Ku & Botol-botolku..
Got Milk?
Ku pun dulu asal bukanlah mewah susu, hingga sekarang pun ku tak pernah anggap yang diriku mewah susu, cuma ku yakin yang diriku ada susu dan tetap akan ada susu selagi anakku memerlukanya.Dulu,tiap kali ku perah hanya lah sekitar 1-2oz,2oz lah jumlah ku tertinggi.Tidak banyak support yang ku terima, semua berbalek kepada 'BABY IS THE BEST STIMULATION'.Dan meninggalkan ku tanpa pilihan. Tapi ku tak putus-asa. Itulah rahsia sebenarnya ku kira. Ku mencabar diriku yang susu tidak akan kering walaupun anakku tidak menghisap secara direct. Itulah cabaran yang sedang ku jalani kini. Ku suka kata berulang-ulang kali (pada diriku juga), pam lah dengan kerap. Kini ku ra sa pam 8x itu cukup mudah bagi ku. Sedar tak sedar, 8 kali sudah berlalu dalam sehari. Kalau ku rajin lagi, ku tambah lagi. Tidak seperti dulu, ku berkira-kira sesi pam yang seterusnya yang ku rasa bagai menggalas batu besar. Selamat mengepam dan jadikan sesi mengepam anda sesuatu yang mengumbirakan.Happy pumping!
Psst: Ku telah berjaya berlawan dengan 'growth spurt' Azri :)
Dalam 2-3 minggu lepas, masa Azri tengah growth spurt, stok fresh EBM ku fight2 jer lebih kurang 2-3 botol dalam fridge. Selalunya ku akan prepare atleast 7 botol@3.5 oz untuk keperluan Azri sehari. Kini, ku berjaya memaintainkanya kembali. Yeay!(bila ku nak off fridge nih, salji dah tebal bangat..keh keh!).
Kenapa ku tak guna frozen ya?Sebabnya, ku teringat kata-kata ajasu, seelok-eloknya berilah lebih fresh EBM pada bayi anda. Lagipun fresh ku masih cukup untuk keperluan hariannya. Skang ku tengah gelabah pulak merotatekan frozen EBM ku..dah la Azri memang kureng sket dgn frozen. Time yang buleh kuberi frozen adalah pada waktu mamai2nya sahaja..alahai!
Tips untuk ‘Exclusive pumping’
Ku nak berkongsi tips untuk menjayakan ‘exclusive pumping’ inih. Tip-tip yang telah ku rojak
1. Determination, Patience & support
Ketiga-tiga elemen ini penting untuk meneruskan usaha exclusive pumping ini. Kerana tanpanya kebanyakan ibu-ibu akan mudah mengalah untuk terus memberikan susu ibu kepada bayi mereka dan sedikit demi sedikit memberikan FM kepada bayi mereka. Sudahlah ditambah dengan keengganan bayi mereka untuk menyusu secara direct, ibu-ibu pula terpaksa berusaha untuk memerah susu ke dalam botol demi untuk menyambung usaha penyusuan susu ibu ini. Ya! saya boleh katakan ianya bukan mudah untuk dilaksanakan tanpa ketiga-tiga elemen tersebut.
2. Frequent pumping
Saya berpendapat, sesi mengepam yang kerap adalah SANGAT-SANGAT penting. Penting bagi mengisi waktu-waktu kita tidak menyusukan bayi. Sebagaimana kata-kata ‘susuilah bayi anda sekerap yang mungkin selepas kelahiran’, ini adalah satu statement yang amat-amat penting yang saya telah abaikan dek kerana ceteknya pengetahuan saya dalam bab penyusuan ini. Begitu jugalah dengan sesi mengepaman yang harus ‘mimick’ dengan waktu-waktu penyusuan bayi. Sebab itu sesi mengepam sekurang-kurang 8 kali sehari adalah disarankan dan itu yang saya sedang lakukan dlm beberapa bulan ini. Lakukan setiap sesi pengepaman untuk setiap 2-3 jam sekali. Lakukan perahan selama 20-30 minit setiap breast.
3. A quality breastpump with double pumping
Double pumping telah terbukti dapat meningkatkan pengeluaran susu. Di mana, level prolaktin didalam darah adalah tinggi bila breast dirangsangkan(diperah) serentak. Dapat
4. Schedule & record pumping session
5. Galactagogues
Juga dikenali sebagai pemakanan tambahan untuk menambahkan bekalan susu. Berbagai jenis penyediaan herba yang boleh diambil sebagai salah satu alternatif untuk meningkatkan pengeluaran susu sebagai contoh Fenugreek, blessed thistle, pil ASI, oats, soya, jantung pisang dan bermacam-macam lagi. Jika pengambilan herba tidak juga dapat meningkatkan pengeluaran susu, pengambilan ubat-ubat seperti Domperidone (Motilium), Maxolon dan sebagainya boleh dipertimbangkan tetapi hendaklah diambil atas nasihat doktor. Apa yang menjadi amalan seharian saya untuk ketika adalah pengambilan susu untuk ibu menyusu (setelah mencuba pelbagai rasa, Anmum Lacta adalah yang paling sedap bagi saya) sebanyak 2x sehari bersama oats berselang-seli dengan soya, air longan dan kurma, horliks serta sebagainya. Disamping saya juga mengambil Fenugreek pada kadar 3 biji satu hari bersama-sama vitamin B complex & Vitamin C. Selebihnya adalah minum air masak pada kadar yang banyak sekali.
6. Multi-tasking while expressing
Semasa anda mengepam, isilah masa-masa tersebut dengan membaca, melayari internet dan sebagainya bagi mengelakkan tumpuan hanya pada proses mengepam sahaja. Ini kerana, anda akan lebih mudah boring, hilang sabar kerana kerap melihat jumlah yang dipam. Bagi mereka-mereka yang hanya mengepam kerap seperti saya akan merasa proses ini amatkah memenatkan kerana ianya acapkali dan akan berterusan untuk jangka masa yang agak panjang. Oleh kerana itu, jadikan sesi-sesi pengepaman anda lebih seronok dan mengujakan.
Ini sahajalah yang dapat ku kongsikan untuk setakat ini. Ku suka kiranya, mereka-mereka diluar
BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag
Jari jemariku lancar menghayun tetikus seperti biasa mengisi masa dengan membaca coretan-coretan hati para 'bloggers' yang kadangkala menjadi inspirasi ku. Tersinggah ke satu blog baby ibu membuatku tertarik dengan satu perenggan yang berbunyi 'BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag'.Hatiku berkata 'wah!, baik sungguh orang ini'. Setiap patah ku amati kerana ku jugak tidak mahu ketinggalan sekali. Tatkala mendengar nama Gin & Jacqie, hati ku bagai terdetik lagi sekali 'ini adalah salah satu lagi designer-designer brand diluar negara'. Terlebih dahulu ku melihat koleksinya sahaja, sudah cukup ku membayang kan nama-nama besar seperti Gucci, Valentino & Yves Saint Lauren. Terdetik untuk ku klik di ruangan 'about us' untuk melihat siapakan disebalik nama Gin & Jacqie ini. Tidak pernah ku duga ianya adalah buatan Malaysia!. Ya, orang Malaysia!. Tidak ku sangka ideanya sungguh setanding seperti yang berjenama. Melihat koleksinya yang lebih praktikal, dengan fesyen yang begitu 'trendy' pada harga yang agak berpatutan. Ku tersenyum sendiri membayangkan kemampuan rakyat kita yang mampu mencetuskan idea yang setanding didunia!.

Expressing Routine
Ku mengisi waktu yang tidak didirect BF kan dengan fully mengepam.
Linkungan waktu-waktu pengepaman ku:
Pagi
7.00am-10.00a.m-12.00p.m
Petang
2.00p.m-4.00p.m-6.00p.m
Malam
8.00p.m-10.00p.m-12.00a.m
Tgh Malam
Time ni Azri layan direct BF (selalunya mamai-mamai je) dan ku akan sambung dgn pam juga utk kosong kat breast.
*Waktu2 ini akan 'lari' sedikit jika ku keluar berjalan-jalan bagai. Tapi yang walau ape pun ku mesti akan cukupkan 8-9x sesi pengepaman utk satu hari.
Azri's Development - Part 1
Growth Spurt Azri
Selalu ku beri dia EBM setiap 2 jam dengan kuantiti 100ml@3.5oz. Tapi sekarang, tak sampai 2 jam die akan minum lagi pada kuantiti yang sama juga.

Testing 1 2 3

Patah sudah corong spectraku...
Inilah rupanya stok fresh EBMku yang ku paniks kan sangat tu (tebalnya salji tuh,hihi). Selalunya ku akan sediakan lebih kurang 8 botol x 100ml/3.5oz setiap satu. Tapi disebabkan kekerapan Azri minum sejak kebelakangan ni,terpaksa ku topup yg frozen juga.
Inilah rupa stok frozenku yang tak seberapa ini (orang lain lagi banyak taww) .Tapi ku kembang hidung tengok..hehe. Ye la sebab ku dulu takde satu hapah pon!Ni yg jadi semangatku untuk terus mengepam. ku baru je pindahkan stok frozen ku ke fridge ni sebab freezerku dah tebal dgn salji.
Terkesima..
Pengeluaran ku juga sedikit (tak efek sangat pon) terjejas dek kerana perasaan gusar ku. Namun ku coba mengalihkan perhatianku. Ku rasa ku perlukan sedikit kekuatan dari seseorang. Seseorang yang ku lantik sebagai idola dalam perjuanganku (walaupun orang itu tidak sedar dirinya telah dilantik).Ku terus mencari-cari dan ternanti-nanti kunjungannya. Dan selama itu juga ku terus dihantui oleh perasaan yang cuba untuk menjajahi persepsi ku. Akhirnya, jawapan yang kunanti-nantikan telah ku temui. Terima kasih wahai saudaraku, walaupun ku tidak mengenalimu namun ku terasa dek kerana kerana ku juga sedang melalui perjuangan yang pernah dilalui dirimu. Ku kembali lega dan yakin sedikit demi sedikit, syukur alhamdulillah. Moga perjuangan ku ini dipermudahkanNya. Amin!
Definition Of Breastfeeding
The agreed-upon definitions are:
Exclusive breastfeeding: No other liquid or solid from any other source enters the infant ’s mouth.
Almost exclusive: Allows occasional tastes of other liquids, traditional foods, vitamins, medicines, etc.
Full breastfeeding: Includes exclusive and almost exclusive.
Full breast milk feeding (or fully breast milk fed): The infant receives expressed breast milk in addition to breastfeeding.
Partial: Mixed feeding, designated at high, medium, or low. Methods for classification suggested include percentage of calories from breastfeeding, percentage of feeds that are breastfeeds, etc. Any feeding of expressed breast milk would fall under this category.
Token: Minimal, occasional breastfeeds (for comfort or with less than 10 percent of the nutrition thereby provided.)
Pam..ohh..Pam..!(Al-kisah)
Hari-hari, hampir setiap jam aku 'berdating' dengan spectra3 kesayangan ku itu. Hanya itulah pam yang ku termampu untuk setakat ni. Kadang-kadang aku 'berdating' dengan 'pakwe' lama ku, pam avent isis manual ku itu (kalau takde electricityla).,sekarang aku dah ada pakwe baru (spectra 3), tapi ku tahu, avent ku mengerti dan tidak mencemburuinya. Ku imbas kembali,zaman-zaman ku mengepam dahulu (dulu tak dulu sangatlah,beberapa bulan yg lepas je), bermula dengan pam avent isis tu jer (itu pon dah menyumpah seranah..hishh, tak baik punyaaaa taww!). Ku masih terngiang-ngiang lagi keadaan ku mengepam bagai..hasilnya cukup lah mengecewakanku. Adalah 1-2 oz untuk sekali ku pam sahaja. Mana mungkin aku dapat menepati demand anak ku yang cukup tinggi masa tu. Keadaan ku ketika itu boleh lah digambarkan seperti 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, pam pagi minum pagi, pam petang minum petang'. Dengan keaadaan anak ku yang tak mahu di-direct feedingkan,lagilah membuatkan aku cukup tertekan.Tapi,ku tak salahkannya..aku yang tidak cukup ilmu didada. Ditambah lagi dengan kata-kata 'mereka-mereka' yang menakutkan ku..'kalau baby tak direct..means tak ada lah susu nanti!'...Walaupun begitu, tekadku untuk memberikan susu badan ku masih menebal. Lagi tebal dari duit yang aku spare kan untuk membeli Formula Milk (FM). Aku masih lagi bersabar, dan mencari-cari lagi jalan yang benar untuk aku merealisasikan ke'tekad' an aku itu. Aku amat yakin, setelah mendapat maklumat-maklumat dari pembacaanku dan testimoni-testimoni dari mereka-mereka yang telah berjaya melaluinya,malah ada yang sehingga tiga tahun!Aku yakin, ianya tidak mustahil untuk dilakukan kerana ada yang telah melakukannya, dan terbukti tidak semua pandangan mereka itu tepat!
Rutin ku kini mulai berubah. Semakin lama, aku semakin serasi dengan rutin baha-ru ku ini. Seawal subuh, bunyi spectra ku sudah memecah keheningan subuh hari (ayat je tu, takde mananya bunyi spectra tu cengitu). Kadang-kadang pukul 6, kadang pukul 7 lebih pon ade, bergantung pada tahap 'kemengantukan' aku tu. Tak kiralah dari pukul berapa aku bemula, janji aku akan menyukupkan jumlah pengepaman ku sekuranng-kurangnya sebanyak 7-8 kali sehari..kalau ade rezeki (masa) lebih, ku cukupkan 9-10 kali. Aku bernasib baik, dengan title ku sebagai 'profesional' housewife (sendiri lantik) menambahkan bonus untuk diriku untuk meneruskan tekad ku itu. Ku akui, ianya bukanlah semudah yang kusangka kan (seperti yang ku baca di dalam forum Susuibu tu). Diriku begitu kekok untuk meng-adjust dengan keadaan yang baru ini, apetah lagi kalau ku ingin berjalan-jalan keluar (ditaman). Ku terpaksa mengusung spectra3 ku itu..cooler bag lagi. Kerana aku tidak mahu menjadi alasan untuk aku tidak mengepam kalau aku keluar. Nasib ku ade 'power inverter' untuk spectra ku (hadiah dari hubby ku..huhu), jadi bolehla ku mengepam didalam kereta juga.
Jadi bolehla aku menjolokkan jadual pengepaman ku ini dengan jolokan...'tak kira masa, dimana jua'...(macam pernah kudengar, tapi dimana ya). Rutin ku sebagai pengepam tegar ini, tidak memudahkan ku untuk bergerak dengan bebas kemana jua, tanpa ada gadjet2 yang perlu ku angkut skali. Bagi mereka yang tidak ada masalah untuk mendirectkan BF kan anak dimana jua, tidak perlu membawa segala bagai beg seperti diri ku(sehingga beg sendiri pun diketepikan) hanya perlu bawa diri mereka dan keluarga mereka sehaja!. Tapi, ini tidak pernah berlaku bagi diri (tapi ku tak pernah mengeluh), segala bagai beg yang perlu aku bawa (cooler bag,diaper beg yang ada termos,mug,dan botol susu, beg pamku yang mengandungi 2 jenis pam kesayanganku itu spectra 3 dan avent isis [klu dah keluar kereta, ku tinggal kan shj spectra ku itu, ku bawa avent shj masuk dlm cooler bag) untuk keperluan penyusuan anakku ketika berada diluar. Tapi aku bangga (kembang hidung),di sebalik segala kepayahan itu, anakku meneguk air susu ibunya sendiri walaupun didalam botol!.
Mungkin ada 'kata-kata' mereka diluar itu, mengapakah aku tidak berusaha untuk mendirect BF kan anakku seperti mana aku berusaha untuk mengepam sepenuhnya. Jawapannya adalah, ya, aku telah mencuba dan masih terus mencoba (cuma mungkin aku tak secekal orang lain dalam bab mendirect BF kan anakku yang tak mahu di direct BF ini, kerana aku tidak tegar melihat anak ku yang amuk sakan bila aku menyuakan b****t dimulutnya). Namun disebalik kegagalan ku untuk mendirect BFkan anakku sepenuhnya,masih terselit juga seciput kejayaan ku dalam usaha ku untuk mendirect BFkan dia kerana sekarang, tidur ku kini tidak lagi terganggu dek kerana ku perlu bangkit 2-3 kali untuk me-warmkan susu ku apabila dia menangis, sekarang ku hanya perlu menyumbatkan sahaja b****t ku ini setiap kali die merengek di waktu tengah malam. Mungkin kerana teramatlah mamai, maka dia menerima sahaja dengan rela hati segala puting yang disumbatkan (okla tu).
Jadi, aku menyeru mereka-mereka yang diluar sana (sedikit bakat politikku) yang senasib dengan diri ku, sama-samalah kita berganding bahu dan tangan bersama-sama memotivasikan diri kita ke arah penyusuan esklusif yang CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG!
Gempak 'selebriti' SusuIbu.com
Walaupun ketibaan yang pertamaku di lain tasik (berdekatan wet world),itu bukan tasiknya! Aku tak tahu yang adanya satu lagi tasik yang berkaitan..sungguh kaya dengan tasik shah alam ni! Aku semakin berdebar-debar!Bagaimanakah nanti perjumpaan dengan rakan-rakan s.i yang selama ini tidak pernah bersua, perhubungan yang selama ini hanyalah melalui tinta (keyboard). Aku malu. Bersama ini, aku membawa juadah yang telah ku war-warkan didalam forum tu, iaitu satay ku. Itupun atas hasil pertolongan emak ku yang dengan rela untuk menaja skali juadah pada hari tu. Terima kasih mak!

Persiapan juadah satay itu tidaklah serumit seperti yag disangka oleh sebilangan rakan2 si ku. Kerana kami telah biasa. Aku membesar dengan hasil satay inilah. Walaupun tidak se-gelamor satay Hj. Samuri tapi cukup untuk menampung keperluan keluarga kami. Oleh kerana emak masih lagi berniaga kecil-kecilan, seminggu sekali ( boring katanya), jadi stok satay memang sentiasa ada tersimpan didalam deep freezer kami yang besar keranda tu (dalam tu jugaklah aku mencuri2 ruang utk menyimpan stock ebm ku sekali.) Besarnya freezer itu boleh menampung kapasiti sehingga 700 liter. Bayangkan lah bagai!
Hari ini, aku bangkit pada pukul 5 pagi, keluar2 dari bilik, bau satay telah semerbak memecah kedinginan subuh. Rupanya emakku bangkit lagi awal. Mujurlah!. Semuanya telah siap, aku cuma sempat memotong timun dan nasi himpit yang aku bikin tadi malam bersama hubbyku!Tempat kol 8.30 pagi, baru kami bertolak. Mujurlah aku tidak terlewat. Di sana telah kelihatan beberapa rakan-rakan si yang sudah tiba dengan pakaian yang berwarna hijau,mengikut tema. Dari tempat letak kereta lagi aku telah men-spot beberapa orang yang sedang membawa juadah. Sempat ku berbisik dalam hati, mungkin ini adalah diantara rakan-rakan si ku. Tapi masih malu untuk mengungkapkan kata.
Akhirnya, perasaan tersebut hilang bila semuanya bersua, bersama, berkata bagai telah mengenali lama. Itulah magissnya! (ceh). Semuanya bagai ada chemistry dlm diri masing2 yang membuatkan kami cepat mesra. Apakah agaknya itu? Mungkinkah our passion in breastfeeding that bring us close?...itulah magisnya!..
Labels
- Ahmad Azri Azzuri (76)
- Ahmad Izzet Ozil (11)
- Award (4)
- Babywearing (14)
- Bag (4)
- BF Support Group Meeting (43)
- Birthmark Stories (11)
- Books (8)
- Breastfeeding (103)
- Breastpump (2)
- Cloth Diaper (14)
- cloth pad (6)
- Contest (2)
- Coolers and Chillers (3)
- EBM (12)
- EP Tips (20)
- Family (63)
- Forum (1)
- Gadjet (3)
- Gigi (6)
- Hobbies (66)
- IBCLE (1)
- Jahitan (3)
- Jalan-Jalan (42)
- Jom makan (31)
- Letgo (8)
- MBfPC (47)
- MeiTai (1)
- My EP Stories (63)
- My OnG Stories (11)
- My Xpressiveness (77)
- Natural living (1)
- Nursing Cover (6)
- Parenting (3)
- Pregnancy (16)
- Product Review (5)
- Sekolah Dirumah (5)
- Solid Food (8)
- Studies (2)
- Tag (12)
- Tudung (1)
- Tutorial Blog (5)
- Warmer (1)




























