Saturday, August 15, 2009

Breastfeeding Jaundice VS Breastmilk Jaundice

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:26 PM

Sedikit info berkenaan dengan jaundice in newborn. Adakah Breastfeeding jaundice (Jaundis penyusuan susuibu) dan Breastmilk jaundice (Jaundis susu ibu) adalah sesuatu yang sama? Saya juga agak keliru, ketika azri terkena jaundice pada awal kelahirannya dulu. Pelbagai soalan menerjah ke pemikiran. Dan yang pasti agak sukar untuk saya cuba memahaminya ketika waktu itu. Bagi saya kedua-dua sama jer. Namun setelah ianya berlalu, segalanya mulai masuk kedalaman pemahaman satu per satu dan segala persoalan  terungkai setelah ianya berakhir.

Kenapa saya agak concern mengenai isu ini? Kerana azri  adalah salah seorang yang diconclude of having "breastmilk jaundice" after prolonged jaundice itu. Walaupun peratus bayi yang mendapat breastmilk jaundice adalah tidak lebih dari 1% (Sumber: Kurikulum Panduan Pengurusan Laktasi, PPUM) Mungkin saya patut buat entri chronicle pengalaman azri melalui breastmilk jaundice. Mungkin kemudian.

Terdapat perbezaan bagi kedua-dua jaundis ini yang perlu diketahui secara umumnya. Mengikut definisi bagi kedua-dua jaundis ini, 'Breasfeeding Jaundice' atau jaundice penyusuan susu ibu adalah disebabkan penyusuan susu ibu yang tidak mencukupi yang mengakibatkan kurangnya pergerakan usus perut (bowel movements) untuk menyingkirkan bilirubin daripada badan (kurangnya pembuangan bilirubin didalam najis). Oleh kerana bilirubin terkumpul didalam najis, kekerapan pembuangan akan mengurangkan bilirubin didalam badan.Dan jika keadaan ini tidak berlaku , bilirubin akan re-circulates semula kedalam sistem badan dan menyebabkan jaundice. Keadaan jaundis ini dapat dikesan 3-4 hari selepas kelahiran dan kemudiannya akan beransur-ansur hilang selepas bayi berusia 2 minggu.

Manakala 'breastmilk jaundice' atau jaundis susuibu adalah sebabkan substance (sesuatu bahan) yang terdapat susu ibu itu iaitu (metabolite of progesteron which is 3-alpha-20-beta pregnanediol dan lipoprotein lipase) yang mana kedua-dua substance ini menyumbangkan kepada kurangnya kadar conjugation terhadap bilirubin dan seterusnya meningkatkan kadar bilirubin didalamdarah.[Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Neonatal_jaundice#Breast_milk_jaundice].

Bayi yang jaundis dalam keaadaan ini mula dikesan sehari selepas kelahiran dan ianya boleh berlarutan selama 2 bulan. Seringkali terjadi jika bayi dikatakan mengalami breastmilk jaundis ini, penyusuan susuibu itu harus dihentikan selama 24 jam hingga ke 48 jam jika kadar SB (serum bilirubin) melebihi 20 mg dan kadar sb biasanya menurun dari paras sebelumnya. Dan apabila susuibu diberi semula, kadar jaundis akan meningkat tetapi tidak mencapai tahap yang sebelumnya [Sumber:Kurikulum panduan pengurusan laktasi]. Dan selalunya kadar sb akan turun-naik dalam tempoh waktu itu.

Kebanyakan bayi yang mengalami 'breastmilk jaundice' adalah didalam keadaan yang sihat, menunjukkan peningkatan dari segi berat yang normal. Semasa bayi didalam keadaan ini, dan setelah menjalani rawatan phototherapy kadar sb didalam darah dipantau dari masa kesemasa oleh doktor, dan ianya akan berlarutan sehingga ke sebulan lebih atau 2 bulan sehinggalah ianya menunjukan tanda-tanda penurunan. Dan dalam situasi ini, penyusuan susuibu itu haruslah diteruskan seperti yang dicadangkan.

Azri sewaktu di NICU, Hospital Kajang. Waktu ni, dia baru berusia 3 hari. Jaundice dia berlarutan sehingga sebulan lebih. Dalam tempoh tu, dia memang kekuningan jer. Dekat nak masuk 2 bulan, baru jaundice dia completely hilang. Tapi in between tu, azri memang sihat jer and berat pun bertambah seperti biasa.

9 comments:

Azrina bt Mohd Tajul Ariffin said...

Salam Yatie, ku memang sedeh kalau anak2 kena jaundis ni bukan apa tak sanggup tgk diorang di letakkan di dalam phototherapy..hiba sungguh...

mamanoa said...

lamer nyer anak mu kna jaundice...anakku kna 5 ari jer..hmmmm....tp mmg la bb kalu kna jaundice, mak jgn stop bg anak susuibu..nk buang bilirubin tu kan..tp hubby i ckp kes yg 'breastmilk jaundice' tu jarang berlaku...hmm...

Hayatie said...

ina: yer...kesian sangat...lagi2 kalau lagi lamaa dok bawak lampu tu...asyik tengok die menangis jer...

mamanoa: yup..breastmilk jaundice tu mmg jarang..kalau kena memang lama, tapi progress baby normal cuma di kuning je la...

Azrina bt Mohd Tajul Ariffin said...

Anis kena 2bulan lebih...Aisyah kena 2bulan lebih tapi effect sikit kat hati dan bacaan tiroid pun tinggi..laa ni alhamdulillah...sehat walafiat. Dah serik nak pregnant lagi...dah le keluarga ku jenis pro long jaundis..tak sanggup makkkkkk nak tgk amek darah dari atas ke bawah...

Hayatie said...

ina: oo ye kah..mcm tu pula..daku pula, nasib bacaan2 tu sume normal kat azri..tapi cuma lama je la...tp in between tu mmg asyik kenu cucuk je amik darah, sian tengok

Meena bt. Belly said...

Kalau prolong jaundis atau breastmilk jaundice ni, mata anak kuning tak?

Mohd Sufiyuddin Abd Kadir said...

Anak Sy Da 3 week kuning. Tadi pergi specialist, check bilirubio 298. Doc suspect prolonged jaundice, Brest milk jaundice. Esok continue diagnostic. Baca entry sini, lega sket hati. Thanks all.

Mohd Sufiyuddin Abd Kadir said...

Anak Sy Da 3 week kuning. Tadi pergi specialist, check bilirubio 298. Doc suspect prolonged jaundice, Brest milk jaundice. Esok continue diagnostic. Baca entry sini, lega sket hati. Thanks all.

miguel hernandez said...

I take a girl with jaundice, each month I’ll send some money for medical expenses, I did not know what that looked like jaundice was in a web page and a known resultaque commented me and adotamos girl and every month we send photos.

http://www.jaundiceweb.com

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea