Azri & Legging...

Azri sudah ada legging baru, yeah!Ini sesi menerai legging yang baru ku beli kena paksa beli dari amyatie..ekeke!Ada 2 pasang sahaja yang ku berkenan. Lagipun hubbyku kata beli yang ada warna-warna 'Azzuri', biru.. Sesi terai-menerai ini selepas tukar CD. Ku pakaikan, ku paksa Azri posing berdiri juga..hihi!








Yang warna hijau ini cun juga, jika kena dgn baju. So kesimpulannya, ku berpuas hati lah dengan servis yang diberikan oleh amyatie. Ku mengesyorkan kali membeli legging2 ini dengan beliau, hihi!

TAG - 6th PHOTO

TAG GAMBAR FROM LIN


RULES
>Go to your photos folder in your computer.
>Go to the 6th folder of photos.
>Go to the 6th picture in that folder.
>Put the picture on your blog and a description of it.
>Invite six friends to join the challenge.
>Link them in your blog and let them know they have been challenged!

oo..kena amik gamba yg ke-6 dalam
folder photos dan gambar yang ke-6 dalam folder itu kah. Kalau gambar tak cun, buleh ngelat kah...ekekek..

So, here's mine..Folder yg ke-6 dlm folder foto adalah folder yang bertajuk 'Others Photo>disebabkan dlm folder itu cuma ada 5 gambar sahaja, ni di buleh dikiragambar yg ke-6 dlm folder itu....hihi!pheww, seb gambar ni....(ni kes janji tak ngelat tau), memang inilah gambar ke-6 dalam folder yang ke-6 dalam folder album yang besar ku itu...



Ni gambar hubby masa bujang, bersama-sama dgn rakan-rakan UTM, baru pas habis main futsal...(aisey contact lens hijau tuh, kalian nampakkah!ekeke, ni kes perasan nak jadi 'italian' ler tuh!..FIY, hubby ku ini obsess dgn apa sahaja yang ada kena mengena dengan Itali. Feveret team bola dia adalah AS Roma. Sampai anak kami pun ada nama italian.kehkeh. (Ahmad Azri Azzuri...'Azzuri' bermaksud biru dalam bahasa itali, hihi!). Cuma nak pegi honeymoon ker itali jer tak dpt..

6 orang yang ku nak dera..(jgn ngelat gambar tu yer korangs!)
1. amyatie-ni dah kena dera juga dgn lin
2.Maryaaa
3.Luvhaziq
4.herni
5.lis
6.ila


Bila THA & THU Bowl..

Semalam, amyatie aka THU (Tie Hussin) akhirnya telah menyahut cabaran ku a.k.a THA (Tie Hashim) setelah beberapa beliau keluar masuk tandas (ni pun ada rasa nak terkucil ku tahan jebat) apabila memdengar cabaran ku,hihi! Persaingan sengit antara kami telah diadakan di IOI Mall Puchong. Seperti biasa team family kami telah berjaya menapau team family THU dengan kemenangan 'stret set'!



Ku sedang fokus ke arah pin..ekeke

Jelingan panasss hati THU setelah beliau 'melongkang'...hihi!


Tidak dilupakan terima kasih, pada penyokong kuat kami a.k.a pasukan sorak bagi team family memasing, Azri yang menyokong team rumah biru (Family THA) dan maira menyokong team rumah oren (family THU) sambil-sambil bermain mata sesama mereka
c
Ku bergaya selesa dengan sling cap ayam ku itu, 'azri suka, ibu pun setuju'. Aiyoyo, sila buat-buat tak nampak spare tayar itu,huhu

Happy family ku, Hubby telah menapau semua player2 dan sekaligus dinobatkan sebagai pemain terbaik pada mlm itu.

Hubby ku sedang mengejek menganjingss pihak lawan yang sedang bermain..ekekke



Pemain harapan negara (THU kontrol dalam hati mengigilss melihat prestasi itu)



Auntie THU yang sedang cuba beramass mesra menambathati untuk dibuat menantu dengan azri

Hubby ku dan Hubby THU..(yang sedang mengecek2 tips boling dari hubby ku..ekeke)


Ini sebelum bermula pertandingan, kasi refreshh dulu pada penyokong kuat kami ini..
Penyokong team oren pihak lawan yang telah kepenatan, menjadi salah satu faktor kekalahan team rumah oren...ekeke

Susu Ibu:Support Group Meeting





Semalam, 29ha telah diadakan Support Group Meeting yang kedua oleh mama kamariah, pengasas susu ibu dot com. Topik pada hari itu adalah 'The Art of Breastfeeding and Avoiding Difficulties'. Jumlah kedatangan agak ramai juga sehingga kami yang hadir dibahagikan kepada 3 kumpulan. Meeting yang sepatutnya bermula pukul 9, bermula agak lewat juga. Ketibaan yang ku jangka agak lewat lebih kurang 9.45am, rupanya, meeting pun baru nak bermula, pheww! , ingat ku dah terlambat banget. Ku menyertai kumpulan yang di-mod kan oleh kak shiha. Termasuk dalam kumpulan ku itu adalah, amyatie, kak sue, haza, ina, erin, ilakahar dan beberapa yang lain (ku kenal muka tapi x ingat nama dah, hihi).
Ku agak blur skit apekah topic kecil bagi kumpulan kami itu. Tapi daripada apa yang lihat di whiteboard itu, seperti tajuk 'Natural breastfeeding & pumping milk i.e. exclusive pumping' lebih kurang gitulah topik nya. Masing-masing bergilir-gilir, menceritakan pengalaman pertama dalam breastfeeding ini. Dan ada juga lah terselit serba sedikit pasal the option of breastmilk feeding ini through exclusive pumping daripada pengalaman beberapa orang yang pernah exclusive pumpers juga dalam groupin ku itu termasuklah ina (yang sorang lagi ku dah lupa namanya, tapi pernah jadi exclusive pumpers juga sebab babynya premature dahulu).
Secara keseluruhannya, memang amat menyeronokkan kerana kami semua dapat berkongsi info, pengalaman serta meluah rasa dalam bab2 penyusuan susu ibu. Dalam tak sedar jer dah lebih satu jam dari masa yang diperuntukkan dan terasa macam tak cukup jer, rasa macam banyak benda yang nak dibincangkan lagi. Terasa juga macam dah tak sabar-sabar untuk pergi Support group meeting yang akan datang pula...hihi!



*Sorryla pada gambar yang tak berapa nak nampak lubang hidung muka ni. Diambil oleh hubby terchenta ku..eheh!


*Pssst: Gambar-gambar dibawah ini ku cilok dari blog lis, hihi. Aiyoo, besarnya mcm gorgon acikkk kat tengah tu!!Kiri tu lis a.k.a estli dan nanie a.k.a nanie 143





Ku dah 'kembar' ku amyatie..

Cloth Diaper: Coolababy




Semalan, pernantian ku berakhir, CD yang ku tunggu sudah pun tiba. Khamis lepas ku dapat notification dari email yang CD ku telah dishipped, so semalam baru sampai. Lebih kurang seminggu jugalah. Ku dah lama juga berangan nak berCD ni semenjak ku terbaca thread 'cloth diaper' di susuibu. Perasaan ingin tahu apekah menatang tu akhirnya menjebakkan kan ku,hihi. Dan selepas diperkenalkan dengan lebih dekat lagi daripada kak sue@lunatots pada gathering di Shah alam dulu membuatkan ku tak sabar-sabar nak berkecimpung!.

Hubby memang dah on jer tentang perkara ini, tapi seperti biasa kerana dia seorang pengguna tegar Ebay@lelong dan seorang yang amat kemut jimat-cermat sebenarnya, selalunya dia akan godek2 disitu dulu tentang apa2 item yang kami nak beli. Terjumpalah CD Coolababy ini, jadi hubby ku kata beli kat ebay jer, i i sir ku menurut perintah jer, ye lar fulus datang dari dia jugakan. Tak kisahlah brand aper janji ku dapat CD juga, dari tak dapat langsung..ekeke!

Jumlah 12 keping kesemuanya, tapi ku kongsi dengan amyatie juga. So dapatlah 6 keping sorang. Huh, macam tak fully CD'ing nih! So jumlah CD yang ku ada sekarang adalah 9 keping baru. 6 keping CD Coolababy, 1 keping CD Lunatots, 1 Keping CD Crazy Momy, 1 keping CD dari amyatie juga. Takpa, kalau ada bajet hubby lebih nanti akan ku topup lagi. Sekarang ku tengah pre-pre wash juga CD2 itu. Nanti ku akan kasi review lagi berkenaan CD2 diatas yeh! Tak sabar nak start pakaikan Azri CD ni macam haku jer yang nak pakai juga ekekek!.

Projek Jahitan: Nappy Stacker




Hoorayy, at last ku berjaya juga menyudah Nappy Stacker (NS) ini. Setelah habis kain-kain ku potong-potong tak jadi. Yang warna merah itu adalah hasil kerja jari-jemari ku yang halus mulus. Yang warna biru tu adalah contoh NS yang ku beli dari maryaaa. Ekceli (Actually) maryaaa paksa suruh ku jahit NS ni, hihi! Dari beberapa minggu lepas dia dah merachun ku untuk jahit NS ni. Ku katakan okeh 'eden torai' nanti. 2-3 hari lepas baru ku berani menyahut cabaran tempahan itu. Warghh, memang mencabar juga rupanya, nampak macam mudah. Tapi setelah versi trial-error ku separa siap siap, baru ku berani potong kain warna merah yang maryaaa kasi ni. Alhamdulillah, one shot jer ku buat, ku potong, ku cantum, ku jahit!. Maryaaa kasi kain banyak woo untuk ku jahit, haha! Kalau azri baik-baik ku rasa buleh siap lebih kurang 2-3 keping kot NS ni dalam sehari (ceh pasannn!). Kembang hidung lagi sehh ku tengok NS tu. Okeh, ku nak sambung jahit NS tu lagi. Festime ku menerima tempahan ni. Maryaaa lah orang pertama yang berani tempah dengan ku...ekeke!Toceh!

Tauhu bakar..



Ku dah lama tak pekena tauhu bakar. Last ku pekena masa pregnant. Pastu dah lepas bersalin memang ku tak berkesempatan nak pekena dah!. Malam kelmarin, tergerak nak makan itupun sebab terjumpa masa hubby ku nak beli kuey tiaw sup kat gerai berdekatan rumah ku. Hubby ku beli 2 set (kalau satu set dapat 2 keping, so 4 keping) lah ku bedal!Hmm, nyium-nyium. Guess what apa yang terjadi selepas itu??. Haha, meriah beb susu ku, terasa engorged juga sikit!. Ku bukan apa, ku jarang-jaranglah susu meriah dikala malam menjelma. Paling tinggi ku leh dapat pun 4 oz. Sebab susu ku meriah dikala pagi sahaja, time tuh ku bley dapat setinggi 10 oz, paling busuk ku leh dapat 7 oz, hihi!. Bila masuk tengahari, petang hingga ke malam, adalah 3.5-4 oz setiap kali sesi mengepam. Tapi mungkin dek kerana tauhu 4 keping yg ku bedal, lepas ku pam lebih kurang kol 10malam, ku buleh dapat 6 oz juga! Haha, tahu kan diperbuat dari soya juga. Esok nya pun ke bedal juga, tapi macam efek sikit jer..huhu!Aisey ni one time effect only kah.

a BIG Thanks...



Dapat award lagi dari ibuarifa, mekacih yer! Ni leh kira award juga kah, kui kui kuih! ku ku malu. Siapalah diriku ini! Hamba budak baru belajar juga! Anyway, i'm glad if my stories can inspire some peoples juga pehh pasannn, hihi. Ku memang betul-betul determine to give only my milk to Azri in any means... Walaupun secara 'expressing' sahaja tanpa breastfeeding, through any hardships as a exclusive pumpers, i will strecth it to the maximaaa! So guys, lets support each other! Susu Ibu rocksss! :)

Sling Bag Alfio Raldo



Akhirnya ku dapat juga sling yang ku berkenan dihati. Mesti maryaaa geli-geli baca entri ni. Pasal sling bag pon nak post, hihi. Ku dah lama nak cari sling bag, tapi kebanyakkannya ku tak berkenan. Kalau ada yang berkenan pon, mahal la pulak. Hari ni ku jumpa maryaaa pasal nak ambil barang untuk projek ku, hihi!(pssttt) di butik AR kawan die kat bangi. Ternampak lah plak sling bag tu, terus ku ter-rachun nak beli..eheh! Sekali tengok ada macam design Le Sport Sac kan..yang tu memang cun2. Ku kecur nak beli tapi apakan daya, mengigils ku nak beli. Sling die je dah beratus beb! Tapi design AR ni pun cun juga. Harga pun ok, RM26 je korangss! Yeay, eksaited siotss, tak sabar nak rasmikan!amyatie, jangan mu kecur yer!hihi!...

Azri 5 months today..



Ni edisi gamba tunjuk body jek sume..haha


Hari ni genap azri 5 bulan..kelmarin dah tulis entri azri 5 bulan in advance. Takpa lah kira entry arini mcm refresher lah..haha ni kes nak bykkan entry juga
  • Azri dah makin cerdass.
  • Macam-macam perangai.
  • Macam-macam emosi.
  • Semakin curious dengan surroundings dia.
  • Suka masuk jari (kdg2 sume jari) sampai muntah-muntah
  • Dah pandai gelak besar tawa hilai bagai..
  • Suka buat suara coeing (betul ke ku spell nih!)
  • Dan macam-macam maleh plak ku nak menaip lagi ni..hihi

Cara saya...

Ramai yang personally tanya ku macam mana cara ku maintain susu ku. Haha, ku takda rahsia apa. Caranya mungkin sama sahaja macam orang lain juga. Terus terang ku bukan lah mewah susu, tapi cukup2 lah untuk azri ku. Tapi bukanlah ku tidak berbuat apa2 untuk menambahkan susu. Bagi exclusive pumpers seperti diriku, 'building a supply' adalah greatest concern bagi diriku. Jadi bagi diriku, ada beberapa cara yang ku lakukan untuk me-maintain supply susu ku:

1) Pam, pam & pam; Kalau ku nak susuku maintain, ku tidak boleh ngelat2 mengepam, kena konsisten yang penting adalah KEKERAPAN. Ku pam sekurang2nya 8x sehari. Agak-agak klu susu ku kureng, ku akan kerap2 lagi pam1-2 jam sekali atau ku buat hyperstimulation/intensive/power pumping.

2) Minum air dengan banyak sangat!; Ku perlu minum air dengan banyak sampai terkencing-kencing. Kalau tak, ku dapati susu ku agak-agak selow sikit. Lagi, ku minum soya juga. Dirumah ku simpan stok soya berkoyan-koyan. Lagi, ku tambah oat dalam setiap minuman ku. Tapi ku tak tambah oat dalam air masak lah!. Ku cuma letak oat dlm susu anmum lacta yg ku minum 2x sekali. Ni ku nak tekankan sket, minum susu takkan banyakkan susu ya!Susu for breastfeeding tu hanya untuk menambahkan zat & khasiat dalam susu kita. Jadi kita mengeluarkan susu yang berkualiti lah untuk anak-anak kita! :) Betul, ini telah terbukti sepanjang 5 bulan azri tak demam, tak jangkit selsema walaupun kami sekeluarga semua dah bergilir-gilir kena flu. Ibuku je dah dua kali, campur diriku. Bukanlah nak cakap takkan kena langsung, cuma dapat memberi lebih ketahanan pada badannya.

3) Fenugreek & Pil Asi; Ku juga ambil fenugreek sepanjang 5 bulan ni, alhamdulillah memang bertambah dan maintain jugalah susu ku. Masuk ni dah 3 botol ku makan. Ku makan 3 biji, 3 kali sehari. Alhamdulillah takda apa-apa kesan sampingan hingga kini. Selain itu, ku baru mencuba Pil Asi dalam lebih kurang 2 minggu. Ku telan 8 biji sekali sehari. So far masih lagi seperti biasa, tidak menunjukkan penambahan atau pengurangan. Tunggulah lebih kurang sebulan jika ada significant effect, kan ku hapdet lagi keberkesananya. :)

4) Lain-lain: selain daripada apa yang ku amalkan seperti diatas, ku cuba juga makan benda-benda yang selalu diperkatakan yang boleh menambahkan susu seperti jantung pisang, ulam-ulaman, dan lain2 lah!

First Award...


The rules:
*Place the award logo on your blog.
*Nominate 10 other blogs which show “Attitude and/or Gratitude”
*Link to the nominees on your blog post.
*Comment on their blog that you have nominated them.
*Share the love and link to the person who nominated you.


Ni first award ku dari maryaaa, thanks maryaaa, rakan cops SI yang pertama ku kenal. Itu pun sebab ku beli cooler darinya. Setelah lebih kurang 4 bulan ku berblogelss..hihi. Selama ni ku tengok je macam-macam award dari blog orang lain. Kira kembang hidung jugalah.

Fuh kena nominate 10 blog lagi kah, tak dapekk arr den nak nolong eh!. Dengan ini ku nak turun temurun kan award ni ke amyatie (die mmg dah dinominate pon dari maryaaa) sebab ini adalah kembar tak seiras ku..hihi, Ibu_arifa , Asmaa, fiza, as, ila, shinta_mum, qaseh adam, ummiaqeef

EP Award



Sengaja ku nak tempek award yg ku beri sendiri untuk diriku, hihi. Medal ni pun ku ciloks dari forumer i-village. 23hb ni genapla sepurnama 5 bulan ku mengabdikan diri berkecimpung dalam dunia exclusive pumping (EP) ini. Sungguh ku tak menyangka yang ku dapat bertahan setakat ni. Selama ni lah juga rutin seharian ku sebagai pemerah tegar dan selama ini jugalah azri masih minum susu ku walaupun ku tidak mem-BFkan dia. Banyak yang telah ku ku korbankan sepanjang tempoh ini, emosi, diri sendiri dan sebagainya. Ku tak sabar nak tunggu sehingga setahun dan waktu itu ku boleh kembang hidung dengan sekembang-kembangnya.

Walaupun lagi 3 hari, tapi ku dah tak sabar-sabar nak tulis entry ni, klu buleh ku nak tulis entry skali bila azri dah 6 bulan, keh keh. Kalau dekat forum i-village, bahagian EP, ku buleh dikategorikan sebagai 'comfy EPers'(walaupun ku tak pernah post hape2 pun kat sana, ku cuma silent reader shj disitu, acikk segan BI acik cangkuii,hihi). Disana mereka mengklasifikasikan; 0 to 3 months = Beginner EPers, 3 to 6 months = Comfy EPers, 6 to 12+ months = Pro EPers.

Kali ni fresh EBM ku kembali 2-3 botol jer dalam fridge. Ku tak berapa panicks sebab production ku still sama everyday. Azri minum makin banyak. Hopefully by 6 months nnti bila dah mula solids, takdelah 100% bergantung pada EBM sahaja. Hopefully 6 bulan misi jangka pendek ku juga tercapai.

Azri's first night-out

Yesterday, kami pergi wedding one of my hubby nyer rakan cops di Sime Darby Convention Centre, bukit kiara. Plan nak bawa azri skali. Sengaja ku nak biasa2kan die berjalan. Dalam hati ku risau/takut/nerbes bagai kalau die meragam.


Tadaaa..azri masih bertahann untuk minit2 yang pertama dalam dewan itu

haha..masuk ni, ku dah 14x kali kuar masuk dewan itu, kali ni ku berehat-rehat diluar dewan sambil ku landingkan azri kat atas meja itu. Wah, azri sgt seronoks bila jumpa tempat yg flat, kerana dia akan memusingkan badannya untuk meniarap.




Ku dijoin oleh auntie cinot bersama anas di meja itu..hihi. Sambil-sambil azri dapat tunjuk bakatnya depan anas yer!


Hooray..akhirnya dpt juga kami bergambar tiga beranak

Muka azri yang dah boring kat dalam dewan itu!

kesimpulannya, azri tetap juga meragam sekejap-sekejap. Tapi masih dalam kawalan kami..hihi!Tapi balik tu trus nangis tak henggat, mungkin byk sgt input yg di terima sebelum tu menjadikan die susah nak melelapkan mata untuk tido, jadi melalaklah sampai muntah2!adoi!Kami sampai rumah tepat pukul 12 mlm.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)