Posisi tidur-Macam-macam ada!

Siang tadi saya tengok kawan-kawan sibuk duk share-share gambar ni. Comel je. Masa azri sorang dulu dah merasa lah juga semua posisi ini kecuali gambar ke-3 (atas) dan yang ke-5 (bawah).. :D Cuma, apa kes gambar yang no.1 tu, mak syiok tidur ayahnya berdiri kat tepi pula, jaga anak takut jatuh kesebelah tu kot, huhu!

Bila dah ada izzet, takleh lagi tidur lurus macam dalam gambar yang terakhir tu. Kena lah tidur memanjang begini. Abahnya tidur paling hujung sekali. Saya dan izzet pula ditengah dan saya perlu beralih-alih ke sebelah azri dan abahnya sebab nak menyusukan izzet diwaktu malam.

Kami tak pernah lagi tidur bawah sebab malas nak bukak katil ni (dan malas juga nak bentang toto/tilam/selimut tidur kat ruang tamu ke). Kalau ada yang ke-3 sok, terpaksa beli katil single sambung dengan katil kami pula. Tapi azri pun kadang-kadang tidur dengan nenek dia. Yang tak best tidur begini, kaki kami mesti terjuntai, huhu!





Ruang Menjahit

Akhirnya, siap juga proses men-set up ruang menjahit saya didalam bilik. Yang ini baru 80% siap pasal ada wall shelves yang nak kena lekatkan didinding untuk taruk buku-buku jahitan saya. Yang tu kena tunggu encik suami balik lah untuk kerja-kerja drill meng-drill ni.

Sebelum saya beli meja banquet itu, saya menjahit diatas side table itu sahaja. Dan stailnya, setiap kali nak menjahit, angkut mesin bawa keluar. Bila nak guna serger pun, saya terpaksa angkut dan tukar mesin atas side table tu leceh sungguh. Semua barang jahitan juga saya simpan dalam toolbox sahaja dan masuk bawah katil. Kain pun letak dalam plastik.

Ruang menjahit tu didalam bilik tidur saya juga. Memang saya nak ianya dalam bilik sekali sebab senang kalau saya nak menjahit diwaktu malam semasa anak-anak tengah tidur.

Kain yang bersusun-susun dalam kabinet tu adalah kain-kain yang tidak berjahit. Ingat tak bungkusan-bungkusan plastik kat tepi dinding bilik itu telah saya keluarkan dan susun dalam kabinet ini. Tujuannya, bila ianya dikeluarkan saya tahu stok kain apa yang ada dan tidak lah saya asyik beli, beli dan beli lagi kain (dan kadangkala sama pula, huhu!)

Puas hati tak terkata sungguh kali ini bila tengok meja dan peralatan menjahit saya disuatu tempat khas. Semangat menjahit terus membuak-buak sampai tak tahu projek jahitan apa yang saya nak mulakan dulu, hihi!



Alkisah Troli Tesco


Hari ini saya bawa mak saya beli barang-barang dapur di Tesco Kajang. Pada awalnya saya ikut sekali ke dalam Tesco. Dah pilih dan ambil barang-barang yang saya nak beli, saya tinggalkan mak saya meneruskan shopping dibahagian ikan & sayur dan pulang ke kereta dulu bersama izzet dan azri.

Lama saya tunggu dalam kereta, lepas tu mak saya call kata, troli barangnya dah hilang!. Mungkin ada yang tersilap ambil lah tu. Mak saya kata, dia tengah pilih-pilih sayur dah bungkus-bungkus pusing belakang troli dah tak ada.

Adesss, itu lah satu mak saya tu kalau pilih-pilih barang ada sikit 'leka'. Nasib tak letak beg dalam tu. Dah lah banyak barang-barang yang kami dah ambil sebelum ni. Dari satu row ke satu row dalam Tesco tu mak saya pusing cari. Last-last mak saya amik troli baru dan pegi start shopping lagi sekali.

'Hari ini dalam sejarah' buat pertama kalinya troli shopping kami hilang tanpa dapat dikesan, hahaha! Aduh, mak-mak! :D

Ilham Ruang Menjahit


Saya masih dalam mode nak menghias ruang menjahit 'idaman' saya. Saja google-google gambar ruang menjahit orang lain carik ilham. Kebanyakannya memang extravanganza hover la dan sukar nak direalisasi dalam sekelip mata.

Adalah beberapa ruang-ruang menjahit yang simple dan mudah yang menarik hati untuk dijadikan sumber idea.

Saya mula-mula tertarik dengan ruang ini. Nampak kemas je tak sarat-barat kan. Perabot pun guna meja banquet je tak yang meja khas beria bagai... :)

Yang ini pun menarik. Sesuai untuk ibu-ibu yang ada anak-anak kecil macam saya. Saya lebih prefer ruang menjahit yang tak letak barang-barang dibawah. Tambah-tambah lagi ada anak-anak kecil yang suka nak mengisai, silap2 hari bulan dia tolong 'menjahit' sekali. :D


Yang ini pun comel, except drawer yang berada dibawah tu, kompom kena 'inspection' oleh anak-anak saya.

Haa, yang ini berangan jer takda makna saya nak menjahit dalam sebuah bilik khas menjahit selagi ada anak-anak kecik. Sebab saya orangnya selalu menjahit selepas anak-anak dah tidur, lagu mana nak jahit dalam bilik khas nanti anak dah bangun tak sedar pulok!

Ok that's enough for today. Cukup-cukup mengoogle nanti rambang mata satu hapah pun tak buat, hahah!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)