Monday, October 19, 2009

Hyperstimulation & Power Pumping

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:24 AM

Apakah yang dimaksudkan dengan Hyperstimulation & Power Pumping? Kalau mengikut pembacaan di buku& internet, kedua-duanya membawa maksud yg sama sahaja. Ianya adalah satu kaedah atau teknik pengepaman yang itensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu. Menurut yang disarankan dalam kaedah ini, pam selama 10 minit, rehat 10 minit, kemudian pam semula 10 minit dan begitulah lah pada seterusnya, diulang-ulang hingga genap 60 minit. Kaedah ini berbeza daripada rutin pengepaman seharian yang biasa iaitu 30 minit. Objektif disebalik teknik Power Pumping(PP) ini adalah untuk meniru corak penyusuan bayi  yang biasanya kerap menyusu terutamanya ketika dalam fasa Growth Spurt (Beralih Bulan).

 "..Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply, as is common in the nursing relationship during a growth spurt. To power pump, hook-up as you would for a normal pumping session, pump for 10-20 minutes, rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. The mother does this for about an hour, once per day, to increase supply. At other pumping times during the day, routine pumping is used. It can take about a week to see an increase, so don’t get discouraged..."

Ada yang bertanyakan tentang kekerapan yang disarankan untuk melakukan PP ini. Sebenarnya tidak ada basis yang tetap dalam kekerapan untuk melakukan PP ini. Ada yang melakukannya setiap hari sekali atau pada hujung minggu dan sebagainya. Namun pada pendapat saya, pada mereka yang pada fasa mula-mula dalam membanyakkan lagi penghasilan susu adalah disarankan untuk melakukan teknik ini sekerap yang mungkin. Untuk melakukan power pumping tidak perlu sehingga 8x sehari, sehari sekali pun sudah memadai atau jika berkemampuan dan mempunyai masa lebih, boleh dilakukan lebih dari satu kali dalam sehari.

Bagi saya, fokus dan konsistensi tu lebih penting. Adalah lebih baik jika kita dapat melakukannya dalam bentuk berjadual daripada caca-marba. Walaupun hanya sekali sehari untuk tempoh tertentu adalah lebih baik dari kekerapan yang kerap tapi tidak konsisten dalam tempoh itu. Kerana isyarat lebih mudah untuk dihantar jika ianya lebih konsisten dan teratur. Jadi kita akan lebih nampak kesannya selepas tempoh yang telah ditetapkan, insyallah!

Namun seiring dengan itu, diantara cabaran-cabaran untuk melalukukan PP ianya memerlukan satu waktu ekstra untuk dilakukan ditambah lagi dengan kesibukan-kesibukan untuk menguruskan anak-anak yang lebih besar dan hal-hal kerja lain selalu menyebabkan ramai ibu-ibu tidak boleh konsisten untuk tempoh yang telah disetkan.Namun ianya boleh dianggap sebagai satu usaha yang boleh membuahkan hasil yang memberangsangkan jika melakukannya dengan penuh kesungguhan dan kesabaran. Lebih-lebih lagi diawal-awal peringkat tempoh laktasi itu  jika dilakukan dengan konsisten. 

Rujukan:
1. Artikel: Living With Chronic Low Milk Supply-Angie Cannon, D.M.A, Hilary Jacobson, IBCLC, Beverly Morgan, IBCLC.
2. Buku: The Breastfeeding Mother's Guide to Makin More Milk- Diana West, IBCLC, Lisa Marasco, M.A, IBCLC



Last Edited: 17 April 2013


Pengalaman Sendiri (Sewaktu EP dahulu):
Pada awal2 zaman saya memerah tegar :) Saya memang buat teknik ni hari-hari. Sebab dulu pada mulanya memang susu  tak meriah, satu hari. Dalam 8x rutin pumping tu, satu kali mesti untuk buat power pumping. Tengoklah keadaan kalau rajin, lebih la dari satu kali dalam sehari. Yang paling bagusnya, saya buat ni pada waktu tengah malam. Hah, lagi mencabar! Saya ingat lagi, saya set jam pukul 3 a.m, bangkit pam 10 min, pastu set jam lagi 10 minit sebab nak tido sat 10 min tu. Pastu bunyi jam, bangkit lagi pam 10 min. Begitulah seterusnya sampai satu jam. Begitu lah rutin pumping bagai nak rak saya. Dan rutin power pumping ni berlarutan hampir kedua minggu juga lah.

Namun ianya satu usaha yang berbaloi sebab hasilnya saya nikmati hingga kini. Now saya dah tak buat lagi power pumping ni tapi hanya stick to regular pumping routine sahaja which is 30 min per session. Saya berhenti bila rasa milk production dah increase and increase dan mula stabil. Saya selalu sarankan pada yang lain  untuk lebih konsisten dalam rutin pumping/nursing pada awal-awal 3 bulan pertama usia bayi, jangan langkau penyusuan & pemerahan diwaktu malam.

If baby tends to sleep longer at night, kejut untuk menyusukannya dan continue pumping for 10-15 min after that. Jangan biarkan payudara tanpa dikosongkan dalam tempoh lebih 2-3 jam, tidak kira siang atau malam terutamanya pada waktu malam, sebab tu night nursing/pumping adalah sangat2 penting. And as a result you' will sustain throughout the lactation period without a major issues to concern, insyallah!

I've come accross so many people yang dapat continue BF for more than 1 year dengan jayanya dan kebanyakkan mereka ini yang tidak pernah tinggal atau jarang2 tinggal night nursing /pumping session. Eventhough ada yang baby sleep longer at night, mereka-mereka ini still bangun untuk mengepam 1-2x in the middle of the night untuk bekalan EBM anak siangnya. So breastfeeding needs a BIG effort especially for working moms. Sesiapa haritu yang dengar BF talk by kak kamariah, sure dah faham apa situasi-situasi yang menyebabkan decrease in milk supply and so on. 

Last Edited: 17 April 2013

8 comments:

suraiya said said...

yati, bole ke kalau kita biar je pam kita tanpa perlu basuh untuk next pumping ni?atau pam 10 min basuh then baru pam lagi untuk session 10 min seterusnya tu?sebabnya, perkara yang buat malas adalah basuh, lap dan pasang balik...sgt time consuming, maklumlah saya ni pemalas heheh, kalau dapat buat macam tu mesti sgt best utk org pemalas mcm saya ...huhuhu

Lady Qay said...

sy dah bfeed anak for 15mnths skrg...dah tak lama nak smpi 24mnths dah..huhu..kdg2 rs mcm tak larat sgt dah nak truskan tp kn rjin kan diri juga esp utk pump..skrg sy hnya pum dua kali atau 3 kali di opis, kt rmh takdan nak pam sb anak asyik mneyusu je...ke dia tak puas nyusu??ehehe

Hayatie said...

su: pam sebenarnya tak perlu basuh untuk 2-3 kali sesi pengepaman dalam satu hari provided that kene simpan dalam tempat yang sejuk atau cooler bag. Memadai hanya basuh sekali je sehari, kalau rajin nak basuh lebih pun boleh! Sebab breastmilk ni full of life cell, antibacterial properties etc...

Lady Qay: Alhamdulilah! JIka anak asyik menyusu je takpa dan rasa breast terasa kosong after each penyusuan..yang penting, milk removal kena kerap berlaku tak kira lah by nursing atau pumping, jika baby tak efisyen untuk draws out milk hingga habis (stok yang main2, distract etc) kena la pam after that, jika rajin ler..

Ely Hasrul said...

wahhh ko nye powerpumping session time mlm? hebaknye!! beruntung la azri! dh la comel kuat gigit plak tu hehehehe. skanga azri dh nk one year, strategi pumping sama lagik ke? cam reporter plak aku hehehe

suraiya said said...

kalau cooler back tu tak cool boleh?

Jiji said...

Yatie , can I have you phone number? (Ayat mengorat zaman dulu, tp aku nak tanya pasal susu laaa.)

Hayatie said...

Ely: strategi pumping aku masih sama..7-8x sehari siang malam sama je pumping, takda holiday yer..cuma aku takde buat dah power pumping tu..cuma kalau aku rajin, aku buat tepat2 2 jam skali..kalau tak 2-3 jam skali...

Su: Takleh sue, memang kena tempat yang sejuk juga..sebab kat corong tu masih ada sisa2 susu lagi kan,klu dah tak sejuk takut sisa2 tu basi, nnti tak leh guna utk next pumping kena basuh le jugak

jiji: haha..terasa mcm dingorat juga..kui kui.. ni no h/p 012-2045646

Cik Puan Diksu said...

pumping double ape yg di gunakan? masih konfius nk bli pump?byk sgt di pasaran..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea