Kumpulan Sokongan Hospital Serdang
Saturday, November 14, 2009
|
BF Support Group Meeting,
Breastfeeding
|
Masih dalam mode kegembiraan berganda *wink*.. Oleh sebab aku dalam mode happy, entri kali akan menggunakan 'saya' lagi sebagai kata ganti diri yang lebih rasmi dan bersopan santun la, baru nampak macam kaunselor laktasi yer dak (ehem2..menyampah!). Alhamdulilah, langkah seterusnya dalam misi saya telah tercapai yang akhirnya terpilih untuk menganggotai kumpulan sokongan Hospital Serdang yang baru ditubuhkan itu. Setelah saya berjaya menamatkan kedua-kedua kursus untuk kaunselor laktasi (20&40jam) dalam tahun ni. *wink-wink lagi*
Perasaan bercampur-baur dengan rasa sangat teruja dan juga bimbang sedikit bila melihat nama tersenarai dalam pamphlet Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdang. Pamphlet yang akan diberikan kepada setiap patient di wad-wad antenal & postnatal di hospital serdang bersama-sama dengan pamplet info penyusuan susu ibu sebelum mereka discharge dari hospital nanti. Perasaan bimbang kerana memikirkan adakah saya mampu menempuh segala macam dugaan nanti. Kerana inilah pertama kali no. telefon di publish secara public yang mana ibu-ibu diluar sana boleh menghubungi saya pada bila-bila masa kini. Tidak lagi terhad seperti dulu, dimana ibu-ibu hanya mendapat nombor saya hanya setelah direquest atau selepas sesi ber-email atau chat di YM sahaja.Insyallah, saya akan cuba melakukan kewajipan yang saya sendiri pilih ini sehingga setakat yang saya mampu. Dengan harapan agar saya dapat melaksanakannya dengan lebih motivasi kerana ianya telah menjadi sebahagian dari passion dalam diri saya dan ianya saya lakukan tanpa gaji atau sebarang imbuhan yer kalians *wink*. In return, saya hanya dapat kepuasan diri yang tidak terhingga apabila melihat seorang ibu itu dapat menyusukan anaknya dan memberi anaknya hanya susu ibu sahaja!

Kami sempat berposing dalam bilik mesyuarat, sebelum menanti ketibaan Dr wan untuk memberi taklimat. Selain saya, ahli kumpulan sokongan Ibu ke Ibu ini terdiri daripada 9 orang yang bukan kakitangan iaitu Puan Hanidah, Puan Hazarina, Puan Nor Haslina, Puan Nor Kamariah, Dr. Faridah, Puan Shuhaini, Puan Nurul Hafizah, dan Puan Ili Hazwani. Manakala ahli-ahli Kumpulan sokongan kakitangan hospital yang saya kenali adalah Puan Yusrina, Puan Irne dan Puan Halijahton
Dr. Wan hamilton, ketua jabatan O&G Hospital Serdang, merangkap ketua bagi Kumpulan Sokongan Hospital Serdang. Beliau sedang memberi sedikit taklimat permulaan tentang prosidur, tata etika hospital dan sebagainya.
Selepas taklimat ringkas kami di bawa melawat dan sesi berkenal-kenalan dengan kakitangan2 hospital di wad-wad antenal, post-natal, NICU dan wad-wad yang berkaitan. Memang selesa sungguh wad dihospital serdang ini. Wad didalam gambar tu adalah wad awam, kami juga dibawa ke wad 1st class hospital. Tiba-tiba pula terlintas difikiran untuk jadi hospital pilihan untuk bersalin dimasa-masa hadapan, ngeh-ngeh!
Inilah ahli-ahli Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdang. (Dari kiri, Puan Nor Haslina@rashliana, Puan Shuhani, Puan Halijahton, Puan Hanidah, Puan Nor kamariah, Puan Yusrina@yus_azlan, Puan hazarina@tumitu, dan me Puan Nurhayati@hayatie *wink*)Semoga dengan tertubuhnya kumpulan sokongan ini, akan dapat menarik & membantu ibu-ibu dalam hal-ehwal penyusuan sekaligus dapat menaikkan statistik penyusuan susu ibu secara esklusif didalam negara kita yang semakin menurun peratusannya dari tahun ke tahun, dan ini amat agak menyedihkan. Insyallah! Breastfeeding rawks!















16
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
November 14, 2009 4:19 AM
kena panggil ko puan ke sekarang?????
November 14, 2009 6:27 AM
ekkkee...
ese tau dah...
mesti laju je dak yati nih update
(sbb yati asik oanggil aku kak, jadi aku nak gelar dia dak yati - kamu mau terima ke tak?)
Nanti nak cilok gambar eek
November 14, 2009 7:00 AM
Maryaaa: hehe...pape2 pun buleh..klu toh puan, lagi acik suko..ekekke!
yus: haha..biasak ar, ku kan cargass, pantass & tuntass!
November 14, 2009 6:25 PM
wawawahhh naik pangkat dh skrg. kena panggil Puan LC la gamaknya.
nnti blh le afne menuntut ilmu bf kt yatie yea (klu tak blh pn nk tanya gak hahaha)
November 14, 2009 7:18 PM
wahhh puan yatie... ahhaha congrats!!! nanti kasik address kat email aku..eh email saya ye puan.. elysuhaili@yahoo.com ahaks! (before nih belum rasmi pon aku dah sms2 ko byk kali.. pasnih mmg panas la tepon ko tuhh hahahah)
November 15, 2009 12:03 AM
Afne: no problemo...kita2 sama berlajar yer!..
Ely: hehe..tu la..silap2 aku kena tukar pakai battery kete le gamaknya..ekekke!
November 15, 2009 8:57 AM
puan, cam ni sy nk bersalin kat hosp serdang laa... harap puan sudi membantu saya memerah apa yg patut..hehehehe
November 15, 2009 9:17 AM
yatie: sila2...nak saya tolong perahkan pun boley..gegegege!
November 15, 2009 4:46 PM
akak..puan halijahton tu akak ipar saya..hehe..
November 15, 2009 5:20 PM
Tahniah ye puan dah jadi LC :)
Semalam baru gi melawat 'cucu' kat hospital serdang. Tgk persekitaran dia mmg best & semalam kunun2 dah bercadang nak bersalin kat sana. Boleh la puan beri tunjuk ajar ye pasal bf..hehe
November 15, 2009 9:34 PM
Tahniah yer Pn. Hayati ☺☺☺, hot line lah lpas ni erk ^_^
November 16, 2009 6:34 AM
rozy: laa..tu akak ipar awak yer...hihi
liza: wah2..moh kita pakat2 bersalin kt sana...ekekek
Fiza: biasa2 je..tp battery plak skang cpt kong la plak..wakaka..
November 16, 2009 7:55 AM
Yatie, tahniah.. berkat kesabaran dan kesungguhan..Alhamdulillah. Tahniah juga utk Rashliana, yus_azlan, amyshazz dan lain2..
November 18, 2009 7:54 AM
tahniah yati
November 30, 2009 6:35 PM
tahniah yatie dan kwn2 susuibu.com.
hosp serdang mmg best! hehe.. 1st baby deliver 2007, dok wad 1st class 2-bedded. 2nd baby 2009, wad 3rd class tapi single bed/room. tu pon coz ade kes so doc tak benarkan dok kat 1st class, susah dorg nk pantau nanti.. heheh
February 10, 2010 11:31 PM
saya pun berangan nak jadi kaunselor laktasi..blh bgtau saya mcmana blh jd kaunselor laktasi ni?