Thursday, December 31, 2009

N3 menyuntik semangat

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:23 PM
Wahhh...pas dapat kereta baru, acik terus hilang tah kemana, tinggal sat blog, forum, fb semua bagai, hehe! Setengah hari asyik on the road sahaja, wallaaa. Handphone pun tidak henti-henti berbunyi panggilan dari en. husby yang lebih kerap call semenjak isterinya sudah berkereta ini..ekeke! Nak update location ler katakan, hihi! Maklumlah en. husby nun jauh dibp lom lagik dapat merasmikan kereta yang dibelinya itu, huhu! Pas satu tempat ke satu tempat kami berjalan, dari penuh tank dah tinggal suku dalam masa 3 hari. Betul melepas gian nih!

Wah, mentang-mentang ruang cushion yang luas bercantum dua, macam2 aksi plak si azri. Tapi sila jangan buat aksi ini semasa anda sedang memandu yerk. Hanya bila kereta anda dalam keadaan 'idle' sajork, hihi! Yang paling syiok 'mengepis' segala button yang ada kat dashboard tu. Bila dok belakang mengamuk sakan nak gi depan, tak tahan aku!

Sudahnya aku terpaksa cover gear dengan topi tu. Bolehlah nak buat mengaburi mata dia, tapi kadang2 tak makan juga, kena buang juga topi tu, sebab nak tahu apa yang ada dibawah topi.

Cerita pasal EBM pula? hmm..memang tidak dapat mengembalikan zaman ebm bersusun-susun. Sekarang hanya kais pagi makan pagi. Hokeh tak kais sangat lah, kais satu ada la spare satu, hihi! Stok frozen pun masih ada lagi sket!. Tapi kais-kais kali ni aku tak risau dah! Sebab azri dah pandai makan macam-macam. Setelah setahun 2 bulan, dari minimum 30 oz total perahan sehari, kini menurun ke sekitar maksimum 25 oz sehari sahaja. Mak aku kata.." ko dah tak makan lagi ke benda-benda yang banyakkan air susu?". Sangat risau akan cucunya tidak cukup susu.

Aku percaya, 'permulaan yang baik akan mendatangkan hasil yang lebih berpanjangan dan pengakhiran yang lebih baik'. Aku sangat percaya dengan konsistensi. Konsistensi pada awal-awal permulaan sehingga sekarang, akan menentukan berapa lama ianya akan bertahan, insyallah. Selebihnya jangan lupa bertawakal pada Allah S.W.T semoga semua usaha anda dipermudahkan.

Selamat tahun baru kepada semua, semoga tahun 2010 ini akan menjanjikan peluang yang lebih baik buat kita semua. Untuk aku, tahun 2010 ini akan memberi lebih banyak pendedahan dalam dunia 'Breasfeeding activist'. Jadual kumpulan sokongan yang telah dirangka akan memberikan aku lebih banyak pendedahan untuk berinteraksi/berkaunseling dengan orang luar, mudah-mudahan! Sepanjang tahun ini, acik akan sentiasa berada Hospital Serdang untuk aktiviti-aktiviti sokongan penyusuan susu ibu pada para ibu-ibu di wad-wad bersalin dan NICU hospital. Meh koling-koling acik eh ;)

Terima kasih buat teman-teman yang ikhlas menyokong dan bersama-sama dalam perjuangan ini. Semoga lebih banyak breasfeeding awareness didalam negara kita.

Breastfeeding Rawkss!



9 comments:

CatlinaFly said...

selamat tahun baru 2020 ;)

CatlinaFly said...

aiseh typo..2010..happy new year

mamanoa said...

Wah..mu pkai keta apo?gear kt dashboard?kalu gitu nk riki gak la,laki aku duk aim forte ni..hmm..tmp dduk dpan pun luas..ble thn

luvhaziq said...

wah...jenuh claim milleage kt laki mu la lps nie beb..

Hayatie said...

catlina: wah, advance 2020, hihi..happy new year to you too!

mamanoa: alza je..kalau rezeki lebih lain tahu al-phard pula..eheh, perasan! wah..forte kete apo lak tu..hehe!

luvhaziq: haha tu yang en husby asyik call je..hint2 le tu..huhu!

mirah said...

selamat tahun baru 2010 yatie..

az said...

happy new year hayatie. Makin 'bersemangat' bila dah dpt ALZA ye.

Hayatie said...

mirah: happy new year to you too!

az: sudah pasti...hehe! Happy new year too!

kakyong said...

selamat tahun baru... amboi sonoknya berkereta sakan...

happy BF too!! :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea