Sunday, March 15, 2009

How Much EBM Per Day?

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:12 AM
Berapakah jumlah EBM yang diperlukan oleh bayi kita setiap hari? Seringkali kita mengikut jadual formula milk feeding menganggarkan jumlah EBM yang diperlukan oleh bayi terutama jika bayi tersebut adalah fully breastmilk feeding. Ku juga tidak terkecuali juga dengan mengikut jadual seperti formula feeding kerana Azri ku memang fully EBM, dari bulan pertama hingga kini ku mengikut seperti yang selalu ku dengar iaitu feeding 2 jam sekali dan kuantitinya ku ikut sahaja apa yang tertulis seperti tin formula.

Secara keseluruhanya, BF baby memerlukan purata 19-30 0z dalam masa 24 jam pada umur 1-6 bulan. Penyusuan botol harus menyamai seperti penyusuan badan. Oleh sebab itu, bayi sepatutnya disusukan mengikut cue atau demand bukan dengan jadual yang berkala. Ini kerana susuibu adalah dari jenis yang mudah dihadamkan dan bayi perlu disusukan dengan kerap tidak tidak semesti dengan kuantiti yang banyak. Susu ibu akan hadam dalam tempoh masa 90 minit dan kita perlu menjangkakan penyusuan seterusnya adalah selang 1 jam setengah hingga 3 jam berikutnya. Jika jumlah penyusuan sehari adalah lebih kurang 8 kali sehari, jadi average kuantiti yang diperlukan adalah seperti berikut; 25oz/8=3 oz sehari. Ini hanyalah satu gambaran figure yang bayi perlukan untuk setiap feeding

Jika mengikut demand dari Azri, jumlah feeding azri untuk satu hari adalah dari 9-10 kali pada kuantiti 3.5oz setiap feeding. Huh!, macam terlebih sudah? Tapi ku berbalik kepada quotes "The baby should be fed on cue, or demand, and not according to a rigid schedule". Selain daripada itu, adalah disarankan untuk menggunakan slow flow teats atau newborn teats dari 0-6 bulan.
Selain daripada untuk menggelakkan overfeeding kepada bayi, ini juga adalah untuk mengelakkan bayi daripada tersedak. Kerana kita seringkali menukar puting apabila bayi meningkat bulannya. Tetapi untuk EBM feeding adalah sesuai untuk menggunakan slow flow teats tekstur liquidnya yang lebih cair tidak seperti formula.

*Ini yang dapat kusimpulkan dari info-info yang ku baca.




0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea