Monday, October 26, 2009

Blueberry Muffin

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:34 AM
Kerana 2-3 hari ini saya sangat gembira, jadi hari ini saya telah cuba membuat blueberry muffin yang dari hari ke hari tak buat-buat. Ape kekdahnya saya ber'saya' plak ni? Tetiba rasa nak menulis saya bagi menggantikan perkataan 'aku'..haha, buleh kah! Layan je laaa. Rancangan2 untuk mencuba resepi itu ini sentiasa terkubur kerana bila saya mengenangkan yang saya perlu kembali mengepam dalam setiap 2-3 jam. Kerana saya jenis yang mengambil masa yang agak lama jika bekerja didapur!keh keh! Alasan!

Oleh sebab dari pagi tadi saya sudah memasang niat untuk membuat blueberry muffin, makan saya terus kedapur selepas sesi mengepam saya pada tengahari dengan harapan yang saya tidak akan mengambil masa lebih dari 2 jam, jika tidak, harus mak yang akan menghabiskan kerja-kerja saya itu! Walaupun saya menggunakan FS tapi saya tidak begitu gemar mengepam sambil membuat kerja rumah kerana saya dapati output yang saya dapat akan lebih kurang berbanding jika saya mengepam sambil duduk dan mengadap laptop sambil melayan internet, hihi!



Setelah semua bahan-bahan telah dibancuh dan kemudian terus dibakar kedalam oven ini selama 18-20 minit. (Jika mengikut arahan waktu pembakaran ini, by 20 minit muffin saya masih lagi berwarna putih, muffin saya mengambil masa selama 35 minit untuk masak sepenuhnya dengan warna kuning keemasan, adakah kerana oven saya yang kurang power, kah kah!). Mesti kalian hairan kenapa saya tidak menunjukkan step by stepnya untuk membuat blueberry muffin ini.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Tadaaaa..sebab saya mengunakan tepung yang sedia dibancuh. Hanya tambah telur 3 biji, dan majerin 2 sudu dan air 100g. Kemudian gaulkan bersama-sama. Walaaa, dah siap! Dan saya masih lagi dalam gap 2-3 hour sebelum sesi mengepam saya yang seterusnya. Tepung kek nona ni harganya lebih kurang rm7 lebih kalau tak salah. Rasanya agak mahal juga. Sekotak tepung ni boleh dapat 9 ketul muffin ni. Kos untuk membuatnya jika dicampur telur, majerin skit, elektrik dan tenaga sendiri lebih kurang rm10 juga. Adakah lebih baik saya beli yang dah siap sahaja?hmmm....

8 comments:

izzahazfar said...

Syok nyer jadi akak...
sumer leh buat...hehhe

tahniah ye..sudah masuk fasa ke dua..doakan zah punya perjalanan mudah gak..

Hayatie said...

zah: thanks yer zah! Insyallah, yang penting konsisten dan jauhi penyakit M....hihi!

mopajah said...

yay, muffin segera rupanye..tipah tertipu...

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful said...

hihihihi..spesis i rupanye..baking in the box..kihkihkih..tu yg miya sendiri leh buat kek utk i tu.

Afne said...

yatie, nmpk sodap mencongkam. hntr le skit ke bangsar. klu blk kg hulur2 le seketol dua hehe

luvhaziq said...

lpas nie bt cupcakes kt ku plak ye

hushuss said...

sodapnya nampak muffin yati...yum..yum

Hayatie said...

rina: hihi..tu yang wat saspen je

mama-miya: haha..mudahkan skang ni...

afne: haipp, takut kang tercengkam plak kang, parahh!

Luv: wuyoo, takutss..(tepuk dahi sat)

hushuss: hehe, memang sodap di makan masa panas2 tu, yang atas tu ala2 ranggup...

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea