Nak buat apa?


Semalam pukul 7 ptg baru sampai batu pahat, dari pukul 3.30ptg bergerak dari rumah. Azri excited betul tengok tempat baru. Terjerit-jerit dia. Letak kat bawah pun dia tak nangis. Kalau kat rumah ku, letak 10 minit jer dah melalak nak berdukung. Kat sini, letak kat bawah, siap golek2 atas toto, jerit-jerit bagai, usha kiri kanan. Aman ibu die nak mengepam. Satu hari tak bukak tenet, kepala asyik dok ingat 'rumah' (belog) & forum XX geli2 ku ini,ekeke!. Pagi ni tak tahu nak buat apa. Harus ku setelkan kerja rumah (tag) ku yang dah semakin panjang list tu dalam 'buku 555' itu. Kalau tak, ku bz di meroyan di belog & forum jer..eheh!

Balik kampung

Hohoho balik kampung...hohoho..balik kampung...banyak barang hati ngirangg!!Harini ku nak bersiap2 packing bag bagai nak balik batu pahat pada hari ini juga. Dah lama ku tak ikut encik hubby ku balik. Selalu die jer yang duk sana sensorang (maklumlah encik hubby bekerja dibatu pahat). Kalau nak diikutkan sudah 5 bulan ku tak ikut dia balik. Tapi tak lama, ahad ni mungkin balik kot..haha! Aisey nnti pasti ku akan merindui aktiviti seharian ku bila dirumah sendiri contohnya memasak,mengemas rumah belog, berbeloging, bertenet & ber-Si, eheh!. Forum XX ku pun mesti tidak terjengah ler nanti..sob sob (harus ku curi2 masa nak bertenet2 juga, hihi)

Projek Jahitan: Nursing Cover




Alhamdulilah jadi juga Nursing Cover (NC) yang baru saya coba2 ini. Inilah hasil kerja tangan kertu ku itu. Buleh laa. Ni tempahan dari THU. Banyak seh kain die bagi. Meroyan saya nak menjahit tu. Dah lah mesin jahit tu semput aahh, pinjam mesin jahit baru herni syiokk ni wakaka. Nasib simple je. Pattern NC ini adalah dari contoh NC yang dibeli oleh THU. Jahit NC jenis ni lagi mudah sikit la dari nappy stacker. Ada banyak lagi corak kain ni, lawa2, syiok plak saya tengok mcm nak rembat jer satu wakaka, tapi tak sempat nak upload. Jenis kain ini bukan cotton, jenis kain ni yang licin, tapi lembut, sejuk dan ringan jer. Tak tahulak plak nak panggil kain apa.

Azri&Solid Food-Part 2

Sudah beberapa ku tidak menghapdet meroyan entri. Sebab ku tersangatlah bz menguruskan rumahtanggaku sebelum2 ni sebok urus 'rumahtangga' belog jer..ekeke. Dengan kepulangan hubby terchenta lagi, prepare solid food azri lagi,pam lagi..haru, huhu.

Pas beberapa hari azri makan bubur nasi+carrot, masuk hari ke3, azri macam dah xnak mamam dah, makan skit jer, buang yang lebih. Maybe ku lupa nak variasikan makanan tu, tu pasal die rasa mcm die jelak kot. Maklumla first nak kasi anak makan ni. kali ni ku buat nasi+carrot+kentang. Hahh, baru ada perubahan. Azri sukaa, ibu pun sukeeee!Habis die makan.

Cobaan kedua:
Menu: nasi+carrot+kentang
Kuantiti: 2-3 sudu gak laahh
Reaksi azri:



*Kesimpulanya, azri dah pandai mamam dah!Dah pandai buka mulut bila rasa sudu tu. Pastu dah menunjukkan rasa keterujaan untuk menunggu suapan yang seterusnya..haha!Pasni ibu sebok gali2 pasal resepi solid food pulak laaa..

Calling for EP'ing Moms

Haha..acik siap calling2 lagi. Ku nak menyeru lagi pada semua especially ibu2 yang fully pumping seperti daku dan BF'ing moms diluar sana untuk join group geli-geli ku ini. Takde apa, just sesajer untuk bertukar-tukar pendapat, memberikan galakan dan semangat sesame sendiri dan apa-apa aje lah yang kalian ingin luahkan di situ. Jangan lupa untuk update nama anda (jika ada fully EP la) di list 'Exclusive Pumping Mommies'. Moh2 kalian, jom kita pakat2 geli-geli disitu. Jumpa disana disana disanaaaaaa.

Azri & Solid food pertamanya

Hari ini, pertama kali azri rasa makanan dalam mulut dia. Macam-macam reaksi dia, haru biru ku dibuatnya. Mana nak mengepam, mana nak prepare makanan dia, almaklum la semuanya first time kan. Dah bertambah satu task untuk ku. Kalau tak, dulu, amik EBM warmkan jer, ngeh!

Cobaan pertama:
Menu: Bubur nasi kosong
Kuantiti yang dimakan: Setengah sudu besar
Reaksi azri:



Setelah 2-3 kali suapan, setelah terkenyit2 mata, kembang2 hidung dia, masuk ke4 kalinya, terus dia melalak dah, hahaha! Pastu baru ku offer dia EBM.


Pas makan, minum bagai, terus tido. Haiii, benganggg nampakkk! keh keh!

Aku berjaya..


Yeeehaa, harini azri genap 6 bulan, hari pertama azri start solids, dan harini juga kena 6 bulan ku telah exclusive pumping. So klu ikut satu topic kt si ku dah kira dapat degree kah! Haha..tak kiralah degree ke hapa, yang ku lebih eksaited sebab ku telah mengepam selama 6 bulan. Terharu sungguh ku, ngee!. Akhirnya misi EP untuk short term tercapai sudah. Pasni start new misi pula, misi untuk long-term sehingga azri setahun.

So ku nak meroyan mengulangkaji sket milestone selama 6 bulan bergelar EP'er ini sila tutup mata:

ku mula-mula full time EP pada awal bulan 11 tahun lepas. Awal-awal memang tak dapat banyak info mengenai ep. Ku juga tidak yakin yang ianya boleh dilakukan. Kerana ku masih dalam stigma 'susu akan kering jika baby tak direct', dan paling lama pun akan bertahan lebih kurang 2-3 bulan sahaja. Ku hampir putus asa.

Mula-mula mengepam, ku tidak mengepam sekerap sekarang, paling tinggi hanya 5-6 kali sehari dan hasil sehari sekitar 10-15 oz. Dalam keadaan yang sungguh tertekan, ku give-up untuk direct BF dan ku konsentret dengan EP sahaja. Daripada kais pagi makan pagi, perah pagi minum pagi, kini alhamdulilah, boleh tarik nafass skit. Rupanya jalan ini tak semudah juga yang ku sangka...alhamdulillah, ku masih bertahan sehingga kini. Hoorahh!

Sekarang, selesai sudah satu misi, dan masa untuk ke misi yang seterusnya iaitu meneruskan EP sehingga azri setahun pula bermula dari hari ini. Phew!. Mudah2an ku berjaya seperti hari ini dalam sejarah, amin!

Azri yang terpaksa pose dengan feeding set dia yang baru (hadiah dari auntie Deera ibu die kemut nak beli feeding set,hahaha!)

Tag-Hobby

Tag hobby ni ku dapat dari Maryaaa. Toceh!. Dah lama ku nak buat tapi tak ku tak terfikir hobi yang specific. Then baru ku teringat, antara banyak2 hobi, selain menjahit ada beberapa hobi kku ini boleh dikira mengarut kot dan tak berfaedah pon..huhu. Sebab diantara semua hobi yang ku ada, ni lah antara hobi ku yang paling konsisten. Yang first ini, ku addict betul untuk kumpul kad dan reload kad. Segala jenis kad empat segi yang sama size lah. Tapi yang paling banyak kad yang ku kumpul adalah reload kad. Jenis-jenis reload kad yang ku simpan digi, hotlink, ring-ring, i talk etc. Selain tu termasuk la kad-kad royalti yang tak pakai bonuslink, realrewards, kad atm yang lama-lama, copy card, eii banyakla..pendek kata segala jenis kad yang keras berbentuk segiempat tepat lah kusimpan, hihi! Yang paling kronik, lesen-lesen memandu yang expired pon ku simpan. Kad-kad ni ku kumpul dari zaman ku belajar dulu. Kalau kira balik, nilai kesemua reload kad ini mencecah RM3 ribu rasanya, hoho! Laa ni, ku dah tak kumpul reload kad sebab tak pakai prepaid dah..ehehe! skang kumpul italk atau ring-ring atau ade member2 ku juga yang suka sedekah topup kad diorang,hihi!



Hobi ku yang kedua ini pula, suka kumpul segala bagai paper bag dan bag-bag utk letak barang. Sebab sebelum ada azri ku suka pegi ekspo, sebab kat situ je tempat-tempat yang diorang banyak kasi paper bag atau bag-bag kain tu (ala tak tahu nak panggil apa). Sebenarnya beg-beg macam tu ada banyak lagi yang ku kumpul. Tapi selepas kahwin, beg-beg ku ini dah semakin berkurangan..kenapa? sebab hubby ku kadang-kadang ambik nak buat letak barang-barang dia. Kerana hubby terchenta kan..takpelah!kui kui! Kadang-kadang ibu ku pun rembat gak nak buat letak barang kalau pegi pasar malam ker..



Fully CD




(Untuk tontonan Umum, tiada unsur-unsur kembang hidung disini!)Hoho...ini gambar ku snap, selepas ku melipat CD2 ku. Kerana ku sangat teruja dengan warna-warni CD ku itu. Ku susun-susun mengikut pelbagai gaya kuak lentang, kupu-pupu!. Ku sudah seminggu lebih dapat tittle lantiks sendiri' Fully Cding'. Kini, DD ku telah berkepuk dibalik pintu bilik ku itu. Dengan 13 keping CD yang ku ada (mesti kalian kira disitu ada 9 sahaja), ku kira, agak mencukupi untuk tidak lagi menggunakkan DD hooraah!. Dengan syarat, no 'laundry day'. Maksudnya, jangan peram CD itu laaa. Ku basuh hari-hari, kira hokeh la dengan status ku yang bergelar SAHM ini. Tapi still kalau keluar, ku tetap akan bawa extra DD, in case kalau CD tu tak cukup. Sebabnya, kalau time nak kuar, ku biasa bawak 1-2 helai CD spare sahaja, bukan apa, kalau berhelai-helai, tak muat beg lak nak letak tu. ekekek . Tapi tak guna pun, sebab bukannya lama..Ku masih lagi mencari-cari idea bagaimana nak bawa CD jika keluar supaya nampak tak bulky..kalian ada idea kah!..huhu

Mari Join Grup EP&BF saya!



Hoho...kawan2! Poyonye. Ku ada buat satu forum bodo-bodo untuk 'kita-kita aje'. Khas untuk mereka-mereka diluar sana yang menpunyai profession sebagai 'pengepam tegar' seperti seperti. Ku ingin mengwujudkan satu grouping 'exclusive pumpers' atau pumping moms, supaya kita boleh meroyan meluahkah perasaan, memberi semangat dan motivatisi sesama kita, ahaks! Tidak lupa juga kepada rakan-rakan bloggers ku semua tak kira la anda pengepam atau tidak, sila lah memeriahkan forum ku yang tak seberapa itu (ku perasan nak jadi MOD hahaha!). The rest You are invited to join this forum. Jangan malu-malu! (ku yang malu sebenarnya..huhu). As usual belum ada banyak topic-topic lagi dalam forum ini harap kalian jangan malu2 la post any topic kat situ..Nak bukak new topic pon takpe. Sure ku tak akan sound/marah atau berkata 'topic ini pernah dibincangkan' atau 'sila guna kotak search forum diatas'...huhu. So mari-mari, ajak sekali kawan-kawan kalian, ahli keluarga serta sanak saudara dikampung untuk join forum ini.

Vote for Azri!


BABY CUTE CONTEST

Meh kawan2s...vote la untuk azriku di contest inii..huhu
Taipkan ; BCC_boy's_ 08_5 bintang dan paste di komen entry diatas yer. Voting anda amatlah kami hargai!Toceh!
Ohh..saya sungguh tersipu-sipu sekarang

Gigi lagi..




Sebab saya nak banyakkan entri. Ku paksa pujuk azri untuk posing bagi entry kali ini. Ku katakan yang gambar ini akan jadi cover majalah Pa&Ma nanti dan dia percaya!. Ku geram nak snap gigi azri yang jelas kelihatan sekarang. Ini adalah kesinambungan untuk entri gigi azri tuhari. Sebab ku geram tengok gigi itu walaupun kalian tidak segeram ku..ekeke

Belog Cerita Lucu

Ku terjumpa belog ini waktu sesi lawatan tapak blog ke belog elysuhaili semalam. Ku terjumpa la belog cerita lucu ini. Kat belog ini owner nya meng-compile kan macam-macam cerita lucu sumbangan dari pelbagai pihak. Ku dok baca ni awal2 pagi semlm, dari mata ngantuk nak tido, akhir ku asyik sengeh sensorang dalam gelap kat bilik...huhu. So kalau korang tensi-tensi buleh pi kat belog ini untuk baca banyak cerita-cerita lucu kat situ. Ku pun belom khatam baca archives die...huhu. Selamat ber-keh keh sensorang ya kalians..!

Azri dan EBM2nya...

Ini adalah entri nak kasi banyak saja-saja. Lagi beberapa hari genap azri fully EBM selama 6 bulan. Berdebar-debar ku nak tunggu hari graduasi itu..ekeke! Walaupun azri tak breastfeeding, tapi azri tetap juga dapat susu ibu. Tak sia-sia ku usaha ku berhempas pulas bagai nak gila nak banyakkan susu, mengepam siang malam, makan melantak itu ini, pelik-pelik tahi ayam tahi itik. Warghh tak boleh ku ingat waktu itu. Macam-macam emosi waktu itu. Nasib ku tak cepat melatah!.

Bermula waktu itu jugalah, ku mula berbeloging senyap-senyap malu ohhh, tujuannya hanya untuk membakar semangat supaya aku dapat meluahkan segala-galanya kat sini. Bila dah mula takboleh nak berhenti pula. Asyik cerita pasal pump, pumping, pumpers..huhu. Kadang-kadang naik buring pon ade..ku buring takpe, ntah2 orang yang baca lagi boring tahap gaban gaknye..huhu..nasiblaa sape suh baca..wakaka. Sebenarnya, banyak info yang ku godek2 semasa ku mula2 exlcusive pumping ini, so sambil2 tu ku rasa info yang bagus ku nak tepekkan lah diblog ini untuk panduan orang2 yang macam ku juga.

Ku nak tepek gak 'milestone' Azri dan EBMnya..buat tatapan ku..huhu sapa xnak tengok tutup mata,ahaks
  • 1 bulan= 15 oz - 20 oz sehari
  • 2 bulan= 20 oz - 25 oz sehari
  • 3 bulan= 25 oz - 30 oz sehari
  • 4 bulan= 30 oz - 35 oz sehari
  • 5 bulan= 35 oz -38 oz sehari (waktu ni ku rasa azri dilanda Growth Spurt sebab azri minum banyak sangat! Setiap sejam nak EBM lagi. Sekali lagi waktu ini ku mula kembali mengepam bagai nak gila, sebab selama ni ku dah drop pumping session selepas tengah malam. So kali ni, ku kena strecth pumping hingga tengah malam juga).
  • Sekarang; 5 bulan 3 minggu = 35 oz (-+), kali ni azri dah kembali kurang sedikit minum sebab azri dah makin aktif, suke main dari minum. Klu minum pun selalu tak habis, sebab nak main cak cak. Susah die nak fokus untuk minum stret jer. Mesti nak berhenti2, kekek2, golek2...huhu Lega mak die, dapat kumpul stok skit2 balik, takde maknanyaaa!)

Stok frozen&fresh ku as at 16/04/09 . Frozen ku pun dah tak banyak, ada lebih kurang 40 botol je. Cukuplah untuk azri. Memang ku dah tak dapat nak restock sekarang ini. Sebab azri minum sama byk dengan total perahan ku sekarang -+35oz. Unless kalau perahan ku mencecah 40 oz sehari kelak..ohoh heaven! Target ku juga tu..haha buleh kah!

Kesimpulanya, jumlah perahan ku turut berubah mengikut demand azri..alhamdulilah!itulah kuasa Allah S.W.T, ku hanya berusaha dan selebihnya padaNya lah juga datangnya semua ini.

Baby Cute Contest


Ahmad Azri Azzuri Bin Ahmad Othman
Age: 5 months 3 weeks
D.O.B: 23 october 2008


Wohoho..pilih punye pilih, ini la gambar paling the latest. Dengan ini azri juga nak masuk peraduan 'Baby Cute Contest' yang dianjurkan oleh Mama_Aqish. Sekarang tibalah masanya untuk sesi untuk masuk stroller tolak sendiri,eheh memberitahu apa yang menarik tentang azri ku ini (aisey segan nya, tapi ini adalah requirements yer korangs!) (ohhohh, malunya saya):
  • Azri sungguh 'sweet' sehingga ramai yang ingat anak ibu ini baby gurl, uhukks!
  • Azri sangat tough, kuat & sihat tidak pernah demam, selsema dan sebagainya sehingga kini alhamdulilah (walaupun kami sekeluarga sudah silih berganti demam, selsema bagaii). Alhamdulilah, Berkat minum susu ibunya (walau ibunya hanya fully expressing sahaja, ngeee!).
  • Suara azri amat kuat & nyaring sungguh bila dia menangis
  • Azri suka 'humming'...ooOOOooHh..EhhEEHh! (ye ker panggil ni), kalau dengar orang dodoikan dia dengan zikrullah (kunun2 macam die berzikir sekali la tu agaknya,amin!)
  • Azri sudah tumbuh 2 batang gigi bawah nya..ngeee!adeii!
  • Azri sangat kecur terpesona setiap kali melihat ibunya makan, semenjak 2 minggu lepas, sehingga meleleh-leleh air liurnya..(haha, adakah ini tanda2 yg dia sudah menunjukkan minat terhadap makanan!Sabar yer nak, lagi seminggu jer!)
  • kerana 'Azzuri' bermaksud biru dalam bahasa itali, jadi warna kegemaran azri adalah biru, kebanyakan baju-baju azri berwarna biru, biru dan biru! (hoho, suka-suka je ibu die kans,ihiks!apa kaitannya ehh)
Pada pendapatan ku ini, Azri layak jadi Johan peraduan Baby Cute Contest ini kerana (ohhohh, saya masih lagi tersipu-sipu,huhu ):
  • kerana tarikh pengumuman pemenang itu (23/04/2009) genaplah azri 6 bulan & ibunya dapat 'degree' dalam breastfeeding ini, The first day yang azri akan merasa makanan pejal pertamanya..(hoho..klu menang, bertambah manislah that moment *wink*).
  • Ini first time eh 2nd time (fes x menang pun) ibu masuk contest untuk Azri, kalau menang (mahu ibu hantar gambar ke Pa&Ma pula,hoho)saya masih malu-malu lagi ini
  • Kerana Azri tetap menjadi Juara dimata ibu dan abahnya.

Fedup..

Dua tiga hari ni, banyak perkara yang aku fedup. Tapi yang paling utama adalah dgn mesin jahit ku ni. Bila mesin jahit aku buat hal. Bertambahlah ketensian. Kerana, kalau aku fedup/tensi/bengang, aku akan menjahit..wakaka..buleh ka mcm tu. Kenapalah dengan mesin aku ini, tak kesiankah dengan aku ini.. Aku ada banyak benda nak kena siapkan ni especially nappy stacker (huhu,maryaaa if u read this, ku akan pos kan NS mu esok yer, complete dah kesemua ada 5 jumlah nya termasuk CD mu).

Tetapi didalam ketensian ku ini, susu ku tetap meriah juga, malah lebih lagi sehingga 36oz jumlah perahan ku, alhamdulillah. Adakah kerana hormon yang dirembeskan ketika kita dalam keadaan tertekan juga merangsangkan juga hormon prolaktin atau adakah kerana mental ku telah diset untuk fokus dan cekal untuk menyediakan/memerah sekurang-kurangnya 30 oz setiap hari walau dalam keadaan apa sekali pun juga telah menyebabkan susu ku tetap maintain?!?huhu..entahlaa. Apa kata survey?


Semak sungguh ku lihat tempat ku menjahit ini!. Ku dah kemas beberapa kali. Ku telah cuba untuk menjahit dengan kemas dan tersusun..huhu tetapi akhirnya begini juga kesudahanya, mengalahkan tukang jahit yang pro pula. Takpa, walau tak pro gaya kena ada..ekeke!

Mari buat status 'Off/Online Yahoo Messenger'

Ku dah lama cari benda alah ini juga. Banyak ku jumpa, tapi bila ku paste code die tak pernah yang jadi, asyikk 'offline' jer statusnya. Mungkin dah ramai orang tahu benda ni kan, tapi ramai juga yang tak tahu dan nak tahu mana nak dapat dan buat benda ni. Macam diriku juga,huhu. Segan nak bertanya punya pasal. So ku ikhtiar sendiri la..wakaka!. Nak buatnya, mudah sahaja, Langkah-langkahnya sama macam bila anda nak install widget2 lain dalam blog anda. Cuma pergi ker blogger control panel itu, pi kat> 'layout', then kat> 'page elements' > klik kat 'Add Gadget'>select 'add 'HTML list' dan copy paste code2 dibawah ini mengikut logo-logo yang anda minati.


*Ingat: Gantikan perkataan 'hayatiehashim' itu dengan Yahoo ID anda sendiri.













































Selamat mencuba di blog masing-masing yer kawan-kawan!Kalau tak faham dan tidak jadi juga, jangan segan-segan meng-mms ku, ku berbesar-hati menjawab pertanyaan kalians,hihi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)