Saturday, August 22, 2009

1st Day Puasa & EP

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:16 PM
Semalam selamat aku menjalani ibadah puasa ku untuk pertama kalinya semasa dalam penyusuan ini. Alhamdulilah, tidak sesukar mana. Cuma aku agak ter-sycho dengan output yang aku dapat. Macam mana tak sycho, ibu ku pun tegur 'eh, sikitnya susu ko dapat'. Output yang aku dah jangka kan. Kerana aku perlu minum air yang agak banyak in order nak produce certain quantities. Adei! Aku ingat lepas buka, aku nak lantak soya, air bagai, mudah2han aku boleh produce lebih banyak waktu malam, tapi aku terus flat selepas makan. Pukul 9 aku tido kan azri dengan aku2 pun tido sebab aku rasa letih sangat. Dan malam aku bangun untuk pam pun out pun tidak menunjukkan peningkatan walaupun dah makan dan minum eheh macam laporan beritaa daa. Maklumlah, first time berpuasa dalam keadaan gini. So aku jadi sedikit jakun cuak bagai..huhu!

Output untuk sesi pumping aku semalam:

7.30a.m = 5 oz
10.00a.m= 3.5 oz
12.30a.m = 3 oz
2.30p.m = 2 oz
5.30p.m = 3 oz
8.00p.m = 3 oz
11.30p.m = 3.5 oz
3.00a.m = 4 oz
---------------------
TOTAL = 27 oz
---------------------

Memang agak sedikit dari biasa. Aku perlu maintain minimum 30 oz sehari sebab azri ku minum minimum 30 oz. Itu pun dah nampak macam tak cukup je. Bila time dia minum, selalu dia sedut2 lagi puting tu walaupun susu dah habis. Pernah ku cukupkan ke 5 oz, habis skali minum. Mak ku dah start komplen, sukatan yang lama tu dah tak cukup. Tapi aku masih tetap juga sukat 3.5-4 oz setiap botol. Aku pula tak mampu nak produce sebanyak 5 oz setiap sesi melainkan waktu pagi. Di waktu2 yang lain, paling tinggi pun 4 oz.

Dikala orang asyik komplen susu kurang. Aku pula bukan kes susu kurang, tapi anak yang minum banyak. Orang kata dah start makan, dia akan kurang susu. Tapi berlainan dengan azri, dia makan 3x satu hari (1x makan bersamaan satu cawan dadih penuh) dan masih minum susu minimum 30 oz sehari (3.5-4 oz sekali minum). Masa hari susu ibu tempohari, aku mintak advice kak kamariah. Beliau mencadangkan agar aku increasekan food intake dia. Warghh..tak tahu nak tambah apa. Yang 3x ni pun rasa mcm dah byk.

Ini je lah pendapatan ku seharian semalam, sob sob!


16 comments:

Hani said...

takpe hayati.. usahat tangga kejayaan... insyaalah cukup rezeki untuk Azri.. saya pon doa moga cukup untuk Hariz.. salam kenal..

~ As ~ said...

yati... anak aku pun mcm tu jg, siang minum 5x4oz walaupun mkn 3x sehari... tp dlm seminggu lepas (mak ku jaga sementera) dia minum 3x4oz je makan masih kuantiti 3x yg sama... mak ku kata galakkan dia bermain dan belajar waktu siang lebih...

nikhazifah said...

yatie, insyaAllah cukup. moga bulan pose ni ada rezeki lebih utk azri.

yOkOyOpOyO said...

beb... aku tatau laa.. susah la nak minum air byk2.. tekak x leh nak telan.. sahur tadi aku dapat minum satu mug jer.. buka puasa semlm pun sket je air minumm.. perut bloated gile.. skang nih dah start nak ada tanda2 dehydrated... penin pale gile, dizzy tiap kali nak bangun duduk, dada rasa cam agak sesak gitu... tapi mind masih boleh terima puasa.. huhuhuh

Mama-Miya a.k.a MiuMiu a.k.a "Jedi Hopeful" said...

tgh puasa ni mmg la adat susu kluar sikit, tp dia pekat kan? ni observation I, dunno la u camne. nak pulak u ada anak teruna, kuat nyusu kan?

miya pun tetibe kuat nyusu tgh puasa ni..dia cam puasa makan aje. so skit2 nak susu, alhamdulillah mama dia masih leh bertahan & tak dehydrated. then bila we all berbuka, dia bukan main syok berbuka sama. terus selera makan ada. makan banyak.

Hayatie said...

Hani: Salam perkenalan, tu la..hopefully. Semoga kedua2nya dapat kita lalui dengan lancar

Nik: Terima kasih..Harap2 azri pun sama2 'pose' skit2 eheheh!

Yokoyo@shaza: Await tu..hmm, maybe badan shock kot..

Mama-miya: yup, tapi ku punya tak pekat, still macam biasa, cuma sedikit je la, lagi petang lagi sikit..uhukk!Wah, miya dah pandai makan takpa..ihik!

luvhaziq said...

tha,sabar le bru 2 ari sementara tubuhmu nk biasa dgn keadaan baru.nnti mcm biasa blk production susu mu.

Hayatie said...

Luv: betul3x moga2..ku excited nak meroyan pngalaman pose ku yang pertama ni.huhu

Azrina bt Mohd Tajul Ariffin said...

Yatie, tak tahulah kalau Allah nak bantu aku...lately Aisyah kurang minum, main banyak, makan laa ni pon nak banyak...walau baru 6 bulan lebih aku kadang2 bagi 3x makan sbb pengasuh mintak tak cukup...pantang nampak aku makan ke kakak dia mkn ker dia akan rampas...ganazzz...susu maintain 3.5ozX6botol skrg tapi kadang2 ku tengok 1 botol tak abeh...

ibu dania said...

eh eh...nk tanya kak yati.. lm pix tu, nampak akak letak breast shield kat dalam fridge sekali ngan ebm, kenapa yerk???

Hayatie said...

ina: alhamdulillah lah, pandai gak aisyah makan yer..hmm, takpe byk makan dia kurang minum..tak semput la ko nak kumpul stok...

ibu dania: Corong2 tidak perlu dibasuh selepas habis mengepam jika nak digunakan untuk sesi pumping yang seterusnya dengan syarat harus diletakkan dalam cooler beg atau fridge. Boleh satu kali cuci terus seepas habis2 semua sesi2 mengepam. Boleh refer artikel ku ini yer:

http://xclusivelyxpressing.blogspot.com/2009/03/tips-trick-for-easy-pumping.html

Ely Hasrul said...

ari sbtu sami ikut plak bgn sahur.. patu dia bantai susu smpai 4 kali glup.. haus betol jadiknye padahal blum kul 11pagi.pas lunch dia susu 2 kali aje xsilap tapi dia sikit jerit dgn kuatnye 'mamam!' hahahahaha impress sume org kt si kecik tu.. tp sempat gak la aku pam ptg tu dpt 2oz lebeh hahahhaha.

sbb azri susu kuat makan sedap, kasik jus la plak kat dia.. kasik lagik besh hahahahah

asmaa said...

alhamdulillah...
selamat maju jaya yatie ye...jgn jemu2 tau...salah satu ujian allah utk kita sbg seorg ibu....insyaallah susu sentiasa ada utk anak2...

Zimah's Depart said...

sabar kak..adalah rezeki azri tu nnti..
hasil tenusu sy pun lebih kurang akak juga..cume saya ni BF + PUMP..tu je..

Hayatie said...

Ely: wahh...pandai betul sami bangkit sahur ye..ihik! hmm, ku blom try kasi jus lagi..maybe leh kasi nnti

Asmaaa: thanks ye, insyallah.. cuma2 ku takleh lari dari tersycho itu..uhukk!

Hayatie said...

Zimah: Thanks ye, tu lah kelemahan EP ni, akan selalu tengok susu tu turun dan naik...kalau BF tak nampak kan, sumbat je..uhu!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea