkan sepsis, neonatal meningitis terutama kepada newborn yang seawal 28 hari, low-birth weight infant, imuno-compromised infants (ni baby yang dilahirkan oleh HIV mothers yang perlu diberi imunoglobulin dalam masa 72 jam selepas kelahiran sebagai defense mechanism mereka agains virus HIV tersebut). Simptom2 untuk enterobacter sakazakii infection ini adalah seizure, brain abcess, developmental delay dan juga kematian. Sebab itu, dalam instruction penyediaan formula ni, diorang akan suruh bancuh dengan air yang panas dahulu kemudian baru dicampur dengan air suam.

Secara amnya, bakteria Enterobacter sakazakii ini juga boleh dijumpai dalam infant food manufacturing environment dan kadar bakteria itu dalam PIF adalah masih rendah mungkin pengeluar2 FIL terpaksa membuatnya dalam keadaan yang betul2 bersih dan berhati-hati dalam kaedah pensterilan, men-nyah kuman alat2 pemprosesan susu tepung mereka. Hopefully lah ek! Tapi still dalam konteks mass production tak mustahil ianya boleh terlepas kan. Aku malas nak translate artikle2 yang aku baca, just buat short general summarization, selebihnya aku linkkan buat further reading pada sesiapa yang rajin.hihi! It is worth to read!

Background information on Enterabacter Sakazakii (E. sakazakii)

Enterobacter sakazakii: Infections Associated with Powdered infant formula

Enterobacter sakazakii

Enterobacter sakazakii: Common Bacteria & Viruses that can cause food poisoning


Enterobacter Sakazakii and Other Microorganisms in Powdered Infant Formula. Meeting Report


atau kalau nak more in info lagi leh try search kat yahoo atau google! Selamat berguglingg yer kalians!



Alangkah indahnya..

Lamanya tak meroyan. Dah jauh ketinggalan bulan ni. Kalau tidak aku mesti nak cukup kan sekurang-kurangnya 30 n3 sebulan..haha! Bila dah lama tak tahu nak macam mana nak mula. Sepanjang pertapaan ku beberapa hari menimba ilmu penyusuan susu ibu ini dengan lebih mendalam lagi, banyak juga yang aku nak share tapi selow2 la eh. Ini adalah diantara salah satu yang aku nak share. Ada satu video yang aku dah tengok, yang aku rasa macam nak nangis bila menyaksikan beginilah fitrah manusia. Betapa indah dan agungnya ciptaan tuhan ini. Rasa macam ingin aku putar balik masa nak lakukan seperti ini dekat azri ku. Video ini adalah berkenaan bagaimana kita seharusnya memulakan penyusuan sejurus sahaja selepas bersalin. Initiating breastfeeding within an hour after birth (UNICEF, WHO, Waba). Bertapa penting waktu itu, kerana pada ketika itu lah, tahap kepekaan bayi sangat tinggi. Video ini juga mengisahkan bagaimana bayi yang baru lahir belum lagi di potong tali pusatnya, belum lagi dicuci bersih tubuhya, terus diletakkan diatas dada ibunya (skin-to-skin contact) dan berjaya mencari breast ibunya tanpa bantuan. Jom layann!

n3 8 bulan

Tak sempat nak update entri sekarang. Aku sekarang tengah sibuk menimba ilmu BF ini. Hopefully aku suksess untuk menyusukan anakku yang seterusnya dan boleh berkongsi dengan mereka-mereka yang memerlukan. Itulah misi ku yang telah lama tersimpan. Tapi 'buku baru' masih belum dibuka. Masih lagi dengan misi exclusive pumping lagi. Alhamdulillah sudah 8 bulan hari ini, 23 haribulan. Azri pun! Yeay! Lagi 4 months to-go! Kalau dekat I-village forum, 6-12+m.0 dah dikira Pro EP'er..haha pro kah! Aku nak tepek gambar medal 8 bulan pulak tapi dah hilang la plak file itu..huhu!Ok,ok..nak pegi 'study'! Chiaww.. Will be back after 3 days! kalau ku tahanler tak meroyan..haha!

Dera lagi

Kali ni nak cite pasal lagi-lagi gigi azri. Kesinambungan daripada pertumbuhan gigi azri kat sini. Azri. Selain dari gigi atas yang dah makin terjonggol tu. Ada 4 lagi gigi yang dah nak berlumba-lumba keluar. Dekat kiri dan kanan gusi gigi atas tu. Dekat belah kiri dan kanan gigi bawah. Kali ini serentak gusi-gusi yang nak keluar gigi tu jadi putih. Hoho, penangan nak tumbuh gigi kali ini memang betul-betul buat azri ku tak keruan macam haruan.



Kali ni azri sentiasa berada dalam serba tak kena meniarap salah, naik walker salah, dukung pun kadang-kadang salah, sampai nak tido pun dah tak macam biasa lagi. Kali ni pesen tido atas bahu sambil dukung. Tak kira lah siang ke malam. Bila mata dia ngantuk mesti nak kena dukung kasi dia tido atas bahu dulu baru leh masuk buai atau letak bawah. Hebat betul penangan gigi yang nak tumbuh kali, mujur belum demam lagi. Mintak-minta tak demam langsung. Dari 3 batang yang dah tumbuh, ada 4 batang lagi tengah on the way, total 7 batang dah!Lagi beberapa minggu leh lah bubur aku cuba lecek2 kan aje, tak yah blender lagi.


Macam biasalah, gambar ala-ala buat-buat nampak aku ni untuk tatapan ku, haha! In order aku nak suh dia bukak mulut, aku kena geletek habis-habisan dulu, huhu! ku tak sabar nak tengok sume gigi-gigi azri keluar. Camana la ghupenya nanti yer!

SGM 5-Nutrition & Weaning: Improving Family Nutrition

Support Group Meeting 5

Topik: Nutrition & weaning: Improving Family Nutrition

Lokasi: Tasik Cempaka, Bangi.


Diskusi untuk sgm pada kali ini, adalah lebih menjurus kepada introducing solid food selepas 6 bulan. Jenis-jenis makanan yang sesuai dan tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi kita setelah berusia 6 bulan. Jenis-jenis makanan yang sesuai diperkenalkan mengikut peringkat. umur. Adakah supplemen tambahan diperlukan oleh bayi pada peringkat awal ini. Tips dalam cara meningkatkan kesedaran dikalangan ibu bapa khususnya yang menghantar anak ke taska/nursery dalam pemberian junk food kepada anak-anak mereka. Diskusi ini lebih kepada kepada perbincangan, luahan serta berkongsi pengalaman-pengalaman ibu-ibu yang hadir dalam memperkenalkan solid foods kepada anak-anak mereka. Moderator kumpulan-kumpulan pada hari tu adalah puan kamariah dan puan shiha.





Khusyuk kunun aku mengambil nota..haha. Tema pada kali ini adalah black n white. Aku takde baju putih. Tudung hitam pun jadi la. Wah, bunTAT dah aku ni, gara2 penangan tart haza yang ku order ni, mueh2!

Terima kasih pada semua yang hadir, yang bersusah-susah membawa juadah untuk dinikmati bersama dan juga sama-sama menyokong SGM pada kali ini. Mengikut puan kamariah lagi, sgm ini akan berhenti untuk seketika sampai setakat ini kerana beliau akan ke luar negara pada bulan depan, kemudian pada bulan berikutnya pula adalah breastfeeding month, ada aktiviti lain yang dirangka dan seterusnya dah puasa pastu raya. Warghh..pasti ku rindu nak berSGM lagi pasni. Sob! Sob!

Update EBM


*Fresh EBM ku yang dah ada 7 botol, yeay!Sila buat2 taknampak salji yang membukit itu..(ye laaaa..nanti aku cuci laaa..hahaha!)

Ini untuk motivasi diri ku semata-mata. Yeah! kesinambungan dari ebm ku yang tinggal dua akhir aku berjaya merapatkan barisan ebm ku didalam fridge ku yang dah tebal saljinya itu..huhu. Wahh..ku suke, ku senang hati dah sekarang. Macam mana aku leh catch up senang jer, meh folo tips lagi-lagi ini dari aku..haha:

1. Pastikan yang anda belum period lagi, mcm aku yang tak peod dah masuk 8 bulan ni (padahal sebelum preggy, period aku amat konsisten monthly tak pernah miss). Kerana ku berpendapat, once kita dah start period bermakna hormon untuk menggalakkan susu juga akan terus terjejas secara tidak langsung, ini teori aku semata-mata..haha!). Jika anda belum start period lagi, tiada masalah susu merudum mcm daku..huhu (provided anda BP/pam dgn konsisten)

2. Minum air satu jam sekali di selang-seli dengan soya. Keburukannya, ya, anda akan berselang-seli ke toilet juga. Tapi kebaikannya (pada aku lah) dapat extra oz daripada biasa. Tak banyak adalah dalam 1-2 oz jer.

3. Aku buat 2x pumping session diantara waktu pukul 1 pagi hingga 5 pagi itu. Selalu aku pump 1x kali jer waktu ni..syiokk tido seh! Kesimpulannya, aku dah pumping non-stop 24 hours dari siang..haha! Takpa, demi anakku yang tersayang!


Update stock frozen setakat 19/6/2009: ada 26 botol jer dari 50 botol yang sempat aku kumpul awal2 dulu. Orang lain lagi banyak!. Walaupun sedikit jer, sebagai pengepam tegar yang anak tak direct langsung selama 8 bulan ni, iainya satu kebanggaan dalam hati aku yang tidak terperi..eheh!Kalian jangan geli-geli dulu! Kalau nak menyampah dulu, sila baca statement aku kat 'warm welcome' itu yer..hihi!

How milk production work?

Disebabkan ku tak tahu nak meroyan apa dah. Meh ku nak kongsi sikit info ini yang aku terjemahkan mengikut suke-suke haku supaya lebih mudah aku faham. Oleh kerana selalunya, orang lebih senang menerima gaya penulisan yang lebih dmost santai dari yang berbentuk teknikal atau lebih2 lagi kalau dalam bahasa lain..haha!




Penghasilan susu ini dikontrol oleh 2 jenis sistem iaitu Endocrine dan juga autocrine. Penghasilan susu ini terbahagi kepada tiga peringkat. Pada dua peringkat yang pertama iannya dikawal oleh sistem endocrine iaitu secara hormonal. Dan jika semua hormon2 ini cukup, ibu-ibu akan mula membuat colostrum di akhir2 kehamilan lagi sehingga waktu bersalin. Dan endocrine sistem ini akan terus meng-control pengeluaran colustrum ini sepanjang tempoh ni sehingga 30 hingga 40 jam selepas bersalin. Pada ketika ini sistem endocrine ini meng-control sama ibu menyusu kan bayi atau tidak. Ibu akan mula merasa pengeluaran susu ini setelah 2-3 hari selepas bersalin.

Selepas daripada peringkat kedua itu, ianya akan bertukar kepada sistem yang dipanggil autocrine control system. Pada peringkat, hormon tidak lagi memainkan peranan utama lagi, pengeluaran susu di kontrol sepenuh di breast iaitu pengosongan breast yang sentiasa. Samada dengan breastfeeding atau breastpumping. Dimana, breast akan sentiasa menghasil susu jika susu sentiasa dikeluarkan dari breast. Kepantasan breast menghasilkan susu juga adalah bergantung kepada berapa kerap dan cepat susu dikosong dari breast. Lagi banyak susu terdapat dalam breast, lagi lambatlah production susu.

* FULL
Breast
= SLOWER
Milk
Production
* EMPTY
Breast
= FASTER
Milk
Production

Kesimpulan, tiada alasan mengapa susu berkurang, jika tidak melibat faktor2 kesihatan yang lain atau pun berkaitan dengan menstruation. Susu berkurang adalah kerana faktor diri kita sendiri, berapakah kita mengosongkan susu didalam breast? Berapa kerap kita mengepam sehari?atau berapa kerap kita menyusukan anak kita sehari? atau jika anak kita menyusu sekalipun adakah anak kita betul2 efisyen mengosong susu didalam breast? Faktor-faktor yang kita selalu anggap remeh ini lah menjadi punya susu mulai berkurangan. Dan setelah berkurang, ditambah lagi dengan faktor STRESS kerana memikirkan susu yang mulai berkurangan. Wallahualam.

Review: MyLuvlypad-Cloth Pad



Selepas anak berCD tentu maknya juga nak berCP kan..haha. Percubaan pertama untuk cloth pad. Sebenarnya dah lama usha cloth pad ni tapi tak tak tergerak pon nak beli. So thanks to riez kerana memperkenalkan cloth pad ini. Langkah kanan ler ni, hihi!. So sebagai permulaan aku mencuba cloth pad liner dulu, since aku memang belom period ni. Myluvlypad ini di perbuat daripada 100% cotton, ditengah2nya ada multi asorbent layer berserta PUL. Dari segi keselesaan, memang rasa selesa la sebab dia cotton kan. Ada perbezaan sebenarnya kalau kita mengunakan dispo pantyliner. Yang paling ketara adalah, kalau yang dispo ni , dia rajin akan terenyukk bila dah lama teperap..haha! Kalau mengunakan cp ni, takda plak kes terenyuk2 ni..paham kah kalian! Sebab aku memang pengguna tegar pantyliner ini. Oleh kerana nak sep bajet sampai aku turun pangkat beli cap ayam punya liner. Walaupun kos beli dispo liner sebulan adalah lebih kurang rm10 jer. Tapi sekurang-kurangnya jimat la juga ye dakk. Lagi satu, aku dah menyelamatkan alam sekitar gak!Insyallah kalau ada bajet lebih lagi, ku nak tambah lagi koleksi cloth pad ini, dah addicted macam cd la plak..haha! Riez kalau ada corak yang cun2 jangan lupakan aku..huhu!

Get a life!!


Susah kah membesarkan anak bersama-sama orang tua ini? Mungkin ada diantara mereka-mereka diluar sana yang dilema kerana terpaksa duduk serumah dengan ibu bapa kerana bermacam-macam faktor yang tidak dapat dielakkan. Ramai yang mengimpikan kehidupan yang ingin dikecapi dengan berdikari dalam membina sebuah keluarga seperti yang diimpikan setelah bahtera rumahtangga mula dilayari. Tetapi adakah semua itu boleh tercapai jika ibu bapa, atau ibu atau bapa masih berada dalam bahtera itu sekali? Adakah kehidupan yang dibina itu itu boleh dianggap berdikari?.

Banyak tidak dari yang boleh, ini salah, itu tak boleh, ni tak sesuai dan macam-macam lagilah ungkapan yang kadang-kadang buat kita rasa macam nak jadi anak derhaka pun ada! Memang besar cabaranya, jika masih lagi hidup dibawah ketiak ibubapa ini. Tetapi, terpulang juga sejauh mana pemikiran kedua orang tua itu, setinggi mana level of education mereka, se-open mana persepsi dan tanggapan mereka. Mungkin, jika hidup bersama dengan parents yang boleh dikatakan agak moden, sudah tentu tidak ada banyak masalah bagi si anak untuk hidup sekali bersama-sama membina kehidupan keluarganya. Bagaimana pula, jika parents yang tidak agak modern ini? yang sukar menerima cara si anak itu membentuk keluarga? dan tentu-tentu tidak banyak yang boleh dilakukan oleh si anak itu dalam menbentuk keluarga idamannya selagi masih dibawak ketiak orang tuanya?

Bukan lah disini, mengajar untuk membuang terus orang tua dari kehidupan setelah kita telah mendapat kehidupan. Tetapi apa kah pilihan yang ada untuk si anak itu untuk memilih caranya sendiri dalam membina kehidupan itu selain daripada BERSABAR? Pasti disini, timbul istilah 'sayang-sayang buah kepayang', di telan mati mak, diluah mati bapak' , dalam dilema dan berbagai2 lagi istilah. Sesungguh amatlah menjadi satu cabaran dalam melayari bahtera rumahtangga kita ini apabila sebumbung bersama-sama dengan ibu-bapa. Banyak hati-hati yang perlu dijaga dan yang pasti hati sendiri la juga yang kadang-kadang merana.

Didalam kita melayari bahtera kehidupan sendiri bersama-sama dengan ibubapa juga. Pasti tidak ada yang akan terlepas dari merasa terasa beban jauh didalam sudut hati, ditambah lagi lah jika kedua orang itu sudah uzur. Tapi dek kerana tanggungjawab sebagai anak dan tidak mahu dicap sebagai anak yang tida mengenang budi serta mengharap ganjaran dari Allah S.W.T kerana menjaga dan membela kedua ibubapa kita kelak. Renung-renungkan kisah ini;

Pada suatu hari khalifah Umar ra. dikunjungi seorang lelaki. Lelaki itu berkata kepada khalifah: "Sesungguhnya aku mengurusi ibuku sebagaimana ia mengurusi diriku semasa aku masih kecil. Apakah demikian bererti aku telah menunaikan kewajipanku terhadapnya?" Khalifah Umar ra. menjawab: "Tidak". Lelaki itu kembali bertanya: "Mengapa demikian?". Khalifah Umar ra. menjawab: sebab sesungguhnya ibumu mengurusi dirimu dengan harapan agar engkau hidup, sedangkan engkau mengurusinya dia dan engkau mengharapkan kematiannya".

Review: Medela Freestyle




Baru jer dapat bp buah hati baru, Alhamdulilah rezeki azri!Setelah ku diracun oleh aisyah, muahaha!ya ampun! Dah lama mendamba baru sekarang berada dalam gengaman,haha!Hokeh! First of all, memang mobile la FS ni. Sebelum ni aku pakai s3, agak terasa terikat, rasa terhad dan sebagai. Pasni aku leh berjalan kemana tak hengat dunia lah..haha! Tapi, aku nak tekankan disini, sila jangan berharap agar susu dapat di-upkan jika kita bertukar FS ni yer. Pada aku yang dah beberapa hari berFS ni. Production susu aku tetap sama jer! Sebab utama aku bertukar pada FS ini adalah ke-mobile-an nya. Tersangatlah memudahkan ku especially orang berEP seperti daku ini.

Dari segi comfortnya pula, ku dapat rasakan yang FS ini lebih selesa berbanding S3. Sebab, kalau guna s3, breast ada skit2 ala perit tapi ku tahan jebat!. Tapi breastshield fs ini ada bahagian yang lembut pada corongnya, camna nak describe ekk. Yang bestnya FS ni dia ada part stimulation phase. 2 minit untuk part stimulation ini masa kita on FS ni. Stimulation phase ini gayanya lebih kurang macam ni lah, die akan suck lebih laju dari biasa, untuk menggalakkan let-down. Suction dia adjustable dari level 1-9. Kalau ikut level aku, aku gune level 8 terus!

Dari segi batterinya pula, untuk pengecasan kali pertama, perlu di cas 24 jam, sebelum menggunakannya. Untuk penggunaan heavy duty seperti ku yang mengepam 8x selama 30 minit setiap sesi, batteri ini dapat bertahan selama 2 hari sahaja. Menurut penggunaan aishah pula yang menggunakan lebih kurang 2x sehari, batteri ini dapat bertahan selama seminggu. Sesungguhnya aku sangat risau jika penggunaan sepertiku ini akan memendekkan jangka hayat bateri ini. Maknanya, jika baru2 tahan dua hari, nanti makin lama makin kurang lagi ketahanannya. Wallahulam. Jadi, aku berpendapat untuk menggunakan fs ni jika aku keluar, apabila di rumah, ku guna s3 sahaja. Buleh kah! mueh2!

Secara keseluruhannya, ku kasi 5 bintang dari 5 bintang!Haha!Ku sokeee! Disebabkan kita rasa happy, selesa bila berfreestylo ini, secara tidak langsung akan memeriahkan susu juga!Mudah-mudahan lah!Amin!

Lari pecut

Cakkk! I'm backk! Aku bertungkus lumus lari pecut 100 meter bagai nak catch up stock EBM aku yang dah semakin pupus kerana gara growth spurt lagi ku kira. Dari stock ku tinggal 2, sekarang jadi 3, seterusnya 4 dan seterus-seterusnya yeah! aku masih lagi dalam mode lari pecut lagi sekarang.

Haha azri tinggal, bye bye, ibu dah nak celen awak yer! Sekarang kat rumah macam ada pertandingan melantak air,soya, air, soya! Dengan harapan aku dapat produce extra oz dari biasa. Ya, ini hasilnya. Sampai aku pun kena lari pecut 2-3 kali ke toilet juga. Sampai 2-3 kali trip jerang air. Aku kena up kan stock ku ni sampai sekurang-kurangnya 7, baru aku kembali tenang.

Amenda tu?



Warghh, pagi ni aku terkujut tengok kat gusi azri yang nak tumbuh gigi itu ada macam darah beku la pulak. Aku tak tahu lah penyebabnya. Sama ada dia gigit benda yang keras atau terlaga dengan gigi bawah dia yang dah panjang tu. Atau memang semula jadi ker hapa.Tapi memang lately ni segala bagai benda dia geget! Ku mms gambar ni kat SIL ku, dia tanya, demam tak, ku kata tak, temperature 36.5. Tapi ada time2 merengek ntah hape2 tah!. So dia bajet azri ku ada tergigit benda yang keras dan berlaga dengan gusi dia yang menbengkak nak tumbuh gigi itu. Hmm..macam-macam!

Salah EL-Nino?

Ini betul2, bukan cobaan...!..Cobaan! Sedih plak aku tengok EBM ku habis satu2. Tak tahu la kenapa. EBM ku tinggal satu jer spare dalam fridge. Dah 2-3 hari Azri minum EBM 1 jam sekali. Dan aku perah untuk diminum 3 jam seterusnya. Dan, 2 botol frozen aku ciloks tanpa dapat aku ganti balik. Mengikut carta pengepaman ku, aku masih lagi menghasilkan perahan seperti biasa iaitu 30 oz sehari dan jumlah ini sama sekali tidak dapat menampung jumlah yang azri minum dalam satu hari yang semakin meningkat!hampir mencecah 40 oz sehari, makan lagi 2x sehari!. Ini serieesss! Mari bantu saya! Sampai aku tak tertulis dah selang berapa jam skali dia akan minum. Sampai aku kasi dia makan lagi banyak supaya dia kenyang. Agar aku boleh catch-up untuk sediakan sekurang2nya 7 botol. Supaya aku tidak tensi begini. Tapi usaha ku ini juga meleset.

Tinggal 2 fresh ebm dan thawed ebm dalam cawan itu.

Adakah sebab perubahan cuaca yang agak panas semenjak dua menjak ini. Sungguh kedekut aku sekarang ini!huhu. Ni salah satu keburukan jadi EP'er ini adalah tidak boleh lari dari perasaan kedekut EBM, agak cemas bila anaknya minum lagi banyak!Dikala orang sedih sebab susu makin merosot, aku pula sedih bukan sebab susu merosot tapi sedih apesal la susu ku tak leh nak cover demand azri. Aku rasa seolah wujudnya imbalance dalam konteks supply-demand susu aku. Sampai mood aku agak terganggu dengan fenomena ini walhal takda apa yang patut aku nk risaukan cuma azri minum banyak jer. Tapi aku tetap risau juga. Kadang2 aku terfikir kalau lah azri minum tak banyak. Tapi bila fikir, apa kejadahnya memerah susu banyak2 tapi anak tak minum, takkan nak buat display kot!kalau habis pun pegi kat mana, kat dia juga. Haha, sendiri kata, sendiri jawab!ohh..aku perlukan kekuatan ketika ini!

Bila aku bukak si tadi, baca thread '24 jam aku dan pam susu' (ini bukan thread aku) aku nampak posting ajasu mengenaiku yang berbunyi ...'Hayatie<-----EP yang sangat tabah' aku rasa macam nak nangis jer! Sebab aku terus terkenangkan perjalanan yang telah aku lalui dalam tempoh 7 bulan ni. Warggh, sebenarnya aku agak ber-emo skit harini tentang pelbagai perkara.

Tahukah?

Ini adalah olahan dari artikel yang ku jumpa. Kenapa dengan tiba2 kita rasa susu kita semakin kurang, padahal pam sebelum2 ini, dapat amount yang sekian-sekian. Tiba-tiba kali ni pam tak dapat amount yang sepatutnya! Padahal, sesi pam, pemakanan, stress level semuanya seperti biasa. Nak kata sebab period pun bukan. Apa dah jadi?. Sesuatu yang tidak kita jangkakan. Kerana kita tidak lagi bangun untuk BF atau pam pada waktu malam bila baby kita tidak lagi kerap bangun seperti dulu untuk menyusu pada waktu malam. Kita pun mengambil peluang keemasan ini untuk tido skali. Ye lah, setelah sekian lama tido terganggu. Ini adalah disebabkan oleh hormon 'Feedback Inhibitor' yang tugasnya memberi signal didalam badan terutama didalam pengeluaran susu. Yang selalu kita dengar..'bila breast dikosong, signal akan dihantar ke kilang untuk memproses susu dengan lebih lagi'... itu lah tugas hormon feedback inhibitor. Lebih kurang lah.

Feedback inhibitor bertindak lebih kurang macam ni, bila ia notices yang kurang/tiada permintaan susu pada waktu malam/tengah malam, ia akan menghantar signal kepada mamary glands untuk tidak membuat banyak susu lagi. Dan ini lama kelamaan akan memberi kesan terhadap pengeluaran susu kita pada siang hari pula. Malangnya, ia tak boleh nak agak yang kita ni hanya nak berehat-rehat sebentar bersama kit-kat jer. Ianya hanya tahu, jika kurang permintaan, it will keep the supply lower.

Jadi untuk mengelakkan daripada berlakunya situasi seperti diatas, apa yang boleh kita lakukan adalah; cuba BF atau pam pada waktu lebih kurang diantara pukul 12am hingga 4 am atau untuk hasil yang lebih cepat lagi, cuba lakukan ia 2x diantara waktu2 tersebut. Dan kita juga sudah acapkali dengar yang waktu2 ini lah dimana kadar prolaktin adalah tinggi dan adalah sangat disarankan untuk mengambil peluang untuk BF & mengepam pada waktu2 ini. Jika dilihat, kebanyakan yang sustain untuk meneruskan penyusuan sehingga setahun ini, adalah diantara mereka-mereka yang masih bangun untuk nursing atau pumping pada waktu tengah2 malam. Kesimpulannya, night time feeding and pumping adalah tersangat2 lah penting dan tidak ada istilah 'holiday' selagi kita mahu mengekalkan penyusuan!Wallahualam.

Ditranslate dari artikel "Giving Up Breast Pumping at Night Can Be Decreasing Your Breast Milk Supply'

How important is the hind milk while breast pumping?

Satu video yang ku terjumpa dalam bagaimana untuk mengeluarkan hindmilk dari breast. Hindmilk ni adalah susu yang lebih pekat dan kaya dengan lemak dan dikatakan akan mengenyangkan bayi. Hindmilk yang selalunya ada dibahagian belakang breast dan selalunya yang akan keluar kemudian setelah air susu yang agak cair (foremilk) keluar dulu. Adakalanya, hindmilk ini tidak keluar bagi sesetengah orang, dan beranggapan susu mereka yang kuar agak cair iaitu foremilk sahaja yang keluar. Oleh sebab itu, satu urutan yang lembut diperlukan bagi meransangkan hindmilk keluar dari breast seperti dalam video dibawah ini. Jom layann... abang-abang silap tutup mata..

Azri & Walker



Setelah sekian lama mencari2 walker yang berkenan dihati, akhirnya ini lah hasil pemilihan itu. Sebab aku memang taknak kalau boleh azri duduk dalam walker tapi ku kalah juga kerana tak tahan asyik nak berdukung jer sentiasa. Kalau tiarap kat bawah sorang2 boleh, tapi tak lama. Atau kalau tak dukung, dia akan bergolek, bergolek dan bergolek, kadang2 dah sampai kat ceruk2 mana tah. Banyaknya betul walker yang fancy2, canggih2, bikin kepala pusing. Tapi matlamat ku, jangan mahal, ade toys2 yang leh die main kat atas tu. Ciri2 keselamatan? Hmm, aku tak rasa ada walker yang selamat!Secanggih & semahal mana walker pun kalau nak lebih selamat mestilah ada pengawasan orang dewasa. Hasilnya? Azri ku tetap juga merengek nak kena angkat setelah 15 minit duduk main-main dalam tu. Yaaa!Sindrom 'Not More that 15 minutes in every situation'. Dalam kata lain, dia ni takleh duduk lama2 dalam satu keadaan tu lah, baik meniarap, dipangkukan, dalam walker. Yang paling lama die leh duduk diam, ialah bila kita dukung dia.

Pameran Buku

Semalam kami sekeluarga berkunjung ke Pameran buku antarabangsa di Mine exhibition Centre. Wah, aku sangat teruja nak pegi ke pameran kali ini. Sebab dah banyak kali ku missed event tersebut. Last skali ku pegi di PWTC tak salah, 3-4 tahun lepas kot. Oleh kerana dah merewang ke tempat lain, kami sampai lewat kol 8 malam. Event ini berlangsung dari kol 11pagi sehingga 10 malam. Jadi, tak sempat lah nak tawaf satu hall itu kaki pun dah sakit.



Kami berposing-posing sakan sambil2 membuat aktviti-aktiviti kekeluargaan, sambil2 menuggu masuk waktu maghrib. Ini lah hasil kreativiti kami,haha!. Aduh dah macam kesatria baja hitam pun ada. Hentam sajalah belalang!

Ku nak posing dengan posing kt depan ni pun tak senang. Azri ku takmau di-slingkan dengan sling cap ayam ituw, hampir nak terlucut azri meliang-liuk kat dalam tu.


Keadaan pun tidak ramai sangat, mungkin kerana hari bekerja. Tapi best, tak perlu nak bersesak2 bila time cuti. Leh cuci mata dengan amannya.

Apa yang aku beli ?...tadaaaa. Ini sahaja. Sebenarnya tak sempat nak tawaf lagi, sebab hubby ku nak balik cepat amik barang dia takut kedai tu tutup nanti.


Buku kecik2 ni menarik. Bagus dibeli untuk koleksi, hihi. Haha, sebagai persediaan untuk projek 'homeschool azri' nanti,hihi. Nak Start kumpul material skit2. Wah, pas dah beli ni, macam excited nak beli lagi yang lain2 pula. Takpa, asal bukan toys etc, as long is it for educational purposes, its okay. Dah terbayang-bayang 'projek homeschool ku' kat bilik setor blakang tu!. Nak kena start constructions ni,eheh! Not bad juga. Banyak buku2 yang telah di-discount kan. Sayangnya sebab tak sempat nak explore lagi. Pameran ini bermula dari 29 mei hingga 9 jun ini. Apo lagi, moh pakat2 pegi...

Lagi gigi..

Azri tumbuh gigi lagi belah atas pula. Ku lihat gusi atas tengah2 dah putih dan rasa keras-keras sama gayanya macam masa dia nak tumbung 2 batang gigi bawah dulu. So dah total 3 batang gigi yang ada termasuk yang akan tumbuh. Wah, sakan betul pertumbuhan gigi dia ni. Seb tak direct feed, selamat nenen ku..huhu! Yang jahanam adalah puting botol sahaja. Susah giler nak snap gambar gigi yang macam ala2 nak tumbuh tu.

Mode tengah happy2 posing ingat tadekk pape. Tak tahu pas ni ibu dia nak kerahh dia buka mulutt.hahaha!


Wakaka, bermula sesi deraan kerahan tentera. Nampak macam kena seksa jer kan! Nampak jer tu. Sebenarnya dia tengah syiok gelak sakan sebab kene gelektek. Camera phone tu lak memang dah stenby kat bawah tu. Yang nak tumbuh tu adalah gusi yang tengah2 belah kanan, yang nampak mcm tompok putih tu. Walaupun macam tak berapa nampak, tapi buat2 ler nampak..hihi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)