Frozen EBM

Mesti ramai yang perasan frozen EBM rasa sungguh berlainan dengan yang baru diperah. Rasa frozen EBM ni seolah-olah macam lain sesangat. Atau kata lain rasa macam dah basi. Tetapi memang begitu la rasa frozen EBM. Ini kerana tindakbalas enzyme yang di dalam susu yang dipanggil lipase. Lipase adalah enzim yang bertindak mengurai/memecahkan lemak yang terkandung dalam susu supaya lebih mudah dihadam didalam perut bayi. Lagi tengikk atau berbau 'metalic' bermakna lagi tinggi kandungan lipase yang terdapat dalam susu itu. Sekaligus menyebabkan perubahan rasa susu itu. Walaubagaimana susu itu tidak memudaratkan bayi apabila diminum lagi. Cuma lagi kuat perubahan rasanya, lagi tinggi kebarangkalian bayi anda akan merejek frozen ebm itu.

Menurut sumber dari kellymom lagi, kewujudan enzim lipase didalam susu ibu (bile salt-stimulated lipase (BSSL) menjadi faktor utama ketidakaftifan protozoa. Protozoa ini adalah sejenis mikroorganisma yang hidup dalam badan yang boleh menyebabkan malaria. Kajian juga menunjukkan bahawa kadar lipase dalam susuibu tidak akan berubah sepanjang proses penyusuan, tetapi ada bukti yang menunjukkan kadar lipase mula menurun bagi ibu2 yang tidak mendapat khasiat yang secukupnya semasa proses penyusuan ini. Bacaan lanjut, disini. Kesimpulannya, kehadiran lipase dalam susuibu ini lah yang mempengaruhi rasa dan bau frozen EBM.


Azri dah mahu frozen EBM?


Azri memang dari awal2 lagi merejek EBM frozen. Kalau dalam keadaan die sedar, there is no way yang aku dapat kasi dia minum yang frozen, even kalau die minum pun kadang setengah jer dari kuantiti yang dia selalu minum. Itu pun kira nasib baik lah, kadang suku jer die minum. Maybe sebab aku tak train die minum frozen dari awal2 lagi. Azri start ku beri frozen, masa umur 4 bulan. Sebelum ni, memang die consume fresh jer (sebab dulu stok frozen pun terkedek2 jer). Aku excited mengumpul jer. Bila dah hampir mencecah expiry, baru ler tergesa-gesa ku nak merotatekannya. So waktu2 yang yang sesuai adalah ketika waktu pada tengah malam, waktu mamai2 dalam tido nak susu.Dapatlah stock frozen ku dirotatekan sehari sebotol, kadang2 selang2. Tapi dalam seminggu ni, ku dah pernah kasi dalam keadaan yang die dah jaga. Ada satu malam, aku terlewat bagi thawed EBM. Azri pun tido lama lak malam tu, dah ke-siang baru die terketik2 nak susu, aisey, dah jaga. Konfem die minum separuh je ni. Tapi meleset juga sangkaan ku. Dalam keadaan yang dah bangun tu, die sepah juga sampai habis. Ker sebab dah kebulur tido lama sangat. ish ish! Suka hati aku.

Bolehkah?

Bolehkah anda meneruskan penyusuan susu ibu ini apabila anda tidak berjaya memberi penyusuan secara direct? Jawapannya ya. Selamat datang ke dunia pumping. Selalunya ramai yang akan menghadapi masalah begini; susu mulai berkurangan setelah mulai bekerja. Ini kerana ramai yang tidak faham kaedah yang sepatutnya apabila mulai mengepam pada waktu bekerja. Kekurangan sesi mengepam diwaktu siang hari (pada waktu bekerja) akan menyebabkan susu mulai berkurangan. Ditambah jika baby tidak menyusu sekerapnya apabila pulang bekerja. Atau tidak mengosong breast lagi setelah habis menyusukan bayi. Faktor-faktor ini menyumbang kepada penguranngan susu. Kerana penghasilan susu berbalik kepada konsep demand dan supply, lagi kerap breast dikosongkan (permintaan), lagi banyak susu yang dihasilkan (bekalan).

Berapa kerapkah sepatutnya saya mengepam?
Mengikut sumber yang dipetik dari work&pump dan kellymom. Jika bayi anda tidak langsung menyusu secara direct, and seharusnya mengepam sekurang-kurangnya 8-10 kali sehari. Bagi ibu-ibu yang bekerja, adalah disarankan sekurang-kurangnya 3x pengepaman pada waktu siangnya (andaian jika bayi kerap menyusu pada waktu malamnya)

Pada awal-awal bulan, adalah disarankan untuk menyusukan/mengepam sekali pada waktu tengah malam. Elakkan daripada mengepam pada selang lebih 5-6 jam. Atau tambahkan pengepaman pada waktu tengah malam jika berlakunya penurunan kuantiti EBM.

Mengikut sumber dari kellymom lagi, pam pada waktu tengah malam adalah lebih lancar apabila kita terjaga semulajadi kerana ingin pergi ke tandas atau apabila terasa breast penuh, daripada kita menetap waktu untuk bangkit mengepam. (Ini tidak akan berlaku pada diriku, kalau ku tak set jam, alamat kelauutt la sampai pagi)

Cuba juga mengepam setelah selesai menyusukan, kerana tidak semua bayi mengosongkan breast keseluruhan. Dengan cara ini, lebih banyak susu akan terhasil disamping dapat mengumpul stock EBM.

Berapa lama patut saya mengepam?
Secara amnya, kita perlu mengepam sehingga tiada susu keluar lagi. Jika bayi tidak menyusu ,pam kedua-dua belah breast selama 30 minit dan tunggu sehingga 2-5 minit lagi sebelum berhenti mengepam. Jika mengepam sesudah selesai menyusukan bayi, pam 10-15 min untuk kedua-dua breast. Cuba mengepam setelah habis menyusu sekerap yang boleh, untuk memastikan breast di kosong se-optimumnya.

Berapa jumlah perahan yang perlu diadakan semasa mengepam? (jika bayi tidak menyusu langsung)
Secara purata, jumlah perahan yang perlu disediakan adalah diantara 22-27oz, 2 minggu selepas bersalin. Sumber ini ku petik dari kellymom. Tapi yang pasti, figure ini hanya dapat ku capai setelah 2 bulan. Kerana awal-awal perahan ku diantara 10-15 oz sahaja satu hari. Mengikut sumber ini lagi, jika supply adalah diantara borderline 11-17oz atau kurang dari 11 oz dalam masa 24 jam, adalah disarankan untuk mengambil galactagogues samada herbal atau prescribed medicines.

Kesimpulannya, jika anda tidak dapat menyusukan anak sepenuhnya, anda masih boleh lagi membekalkan susu kepada bayi anda dengan syarat perlu ada kesungguhan. Ramai yang masih beranggapan bahawa 'apabila bayi tidak menyusu lagi, susu saya akan kurang'. Ya, ianya akan mulai berkurang jika bayi tidak menyusu dan kita tidak meneruskannya dengan mengepam. Tetapi pengepaman sahaja amat memerlukan komitmen yang cukup berdisiplin. Jika ada yang bermasalah baby tidak mahu menyusu direct lagi, pada awal2 2-3 bulan pertama, usahalah berjumpa dengan pakar-pakar laktasi dahulu kerana tidak ramai yang sukses apabila terjun dalam bidang EP ini. Bila adanya kesungguhan (kemahuan) disitu ada jalan. ;)


Review: Wet Bag Crazy Momy





Kali ni ku nak geli-geli nak mereview pula wetbag yang baru ku dapat dari maryaaa. Crazymomy Wetbag ni lain dari yang lain. Sekali pandang banyak-banyak kali pun tak macam wetbag lah. Selalu nampak wetbag yang ada dipasaran ni macam memboringkan dan kadang segan je nak bawak haha (apokekdah nya kuar jenjalan nak bawak wetbag lak ni). Tujuan utama wetbag ini adalah untuk mengisi CD2 anda yang telah kotor ketika anak anda berada di nurseri/rumah bs atau ketika anda keluar juga. Jadi tak perlu lah anda membawa beg plastik lagi. Kira ada stylo la skit..haha. Atau untuk menbanyakkan lagi koleksi beg yang ada,huhu! Fabrik diluarnya adalah kain dan telah di-liningkan sebelah dalamnya supaya tidak basah/bocor jika kita meletak cd2 yang telah kotor didalamnya. Mengikut ujikaji yang telah ku lakukan, beg ini mampu memuatkan sehingga 8 keping cd didalamnya (kalau sumbat2 lagi, 10 keping pun muleh). Boleh dikatakan agak besar jugalah.

So, kalau taknak letak cd pun leh letak benda2 lain asalkan yang tidak tajam. Kalau tak takut lining dalamnya koyak je. Oleh kerana keshomelan wetbag ini, ku tak sampai hati nak menjadikan ia sebagai wetbag. Ku transformasi kannya menjadi tempat letak cd-cd yang baru ku lipat kerana ku perlu menggantung cd2 bersih ku kalau tidak, akan dikebung dengan semut-semut api. Lagipun acikk kek umoh jo, wetbag acikk baldi tu jer..hihi. Oleh kerana bila ku keluar berjalan-jalan dengan azri, cd yang kotor cume sehelai-dua jer, so kira tak sesuwaii la nak bawak wetbag ni. Unless ler kalau maryaaa boleh buat khas untuk aku, half size dari wetbag ini..haha, ku suke, buleh kaah...wakakak! Ku kan suka custom made ni..huhu!Keseluruhannya, puas hatilah ku tengok wetbag ni. It is worth buying lah kiranya. Ku kasi 4 bintang out of 5..ehehe!Toceh yer maryaaa. Thumbs Up!

Review: Cartoon Printed CD




Hari ini, parcel cartoon printed cd dah sampai. Lega. Yang ni order untuk rakan-rakan yang sudah booking awal-awal arituh. Ermm banyak gak permintaan cd ni sampai terketaq2 takut tak cukup. So far, aku dah gune cd cartoon ni lebih kurang 2-3 minggu juga. Performance ok, memuaskan, macam coolababy juga. Malah kain dia lagi lembut (atau lembik kah?)dari coolababy. Kerana outer fabric diperbuat daripada flannel dan dilaminated supaya tidak bocor. Dan inner layer dia pula diperbuat daripada cotton (atau cotton jersey). Bezanya dengan microfleece, bila dia basah, cotton ni agak lembab berbanding dengan microfleece. Tapi so far azri ku pakai takdalah plak merengek2 sebab rasa tak selesa ke pape. Tapi make sure cukup lebih kurang 4 jam, tukarlah yang baru. CD ni originally datang dengan satu insert sahaja, tetapi aku dengan berbesar hati lah menambah satu lagi insert pada saper yang dah order dan yang akan nak order (ada kah!). Insert yang ditambah bukan sebarang insert. Insert crazymomy yang agak tebal & gebu itu. Tapi terhad jer insert ni. Untuk order yang awal dulu mungkin takda, tapi masih lagi dapat 2 insert juga. Insyallah untuk order yang next batch semua dapat insert yang ini.

Cd cartoon ni yang bestnya bila pakai kat rumah bila tak pakai suar tu nampaklah ala-ala macam pakai seluar..Ngeh!.Azri tengah bengang sebab kena paksa pakai wane pink karrreer!haha. Takpa nakk, abaikan warna itu yang penting ianya selesa dan menjimatkan hihi. Ada saper-saper yang berminat kah, leh la koling2 acik laiii kat sini


Semut api

Tensi betul aku. Lately ni rumah ku memang diserang semut api dengan kadar yang agak melampau juga. Pantang jer ade sebutir makanan jatuh kat bawah, kat tepi dinding ker, sekejap jer kena hurung. Puas dah aku spray kat tempat-tempat laluan semut2 tu. Pandai jer diorang bukak laluan baru pula. Toto tempat azri buat tiarap/golek-golek pun kadang-kadang ada semut api. Sebab kadang-kadang ada sisa susu tu kan. Padahal ku dah sidai kat atas ampaian tu tiap kali tak guna. Semut-semut tu boleh pula meniti kat ampaian tu pula semata nak pegi kat toto tu. Azri pun dah banyak kali asyik kena geget semut kebalakangan. Selalu ku nampak bintat2 kat kaki/peha dia. Sebab kat rumah jarang pakai seluar, hanya pakai cd jer. Tu yang ku rasa semut2 sesat kat toto die tu walau ku dah kebas bagai.

Bukan aje hurung sisa makanan, benda-benda yang bukan makanan pun kena kebung gak. Contoh benda-benda feveret semut kat rumah aku ni, cotton bud. Keje aku asyik beli cotton bud baru je. Letak je atas almari, sekekap je da kena kebung. Pad yang aku simpan dalam lemari, pun tengok2 kena kebung gak. CD pun. Yang cd ni part feveret die kat belah dalam poket, kat PUL tu, suke betul semut tu masuk dalam tu, sebab ada rasa getah2 kot. Pastu memang takleh letak dlm bakul dah cd2 tu. Ku kena gantung dalam diaper stacker. Satu lagi towel mandi yang bersidai kat hangar. Huh, ni paling bahaya, memang selalu kena check, pernah skali aku amik towel pas mandi tanpa aku check, rupanya satu towel dah ada semut. Huyoo..terus aku terjun bilik air balik. Sakit kena gigit!

Hari ini, aku hangin lagi bila tengok semut-semut ni dah melampau betul. Patutlah azri ku melalak masa tengah syiok dia golek2. Ku check rupa bawah leher dia ada 2-3 ekor semut sesat. Dah 4-5 bintat ku tengok kat celah-celah leher die. Siannya. Alang aku yang tua ni pun kena geget semut kat badan, rasa nak menjerit, ini kan pula 2-3 ekor terselit bawah leher lak tu. Rasa macam aku nak BAKAR je terus rumah ni. Ini baru dikatakan marahkan nyamuk kelambu dibakar, marahkan semut??..haha! Tapi mengikut kata makcik2 jiran ku, depa kata tanah perumahan aku ni bekas ladang getah dulunya. Tu pasal, banyak semut api..hmmm

Maaf

Ku nak mintak maaflah pada guest-guest yang nak tanya ku mengenai tips2 EP di PINGBOX ku di belog. Yang kadang-kadang tak berjawab soalan mereka. Bukan apa, ku memang 24 jam online..haha (tido pun) berotben & lappy ni standby jer..tapi ku dah tak kemana-mana. Makan, buat keje rumah, melayan azri bagai. Kalau time mengepam la ku boleh ngadap lappy ni full time.. so bila dah away dari lappy, kadang-kadang nampak mesej2 kat pingbox ku yang pertanyaan orang yang tak berjawab, bila nak jawab, orang tu dah sign out pula. Sorry sesangat! Jangan kalian ingat ku sombong ker bagai. Ku berbesar hati nak menjawab segala pertanyaan mengenai pumping dan apa-apa lagi la, kalau ku ada depan lappy ni. Insyallah!. Jangan segan-segan menghola diriku yang pemalu ini yer...

Azri 7 month

Alhamdulillah, 7 bulan sudah azri ku pada hari ini, 7 bulan azri minum susu ku (tak berapa esklusif lah kiranya, sebab awal2 dulu memang dah campur, merasa la juga azri ku setin..huhu), 7 bulan aku berEP, 7 bulan aku tak 'peod'..hihi. Cepatnya masa berlalu, rasa macam baru semalam jer ku beli pam spectra, keh keh!Tahniah ler buat aku..eh eh ?!Semoga aku sentiasa tabah. Terima kasih kepada rakan2 cops yang sentiasa menyokong ku dari tepi. Adoi, every month pon mesti ada entri award untuk diri sendiri..hahaha.



Hilang sejenak penat-lelah ku mengepam siang malam, bila ku lihat azri. Kalaulah dia tahu betapa gigihnya ku mengepam, semata-mata kerana ingin menyuapkan susuku sendiri.

Progress of 7 month EP

Sebenarnya ku nak tulis entri ni pada 23 haribulan nanti. Tapi seperti biasa, ku tak sabar nak meroyan entri in advance lagi, huhu. Aha, kali ni ku nak geli-geli summarize progress. Apo kekdahnya? Hala..suka hati acik la nak tepek apo kek sini..ekeke. Benda-benda macam nilah yang terus memberikan ku semangat lagi. Kalian silalah geli-geli sekali..haha. Sebenarnya 23hb ni genapla azri 7 bulan. Genap la juga 7 bulan aku berEP (lagi 5 bulan misi kedua ku ini). Kira ni macam carta kemajuan sekolah ler..haha suka hatilah!

Profil EP
Jangkamasa EP: 7 Bulan
Pumping times perday: 8x (kadang2 7x juga..huhu, tapi make sure yang 8x lebih dominan la)
Average oz per sesi: Ni kena bahagi kepada 3 sesi. Kalau pagi, leh dpt up to 11oz. Tengahari ke petang, 4-5 oz, petang ke malam 3-4oz.
Volume produce perday: 35 oz (dari 10-15oz perday, tengok pumping log ku disini)
Highest volume achieved: 38 oz
Lowest volume achieved: 290z
Breastpump use: Spectra3 (Muah2 kat s3, sayang btol), Avents Isis (spare pump), I-Spectra (simpan stor,tak guna langsung, tak serasi).

Sekarang sesi menunjuk-nunjuk EBM yang tak seberapa..hahaha.

Fresh EBM ku (as at 20/5/2009). Dahulu, Fridge ku ini hanya ada 2-3 botol je EBM, memang stok perah pagi,minum pagi..huhu. Apetah lagi frozen.

Stok frozen EBM yang telah menurun dan menurun. Dari 50 botol, sekarang tinggal 35 botol kesemuanya. Ayoyo! mana pegi 15 lagi. 3 sudah cair(tragedi EBM balik kampung), lagi 12 (Stok yang ku nak rotate sebab nak expired, tapi ku tak ganti balik). Adoi, azriku memang minum takde selow down pun skang. Ingat dah start solid ada ler pengurangan skit (kata lain leh la ibu dia ngepam ala2 dmost santai..aik cam kenal jer bunyi tu, tapi dimana ya..haha, ya ampun!). Bila nak start kumpul balik ni. Setakat ini memang tak dapat kumpul dah. Dapat pusing2 jer, ambik ganti balik.

Setelah segala-segalanya yang ku lakukan ini, dan hasilnya;Azri ku sihat membesar bagai johan!Amin!

Cirit Birit-Part 3




Alhamdulilah..selepas episod cirit-birit disini dan di sini. Azri dah tak cirit birit lagi. Puncanya aku pun tak pasti kenapa. Dah 2-3 hari ini juga azri start makan balik seperti biasa. Menu yang sama bubur+kentang, kenapa mesti kentang? Sebab kalau takda kentang, memang dia akan makan sedikit sahaja. Kali ni takde carrot, last time aku letak carrot, abis suma cirit. Kali ni takda carrot, oklah pulak. Adakah carrot menyebabkan azriku cirit birit? atau mungkin perut dia yang masih muda lagi tu, lom dapat menerima makanan dengan baik. Mungkin pasni aku akan intro carrot balik kat dia selow2. Kadang-kala bila bertalu-talu suapan tu, azriku macam muak dan nak terloya pula. Huh, sabare je lah! Kadang-kadang aku missed juga selang2 satu hari kasi die makan..Huhu, penyakit M melanda lagi..buleh kah itu macam!Atau kena konsisten kasi makan hari2 kah!.Takda pula, die menunjukkan tanda2 lapar ke pape, bila sehari tak makan. Pendek kata, ku rasa kalau die tak makan pun macam takde efek je...huhu. Yang efek kalau tak kasi susu..hihi! So far, consumption EBM azri makan ke tak makan ker, sama jer still >30 oz satu hari..selalunya 34-36 oz sehari.

Emosi seorang exclusive pumpers

Nape ya aku bercerita pasal emosi sebagai seorang EP ni. Sebab aku rasa tak suma orang tahu apa yang EP'er ni rasa. Seronok? Bahagia? Samakan seperti orang-orang yang direct BF? Ya, terus-terang, emosi kami senantiasa dalam keadaan yang tertekan. Kami? atau aku kah..huhu! Orang berkata 'siapa suruh jadi begitu',..'mengapa takmau ajar anak menyusu terus dari badan sahaja', dan berbagai-bagai lagi persoalan menerjah. Semua soalan itu dah pernah ku jawab. Dan soalan yang tahap tertinggi yang pernah ku dapat adalah apabila ku dikatakan malas untuk menyusukan anak sendiri. Haha..malas kah aku? Jika aku malas, aku tidak akan bersusah payah lagi mahu mengepam bukan. Bukankah mengepam lagi memerlukan extra kerajinan. Perlukan displin yang lebih untuk menwujudkan demand dengan lebih konsisten. Lawak2.

Kami yang sentiasa mahu dalam keadaan yang alert dengan pumping schedule. Tak kira siang atau malam. Tidak sama keadaannya pada yang nurse on demand. Disitu hadirnya baby disisi yang menghilangkan segala kepenatan yang tersimpan tatkala dia mula menghisap. Tetapi kita pula hanya bertemankan pam sambil memandang muka anak yang tido lena disebelah. Hanya itu yang memberiku kekuatan tatkala mengepam. Ohh kadang-kala, terdetik hatiku berkata, i wonder how is it feel to be able to nurse him all the time. Okey, acik simpan perasaan itu untuk anak kedua nanti, insyallah!

Jadi, aku terpaksa menukarkan segala ketensian, kepenatan dengan hasil yang dapat aku banggakan. Ya, aku berbangga. Aku mampu memberi susuibu in the absence of breastfeeding. Wowowo. Aku tidak sengaja2 mahu beriak-riak disini. Aku perlu beriak kepada diri sendiri, supaya aku akan terus bersemangat untuk mengepam. Bersemangat untuk meneruskan misi exclusive pumping ku ini, bersemangat untuk membuktikan pada mereka, mereka dan mereka yang penyusuan susu ibu ini tidak akan berakhir jika anak tidak mahu untuk menyusu badan lagi. Dan aku telah membuktikannya setakat hampir 7 bulan ini. Aku boleh senyum sampai telinga sekarang. Tetapi masih lagi tercalit suka-duka disebalik senyuman itu yang hanya orang-orang yang melalui path ini sahaja yang boleh merasakannya. Ye kah!

Aku ambil cabaran ini sebagai satu pengalaman yang amat berharga buat ku. Kerana tidak semua berpeluang merasakannya. Exclusive pumping menjadikan aku lebih berdisplin, lebih organize dalam membuat perancangan, lebih alert dengan persekitaran. Jika diberi pilihan adakah aku akan mengulang lagi usaha ku ini, jawapannya adalah TIDAK. Ohh, aku akan cuba menebus/mengisi segala kesilapan ku pada awal2 dulu.


Coola sampai lagi

.

Cinta datang lagi Coola datang lagi..haha. Syiok acik woo tengok cd bersusun-susun tu, mau meroyan acikk!Nak aje ku amik sume. Walaupun bersusun-susun, tapi hampir kesemuanya telah bertuan. Ini harta ahmad albab yang punya. Order baru kali ni, ada pembaharuan pula. Baru tak baharu ku tak tahu la, kali ini insert die di-embroidered (betul ejaan ku ini) dengan perkataan 'Coolababy' pula. Nasib la sapa yang dapat tu, sebab stok tu ku dah campur-campurkan. Ada lagi incoming stok coola pada sapa yang dah order. Sila la tunggu yer! Siapa yang belom, mari2 koling2 acik di talian hayat ini 012-2045646. Pada yang suka kartun2, leh tengok entri ini. Adoi, dah mcm berbisnes pula. Walhal awal2 untuk kegunaan sendiri ajer. Takpa, janji suma dapat merasa berCD dengan rege yang berpatutan ye dakk. Jangan maraa arr!

Jalan-Jalan@Mydin USJ

Takda idea untuk entri kali. Buhsan!.Just nak letak gambar azri berjalan-jalan dihujung minggu di Mydin subang. Haha, baru jumpa topi askar yang match dengan baju askar dia tu kat mydin tu juga, terus pakai. Anak sapaa la tu!




Azri posing geli-geli dengan nenek dia.

Breastfeeding dan Kesuburan

Boleh kah breastfeeding mengelakkan kehamilan. Secara amnya, iyalah! Dan ada juga yang tidak kan. Pada diriku yang tidak mengambil sebarang perancangan ini mengharapkan agar kaedah semulajadi ini boleh terjadi pada diriku. Kerana ku takut untuk mengambil sebarang ubat-ubatan untuk mengelakkan kehamilan dimasa-masa hadapan. Kerana ku ini berfikiran sempitss dengan menganggap, pengambilan pil2 tersebut akan 'merancangkan terus' kehamilan untuk jangka waktu yang lebih lama. ku fobia, kerana untuk mendapatkan azri pun mengambil masa dekat nak 2 tahun sebelum itu, dicampur lagi dengan keguguran pertama pada awal-awal kehamilan dulu. kemudian sehinggalah setahun lebih, baru Azri 'terlekat'..haha. Jadi ku merancang dengan kaedah semulajadi lah kiranya. kalau ada rezeki, nak buat camana. Ku lagi suka!.

Sebenarnya kalau mengikut fakta (sumber dari kellymom), dengan Breastfeeding secara esklusif ini sahaja, 98-99.5% terbukti berkesan untuk mengelakkan kehamilan. Teknik ini dipanggil Lactational Amenorrhea Method of birth control, atau LAM. LAM ini bermaksud kaedah semulajadi bagi wanita yang selepas bersalin yang tidak datang haid kerana menyusukan bayi sepenuhnya atau dipanggil 'postpartum infertility". Teknik LAM ini terbukti berkesan untuk digunakan dengan efisien, sehingga 99.5% untuk mengelakkan kehamilan dengan syarat, kriteria-kriteria dibawah dipenuhi:

1. Bayi anda masih dibawah 6 bulan;(hahh, azri ku dah nak masuk 7 bln ni..hahaha)
2. Period (Haid) anda masih tidak datang lagi ;(ini masih lagi applicable utk diriku,huhu)
3. Bayi anda disusukan on cue (demand) tidak kira siang dan malam, menerima hanya susuibu sahaja sebagai makanan utama. (oops, acik pumping siang dan malam, aci tak..kira masuk kelab kah..haha). Bagaimana pula yang pam siang dan BF malam jer, bagi ibu-ibu yang bekerja?

Mengikut fakta ini lagi. Jika anda mengamalkan penyusuan penuh, peluang untuk hamil adalah zero pada awal 3 bulan pertama, kurang daripada 2%, diantara 3 hingga 6 bulan dan 6% selepas 6 bulan. Kesemua peratusan ini adalah mengandaikan period anda tidak datang lagi (macam daku la...huhu). Average ibu-ibu yang kembali period adalah ketika bayi setahun. Dan jika ada yang datang period awal daripada itu, ibu-ibu masih lagi dikategorikan tidak subur untuk 2-3 kitaran haid yang datang. Ibu-ibu yang datang period selepas bayi mereka setahun, kebarangkalian mereka untuk ovulates (atau dalam bahasa, mengeluarkan telur kah?) adalah tinggi. Untuk pembacaan yang lebih detail buleh lah kalian baca diSINI.

Jadi, berikan penyusuan yang penuh bersungguh kepada anak anda, insyallah anda tidak perlukan artificial drugs untuk menggelak kehamilam. Indah sungguh kejadian Allah S.W.T ini kan sehingga ianya telah dijelaskan lebih awal dari kaedah sains lagi, amatlah bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 233: ..' Para ibu hendaklah menyusui anak-anak mereka dua tahun pertama, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya..'

Pemilihan breastpump

Mesti ramai yang fenin2 lalat bila pertama kali nak beli breastpump (bp). Bajet, jenis, jenama, dan macam2 lagi banyak mempengaruhi pemilihan bp. Macam daku juga dulu2. Bp yang awal2 ku beli adalah avent isis yang satu set dengan beg tu. Ku kira berbaloi juga pembelian ku itu. Kemudian ku beralih kepada spectra3 (s3), double pumping pula. Pembelian kali ini adalah kerana ku dah tak larat untuk mengepam manual. Nasib ku buat pilihan yg tepat dengan terus beli jenis yang double pumping. Masa tu ku dah berkira2 juga antara nak beli Medela Swing atau s3. Series, memang ku main belasah jer beli berdasarkan majoriti yang memiliki s3 ini. Dek keranan dah syioknya mengguna s3, ku kira ku nak mencuba yang spectra yang portable pula. Jadi ku beli i-spectra (masa tu encik husby dah bagi green lite nak beli FS, tapi ku yang malu2 kucin, konon takpela, beli i-spec jer, jimat lagi..huhu). Sekali, hampehh. Aku memang tak serasi betul guna i-spec ni. Tak tahu la macam mana nak esplen. Yang paling ketara dari segi suctionya. Len kali lah ku esplen yer..eheh!

Sebenarnya, selain daripada kriteria2 diatas, perkara yang paling penting skali adalah beli bp yang hampir menyerupai gaya penyusuan bayi. Ini yang akan membezakan ke-efisien-an dan ke-efektif-an sesebuah pam tersebut. Pam yang tidak efektif akan memberi kesan/trauma yang nipples dan juga breast tissue. Kebanyakkannya la. Tapi ada juga yang selesa menggunakan pam2 yang bajet2 ni tanpa sebarang masalah pun. Ada beberapa jenis2 bp yang ada dipasaran sekarang seperti manual, elektrik/bateri, singgle/double pumping.

Perkara kedua yang perlu dilihat adalah cyles pam tersebut. Cycle ni adalah jumlah berapa kali pam menyedut & melepaskan puting (Suction&release). Mengikut fakta, bayi yang normal akan menghisap lebih kurang 45-55 cycle per minute. Bp yang mempunyai cycle yang lebih kurang figure berikut adalah dianggap effektif dalam pemerahan/pengeluaran bm(breastmilk). Bp yang mempunyai cycle yang lebih dari 25 kali per minute adalah lebih effektif.


Kekuatan suction sesebuah bp adalah sangat penting juga dalam pemilihan breastpump. Suction breastpump yang ada dipasaran adalah dari 60-650mm Hg -ve pressure. Mengikut apo yang acikk baca la, suction yang kurang dari 200 adalah tidak efektif untuk mengeluarkan susu, begitu juga suction yang lebih dari 200 keatas juga akan menjadi puting lebih sakit. Suction yang menyerupai bayi adalah diantara 200-230mm Hg dan sekali cycle dalam setiap saat.

Yang seterusnya, adalah jenis pemerahan sesebuah tersebut. Samada single atau double pumping. Single pump sama ada yang manual atau elektric/battery tidak memberi stimulation sebaik double pumping. Selalunya memgambil masa yang lebih lama. Hanya sesuai pada yang menggunakkan bp secara occasionally, dengan kadar penggunaan yang tidak lebih 2-3 kali sehari. Pengepaman serentak atau double pumping juga dikategorikan sebagai premium grades pump atau hospital/professional grades pumps. Double pumping dikatakan lebih baik dari single kerana apabila breast di stimulasikan dengan serentak akan meningkat hormon prolaktin dan seterusnya dapat memaintain suppy susu untuk jangka masa yang lebih lama. Selain dari itu menjimat separuh yang masa yang diperuntukkan jika menggunakan single/manual pump.

Kriteria yang seterusnya yang perlu dipertimbangkan adalah pump durability. Ini kerana sesetengah bp mempunyai motor yang akan bertahan dalam jangka masa tertentu. Jadi, fikirkan berapa kerap dan berapa anda akan menggunakan sesebuah bp sebelum membeli. Tetapi kebanyakan bp yang dikategori sebagai hospital grade/premium grade mempunyai ketahanan motor yang agak lama. Contoh bp yang mempunyai jangka hayat yang tertentu adalah seperti i-spectra. I-spectra mempunyai jangkahayat motornya selama 350 jam sahaja. Sebab itu i-spectra hanya sesuai untuk dijadikan sebagai 'back-up' pum sahaja atau kegunaan semasa keluar.


Kemudian, adalah faktor keselesaan kita dengan sesebuah bp. Tidak suma orang serasi dengan bp yang sama, bergantung. Jika boleh, cuba sesebuah bp sebelum membelinya. Perkara utama dalam bab keselesaan ini adalah size breastshield bp tersebut atau kata lain corong pam itu lah. Kebanyakan bp yang ada telah didesign dengan corong 'one size fits all'. Dan anda bernasib baik jika corong itu ngam2 dengan size breast & nipple anda. Ada sesetengah yang mempunyai masalah puting kecil/besar akan merasakan kurang selesa jika menggunakan sesebuah bp. Jadi, cari corong yang mempunyai size, jika boleh. Sebagai contoh, seperti jenama Medela. Jika anda menggunakan spectra, corongnya tidak mempunyai size, yang ada adalah standard size. Ada juga yang mengadu rasa tidak selesa pada puting dan sebagai semasa menggunakan spectra3. Mengikut daripada experience orang lain, ada yang menggunakan pumpin pal super shield untuk mengatasi masalah tersebut. Yang saya tidak tahu keberkesananya kerana saya tidak mempunyai masalah semasa menggunakan s3.

Dan akhir sekali, faktor-faktor lain yang sering dipertimbang adalah 'kesenyapan' sesebuah bp itu. Ada yang lebih prefer bp yang senyap bunyinya atas faktor-faktor tertentu jika mengepam diofis, surau dan sebagainya. Sekian ler sahaja coretan/tips2 geli-geli yang ku tahu mengenai breastpumps. Kalau ada masa lagi, mau saja ku kompile segala jenis bp yang ada berserta rege terkininya, tapi acikk banyak keje dek non..ihih!Insyallah next time ler.

Cartoon Printed CD




Hari ini, ku dapat lagi CD lagi. Kali ini cartoon printed cd. Sample ini untuk ditorai pada azri. Pada pendapat ku, okayla. Walaupun designnya takleh celen jenama2 yang branded, tapi jadilah bagi yang nak merasa yang kartun2 juga..hahaha! Material dia memang lain la daripada coolababy. Nampak macam lembik2 & soft sebab material memang bukan PUL tetapi cotton laminated (ye ke, ku agak je, sebab ku nampak kesan laminate belah dalam tu).So kira waterproof juga lah tu. Sampai ibu ku kata, yang ini lagi dari coola. Bang bil tak cakap arrr.

Dapat2 jer ku terus pre-wash skali. Ingat nak prewash 2nd time pula. Tapi aku tak sabar decide nak pakaikan terus kat azri. Dalam hati, ala kalau bocor takpala, memang nak prewash lagi pun. Surprisingly, ku pakai dari kol 6pm hingga ker pukul 10pm, memang tak bocor. Cd ni datang dengan satu insert sahaja. Dek kerana azri ni jenis heavy wetter ku kena la cilok insert kawan sebelah tu letak dua..hihi!. Even cd coola pun ku tetap pakai 2 insert terus. Pastu malam ni ku pakaikan azri juga dengan CD ni. Resultnya kita tunggu di lain siaran..huhu. Ada saper2 yang nak mencoba-coba cd ini, koling2 la acik regenya yer.

Support Group Meeting 4

Semalam, sgm kali ke-4 ini telah diadakan di Taman Putra Perdana, Putrajaya. Topik sgm pada kali ini adalah 'Advantages of Breastfeeding - How Breastfeeding Affects Mothering'. Ramai juga yang hadir pada kali ini dan diskusi dipecahkan kepada 3 kumpulan, diketuai oleh 3 moderator (LC) yang dijemput iaitu puan kamariah, Puan Rita Rahayu dan seorang lagi doktor, ku dah lupa nama pula, tapi bukan Dr. Shiha. Setelah puasfenin2 meronda/me-riki tapak/tempat pada khamis lepas bersama mamaAnA (ina) dan bruceshark (mai), alhamdulillah, jumpa juga tempat yang tidak memerlukan apa2 bayaran dan selesa. Jika tak, plan untuk dibuat taman2 botani, wetland..tetapi rupa2nya tempat2 tersebut dikenakan bayaran, dan bayaran yang paling murah adalah RM120 untuk satu jam, huhu!..

Moderator untuk grup ku, adalah puan rita rahayu...sweetkan die..uhuks!














Align Center








Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Cuaca pun sangat baik pada hari itu. Insyallah, kalau takda aral pape, kita akan cuba untuk organize next SGM5 pada 28 jun depan. Topik untuk sgm berikut adalah 'Nutrition and Weaning : Improving Family Nutrition'.

CD Coola lagi..


Semalam dapat lagi parcel dari coolababy. Wah, sakan aku asyik menghorder coola jer ni. Macam dah addicted seh..eheh!Semalam dok bukak kotak, sekali tengok ade 2 wane yang dia tak penah kasi. Warna soft pink dan lite green. Selama ini, aku tak penah specific kan request bab2 kaler, aku suka campur2 je kaler yang ada. Haipp, bukak acikk sorang nak pakai ni. Ada orang lain yang mengorder dari ku juga..huhu! Sebenarnya rentetan daripada entri ku yang ini, ini dan ini. Ramai juga yang bertanya bagai yang nak orderlah, nak kirim lah, nak beli lah etc, haha! Jadi kali ini sapa2 yang berminat dengan CD Coolababy ni, boleh lah mengkontek/mengemail/meng-sms aku ditalian hayat ini 012-2045646. Boleh didapati secara cash, kutu (kutu ni dah ada 2 group yang sedang on dah sekarang) atau installment, 'o' interest..haha!

Cirit Birit-Part 2

Haha..entri ini ada siri juga, seb tak jadi soap operass lak..eheh! Kesinambungan daripada entri cirit-birit azri tuhari. Aku masih lagi tak puas hati, selepas daripada azri cirit birit selepas makan bubur nasi+carrot+kentang. Aku dah stop kan die makan untuk keesokan hari. Alhamdulillah, kurang dah cirit2 tu, pastu bontot die yang merah tu ku sapukan dropolene, pun dah berkurang dah merah dia. Jadi hari ini aku degil lagi,hahaha..aku buatkan dia bubur menu yang sama tapi kali ni fresh jer, ku tak chillkan, sebab ku nak tengok sama ada perut die tak tahan makan bubur yang dah disejukkan ker.

Ye lah, sebab masa 5 hari pertama azri start solid( iaitu pada 23hb april tuhari), 2 hari pertama ku bagi bubur 'o', oraiss, pastu 2 hari kemudian ku bagi bubur+carrot pun orais jer, tapi utk menu2 ni die makan sedikit jer. So ku tambahkan kentang dalam bubur dia, kali ni licinn!Pun orais jer. So hari ke-6 dia start makan bubur+kentang+carrot. Dan hasilnya, oraiss jer! makan juga bubur chill yang telah dipanaskan, takdelah poo poo banyak kali. (Faham kah kaliann...hoho). Ni stok tak tunggu '4 days wait rule'...haha!

Cirit birit ni start selepas aku balik dari batu pahat pada 2Hb tu hari. Tapi makanan yang sama juga. Selepas satu hari stop, hari ini ku start balik bagi makan yang sama, tapi fresh takda chill2 nya. Pun sama, dia poo poo lagi skit2 sampai 7 helai cd yang ku tukar suma ada cirit2. Jadi conclusionnya bukan sebab bubur sejuk la kot, maybe sebab makan tu kot. Esok ku nak bagi bubur 'o' +EBM jer. Tah2 nasi tu kot yang buat dia cirit, haha!..Mak aku dah sebok-sebok suh aku try beli nestum bagai ,dia bajet kalau makan nestum tak cirit-birit..ayoyo aku fenin lagi. Ye la sebab aku ni pun dulu bayi FM+nestum bagai, so susahlah aku nak mengubah mentalitinya..huhu!

Relaxation Techniques

Salah satu useful article for EP'ers. Macam best jer munyik tuh. Mari kita sama-sama cuba. Saper yang rasa teknik ini berkesan nnti, sila angkat tangan. Ini versi 'tepek' terus. Harahapss ada yang boleh faham. Kalau tak faham, meh koling-koling acik ya..hihi! Article ini ditulis oleh Diane O'Brien Juve (sapo ni acik pon tak kenal, yang ku tahu dia seorang exclusive pumpers juga).

Relaxation Techniques

"I don't claim to be an expert in most areas of mothering (my only experience is with my 23 month old son Matthew), but I was a dynamite EBM pumper. Wasn't my favorite part of nursing, but I could easily express 6-12 ounces every single time. So here's my 2 cents. (wah, hevass juga matlih ni, skali express mcm tu, kalau 8x mau gak sehari 50 oz, bila lah ku nak cecah 40 oz ni,huhu!)

Pumping is a learned skill, not a talent, and you, too, CAN do it well! I taught Biofeedback for 3 years, Biofeedback teaches relaxation techniques combined with feedback to teach people to retrain injured muscles, prevent headaches, etc. It's used in most major medical centers now, and helps with stroke rehabilitation, among other things.)

What I learned with Biofeedback techniques enabled me to be a great pumper, and you can be, too. Really!

I won't go into incredible detail regarding the various relaxation techniques, because they're in magazines and books all the time. The specific routine I suggest, however, is as follows:

(You'll do this routine at least once or twice a day for 5-15 minutes until your body becomes accustomed to dropping into a relaxed state. Once your brain has learned how to do this, and you learn how it feels to be in a relaxed state, you'll be able to relax enough to pump with just 3 or 4 slow abdominal breaths. And the neat thing is, once you've learned this skill, you will have it forever, and with very little practice you can become proficient again at any time.)

OK, so here's the routine:

  1. Start by taking 15-20 SLOW abdominal breaths. Tha means counting slowly to 4 when you inhale, and again when you exhale. Breathing is the single most important skill to practice, and should be done slowly and deliberately throughout the relaxation session.
  2. Next, tense and relax, say, your fists, tensing for 5-10 seconds while keeping the rest of your body entirely relaxed, and BREATHING. You can tense and relax as many different muscle groups throughout your body as you want (top to toes, or working your way from your toes to your head, whatever is comfortable for you), concentrating on deep, relaxed breathing as you do it. (This is an extremely brief description of Jacobsen's Progressive Relaxation exercises, which have been around since the '30's, and about which much better descriptions can be found elsewhere...)
  3. The final step, called Autogenic training, is how I pumped so much in relatively little time. When you can really relax and let your right brain do its thing, you'll have EBM literally squirting into the bottle! You've probably done these exercises at some time, basically imagining yourself lying in the warm sun, perhaps imagining a warm cloth moving over your body. There are tapes that do a great job of helping you visualize the warmth...

    The key to autogenics is warming your hands, so you want your fingertips to actually get warm and tingly. The "warm hands" are just the easiest measure of the autonomic nervous system, which controls our fight or flight response. When you worry about pumping enough, for instance, you don't let anything down at all. Right? That's because worrying sets off your fight or flight response, which shuts down excess circulation to the extremities (causing "cold hands"!), sends adrenalin through your system, slows or shuts down your digestive tract, and basically stops "unnecessary" functions (such as milk letdown!) in order to send more blood rushing to the heart and running muscles.

I know it's tough getting time to yourself with little one(s), but I can guarantee that if you do the above exercises faithfully for 2-3 weeks you'll notice a significant increase in letdown. and you'll be able to do it without having to spend so long getting into that relaxed state.

Remember, dynamite pumping CAN be learned."


Hahaha, amacam boleh buat kah! First time juga ku dengar istilah 'dynamite pumping' ini, Apa yang boleh ku simpulkan, kunci utama yang perlu ada adalah 'kawalan emosi'. Tak kira apa skali sekolah teknik pun, kalau kita tak dapat nak kawal emosi/perasaan masa tu, memang tak jalan juga. Anyway, it is good to try. Selamat mencuba & keep on pumping babes!

Cirit Birit?

Aku hairan apesal azri lepas makan jer terus die poo poo. Awal-awal tuhari taklah macam tu. Start semalam. Makanan masih yang jenis sama nasi+kentang+carrot. Ker memang baby macam tu, ku jer yang tak tahu. Tapi yang bezanya bubur yang azri makan semalam, aku terlebih sudah kan carrot. So jadi oren giler bubur nasi+kentang tu. Aku prepare makanan tu hari ahad pagi. Then ku chill-kan. Semalam still ku bagi balance yang ku fridge kan. Sebab, awal2 tuhari pun ku beri bubur yang dichill-kan (pastu warmkan) pada azri ok jer! Kesian plak ku nengok, pas dah poo poo besar wane carrot bagai tu, ada plak tercirit-cirit skit selang2 2-3 jam. Adoii, ana sudah felik&fenin lalat lah!

Tragedi EBM

Hari ini, kami (Ku dan azri) bergegas packing untuk pulang ke KL saing SIL ku sebab encik hubby ku takleh nak hantar (ada kerja). Tengah sebok berkemas2 ala-ala bidang terjun dalam perasaan yang bercampur baur. Ye la, last minit nak packing, manelatahu ku kena saing sekali. Bila suma dah selamat dipack, last skali baru ku akan pack EBM dalam fridge masuk cooler bag. Alangkah frustnya bila ku tengok 3 botol frozen EBM, bersamaan lebih kurang 11 0z ku dah cair. Mungkin ada yg rasa 3 botol tu taklah banyak mana, tapi bagi orang exclusive pumping (EP) seperti diriku, hatta 1 0z kalau rosak, ku dah sedih giler. Kerana untuk mengadakan hatta 1 0z pun, ku harus berhempas pulas mengepam, melantak itu ini, semuanya kerana nak banyakkan susu dan maintain susu.

Dalam keadaan yang dah sentimental ku berpacking2 sebab hubby tak dapat hantar balik, bila tengok EBM ku dah cair termasuklah chiller brite ice & techni ice setengah kepingg ku pun cair, terus air mata ku berjujuran laju. Nasib malam semalam tu ku, ku masukkan sebijik briteice & setengah keping lagi kat fridge MIL kat tempat dia simpan ikan2. Kalau tak, memang takde chiller lah jawabnya, kena beli ais batu pula. Masa balik umah MIL ku hanya bawa 3 botol jer frozen & 6 botol fresh EBM. Ku simpan kat satu fridge spare jenis satu pintu kat rumah MIL ku tu. 2 hari lepas memang oraiss jer bekunya, tah pesal semalam setat dah wenggnya terus defrost pulak.

Tag yang ke-4 & 5

Tag yang ke-4
Untuk menjawab tag ke-4 dari
nazra, tag ni rasanya macam ku dah buat. Tag Fotofunia..di entri ini.

Tag yang ke-5
Yang ni tag dari shinta_mum, tag cabaran langsing. Wahh ku tak suka tag2 begini.

1. berapakah ketinggian anda sekarang & berat anda sekarang?
berat 82kg (haha..berat dah ni..)
tinggi 170cm

3. Berat paling tinggi dlm sejarah anda & usia anda ketika itu?
Berat masa ku pregnant, 92 kg rasa nya, dan berat sekarang, 82 kg diusia ku 28 tahun.

4.apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing & kejayaan anda dgn makanan itu?
Kalau sekarang ku lom berdiet lagi. Kalau dolu2 diet masa berat ku ala2 80 kg masa zaman2 blajar dulu..ku diet dgn tak makan nasi, makan roti jer, exercise (berlari2 anak kat bilik, sit up) selama setengah jam tiap2 hari.

5.berat paling rendah yang anda pernah dapat & usia anda ketika itu?
Berat ideal ku iaitu 58kg. Masa tu tahun 2004, 23 tahun kot

6.anda pernah menyertai program kelangsingan badan? nyatakan kejayaan anda?
Tidak pernah sebab ku kemut duits..haha

7.apakah yg menyebabkan berat anda naik mendadak?
Sebab ku tak jaga makan huhu!dan tak eksesais dah..

8. apakah target anda untuk kurus selepas ini?
Nak turun kan slowly pada 70 kg. Tapi kenala bersabar sampai azri dah setahun lebih dulu kot baru nak pikir2 diet ni..hahaha!

9.memiliki gambar anda dulu & kini?
haha..dulu kini dan selamanya...

10. sila upload k?


Ni masa zaman vogeh2..ahaks! Tahun 2004 la lebih kurang tu.


Ni waktu di Support Group Meeting (SGM) di Tasik Cempaka tempohari. Ayoyo, ku yang besar gorgon ditengah2 itu. Sebelah kiri tu lis dan kanan nanie143.

Tag ke-3

Kali ni tag dari ila pula..

1. If you can be an animal, what will u be? Why
Ku nak jadi kucing hutan (ni kes tengok majalah 3 tuhari..ekeke), sebab nampak exotic eheh!

2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?
hoho, tak baikkk punyaa soklan ni, sbb tak baik makan duit haram, tak jadi darah daging nanti, kui kui!Tapi just for fun kan, duit tu ku nak beli kereta, laptop, hp, ni memang tak habis ni kalau nak senarai ni..hihi

3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? why?
Aku nak pegi melancong satu dunia, tapi mula2 biarlah pergi umrah dulu..muahaha!pastu ku nak pegi negara yang ada salji dulu..hihi

4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? why?
aku nak makan kat 'chicken cordon bleu' kat secret recipe. Dah lama siots ku ngidam nak makan ni, last time ku makan masa tengah preggie 7 bulan dulu.

5. If you can only kill one person in this world, who is the person? why?
Aku takde perasaan lak nk bunuh2 nih..klu ade pun regim zionis kot..haha!

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? why?
Aku pilih nak lebih dari 24 jam sehari, supaya aku ada cukup waktu untuk rehat selepas mengepam..ngeh!

7. If you can date celebrities, who is that person? why?
aku nak date dengan Rob Thomas, vokalis 'matchbox20'..

8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?
Hidup tanpa masalah/dugaan..

9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? why?
Hahaha, kerana tag ini dah berkurun ku perap, so ramai juga dah buat tag ini...

Tag: Sexy Me

Tag dari AS..dah berkurun baru ku nak bikin..haha

Rules
1. Tangkap @ sertakan 3 keping gambar anda yang anda rasakan paling seksi.


2. Tak semestinya tak berpakaian atau mendedahkan. Mungkin anda rasa senyuman anda masa itu adalah seksi. Sertakan!!!

3. Nyatakan kenapa gambar itu begitu seksi di mata anda?

4. Tag rakan-rakan anda yang seksi - ya korang la seksi..

5. Selamat berseksi....

Hmmm, apo eh yang seksi ni. Ini pun ku kira seksi jer la..ekekek!

Gambar ni masa azri 5 jam selepas dilahirkan, di HUKM dan pertama kalinya mendakap azri. Warghh, rindunya saat2 ini. Begitu cepat masa berlalu, rasa bagai semalam jer ku melahirkan azri.


Gambar ni pula senyuman yang pertama-tama kalinya. Sebelum tu asyik tido pejam celik jer. Takde emosi. Pastu tetiba dah pandai senyum pula dan dapat juga ku snap.


Haha, dalam banyak2 ku paling suka yang ini. Sebab ku rasa wajah dia sejibik cam aku..ye kah?muahaha!

Dengan ini ku berbesar hati nak mengetaq rakan2 blogers ku yang cekci juga (yang mana tak di tag dgn tag ini lah) seperti herni, Luvhaziq, Fiza, dan saper2 lah yang volunteer nak amik tag ini, sila2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)